Business photo created by gpointstudio - www.freepik.com

Sebagai pemandu pengguna jalan raya di negara bercuaca sering hujan seperti Malaysia, penggunaan wiper atau pengelap cermin sangatlah penting.

Malah berani MASKULIN katakan jika wiper tidak dapat berfungsi baik maka tergendalalah perjalanan apabila cuaca hujan. Selain fungsinya mengalihkan air yang mengalir pada cermin penggunaan wiper juga mampu meningkatkan tahap penglihatan buat pemandu. Dan inilah perkara yang sangat kritikal apabila menmandu dalam cuaca tidak baik.

Faktor penglihatan yang tidak baik boleh menjadi punca kemalangan dan sekali gus membahayakan nyawa anda dan juga pengguna jalan raya. Walaupun ia tidaklah mahal namun sebagai pemilik kereta anda harus menggunakan wiper yang baik dan memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik.

Tip Memilih Wiper Kereta Tahan Lama, Barulah Dapat Pakai Sampai Bertahun Lamanya
Tree photo created by jcomp – www.freepik.com

KOMPONEN BERBEZA WIPER

Terlebih dahulu anda perlu kenali beberapa komponen penting pada bahagian wiper. Kebiasaannya ia tebahagi kepada lima komponen utama iaitu:

Wiper Arm

Kebiasannya diperbuat daripada logam. Ia berfungsi memindahkan pergerakan daripada motor kepada bilah pengelap;

IKLAN

Connector – Bahagian ini pula menghubungkan bilah pengelap kepada lengan pengelap. Disarankan untuk guna daripada jenis penyambung yang sesuai untuk memastikan pergerakan getah pengelap yang senyap dan cekap;

Spring flexors

Berfungsi memastikan bilah getah mengekalkan tekanan dan sapuan yang sekata.

Elemen getah

Penggunaan material getah asli atau kloroprena untuk memastikan kelenturan maksimum. Elemen getah yang bersentuhan dengan cermin biasanya disaluti dengan lapisan khas dan serbuk grafit untuk mengurangkan geseran dan melancarkan pergerakan. Ini merupakan bahagian yang paling mudah kepada faktor ‘haus’.

Spoiler

Komponen ini dipasang pada pengelap cermin hadapan di bahagian tempat duduk pemandu untuk meningkatkan kecekapan aerodinamik dan mengurangkan wind lift ketika memandu pada kelajuan tinggi.

IKLAN
Tip Memilih Wiper Kereta Tahan Lama, Barulah Dapat Pakai Sampai Bertahun Lamanya
Foto: yourmechanic.com

BEZA JENIS WIPER

Di pasaran terdapat beberapa jenis wiper berbeza yang ditawarkan. Kebanyakannya terdiri daripada tiga jenis yang berbeza iaitu konvensional, flat dan hibrid. Anda kata kereta anda dilengkapi dengan wiper kereta konvensional, maka boleh digantikan atau dinaik taraf dengan jenis pengelap kereta yang lebih moden; sama ada flat atau hibrid. Akan tetapi jika kereta menggunakan wiper flat, anda tak boleh menukarnya dengan wiper jenis konvensional.

Wiper Konvensional

Wiper jenis ini dikatakan lebih tahan lama, lasak dan lebih berkualiti. Disebabkan itu ia masih relevan di pasaran

Wiper Flat

IKLAN

Jenis yang banyak dipasang pada kereta model baharu. Ia mempunyai fleksor logam menyokong elemen getah dengan spoiler bersepadu penuh. Selain itu, ia menggunakan tekanan dihasilkan oleh aliran udara lalu membentuk aerodinamik lebih rata.

Wiper Hibrid

Seperti namanya, wiper ini seakan kacukan wiper konvensional dan flat. Menampilkan ciri aerodinamik wiper flat tetapi pada tahap prestasi seperti wiper konvensional. Ia berfungsi dengan mengekalkan kedudukan bilah getah pada cermin untuk sekali gus menjadikan pergerakan lebih lancar dan senyap.

Tips Penjagaan Wiper Kereta

  • Dalam tempoh berkala, bersihkan bilah wiper untuk buang sebarang kotoran daripada melekat.
  • Angkat atau tegakkan bilah wiper sekiranya parking di kawasan terbuka dan panas.
  • Sentiasa basuh atau bersihkan cermin kereta supaya kotoran pada permukaan cermin tidak merosakkan getah wiper.
  • Gunakan cecair atau bahan pencuci cermin sesuai dan tidak memberi kesan sampingan terhadap getah wiper dan cermin.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda melancarkan perjalanan dengan baik. Jom subscribe YouTube MASKULIN!

https://www.youtube.com/watch?v=SolT1Y98Qd4&t=136s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI