Bila sebuat sahaja tentang kasut putih mungkin ramai yang terus menganggapnya seperti kasut sekolah. Biasalah kerana kasut warna itulah yang dipakai kebanyakan daripada kita ketika berada di bangku sekolah.
Malah ramai juga yang mengelak daripada membeli dan menggayakan kasut putih kerana sebab di atas. Tidak kurang juga yang menjauhinya kerana bagi mereka kasut putih ini mudah kotor dan susah hendak dijaga.
Namun tahukah anda kasut putih terutamanya sneakers merupakan item pelengkap fesyen yang mampu membantu seleksi pakaian anda nampak lebih menyerlah!
Bagi MASKULIN, tidak sah bagi seorang lelaki tidak mempunyai sekurang-kurangnya sepasang sneakers putih. Paling mudah digayakan bersama shorts ialah sneakers putih daripada material kanvas.
Ia sesuai dipakai dengan pelbagai jenis gaya fesyen dan item pakaian. Jika anda tiada idea untuk suai padankan kasut putih dengan seleksi pakaian anda, ikuti tip yang MASKULIN kongsi di bawah.
SELUAR PENDEK
Shorts adalah antara pilihan yang paling mudah untuk digayakan dengan kasut putih. Namun kadangkala ia juga agak sukar untuk diserlahkan untuk nampak menarik. Apa penyebabnya?
Ads
Pilihan kasut terutamanya sneakers yang baik menjadi peranan penting. Untuk dipadankan dengan shorts pilihlah sneakers putih yang dipakai dengan stoking tidak kelihatan dan jenis low-cut.
JEAN HITAM
Padanan hitam dan putih sememangnya sejak zaman-berzaman menjadi pilihan ramai. Umpana ‘ying dan yang’ kedua warna kontras ini saling melengkapi. Seluar jean yang hitam boleh dipadankan dengan kasut putih bagi menyerlahkan ketinggian pemakainya.
Padanan warna monokrom ini juga boleh digayakan pada waktu siang dan malam. Dan ia adalah padanan sempurna untuk majlis santai.
Ads
SELUAR CHINOS
Penggayaan yang agak sukar untuk digayakan namun jika kena caranya pasti ramai yang cemburu dengan penampilan anda. Gaya yang diinspirasikan dari budaya sub Amerika moden ini menyerlahkan sisi anda yang lebih relaks dan out going.
Seluar chinos dengan potongan jogger merupakan antara padanan sesuai dengan kasut putih. Untuk nampak lebih serius, pakailah jaket atau hoodie untuk persona lebih urban.
SELUAR JEAN SKINNY
Ads
Antara gaya potongan seluar yang masih relevan hingga kini. Namun biarlah sesuai dengan bentuk jenis badan anda agar tidak kelihatan pelik menggayakan jean potongan ini. Serlahkan gaya ‘rebel’ atau punk rock dengan skinny jeans yang dipadankan dengan sneakers putih.
Jika ingin nampak lebih sofistikated, pemilihan jaket denim atau kulit mampu menyerlahkan sisi maskulin anda.
PADANAN DENGAN SUT
Ia seakan padanan dari duan dunia berbeza. Namun percaya atau tidak padanan sut bersama sneakers putih boleh menjadi gaya yang cukup menarik.
Untuk ke majlis formal yang lebih santai anda boleh memilih sut dua butang dengan potongan slim dipadankan dengan sneakers low cut putih bersih. Material kasut dari kulit juga amat sesuai bagi imej lebih premium.
Jika anda ingin mencari sneakers putih yang berpatutan boleh dapatkan di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Wanita seringkali mengeluarkan statement bahawa lelaki lelaki melayu tidak tahu erti romantik. Lelaki di Malaysia selalu di label ego. Namun hakikatnya, lelaki melayu tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya secara terang-terangan. Kalau nak dibandingkan dengan lelaki barat, mereka lebih cenderung kepada sifat menunjuk-nunjuk kasih sayang. Tengok saja kelakuan mereka jika mereka ingin melamar teman wanita mereka, sungguh romantis. Angan-angan wanita tak akan jadi kenyataan, kerana lelaki melayu tidak dapat memuaskan hati anda dengan aksi-aksi gula macam tu. Namun, ini yang mungkin wanita terlepas pandang, bahawa lelaki melayu juga punya tahap romantisnya yang tersendiri.
Alihkan barang
Sebagai contoh ketika wanita sedang mengemas rumah, kebanyakkan lelaki Melayu tidak akan ikut campur urusan rumah. Ini kerana bagi mereka, tanggungjawab isteri adalah mengemas rumah. Namun dalam pada wanita tidak perasan, ketika sedang vacuum lantai ruang tamu, lelaki yang sedang ralit dengan tv atau telefon pintar akan mengalihkan barang-barang yang berdekatan dengannya seperti majalah yang jatuh di atas lantai, atau apa saja yang lokasinya di lantai. Tindakkan mereka terlalu santai sehingga wanita tidak perasan langsung.
Bawa Makan Luar
Lelaki yang menyayangi pasangannya, pasti tahu penat lelah pasangan mereka. Ini dapat dilihat dari sifat mereka yang rajin membawa pasangan keluar makan. Kalau biasa kita ke gerai mamak atau mana-mana gerai, pasti penuh dengan pasangan melayu kan? Ini kerana, lelaki Melayu tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan kasih sayang, maka dengan belanja pasangan makan di luar sudah romantis bagi mereka. Jangan harapkan lelaki akan bawak pasangan ke candle light dinner, itu jarang akan berlaku pada pasangan melayu.
Hantar sebelum tengah malam
Ini bagi pasangan yang masih belum berkahwin. Mengapa kami cakap macam ni? Seorang lelaki yang bertanggungjawab, tahu hukum dan adat, pasti akan menghantar anak dara orang balik pada waktunya. Fakta yang ni bukanlah tepat 100%, namun wanita yang mempunyai teman lelaki bersifat sebegini, sila jangan lepaskan ye.
Sabar
Seorang lelaki yang penyayang akan bertahan dengan pasangan mereka tak kira apa pun yang terjadi. Seperti contoh kalau di pusat membeli-belah dan anda melihat pasangan sedang bertekak, Cuba anda perhatikan lelaki tersebut, mereka akan bertindak membatukan diri. Ini kerana mereka lebih memilih untuk diam kerana tidak mahu keruhkan keadaan. Di sini biasanya wanita menganggap bahawa lelaki tersebut pengecut dan terlalu mengikut kata pasangan. Namun ini cara mereka menjaga aib pasangan di khalayak ramai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Suatu ketika dahulu kedai gunting rambut di ceruk-ceruk kampung menjadi pilihan ramai di antara kita. Kedai gunting yang diusahakan oleh peniaga berketurunan India juga cukup popular di kalangan lelaki seluruh negara terutamanya di Lembah Klang.
Namun dalam tempoh beberapa tahun ini kedai gunting yang diberi jolokan ‘kedai gunting hipster’ tumbuh dengan pesat sekali.
Golongan lelaki kini ternyata lebih cerewet tentang penampilan mereka terutamanya rambut. Dan di kedai-kedai gunting ini mereka boleh mendapatkan potongan rambut yang kemas, bergaya dan paling penting kena dengan trend terkini.
Ada begitu banyak alasan yang objektif bagi seorang wanita untuk menjadi tertarik kepada lawan jenisnya, kebanyakan wanita tertarik dengan lelaki yang cerdas, tampan, kelakar, baik hati dan banyak lagi ciri yang lain.
ADA JUGA WANITA YANG SANGAT TERTARIK KEPADA LELAKI YANG CERDAS DAN PINTAR, MEREKA BERFIKIR BAHAWA LELAKI CERDAS INI MERUPAKAN LELAKI YANG PALING MENARIK, RASA TERTARIK MEREKA TERHADAP LELAKI CERDAS INI DISEBUT SEBAGAI SAPIOSEKSUAL.
Berikut lima fakta mengenai alasan mengapa wanita lebih memilih lelaki cerdas jika dibandingkan dengan lelaki tampan :
Fakta Pertama
Secara umum wanita Sapiosexual hanya mempertimbangkan kecerdasan dari setiap lelaki, yang mana dirasakan lelaki tersebut menarik bagi mereka, padahal lelaki tersebut jarang mengambil berat dan menjaga penampilan luarannya. Pendek kata kepintaran lelaki itu adalah segalanya yang menarik mengenainya.
Fakta Kedua
Tapi tunggu, kerana masih ada kesempatan bagi seorang lelaki tampan untuk dapat memikat hati wanita Sapiosexual, tetapi jika mereka gagal memberikan komunikasi atau perbicaraan yang dianggap bijak maka hal tersebut berkemungkinan dapat menghilangkan kesempatannya. Malah mereka akan dianggap sebagai dungu oleh sesetengah wanita yang meminati lelaki yang pintar.
Fakta Ketiga
Pada mata wanita Sapioseksual, lelaki yang memiliki banyak ilmu pengetahuan yang baik itu tidak kira di dalam apa jua bidang pun, sekiranya mereka petah berbicara dan bijak mengendalikan keadaan ketika berkomunikasi, maka mereka akan lebih memiliki peluang yang cerah untuk memikat hati wanita tersebut berbanding mereka yang tampan.
Fakta Keempat
Umumnya, wanita Sapioseksual ini selalunya akan kehilangan minat mereka terutamanya terhadap lelaaki yang tidak terserlah tahap intelektual mereka terutamaka ketika memulakan percakapan. Untuk mereka kelemahan komunikasi sesetengah lelaki tampan itu merupakan suatu perkara yang akan merosakkan mood mereka.
Fakta Kelima
Keterampilan seorang lelaki seperti kecerdasan, kebijaksanaan, dan karakter mereka sudah tentu akan dapat menarik perhatian wanita Sapioseksual, jika dibandingkan dengan lelaki yang berotot dan selalu pergi ke gimnasium. Ini kerana wanita jenis ini tidak mementingkan rupa luaran seseorang lelaki itu kerana mereka lebih mengambil berat tentang kebijaksanaan mereka.
Ini mungkin dapat menjadi salah satu alternatif untuk para lelaki agar mereka memiliki peluang yang cerah untuk menarik perhatian wanita yang disukainya. Mungkin itu saja yang mampu kita kongsikan bersama anda semua dan diharapkan semoga informasi mengenai lima fakta ini dapat memberikan sedikit manfaat bagi anda semua.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.