Maskulin kini berada di dalam aplikasi   
Maskulin kini berada di dalam aplikasi   
Home Sukan Tip Senaman Bulan Puasa Mesra Six Pack, Ini 5 Rutin Santai &...

Tip Senaman Bulan Puasa Mesra Six Pack, Ini 5 Rutin Santai & Sangat Berkesan

Image by Freepik

Pertama sekali selamat menyambut bulan penuh keberkatan bulan Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa.

Bulan yang cukup dinanti-nantikan oleh ramai umat Islam di seluruh dunia. Inilah tempoh di mana kita lebih mendekatkan diri dengan aktiviti kerohaniah dengan lebih kerap.

Dan inilah tempoh untuk kita ‘perlahankan’ sedikit segala perkara yang mungkin tidak berapa mendatangkan faedah atau yang cenderung kepada lagha.

Tip Senaman Bulan Puasa Mesra Six Pack, Ini 5 Rutin Santai & Sangat Berkesan
Image by bristekjegor on Freepik

Tapi dalam masa itu tidak salah juga untuk kita terus menjaga kecergasan diri. Cuma mungkin bentuk senaman atau cara melakukannya perlu diubah sedikit mengikut kesesuaian dalam kita sedang berpuasa.

Berikut MASKULIN kongsikan 5 jenis senaman mudah untuk anda kekal sihat tapi dalam masa yang sama cukup mesra untuk ‘timbulkan’ six pack jika dilakukan secara berjadual sepanjang Ramadan ini.

JACKNIFE SIT-UP

Latihan yang satu ini merupakan bahagian latihan dari sit up. namun jangan salah melakukan latihan ini cukup sulit, terutama bagi seseorang yang memiliki badan gemuk. Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut, kerana melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut ( atas, tengah, bawah)

IKLAN
  • Ambil posisi berbaring
  • Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh lutut
  • Turunkan kembali ke posisi berbaring dan lakukan kembali gerakan ulangan ini
  • Lakukan latihan ini sekitar 15 kali per 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan

PLANK

Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tidak terlalu perlukan banyak tenaga dibanding latihan yang lainnya, hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.

  • Ambil posisi seperti push-up
  • Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai
  • Luruskan punggung
  • Rasakan kontraksi pada bahagian otot perut dan fokuskan kepada otot tubuh dari beban tubuh
  • Tahan sehingga beberapa minit

VERTICAL LEG CRUNCH

Jika anda masih baru dalam dunia kecergasan dan belum biasa melakukan latihan yang berat maka disarankan untuk lakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu.

Namun ia tidaklah terlalu ringan juga, kerana memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidaknya cara ini tergolong santai untuk dilakukan kerana tidak melakukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.

IKLAN
  • Ambil posisi berbaring
  • Pegang belakang kepala dengan kedua tangan
  • Angkat kedua kaki ke atas lalu tahan beberapa saat.
  • Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot

Menarik: Dapatkan Tubuh Captain America Follow 20 Steps Yang Chris Evans Buat Ini!

SIT UP

Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi sixpack. Terlebih lagi di saat melakukannya di tambah dengan beban tambahan.

BICYCLE MANEUVER

Sambil tidur pun boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil berbaring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan mengayun basikal.

IKLAN

Namun, jangan remehkan latihan ini, kerana dapat membantu pembentukan otot, terutama untuk melatih otot perut bahagian bawah.

Semoga dengan melakukan teknik senaman di atas dapat membantu anda terus mengekalkan kecergasan dan juga bentuk badan. Selamat mencuba!

Jangan lupa subscribe YouTube dan Facebook MASKULIN untuk seleksi video yang menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI