Jam tangan kini bukan lagi menjadi penunjuk masa sahaja. Sejak dicipta ia telah berkembang menjadi sebuah simbol status buat pemakainya.
5Jadi tidak hairanlah koleksi jam mewah yang kadangkala harga lebih mahal daripada sebuah motosikal menjadi dambaan lelaki berjaya.
Seutas jam tangan keluaran jenama mewah yang tidak asing lagi iaitu Patek Philippe telah mencatatkan rekod dunia apabila dijual pada harga yang sangat luar biasa.
Jam unik dan merupakan satu-satunya di dunia itu ialah Patek Phillipe Grandmaster Chime Ref. 6300A telah mencatatkan rekod dunia sebagai jam paling mahal pernah dijual di dunia.
Ia telah dijual pada harga USD31 juta (RM128 juta) dalam sebuah majlis lelongan amal di mana jenama mewah ini mengeluarkan koleksi istimewa sempena acara ini.
Kemasan engraved case 18k rose gold, reversible double-face, minute repeater dan second time zone merupakan antara ciri-ciri unik terdapat pada jam ini.
Pergerakan jam ini juga sangat kompleks kerana ia dihasilkan dalam bentuk empat lapisan berbeza mengandungi 1,366 bahagian berbeza.
Selain itu bahagian case jam ini juga menfgandungi 214 komponen berbza menjadikannya sebagai jam tangan paling kompleks pernah dihasilkan di dunia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tapi malangnya kalau tak pandai bergaya dalam berfesyen dan mengenakan pakaian kedua perkara di atas hanyalah sia-sia sahaja!
Terdapat 10 kesalahan berpakaian yang sering dilakukan oleh lelaki. Semak perkara-perkara ini supaya anda dapat memastikan anda berpakaian dengan betul dan kelihatan hebat.
Jika anda suka memakai jam tangan, lebih baik untuk melipat lengan baju anda. Pertama sekali, lebih mudah bagi anda melihat waktu jam. Kedua, jam tangan di bawah kain lengan akan menyebabkan kelihatan hodoh atau tidak kemas.
Pilih kemeja-T yang biasa, terutamanya jika anda akan memakai jaket di luarnya. Kemeja-T bercetak hanya satu trend fesyen, yang sudah ketinggalan zaman. Fikirkan bagaimana James Dean berpakaian. Gaya Dean sentiasa kelihatan klasik dan ringkas.
Adalah lebih baik untuk membelanjakan wang dengan kemeja-T putih dan seluar jeans dengan potongan yang baik daripada membeli kemeja-T bercetak yang sudah ketinggalan zaman. Tidak hairanlah Lana Del Rey menyanyi, “Jeans biru, baju putih” dalam lagu hitnya.
Memakai kemeja-T berlengan besar dan labuh adalah memburukkan penampilan anda. Pilih lengan kemeja-T yang sesuai dengan diri anda. Jangan merosakkan penampilan anda.
Tali pinggang dan pendakap dipakai secara berasingan dan tidak seharusnya dipakai bersama. Lagipun, kedua-dua aksesori direka untuk menjaga seluar anda daripada terlondeh.
Sesungguhnya menyeterika pakaian bukanlah pekerjaan yang menyenangkan, tetapi ia adalah keutamaan jika anda ingin kelihatan kemas.
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan anda. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika.
Jika anda hendak membeli sut adalah lebih baik anda pergi berjumpa tukang jahit. Ia adalah supaya sut tersebut betul-betul sepadan dengan saiz tubuh anda.
Jangan butang semua jaket atau kot anda melainkan ia hanya mempunyai satu butang. Atau hanya biar butang bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda duduk.
Sesetengah lelaki masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja itu, coraknya, atau sama ada berlengan panjang atau pendek – jika anda bukan berusia 13 tahun ke bawah, anda harus memasukkan kemeja anda ke dalam seluar. Ia akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
Tiada ada yang lebih buruk daripada melihat pakaian yang cantik dan elegan tetapi diburukkan dengan poket yang terbonjol. Sebagai peraturan, lelaki biasanya membawa kunci, telefon bimbit, dan dompet dalam poket mereka.
Sekiranya poket jaket atau kot anda tidak mempunyai tempat untuk barang-barang ini, letakkan barang-barang keperluan anda di dalam clutch bag.
Sut berwarna hitam selalunya sesuai dipakai untuk majlis pengebumian. Anda boleh mencuba untuk memakai sut berwarna lain selain hitam, warna yang sesuai dengan penampilan anda. Walau bagaimanapun, jangan membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat.
Sumber : Era Baru
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat anda yang mengikuti perkembangan fesyen sejak tahun lalu pasti sedar akan trend penggunaan sandal atau slide yang semakin popular.
Salah satu faktor yang banyak menyumbang populariti footwear jenis ini adalah disebabkan pandemik yang melanda dunia sejak tahun lalu. Sepanjang tempoh itu ramai daripada masyarakat global lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah atau kawasan yang tidak ramai orang.
Lalu pemilihan footwear yang popular menjadi pilihan ialah sandal dan juga slide. Tapi dalam masa yang sama trend ini juga banyak dipengaruhi oleh rekaan-rekaan yang bersifat lebih universal selain selesa dipakai dan mudah digayakan dengan pelbagai jenis pakaian.
Onitsuka Tiger turut memperkenalkan koleksi sandalnya dengan tiga rekaan baru yang diperkenalkan dalam himpunan koleksi Musim Luruh dan Dingin tahun lalu. Mereka memperkenalkan tiga sandal baharu iaitu DENTIGRE STRAP, OHBORI STRAP dan OHBORI SLIDER.
DENTIGRE STRAP rekaan sandal bertali pengikat dilancarkan susulan daripada pengenalan siri DENTIGRE. Ia merupakan model hibrid yang tampil dengan kombinasi padanan gaya ringkas dan ringan bersama penampilan lasak namun masih selesa di bahagian tapaknya.
Sebagai tambahan, logo Onitsuka Tiger ditonjolkan pada bahagian tali pengikat sebagai penghias. Rekaan pengikat bercangkuk dan gelung yang ditampilkan bukan sahaja memudahkan pemakaiannya malah boleh dilaraskan mengikut kesesuaian padanan yang menyerlahkan lagi fungsinya.
Model OHBORI EX pula diperkenalkan dalam gaya musim lalu yang tampil dengan dua lagi model sandal ditambah untuk musim ini. Koleksi OHBORI STRAP, model sandal bersama tali pengikat, dikemaskinikan dengan kusyen dan struktur fleksibel serta menampilkan logo Onitsuka Tiger pada talinya.
Manakala model OHBORI SLIDER pula merupakan model jenis sarung dengan kemasan pad kusyen di bahagian atasnya yang diilhamkan daripada model terdahulu bersama dua tali yang boleh dilaras mengikut kesesuaian padanan. Rekaan versatil ini memberikan impak elegan dan sofistikated, sekali gus menjadikannya padanan yang sesuai untuk pelbagai gaya.
Mendapat sambutan hangat ketika mengeluarkan koleksi New Generation Charm Club awal tahun ini, THOMAS SABO kembali dengan 48 lagi rekaan menarik khas untuk anda yang ingin memperagakan aksesori ke satu fasa yang berbeza. Didatangkan dengan pelbagai saiz, material yang digunakan serta jenis simbol yang menarik minat anda, membuatkan penggemar aksesori menikmati keselesaan disamping tampak menawan dalam apa jua jenis majlis.
Antara koleksi yang mendapat perhatian umum adalah koleksi The Large Coin Charms yang diilhamkan daripada duit syiling zaman dahulu diselitkan juga dengan elemen ganas sesuai buat menreka yang gemar menggayakan fesyen pelik-pelik.
Autumn/ Winter Collection kali ini memilih elemen ganas menampakkan si pemakai seolah-olah memberontak namun masih tampak elegen tanpa perlu berpura-pura di hadapan orang ramai. Rebel Chains dan Desert Sky turut menjadi antara koleksi kali ini yang menampilkan rekaan simple buat lelaki yang 100% diperbuat daripada Silver, manjadikan lelaki kelihatan lebih segak dan bergaya walaupun hanya mengenakan t-shirt dan seluar denim. Corak rekaan yang simple namun modern ini menjadikan lelaki Maskulin di luar sana ingin memilikinya.
THOMAS SABO merupakan salah satu syarikat barang kemas, jam tangan, dan pusat kecantikan yang menawarkan pelbagai koleksi buat lelaki dan wanita. Ditubuhkan pada tahun 1984 THOMAS SABO mempunyai lebih dari 300 buah butik cawangan di seluruh dunia dengan lebih daripada 1860 orang pekerja. Syarikat terkemuka ini juga berkolaborasi dengan syarikat penerbangan dan kapal laut di seluruh dunia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang