Bersenam Tapi Berat Tak Turun? Ikuti Cara Senaman & Diet Efisien Ikut Jenis Bentuk Badan

11328

Ya, MASKULIN tak salahkan anda jika rasa fed up bila senaman yang dilakukan tidak membuahkan hasil.

Setiap hari bersekang mata dan tenaga melakukan senaman bagai nak rak di gim tapi berat kalau turun pun tak terlalu obvious.

Tapi pernahkah anda consider bahawa jenis senaman yang anda lakukan sebenarnya tak sesuai dengan jenis bentuk badan anda?

Saintis dan juga pakar senaman telah sama-sama bersetuju bahawa manusia terdapat tiga jenis bentuk badan berbeza terutamanya bagi lelaki.

Setiap bentuk badan pula memerlukan jenis latihan dan diet berbeza bagi mendapatkan hasil maksima. Jadi, adakah anda tahu jenis bentuk badan anda?

Jom kita lihat di bawah.

ECTOMORPH

Adakah anda seorang yang memiliki fizikal kurus dan walau banyak mana pun makan tapi badan masih boleh maintain berat sama. Jenis bentuk badan anda adalah ectomorph. Anda memiliki kadar metabolism tinggi dan badan memproses makanan dengan cepat.

SENAMAN

  • Jika ingin membina otot jauhi aktiviti jarak jauh seperti berlari.
  • Senaman kardio juga hanya akan lebih mempercepatkan lagi kadar metabolisme anda.
  • Lebihkan aktiviti mengangkat berat.
  • Anda juga dinasihatkan untuk makan lebih banyak terutamanya makanan tinggi protein.
  • Sasaran makanan anda ialah 3000 kalori sehari.

BACA: Anda Ingin Ikuti Diet ‘Eat Clean’, Ikuti Senarai Makanan Yang Perlu Dielak

MESOMORPH

Bagi orang yang dalam kategori jenis badan ini anda bolehlah dikira sangat beruntung. Ini kerana anda secara semula jadi memiliki badan tegap dan fit. Dalam ketiga-tiga kategori jenis bentuk badan anda yang paling senang untuk membina otot dan badan. Anda juga sangat mudah untuk turun dan naikkan berat badan.

SENAMAN

  • Fokuskan kepada senaman yang konsisten.
  • Amalkan gaya pemakanan seimbang dalam diet seharian.
  • Pengambilan kalori anda tidak boleh lebih daripada 2500 sehari.
  • Tekankan kepada bentuk senaman menggunakan power dan sprint untuk perkasakan lagi otot sedia ada.

ENDOMORPH

Kalau dilihat secara fizikal, anda yang berada dalam bentuk ini biasanya mempunyai fizikal bersaiz agak besar. Badan anda juga mempunyai kadar jumlah lemak dan otot yang tidak sekata. Berat badan yang berlebihan biasanya berkumpul di bahagian bawah perut. Anda juga terpaksa melakukan usaha yang lebih tinggi untuk dapatkan smeula bentuk ideal.

SENAMAN

  • Memerlukan sistem diet yang penuh disiplin dan juga rejim senaman tegas.
  • Senaman bahagian atas badan seperti lengan dan bahu boleh boleh dilakukan sebagai permulaan.
  • Untuk membuang lemak degil pula anda boleh fokuskan kepada senaman kardio dan workout intervals.
  • Bagi diet, anda perlu jaga pemakanan dan lebihkan makan sayur dan rendah karbohidrat.
  • Pengambilan kalori pula tak boleh melebihi 1700 sehari.

AKTIVITI LARIAN

Ketiga-tiga jenis bentuk badan ini juga boleh melakukan aktiviti larian mengikut kesesuaian kondisi fizikal.

Jika tak mampu untuk berlari jauh seperti 5 kilometer, bermulalah dengan jarak sederhana. Untuk permulaan mungkin boleh berlari 1 hingga 3 kilometer. Apabila sudah selesa anda boleh tambah jarak secara berperingkat.