Dalam situasi ekonomi yang semakin tidak menentu sekarang apa-apa perbelanjaan pun harus dilakukan dengan bijak. Buat anda yang berkira-kira ingin menukar kereta lain, pilihan kereta secondhand merupakan antara langkah yang agak baik.
Selain harganya lebih murah anda juga boleh memilih sendiri dan menilai kondisinya sendiri. Namun dalam memilih kereta secodhand antara perkara yang pastinya anda ingin elak ialah membeli kereta yang pernah accident atau terlibat dengan kemalangan.
Bukan apa, kereta yang pernah kemalangan teruk pastinya tidak akan dapat memberikan prestasi serta pengalaman pemanduan yang baik. Jadi bagaimana untuk anda kenal pasti kereta yang pernah mengalami kemalangan?
Terdapat enam ciri-ciri dan petanda yang boleh anda perhatikan. Ikutinya di bawah!
KONDISI HOOD HADAPAN
Pertama sekali anda bukan bonet hadapan. Perhatikan bibir hood di dalamnya. Jika anda perasan terdapat kesan karat, simen atau ketukan ia besar kemungkinan datang dari kesan kemalangan yang pernah berlaku di bahagian hadapan.
BAR HADAPAN
Begitu juga di bahagian bawah. Jika anda perasa ada kesan seperti yang dinyatakan di atas pada bahagian bar hadapan itu bermakna ia pernah accident. Walaupun ia cuba dilindungi dengan cat namun ia pasti akan jelas nampak.
BAR RENGGANG
Anda juga boleh periksa bahagian bar hadapan. Jika ia nampak jelas lebih renggang itu bermakna kereta itu pernah mengalami kemalangan serius pada bahagian hadapan.
KESAN KARAT RANGKA PINTU
Selain itu, jika kereta tersebut pernah mengalami kemalangan rangka pintunya atau pillar juga boleh terjejas. Jadi perhatikan rangka pintu kereta. Jika ada kesan karat itu bermakna sebelum ini kedudukannya pernah berubah akibat impak dari kemalangan sebelum dibetulkan semula.
KESAN LUMPUR BAWAH DASHBOARD
Jika kereta itu pernah ditenggelami air akibat banjir atau kemalangan, pastinya ia akan meninggalkan kesan lumpur. Salah satu cara untuk perhatikannya ialah dengan melihat di bawah dashboard atau papan pemuka. Perhatikan wayar-wayar yang ada jika ada warna coklat kesan lumpur.
PITU BONET BELAKANG
Kereta yang pernah terlibat kemalangan pada bahagian belakang pula pula diperhatikan pada bonetnya. Buka bonet dan angkat. Lihat pada bahagian belakang sama ada ada kesan ketukan atau pun tidak. Jika ada itu bermakna ia pernah dilanggar dari belakang.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat untuk anda. Buat anda nak cari kereta secondhand ambillah masa secukupnya untuk menilai sendiri kereta yang ingin dibeli.
Nak cari aksesori kereta berkualiti pada harga menarik? Anda boleh cuba ‘usyar’ dekat sini ya!
Kredit: Nazz Abdullah
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI