Sebolehnya setiap orang ingin miliki berat badan ideal. Bukan terlalu gemuk dan bukan terlalu kurus. Biar sedap mata memandang dan sesuai dengan ketinggian.
Sekiranya badan terlalu kurus keding pun tak cantik juga. Malah menunjukkan yang badan anda kekurangan nutrisi. Macam orang sakit pula kalau tersangat kurus.
Sekiranya anda pernah cuba minum susu untuk menambahkan berat tapi masih tak berjaya, apa kata cuba petua yang dikongsikan Nur Anis Najme ini. Hanya menggunakan Milo dan Banana Milk berjaya menggemukkan badannya sebagaimana yang diimpikan.
Malah dia turut memberi alternatif resipi kedua untuk menukarkan Banana Milk kepada susu full cream. Jadi anda boleh pilih mana satu resipi yang sesuai dengan badan anda. Semoga petua ini berjaya membuatkan berat badan anda bertambah dan ideal.
Sape yang nak gemukkan badan secara sihat boleh amalkan ni 2 kali sehari. Ni cara Anis la. Selain tu banyak lagi petua untuk gemukkan guna bahan dapur. Next time Anis akan share.. K.
Bahan-bahan:
? Banana Milk
? Milo
Ads
Cara membuatnya:
Campurkan dua bahan ni dan amalkan 2 kali sehari. Sape yang rasa kurus sangat tu boleh cuba ni, k. Cik Anis dah amal, nampak sangat berisi. Kena tegur, terus stop hahaha. First time rasa gemuk. Baru paham perasan orang badan besar bila kena kutuk gemok. Sakitnya tu di sini ?♥? Hahaha.
BANANA MILK ADA YANG KATA MANIS. UOLLS boleh tukar jer kepada SUSU FULL CREAM + MILO.
+ Susu ambik pagi malam
+ Telur 1 biji atau 2 biji
+ Marjerin @ planta letak dlm nasi
Sebulan naik badan. Gemuk atau naik badan ni tak sama, contoh macam Cik Anis naik pipi dengan paha. Depands kat mana lemak tu nak hinggap kat badan korang. Tu ja beza.
1 bulan naik 10kg berat asal 45kg. Macam kena pam makan ni. Cik Anis ambik buah dan sayur selain minum air kosong. Sekarang berat 55kg. Okay la untuk tinggi 153 macam Cik Anis ni.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Celebrity Car Wars kembali lagi pada musim ke 3 ini dengan menampilkan selebriti asia yang terdiri daripada Thailand, Filipina, Singapura dan tentunya Malaysia. Kali ini, Channel History saluran 555 menampilkan Hans Isaac sebagai wakil dari Malaysia. Mempunyai minat dalam dunia permotoran, Datuk Hans Isaac mengambil peluang ini untuk terus kekal aktif dan ingin menunjukkan bakat beliau dalam sukan permotoran. Ini merupakan rancangan realiti sukan lasak tanpa skrip pertama yang beliau ceburi dan mencuba perkara baru bukanlah perkara asing bagi dirinya. Pengambaran yang berlangsung selama 2 minggu itu di bumi Filipina, penuh dengan cabaran dan beraksi dengan mereka yang berusia jauh lebih muda dari dirinya bukan satu penghalang.
Musim terbaharu ini akan menyaksikan enam selebriti dari seluruh Asia bersaing untuk muncul sebagai pelumba terbaik. Masing-masing mempunyai kemahiran, ketangkasan dan perancangan tersendiri untuk menghadapi persaingan sengit di litar lumba. Selebriti-selebriti yang bakal berentap musim ini adalah Munah Bagharib, pelakon dan pelawak dari Singapura, Hans Isaac, pelakon, penerbit dan pengarah dari Malaysia, Diego Loyzaga, pelakon, VJ dan anak kepada pelakon terkenal Teresa Loyzaga, Xian Lim, pelakon, model dan penyanyi berdarah kacukan Amerika-Filipina, Matthew Deane, pelakon, penyanyi, dan model berdarah kacukan Thai-Australia, serta isterinya, Lydia Sarunrat, penyanyi R&B, aktres dan personaliti media sosial dari Thailand.
Pernah memenangi anugerah Emmy, musim kali ini akan mengembalikan cabaran-cabaran daripada musim terdahulu, antaranya, perlumbaan Jeepney, perlumbaan secara terbalik (gostan), dan perlumbaan 4X4 di dalam hutan sepanjang Sungai Sacobia di Pampanga. Tidak dilupakan, dinding batu bata yang juga perlu dihadapi para selebriti.
Siapakah yang akan melakar nama di Celebrity Car Wars Hall of Fame musim kali ini? Jangan lupa untuk menonton Musim Ketiga Celebrity Car Wars akan mula ditayangkan pada 9 September di HISTORY Asia (Saluran ASTRO 555 dan 575 HD), setiap Ahad pukul 9.55 malam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tiada alasan lelaki nak kurus sebab kajian mengatakan, lelaki mudah kurus dan turunkan berat badan berbanding wanita.
Ramai wanita yang merungut susah nak turunkan berat badan walaupun mereka dah buat macam-macam. Kalau berat mereka turun pun agak perlahan dan lambat.
Sebenarnya memang ada perbezaan yang ketara antara lelaki dan wanita, malah lelaki lebih mudah mencapai sasaran menurunkan berat berbanding wanita.
Perkara ini diperakui oleh pakar selepas pelbagai kajian dan penyelidikan tentang perbandingan jantina dilakukan.
Jurnal Diabetes, Obesiti dan Metabolisme yang dikaji oleh sekumpulan saintis telah menghimpunkan lebih daripada 2,000 orang dewasa yang berdepan dengan masalah pra-diabetes dan obesiti dari Eropah, Australia dan New Zealand.
Kesemua individu ini menjalani diet 800 kalori sehari yang terdiri daripada sup dan bijirin selama lapan minggu dan makan 375 gram sayur-sayuran rendah kalori yang terdiri daripada tomato, timun dan salad.
Selepas tempoh lapan minggu, saintis mendapati golongan lelaki turun berat badan paling banyak iaitu purata 11.8 kg berbanding wanita hanya sekitar 10.2 kg. Selain berat badan, kajian juga mendapati kadar lemak dalam badan turun.
Bukan itu sahaja, 35% lelaki dan wanita melaporkan tahap glukosa darah cenderung normal dan tidak lagi pra-diabetes. Pra-diabetes merupakan keadaan kadar gula darah bermula di atas normal, tetapi tidak sehingga diabetes.
Secara umumnya, ini membuktikan lelaki mempunyai metabolisme lebih tinggi dan lebih lemak viscera. Malah disebabkan lelaki mengambil lebih banyak kalori setiap hari daripada wanita, maka kesan pengurangan kalori lelaki akan lebih cepat.
Ini 5 sebab kenapa lelaki lebih mudah hilang berat badan seperti yang dilaporkan dalam beberapa laman portal kesihatan menurut kajian oleh penyelidik.
Portal Verywell menerusi sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Applied Physiology mendapati lelaki mempunyai 10 hingga 15% lebih banyak otot daripada wanita. Semakin banyak otot yang lelaki miliki, maka lebih banyak kalori yang akan dibakar, walaupun korang dalam keadaan rehat.
Ini kerana otot adalah bahagian tubuh yang aktif metabolik, maka ia cenderung untuk membakar lebih mudah apata lagi jika ditambah dengan senaman yang konsisten.
Bagi wanita pula, lemak subkutan yang meraka miliki melekat pada permukaan kulit. Biasanya, lemak ini tersebar di sekitar paha, punggung dan pinggul kerana ia akan digunakan untuk melahirkan anak. Ia tidak aktif secara metabolik maka sukar untuk dibakar dengan aktiviti atau senaman.
Hormon estrogen dalam tubuh wanita berperanan penting untuk penyediaan mereka semasa bersalin anak dan meningkatkan libido hubungan intim. Malah hormon ini juga menyebabkan wanita sukar menurunkan berat badan.
Menurut penyelidik dari Universiti New South Wales, estrogen membakar kalori lebih banyak selepas makan kerana ia memulihkan jumlah lemak yang terkumpul di dalam badan. Lemak ini kemudiannya digunakan sebagai persediaan untuk melahirkan anak, terutamanya di bahagian pelvis wanita.
Disebabkan kadar metabolisme yang tinggi dan hormon, tubuh lelaki memberi reaksi segera apabila korang dalam usaha menurunkan berat badan. Menurut Jurnal Nutrisi British, lelaki dua kali lebih banyak kehilangan berat badan dalam tempoh dua bulan pertama selepas menyertai program diet seperti Atkins, Slim-Fast dan Weight Watchers berbanding wanita. Namun selepas bulan ke-6, kadar penurunan agak statik manakala wanita kekal menurun walaupun pada tahap perlahan.
Tidak seperti lelaki, wanita tergolong dalam kategori “emotional eater” atau pemakan emosi. Menurut penyelidik dari Makmal Kebangsaan Brookhaven, apabila wanita terdedah kepada bau atau melihat makanan tertentu, niat makan mereka lebih tinggi berbanding lelaki.
Apabila wanita stres, panik atau depresi, mereka mudah memberikan respons terhadap makan. Kalau lelaki pula lebih memilih rokok, minum alkohol atau terlibat dalam aktiviti lain untuk menghilangkan stres, panik atau depresi.
Apabila bersenam wanita cenderung untuk rasa cepat panas, mudah letih dan lemah kerana kapasiti paru-paru wanita lebih kecil berbanding lelaki. Ini menyebabkan sistem pernafasan wanita terpaksa bekerja keras untuk memproses oksigen ke dalam badan ketika mereka bersenam, selain menyebabkan lemak subkutan dalam tubuh wanita tidak terbakar dengan cepat seperti otot lelaki.
Sejujurnya MASKULIN berasa sangat jelik dengan alasan tiada masa untuk bersenam. Disebabkan itulah kami di sini lebih senang menganggap lelaki yang langsung tidak bersenam sebagai seorang yang pemalas.
Anda sebenarnya tak memerlukan masa yang lama pun untuk bersenam. Percaya atau tidak anda boleh bersenam hanya dalam masa 4 minit sahaja!
Akan tetapi ia perlulah dilakukan secara konsisten setiap hari dan anda pula perlulah realistik. Dengan melakukan senaman 4 minit ini jangan pula harapkan perubahan pada badan dan tahap kesihatan berlaku sekelip mata.
Apa yang MASKULIN boleh jamin ia akan beri satu hasil yang anda sendiri tak akan sangka dan ia mampu berlaku dalam tempoh 4 hingga 6 bulan.
Usah berlengah kerana anda boleh mulakannya pada hari ini! Ikuti step berikut untuk melakukan 4 senaman dalam masa 4 minit! Lakukan mengikuti turutan berikut dengan mengulangi sebanyak 2 reps.
*ulang step dari mula
Dengan melakukan senaman secara konsisten seperti ini anda boleh hilangkan lebih 18 peratus lemak bada. Kepada yang ingin mencuba, selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.