Dalam tempoh seminggu ini MASKULIN menjangkakan ramai yang akan mula mencari baju Melayu untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma dalam kira-kira dua minggu lagi.
Dengan lambakan jenama baju Melayu yang ‘ready-to-wear-‘ ia pasti lebih memudahkan dan lebih cepat. Berbanding membeli kain dan mengupah tukang jahit yang pastinya memakan masa lebih masa atau tidak lagi menerima tempahan di saat akhir.
Penting untuk kita sebagai lelaki ingat dalam memilih saiz baju Melayu yang sesuai, terdapat beberapa aspek penting yang perlu diberikan perhatian agar penampilan tidak hanya segak tetapi juga selesa.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip penting untuk anda pilih saiz baju Melayu dengan betul!
UKURAN
Pertama sekali, mengukur badan dengan tepat adalah langkah awal yang paling kritikal. Ini termasuk ukuran leher, dada, pinggang, panjang lengan, dan panjang baju.
Baju Melayu yang sesuai sepatutnya memberikan ruang yang cukup untuk pergerakan tanpa terlalu longgar atau ketat.
Sebagai contoh, baju yang terlalu ketat pada bahagian dada atau pinggang boleh menghalang pergerakan dan keselesaan, manakala baju yang terlalu longgar akan kelihatan tidak kemas.
Ads
Foto: Atelia Amani
JENIS KAIN
Ini faktor penting! Jangan tengok harga semata tetapi perhatikan jenis kain. Baju Melayu yang diperbuat daripada kain yang sesuai dengan cuaca Malaysia seperti kain kapas, linen atau kain yang mempunyai sifat menyerap peluh akan memberikan keselesaan yang maksimum.
Kain yang berat dan tidak menyerap peluh boleh menyebabkan rasa tidak selesa terutamanya jika dikenakan untuk tempoh yang lama atau dalam cuaca yang panas.
REKAAN
Seterusnya anda perlu pertimbangkan reka bentuk atau rekaan baju Melayu. Reka bentuk tradisional seperti Cekak Musang, Teluk Belanga atau rekaan moden mempunyai pengaruh terhadap cara baju itu disesuaikan dengan badan.
Sesetengah rekaan mungkin lebih sesuai dengan bentuk badan tertentu. Oleh itu, pilih reka bentuk yang paling sesuai dengan gaya dan keselesaan diri anda.
Foto: Nur Gallery
KEMASAN
Jangan abaikan detail seperti butang dan hiasan. Pastikan butang baju Melayu mudah dikancing dan tidak terlalu ketat.
Ads
Ini bukan sahaja menambah keselesaan tetapi juga memastikan penampilan yang lebih kemas dan teratur. Hiasan seperti sulaman atau aplikasi juga harus dipilih dengan bijak agar tidak mengganggu keselesaan atau pergerakan.
Memilih saiz baju Melayu yang betul juga penting seperti melihat ukuran panjang baju dan seluar.
Panjang baju yang ideal adalah sedikit di bawah pinggul manakala panjang seluar harus tepat di atas tumit untuk mengelakkan rupa yang tidak kemas atau kurang profesional.
Ads
Foto: Uzayr Baju Melayu
CUBA DAHULU
Anda juga kena selalu cuba dahulu baju Melayu sebelum membelinya. Ini adalah langkah yang sangat penting untuk memastikan saiz, kain dan reka bentuk sesuai dengan keperluan dan keselesaan.
Jangan teragak-agak untuk meminta pendapat daripada penjual atau pakar fesyen jika perlu.
Akhir sekali, ingat bahawa pemilihan saiz baju Melayu yang betul tidak hanya tentang penampilan tetapi juga tentang keselesaan dan keyakinan diri. Baju Melayu yang sesuai akan meningkatkan penampilan dan menambah nilai pada gaya seseorang semasa menghadiri acara penting atau dalam kehidupan seharian.
Semoga tip dari MASKULIN kali ini dapat membantu anda mendapatkan sepasang baju Melayu yang benar-benar mantap dan padu untuk dipakai di pagi Raya!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin anda runsing bila tergolong dalam lelaki badan terlalu kurus. Pelbagai cara dan petua sudah anda cuba tapi anda masih miliki badan terlalu kurus.
Jika sukar untuk menaikkan berat badan, setidak-tidaknya ada trik yang membolehkan badan anda nampak lebih berisi. Jadi untuk lelaki badan terlalu kurus, tak perlu lagi bersedih.
Buat 4 trik ini kerana inilah rahsia untuk badan terlalu kurus nampak berisi dan tampil segak. Selamat mencuba!
1. Pilih saiz baju yang tepat
Jika selama ini anda gemar memakai baju berkonsep slim-fit, anda perlu hentikannya. Anda boleh kelihatan berisi jika saiz baju yang dipilih sedang-sedang dengan tubuh anda. Dalam erti kata lain, jangan pakai baju terlalu kecil atau terlalu besar. Longgar tetapi sepadan molek dengan tubuh anda.
2. Mula gayakan pakaian yang sesuai
Jaket atau blazer boleh membuatkan anda kelihatan lebih kemas dan besar. Hal ini kerana jaket membantu bahu anda kelihatan lebih luas daripada biasa dan membuat anda kelihatan begitu tegap.
Bagi sesetengah orang pula, seluar slack atau seluar jeans boleh melakukan keajaiban kepada kaki mereka yang panjang. Jadi, mari kenal pasti pakaian yang membuat anda kelihatan lebih besar dan gayakannya. Minta pendapat orang yang dipercayai.
3. Pakai baju berlapis
Layering tidak semestinya anda harus memakai pakaian sehingga lima lapisan baju. Bagi cuaca dan suhu di Malaysia, anda digalakkan memakai pakaian dari kain yang berjenis ringan.
Pakailah 2-3 lapisan baju dan lengkapkan lapisan teratas dengan jaket agar anda boleh membuka butangnya. Pastikan anda memakai warna yang cerah di dalam dan selaraskan setiap lapisan dengan warna yang sesuai supaya anda tidak kelihatan seperti pelangi.
4. Warna dan corak main peranan
Perkara paling mudah yang anda boleh lakukan untuk kelihatan berisi adalah dengan memilih warna dan corak yang betul. Pilih warna, corak dan tekstur fabrik yang menambah jisim kepada penampilan keseluruhan anda.
Ramai orang tahu bahawa warna-warna gelap akan membuatkan pemakainya kelihatan kurus, tetapi hanya sedikit yang mengetahui warna yang lebih lembut mempunyai kesan yang bertentangan.
Satu lagi sebab warna lembut akan berfungsi dengan lebih baik untuk anda adalah kerana ia berfungsi untuk menonjolkan otot semula jadi anda. Anda mungkin tidak mempunyai otot yang besar, tetapi memakai pakaian yang berwarna lembut masih boleh memberi perhatian kepada mereka.
Memakai t-shirt dengan jalur mendatar pula boleh membuat dada anda kelihatan lebih besar dan bahu anda lebih luas kerana jalurnya akan lebih lebar pada bahagian badan atas sekaligus membantu menyerlahkan bentuk V anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
STAIL RAMBUT MANA YANG BELUM PERNAH ANDA BUAT LAGI SETAKAT INI? INI 7 STAIL RAMBUT LELAKI YANG MEMANG TAK LAPUK DAN NAMPAK STAILO SETIAP MASA. TAK PERCAYA? JOM KITA CUBA!
Wide Mohawk Haircut
Shaggy Waves
Curly Hair +Line Up + Temple Fade
Slick Back for Wavy Hair
Choppy Fringe
Crop + Fringe
High Fade Hairstyle
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apa kerjaya anda ketika ini? Pastinya untuk gapai menara gading sangat sukar atas beberapa faktor seperti peluang kerja yang sangat tipis malah Profession itu tidak lagi diperlukan. Untuk mereka yang masih lagi berusaha untuk mencapai cita-cita untuk sesebuah profession, apa kata anda lihat list kami. Mungkin ada antara kerjaya yang anda minat tapi tidak diterima lagi 10 tahun akan datang.
Juruwang
Tahukah anda bahawa Jepun sudah mula mengeluarkan teknologi pasaraya elektronik di mana anda boleh menaiki kereta dan memilih barangan di dalam sebuah bangunan, dan bayar di kaunter dengan menggunakan kad debit saja? Ya, mereka telah mengeluarkan ini. Malah ketika ini pun di Malaysia, tanpa sedar, pasar raya besar telah menggunakan kaedah kaunter elektronik dimana anda hanya perlu scan barangan anda dan bayar melalui khidmat debit. Mudah kan? Jadi di mana keperluan juruwang lepas ni?
Telemarketer
Di dalam dunia serba canggih ini, manusia sudah jarang menggunakan telefon untuk menjual barang dan sebagainya. Mereka lebih selesa menggunakan email ataupun khidmat pesanan ringkas untuk menjual. Tambahan pula, media sosial seperti FB telah diperkenalkan untuk mereka menjual barang secara online. Telemarketing telah mula tidak dilihat dibawa arus zaman. Dengan pemasaran e-mel meningkat, pekerjaan yang sama sekali tidak akan dijumpai lagi.
Agen Perlancongan
Siapa masih lagi perlukan Tour Guide jika internet dan blog-blog sudah bersepah memperkenalkan kehebatan sesebuah negara tersebut. Anda hanya perlu rajin check tiket penerbangan murah dan mula lihat apa yang murah dan sesuai untuk anda ketika anda sedang melancong. Backpackers sekarang ini menjadi trend anak muda. Jadi ke mana arah agen perlancongan? Mereka ini masih diperlukan jika sesebuah agensi atau syarikat melancong atau urusan syarikat secara berkumpulan, kerana tempat tinggal dan pengangkutan semua disediakan. Jadi mudahlah jika Agen yang menguruskan. Kerjaya ini masih diperlukan namun, keperluannya beransur tipis.
Pemandu Teksi
Suatu ketika dahulu, pemandu teksi dilihat sebagai pengangkutan paling berguna apabila ada antara anda yang pulang larut malam. Mana pula nak cari bas kan? Ketika semua orang mahu menjadi pemandu teksi kerana kerjaya ini boleh menghasilkan pendapatan lumayan, ia berlaku sekitar 80an – 90an. Namun setelah dunia mencecah abad di 21, Teksi sudah mula tidak dipandang. Ini kerana pengangkutan seperti LRT dan Bas Awam percuma menjadi pilihan orang ramai. Apa yang menariknya, rezeki teksi ketika ini disekat apabila pemandu Grab mula menempah nama. Anda pasti tahu apa yang terjadi jika pemandu teksi bertemu dengan pemandu Grab kan?
Penerbitan dan Percetakan
post press finishing line machine: cutting, trimming, paperback and binding
Kami sebagai media harus akui bahawa percetakan sudah mula tidak dipandang kerana ramai yang lebih selesa untuk ke digital. Ramai antara anda memilih untuk membaca surat khabar atau buku secara digital dimana anda hanya perlu download dan bacanya melalui telefon pintar anda sahaja. Kerana itu, ramai penerbitan sudah mula melebarkan sayap mereka menerusi digital agar tidak ketinggalan. Syarikat percetakan? Mungkin masih diperlukan namun tidak begitu banyak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.