Tip elak kulit wajah jadi kering ketika berpuasa. Bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, tetapi bagi sesetengah lelaki, ia juga bulan di mana kulit wajah mula terasa kering dan kusam.
Tip Elak Kulit Wajah Jadi Kering Ketika Berpuasa
Perubahan rutin makan dan minum, kurangnya pengambilan air pada siang hari, serta cuaca panas boleh menyebabkan kulit kehilangan kelembapan.
Jangan risau! Berikut adalah beberapa tip mudah dan praktikal untuk memastikan kulit wajah kekal sihat dan tidak kering sepanjang Ramadan.
1. Minum Air Secukupnya Selepas Berbuka Dan Sahur
Kunci utama untuk kulit yang sihat ialah hidrasi dari dalam. Bila kita berpuasa, badan kehilangan banyak air dan jika tidak cukup minum selepas berbuka, kulit akan mula kering dan mengelupas.
Cuba amalkan aturan 8 gelas air sehari dengan cara ini:
✅ 1 gelas selepas azan Maghrib
✅ 1 gelas selepas makan
✅ 1 gelas sebelum solat Isyak
✅ 1 gelas selepas solat Tarawih
✅ 1 gelas sebelum tidur
✅ 1 gelas selepas bangun sahur
✅ 1 gelas sebelum imsak
Elakkan minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.
2. Gunakan Pencuci Muka Yang Lembut Dan Sesuai
Ramai lelaki menggunakan sabun mandi untuk mencuci muka – ini satu kesilapan besar! Sabun badan biasanya mengandungi bahan yang terlalu keras untuk kulit wajah, menyebabkan ia semakin kering.
Pilih pencuci muka yang bebas alkohol dan sabun keras. Sebaiknya, cari pencuci muka yang mengandungi bahan seperti hyaluronic acid, glycerin atau aloe vera kerana ia membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Amalkan rutin ini:
☀ Cuci muka setiap pagi untuk buang minyak dan kotoran
🌙 Cuci muka sebelum tidur untuk hilangkan habuk dan peluh
Ads
3. Gunakan Pelembap Wajah
Ramai lelaki anggap pelembap hanya untuk wanita. Hakikatnya, pelembap adalah senjata utama untuk elak kulit jadi kering ketika berpuasa.
Gunakan pelembap yang ringan dan sesuai dengan jenis kulit anda:
Kulit berminyak → pilih pelembap berasaskan gel atau water-based
Kulit kering → pilih pelembap yang lebih tebal seperti krim
Kulit sensitif → pilih pelembap tanpa pewangi dan bebas bahan kimia keras
Sapukan pelembap selepas mencuci muka, terutama sebelum tidur.
4. Elakkan Mandi Air Panas Terlalu Lama
Mandi air panas memang sedap, terutama selepas penat seharian berpuasa. Tapi, air panas boleh menyebabkan kulit kehilangan minyak semula jadi, menjadikannya lebih kering dan merekah.
Sebagai alternatif:
🔥 Gunakan air suam atau air sejuk
🕒 Hadkan masa mandi kepada 5-10 minit sahaja
Ads
Jika tetap mahu mandi air panas, pastikan anda sapu pelembap selepas mandi untuk mengunci kelembapan kulit.
Apa yang anda makan juga memberi kesan kepada kesihatan kulit. Untuk elak kulit kering, pastikan diet anda mengandungi makanan yang tinggi lemak sihat dan antioksidan, seperti:
🥑 Avokado – kaya dengan vitamin E untuk kelembapan kulit
🐟 Ikan salmon atau sardin – tinggi Omega-3 untuk kulit sihat
🥜 Kacang badam dan walnut – sumber lemak sihat
🍉 Buah-buahan seperti tembikai, oren, dan strawberi – kaya dengan air
Cuba kurangkan makanan bergoreng dan bergula berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kulit cepat kering dan kusam.
6. Pakai Pelindung Matahari (Sunscreen) Jika Keluar Rumah
Matahari boleh menyebabkan kulit lebih kering dan mempercepatkan proses penuaan. Oleh itu, jika anda banyak berada di luar rumah, pastikan anda pakai pelindung matahari (SPF 30 ke atas) sebelum keluar.
Ads
🌞 SPF 30-50 sudah mencukupi untuk kegunaan harian
🖐 Pilih sunscreen bebas minyak (oil-free) supaya tak rasa melekit
Jangan lupa pakai topi atau kaca mata hitam jika berada di bawah matahari terik.
7. Kurangkan Merokok Dan Kafein
Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan, tetapi juga menyebabkan kulit cepat kering dan berkedut. Nikotin dalam rokok menyekat aliran darah ke kulit, menjadikannya kurang mendapat oksigen dan nutrien.
Begitu juga dengan minuman berkafein seperti kopi dan teh, yang boleh menyebabkan dehidrasi jika diambil dalam jumlah berlebihan. Jika boleh, gantikan dengan air kosong atau jus buah tanpa gula.
Kesimpulan
Jaga kulit wajah ketika berpuasa bukanlah sesuatu yang susah, asalkan anda ada rutin penjagaan yang betul. Dengan minum air secukupnya, pakai pelembap, dan makan makanan yang sihat, anda boleh elakkan kulit jadi kering dan kusam sepanjang Ramadan.
Jadi, lepas ni jangan malas nak jaga kulit! Kulit sihat bukan sekadar untuk nampak tampan, tetapi juga tanda bahawa anda menjaga kesihatan diri dengan baik.
Semoga Ramadan kali ini lebih segar dan bertenaga!
Ramai lelaki yang mementingkan kecergasan kadang-ladang terlalu fokus pada bahagian badan seperti abdomen, dada, belakang dan juga pada otot tangan dan kaki. Tapi bagaimana pula dengan otot pada wajah?
Tahukah anda bahawa senaman jawline atau garis rahang merupakan latihan yang bertujuan untuk menguatkan otot-otot di sekitar rahang, leher dan wajah bagian bawah leher.
Tujuan utama senaman ini adalah untuk meningkatkan definisi garis rahang, mengurangkan lemak di area tersebut dan membantu kulit wajah jadi lebih tegang sekali gus mengurangkan penampilan kedutan.
Latihan-latihan ini penting dalam konteks kecantikan dan kebugaran wajah, kerana ia memberi hasil penampilan awet muda dan lebih segar pada wajah seorang lelaki mahu pun wanita. .
Berikut MASKULIN kongsikan lima jenis senaman yang boleh dilakukan:
Senaman Chin Lifts
Senaman ini melibatkan mengangkat dagu dan meregangkan bahagian bawah wajah. Duduk atau berdiri tegak, angkat kepala anda sehingga anda menatap langit-langit.
Kemudian, buat gerakan menelan atau majukan dagu anda ke atas, seolah-olah anda cuba mencapai langit-langit dengan dagu anda. Tahan selama beberapa saat sebelum kembali ke posisi awal. Ulangi beberapa kali.
Senaman Jaw Release
Ini membantu melatih otot-otot di sekitar rahang dan bibir. Duduk tegak dengan mulut tertutup dan gigi yang hampir bertemu tapi jangan gigit.
Kemudian, buat gerakan mengunyah dengan perlahan sambil terus menjaga gigi anda hampir bertemu. Lakukan selama satu minit, kemudian buka mulut anda lebar-lebar dengan lidah ditempatkan di belakang gigi bawah. Tahan selama beberapa saat dan ulangi.
Senaman Fish Face
Menyerupai wajah ikan, senaman ini melibatkan menghisap pipi ke dalam. Sambil bibir anda tertutup, cuba senyum. Anda akan merasa ketegangan di pipi dan sisi wajah anda. Tahan posisi ini selama beberapa saat dan kemudian lepaskan. Ulangi senaman ini beberapa kali.
Senaman Neck Curl Up
Berbaring telentang dengan lidah ditekan ke bahagian atas mulut. Angkat kepala dari lantai sambil mengekalkan pandangan lurus ke hadapan.
Ini akan mencipta ketegangan pada otot-otot leher dan rahang bawah. Tahan selama beberapa saat, kemudian kembali ke posisi awal. Lakukan beberapa pengulangan.
Senaman Collar Bone Backup
Duduk dengan postur yang baik, tarik kepala anda ke belakang sehingga anda merasakan ketegangan di bawah rahang dan leher anda. Tahan posisi ini selama beberapa saat sebelum kembali ke posisi awal. Senaman ini membantu menguatkan otot di sekitar rahang dan leher.
Penting untuk melakukan senaman-senaman ini secara teratur dan dengan teknik yang betul untuk melihat hasilnya. Selain itu, menjaga gaya hidup yang sihat, termasuk diet yang baik dan cukup rehat, juga penting untuk mengekalkan penampilan yang muda dan sihat.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat yang baik untuk anda! Jangan lupa subscribe atau follow Youtube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Menggunakan perfume paling wangi merupakan satu perkara penting buat lelaki dan juga pasangan! Apatah lagi kalau anda ada 10 jenis perfume berbeza dalam koleksi.
Bagi seorang lelaki selain sepasang baju Melayu yang lengkap dengan samping dan songkok satu perkara lagi yang tidak kurang pentingnya ialah minyak wangi atau pun perfume. Tampil segak di pagi Hari Raya pastinya anda mahu menonjol dengan bauan yang harum dan cukup menyenangkan.
Buat anda yang tercari-cari apakah perfume yang terbaik usah gundah dan gulana. Berikut MASKULIN senaraikan 10 perfume terbaik sepanjang tahun 2023 setakat ini.
1. Invictus Victory – Paco Rabanne
Wangian Invictus Victory dari Paco Rabanne memberikan sensasi kesegaran dan keanggunan serentak. Diperkayakan dengan aroma lemon, kacang tonka, dan vanila, parfum ini memiliki daya tahan yang luar biasa dan memancarkan kekuatan aroma yang memikat.
Dirancang khusus untuk memancarkan kesan kemewahan dan kehalusan bagi para pria, komposisi wangian ini menggabungkan aroma kuat dari buah pala, safron, lada hitam, dan bergamot sebagai pembukaan yang memikat.
Di tengah, terdapat perpaduan hangat dari iris, gurjun balsam, kayu cedar, dan labdanum yang menambah kedalaman. Akhirnya, dasar wangian diperkaya dengan esensi mewah dari gaharu, oud, kulit, kayu cendana, dan patchouli, menciptakan aroma yang tahan lama dan memikat.
Di antara perfume yang sangat bersifat maskulin di pasaran. Ia juga hadir dengan aroma classy yang sesuai untuk kegunaan harian dan sesuai sepanjang hari.
Buat peminat aroma bau lautan, perfume dari Jo Malone ini cukup sesuai untuk anda. Ia lebih ‘ringan’ dan cukup menyenangkan. Sesuai digunakan pada pagi raya yang cukup menceriakan.
Chanel ialah jenama kelas tinggi yang terkenal dengan kualitinya di banyak kawasan. Cologne Bleu de Chanel untuk lelaki ialah pilihan popular bagi mereka yang menghargai cologne berani yang meninggalkan bauan yang berkekalan.
Campuran segar dan pedas, wangian ini terdiri terutamanya daripada nota sitrus dan vanila. Aromanya diilhamkan dari padang pasir pada waktu senja, membangkitkan kesejukan malam yang akan datang. Keterampilan dan aromanya sepadan buat perayaan gemilang seperti Hari Raya.
Menggunakan nota kayu dan kulit, Habit Rouge menonjolkan pengaruh Perancis yang penuh dengan kecanggihan dan keghairahan. Wangian ini juga dipadankan dengan nota neroli, melati, vanila, dan pati cendana.
Mister Marvelous merupakan perfume untuk lelaki dengan wangian aromatik kayu mampu menarik perhatian ramai. Nota teratasnya termasuklah petitgrain dan neroli, mendahului dengan aroma bunga hijau.
Ia cukup tepat sebagai pilihan kerana integrasi mantap nota atas buah, nota hati berbunga dan nota asas kayu. Wangian ini adalah bau maskulin yang tegang dengan haruman yang berkekalan serta benar-benar menyeronokkan.
Layton by Parfums de Marly ialah wangian yang menawan dan canggih untuk lelaki. Ini adalah pilihan yang tepat jika anda mahukan cologne mewah dengan petua epal, lavender dan melati.
Sama ada anda suka atau tidak, pandangan pertama emainkan peranan sanagat penting dalam perkenalan dan juga pertemua sosial yang lain. Malah persepsi pandangan pertama juga sangat penting dalam bidang perniagaan. Disebabkan itulah anda haru ada rutin grooming yang baik bagi menyerlahkan penampilan baik.
Bagi anda yang ingin berjanji temu dengan wanita yang baru dikenali pastinya mahu meninggalkan tanggapan yang baik.
Untuk tampil kacak dan tampan bergaya tidaklah bergantung kepad penggunaan produk penjagaan diri yang mahak semata. Jika anda tidak ada rutin grooming basic yang baik seperti MASKULIN kongsi kali ini, ia tidak akan dapat dicapai.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa rutin grooming yang boleh membuatkan si dia terpegun melihat anda.
1. Trim yang mana perlu
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat. Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
2. Penjagaan gigi
Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu.
Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih.
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda. Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
4. Kuku jari
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda.
Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
5. Wangian dan pewangi
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.
Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian. Pasti terasa segar!
Jom follow YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.