Berapa jauh boleh memandu dengan lampu E menyala? Jangan panik lagi Ok! Pernah tak tengah sedap memandu, tiba-tiba lampu minyak E (Empty) dekat dashboard kereta menyala?
Berapa Jauh Boleh Memandu Dengan Lampu E Menyala? Jangan Panik Lagi Ok!
Hati terus berdebar, tangan mula sejuk. Otak ligat fikir, “Aku boleh pergi jauh lagi ke ni? Atau kena tolak kereta kejap lagi?”
Apa Maksud Lampu E Menyala?
Lampu E sebenarnya signal dari kereta yang kata minyak dah nak habis, tapi bukan maksudnya terus habis waktu tu juga. Biasanya bila lampu tu menyala, masih ada baki minyak dalam tangki – lebih kurang 5-10 liter bergantung kepada jenis dan model kereta.
Berapa Jauh Boleh Pergi Lagi?
Jawapan ni bergantung kepada kereta masing-masing, tapi secara umum:
Kebanyakan kereta boleh jalan antara 40 km hingga 70 km lagi selepas lampu E menyala.
Contohnya:
Perodua Myvi – boleh jalan lebih kurang 50 km lagi.
Honda City – sekitar 60 km.
Toyota Vios – dalam 60-70 km.
Tapi ni semua anggaran je. Kalau jalan jem, naik bukit, bawa laju atau berhenti banyak kali, minyak akan cepat habis.
Ads
Macam Mana Nak Elak Panik Bila Lampu E Menyala?
*Jangan tunggu sampai lampu menyala baru nak isi. Bila dah suku tangki (1/4), eloklah singgah stesen minyak.
*Kenal pasti berapa liter ‘reserve tank’ kereta anda. Boleh rujuk buku manual.
*Guna apps Waze atau Google Maps – kadang-kadang apps ni boleh tunjuk stesen minyak berdekatan.
*Kalau dalam kawasan luar bandar, jangan ambil risiko. Isi penuh sebelum memulakan perjalanan jauh.
Bahaya Ke Kalau Selalu Tunggu Lampu E Menyala?
*Ya, boleh jadi bahaya. Bila minyak terlalu rendah:
*Pam minyak boleh cepat rosak.
Ads
*Enjin boleh ‘menyedut’ kotoran dari dasar tangki.
*Tersadai tepi jalan, terutama waktu malam atau tempat sunyi – boleh jadi risiko keselamatan juga.
Sebenarnya kalau anda tahu jarak sebenar jumlah minyak dalam tangki boleh bertahan bila lampu E berkelip anda takkan kalut lagi.
Jawapan yang dicari ada pada buku manual kereta anda.
Amaran baki minyak kurang
Lampu amaran tangki minyak simpanan akan mula menyala memberikan amaran apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 7.5 liter.
Berkelip makin laju kalau
Ia akan berkelip dengan kadar perlahan dan akan berkelip dengan lebih laju apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 6.0 liter.
Ads
Bila melepasi ‘E’
Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin.
Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km.
E bukan bermaksud Empty
Ia bermaksud Enough. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10 km. Tambahan lagi 10 km jika anda memandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten.
Nota – Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa.
Sekarang anda boleh bertenang bila lampu E menyala ok!
Sumber: Dato’ Ir Hj Mohamad b. Dalib, Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan.
BACA:
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim dan balu kepada bekas kakitangan Proton yang pernah berkhidmat apabila diraikan menerusi program Kasih Ramadan 2017 dengan membeli-belah pakaian raya di Jakel, Shah Alam, semalam.
Hadir seawal jam lapan pagi, kesemua 15 keluarga yang terdiri anak-anak yatim diraikan dengan penuh mesra kakitangan Proton yang turut sama membantu dari awal hinggalah selesai.
Program kali pertama anjuran Proton dengan kerjasama Jakel ini dilihat dapat mengurangkan beban ahli keluarga selain memeriahkan sambutan Syawal pada tahun ini.
Biar pun pasti terselit kesedihan kerana sekali lagi pada tahun ini, tidak dapat berhari raya dengan bapa yang telah kembali ke pangkuan Ilahi, namun pengkongsian rezeki oleh Proton ini ibarat mengubat duka di hati insan yang ditinggalkan orang tersayang.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali diiringi pihak pengurusan tertinggi Proton, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid manakala bagi pihak Jakel Shah Alam, Pengarahnya Tuan Haji Mohamed Izani Mohamed Jakel turut hadir sama memeriahkan majlis.
Peranan tali pinggang keledar masih dianggap hal yang remeh bagi pengguna. Apatah lagi penumpang yang duduk di belakang. Perlu anda ketahui tidak memakai tali pinggang keledar sebenarnya adalah satu risiko tinggi bagi penumpang belakang dan juga penumpang depan.
Menurut Insurance Institute for Highway Safety (IIHS), empat daripada lima orang penumpang belakang tidak memakai tali pinggang keledar. Tidak kira sama ada perjalanan jauh mahupun dekat.
Perlu diingatkan habit anda yang tidak gemar untuk memakai tali pinggang keledar ketika duduk di belakang boleh menyebabkan kecederaan teruk kepada penumpang di depan ketika kemalangan.
Menerusi simulasi ujian kemalangan yang dijalankan, hasil ujian menunjukkan selain berisiko menyebabkan kecederaan kepada penumpang belakang, ia juga boleh menyebabkan penumpang depan terhumban ke papan pemuka atau stereng. Ini akibat daripada momentum penumpang belakang yang terhentak pada kerusi depan.
Hasil kaji selidik IIHS menunjukkan bahawa 72 peratus daripada pengguna berusia 18 tahun ke atas tidak memakai tali pinggang ketika duduk di belakang. Sebaliknya 91 peratus menyatakan menggunakan tali pinggang keledar ketika dudukk di depan.
Tiba masanya anda mempunyai kesedaran untuk memakai tali pinggang keledar tidak kira sama ada duduk di kerusi depan mahupun belakang. Dahulukan keselamatan dan lebih baik mencegah sebelum berlakunya perkara tidak diingini.
Pengimport dan pengedar utama motosikal, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. baru sahaja melancarkan dua model terbaharu iaitu Kawasaki Z250 ABS dan Z400 SE ABS.
Motosikal segmen ‘super naked’ ringan dengan casis inspirasi rekaan Sugomi model segmen Z ini bukan sahaja diadun daripada model Z650.
Malah rekaan yang ditampilkan begitu agresif dan maskulin serta tampak hebat jika meluncur menyusuri jalan raya di negara ini.
Model Z250 dikuasakan dengan enjin 249cc DOHC sejukan cecair silinder berkembar selari dengan kuasa 37 PS pada 12,500rpm dan 23Nm pada 10,000 rpm.
Manakala Z400 pula dilengkapi enjin 399cc DOHC sejukan cecair silinder berkembar selari menjana kuasa 45 PS pada 10,000 rpm dan tork 38Nm pada 8,000 rpm.
Dari segi persamaan rekaan pula, kedua-dua model dibina di atas kerangka trelis berketahanan tinggi dengan suspensi hadapan fork teleskopik.
Selain itu, kedua-dua model ini juga memiliki penyerap hentakan belakang jenis ‘gas-charged’ dengan ‘Bottom-Link Uni-Track’ serta larasan pra-beban.
Lampu hadapan dan belakang LED, panel meter pelbagai fungsi dan rekaan tangki bahan api lebih tirus untuk keselesaan kepada penunggang antara pembaharuan bagi model ini.
Bagi pasaran Malaysia, Kawasaki Z250 ABS dijual dengan harga RM21,988 dan Z400 SE ABS pada harga RM28,755 (atas jalan tanpa insurans).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang