Pendedahan model Kawasaki Ninja 250 2018 di Tokyo Motor Show (TMS) 2017 membawa satu evolusi perubahan dengan imej lebih agresif dan gaya tunggangan yang sporty.
Akhirnya kemunculan model tersebut di reruai Kawasaki menjawab penantian pencinta motosikal segmen berkenaan.
Masih tiada lagi informasi terperinci didedahkan, Ninja 250 tersebut difahamkan lebih besar berbanding model sedia ada, bahkan beratnya juga lebih ringan iaitu 167kg.
Menerusi penglihatan mata kasar, model tersebut menampilkan lampu depan baharu dengan ciri LED bersama penambahan lips spoiler pada bahagian bawah lampu utama.
Ads
Tarikan garis tegas mendominasi setiap bahagian badan Ninja 250 bersama lekuk fairing baharu. Seolah diinspirasikan menerusi Ninja H2. Bahkan fender depan juga kini didatangkan dengan lubang di kiri dan kanan.
Ads
Pereka Kawasaki juga mengambil langkah bijak menerusi keseimbangan warna. Sebagai contoh paduan warna krom pada varian berwarna hijau dan merah pada varian berwarna hitam.
Sementara, bahagian belakang tampil lebih muda menerusi pelindung ekzos yang meningkatkan imej Ninja 250 bersama lampu berhenti LED.
Ads
Sayangnya suspensi depan masih mempertaruhkan teleskopik dan tidak memilih suspensi USD.
Menerusi informasi ringkas dimensi Kawasaki Ninja 250 2018 memiliki panjang 1990 mm, lebar 710 mm dan tinggi 1120 mm serta tangki bersaiz 14 liter.
Soal mekanikal, Ninja 250 2018 menggunakan enjin bersesaran 249 cc twin inline yang mampu menghasilkan tenaga 38.4 hp pada 12,500 rpm dan tork 23.5 Nm pada 10,000 rpm. Enjin itu lebih berkuasa berbanding generasi sebelumnya.
Foto Kredit: Zigwheels
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Toymaker Step2 berkolaborasi dengan McLaren Automotive bagi menghasilkan satu produk paling comel dan murah di bawah barisan McLaren. Model tersebut dinamakan sebagai Step2 McLaren 570S Push Sports Car. Kereta tolak yang sesuai buat anak kecil yang berminat dengan kereta.
Kereta tolak berkenaan bergerak dengan lancar menggunakan roda khas. Jana kuasa jentera berada di belakang model tersebut atau lebih mudah ialah ibu bapa ataupun pengasuh. Bergantung kepada siapa yang akan menolak Step2.
Walaupun tidak dilengkapi dengan enjin V8 twin turbo seperti 570S yang sebenar, tetapi kereta kecil itu memiliki lebih banyak ruang pemegang cawan berbanding model produksi. Menariknya model tersebut didatangkan dengan hendal yang boleh dilipat untuk mudah disimpan dan diangkut ke mana sahaja. Toymaker Step2 menamakan hendal berkenaan sebagai Whisper Wheels.
Kemudahan lain yang disediakan ialah kargo besar di bawah kerusi untuk memudahkan anak kecil meletakan permainan dan makanan ringan. Pada bahagian stereng tersedia butang audio yang akan menghasilkan bunyi elektronik apabila ditekan.
Hanya ditawarkan dengan satu warna Ventura Orange (Oren), Step2 dijual pada harga $79.99 (RM343.60) seunit. Model tersebut bakal berada di pasaran pada September depan dan beberapa pilihan warna badan lain akan menyusul kemudian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hazard light tak boleh suka-suka tekan: Ini fungsi sebenar hazard light. Hazard light atau lampu isyarat kecemasan merupakan satu ciri penting yang terdapat pada semua kenderaan moden.
Namun begitu, masih ramai pemandu yang menyalahgunakan fungsi ini tanpa memahami tujuan sebenar ia direka. Artikel ini akan menjelaskan fungsi sebenar hazard light dan kenapa ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.
Hazard light ialah lampu isyarat berkembar yang berkelip-kelip secara serentak di bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Ia biasanya diaktifkan dengan menekan butang segi tiga berwarna merah yang terletak di tengah papan pemuka kenderaan.
Fungsi utama hazard light adalah untuk memberi isyarat kepada pengguna jalan raya lain bahawa kenderaan anda menghadapi masalah seperti kerosakan enjin, tayar pancit, atau apa-apa keadaan yang memerlukan anda berhenti secara tiba-tiba di tepi jalan.
Ia juga digunakan untuk memberi amaran awal kepada pemandu lain mengenai bahaya di hadapan seperti kemalangan jalan raya, halangan di laluan, atau keadaan cuaca yang buruk seperti kabus tebal.
Dalam situasi di mana pemandu terpaksa membrek secara mengejut, hazard light boleh dihidupkan seketika untuk memberi isyarat kepada kenderaan di belakang agar memperlahankan kenderaan mereka.
Ramai pemandu menyalahgunakan hazard light dalam situasi yang tidak wajar, antaranya:
Ada pemandu yang menyalakan hazard light ketika memandu dalam hujan lebat kononnya untuk “lebih selamat”. Sebenarnya, ini mengelirukan pengguna jalan lain kerana mereka tidak dapat meneka arah pergerakan anda (tidak dapat melihat isyarat membelok).
Menghidupkan hazard light ketika membelok atau memasuki bulatan adalah satu kesilapan kerana ia mengelirukan pemandu lain dan membahayakan keselamatan lalu lintas.
Walaupun ada yang menghidupkan hazard light ketika parkir di tempat larangan, ini tidak menjadikan perbuatan itu sah dari segi undang-undang.
Penggunaan hazard light haruslah mengikut situasi kecemasan yang sebenar. Menyalahgunakan fungsi ini bukan sahaja mengelirukan pengguna jalan raya lain, malah boleh menyebabkan kemalangan. Oleh itu, sebagai pemandu yang bertanggungjawab, fahami dan patuhi cara penggunaan hazard light yang betul demi keselamatan bersama.
Ingat, hazard light bukan untuk suka-suka tekan. Gunakan bila perlu, demi keselamatan anda dan orang lain.
Berita yang cukup dinantikan oleh rakyat Malaysia terutamanya yang merantau. Hari ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan larangan peintah rentas negeri akan ditamatkan pada 10 Jun 2020.
Jelas Perdana Menteri menerusi siaran secara langsung di televisyen, negara kita akan memasuki fasa baru iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.
Perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Berikut merupakan ringkasan tentang apa yang dibenarkan sepanjang PKPP;
1. Pelancongan domestik dibenatkan tetapi pintu masuk antarabangsa masih ditutup.
2. Operasi premis perniagaan kembali kpd biasa.
3. Sekolah dibuka berperingkat dalam tempoh PKPP.
4. Pusat hiburan spt pub, karaoke masih dilarang.
5. Perhimpunan libat ramai org dilarang.
6. Beberapa sukan dan aktiviti rekreasi akan dibenarkan kecuali sukan melibatkan sentuhan, penonton dan perhimpunan penyokong.
Jadi MASKULIN yakin ramai yang akan mengambil kesempatan bermula pada hujung minggu hadapan untuk pulang ke kampung selepas tidak dapat menyambut Hari Raya bersama keluarga yang jauh baru-baru ini.
Bagi anda yang merancang untuk pulang dengan kereta perlu tidak perlu tergopoh-gapah. Pertama sekali kena pastikan kondisi kenderaan berada pada tahap yang baik sebelum memulakan perjalanan jauh.
Berdepan masalah kereta rosak terutamanya di atas lebuh raya boleh menjadi mimpi negri! Oleh itu anda perlu bijak dan memeriksa kereta sebelum bertolak pulang.
Ramai yang akan memilih untuk hantar servis ke bengkel. Tapi sebenarnya untuk memeriksa komponen asas anda boleh lakukan sendiri saja. Bukan sahaja jimat kos malah boleh lakukan bila-bila masa.
Sebelum memulakan perjalanan adalah lebih elok untuk anda mengisi minyak full tank. Ini akan lebih melancarkan perjalanan anda dan tak perlu bersesak di stesen minyak. Oleh itu anda kena pastikan indicator atau penunjuk aras minyak berfungsi dengan baik.
Tanpa minyak enjin memang tak ‘bernyawalah’ kenderaan anda. Periksalah keadaan minyak enjin sebelum bertolak. Cara nak periksa paras minyak enjin pun bukannya susah. Cabut dipstick dan bersihkan dahulu. Kemudian celupkan semula dan tengok paras minyak enjin. Ia harus berada antara paras minimum dan maksium. Kalau kurang, tambahkan minyak enjin.
Paras minyak brek juga penting untuk keselamatan anda. Anda boleh periksa parasnya menerusi penanda pada bekas atau tabung minyak brek. Pastikan ia antara minumum dan maksimum. Jika kurang tambah minyak brek dengan berhati-hati dan tak melimpah.
Seperti kondisi minyak enjin dan minyak brek, kandungan minyak power stereng juga perlu berada di antara minum dan maksimum. Selain itu pastikan ia berwarna keemasan dan jika terlalu gelap atau hitam itu bermakna anda perlu menukarnya.
Perkara yang mudah tapi ramai orang buat sambil lewa. Tak lain tak bukan ialah kandungan air untuk radiator. Kandungan air perlu berada di antara paras minimum dan maksimum.
Dalam perjalanan jauh anda mungkin berdepan dengan pelbagai situasi jalan raya seperti berdebu dan juga cuaca yang tak menentu. Oleh itu fungsi wiper memang sangat penting. Anda perlu pastikan air dalam bekas washer fluid sentiasa penuh. Untuk elak nozzle tersumbat anda boleh guna air suling atau mineral. Dan boleh juga tambahkan sedikit cairan permbersih cermin kereta.
Mungkin anda sudah lama tak tukar wiper. Bila hujan ia tak dapat buang air hujan dengan baik kerana getahnya sudah semakin uzur. Anda juga boleh lihat pergerakan wiper sama ada lancar atau tidak.
Periksa kondisi penghawa dingin kereta dengan menghidupkan suhu maksimum dingin dan maksimum blower. Kipas pendingin harus berputar dan periksa sign glass lihat kondisinya. Ia tak boleh ada biuh udara di dalamnya. Kalau ada buih itu bermakna gas berada pada tahap rendah atau berlaku kebocoran pada paip.
Drive belt merupakan talipenggerak enjin untuk memutarkan komponen tambahan seperti pullu aircond, kipas radiator, alternator dan kompressor penghawa dingin. Jika drive belt nampak macam terjejas dan berbulu itu tandanya memang kena tukar.
Jika anda menggunakan bateri kering boleh periksa kemampuannya dengan battery charge indicator. Jika lampu hijau bermakda ia masih baik dan jika lampu merah atau putih sahaja bermakna bateri sudah ‘kong’ dan perlu tukar baru.
Untuk bateri basah pula anda hanya perlu periksa kandungan air bateri. Jika berada di bawah paras minimum tambahkan air bateri. Tapi jangan sampai terlebih paras maksimum.
Periksa tekanan tayar dan sesuaikan dengan spesifikasi tekanan. Pastikan juga bunga tayar tidak botak dan masih dalam kondisi baik.
Sebelum pulang ke kampung mungkin anda boleh shopping sedikit sebagai hadiah untuk mak atau ayah dikampung. Pelbagai tawaran menarik dengan diskaun hebat boleh di dapati di https://invol.co/cloqny
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui cara mengukur badan dengan betul untuk mendapatkan saiz baju yang tepat. Panduan lengkap ini membantu anda memilih pakaian yang lebih selesa dan kemas sempena Hari Raya.