Pengguna lebuh raya bakal diberikan kemudahan tol percuma selama dua hari bermula esok sempena cuti sambutan Deepavali.
Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi mengumumkan pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma sempena sambutan Deepavali.
Beliau berkata, tol percuma bermula 12.01 tengah malam ini dan akan berakhir pada 11.59 malam, 30 Okt itu akan dinikmati oleh pengguna kenderaan kelas persendirian.
Ads
Tetapi katanya, pengecualian itu tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor.
Menurutnya, kos pemberian tol percuma yang dianggarkan RM38 juta akan ditanggung oleh kerajaan dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.
Ads
“Pemberian tol percuma ini selaras dengan teras utama kerajaan Malaysia Madani iaitu kesejahteraan dan ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat disamping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
“Semoga pengguna lebuh raya memanfaatkan peluang ini sebaiknya dan dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan sewajarnya untuk melancarkan perjalanan,” katanya dalam kenyataan.
Ads
Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Moga anda semua selamat pergi dan kembali. Pastikan kekal selamat dan memandu di bawah had limit yang ditetapkan okayyy!
Masalah ketinggian sasaran lampu utama tidak memenuhi peraturan spesifikasi antara punca Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan Perodua Alza, Aruz dan motosikal Honda CB350RS keluaran 2024.
Panggilan semula itu dibuat kerana tidak mematuhi peraturan spesifikasi ditetapkan yang melibatkan sebanyak 3,722 buah kenderaan.
2,518 kereta Perodua Alza 1500 x (CVT), 1500 H (CVT) dan 1500 AV (CVT), 1,139 Perodua Aruz 1500 X dan 1500 AV mempunyai masalah ketinggian sasaran lampu utama tidak memenuhi peraturan spesifikasi
Sementara 65 motosikal Honda CB35ORS pula berkaitan permasalahan pada sensor kelajuan roda menyebabkan sistem brek antikunci (ABS), ‘traction control‘ dan meter had laju tidak tepat.
Difahamkan mana-mana komponen terbabit dengan isu itu akan digantikan dengan kos ditanggung pihak syarikat pengeluar kenderaan berkenaan.
Pemilik-pemilik kenderaan boleh mengunjungi mana-mana pusat jualan atau perkhidmatan Perodua dan Boon Siew Honda berdekatan berhubung proses pemanggilan semula.
PENGURANGAN bunyi bising, getaran dan kasar (NVH) serta enjin pemasangan tiga point untuk lebih kestabilan antara elemen baharu yang terdapat pada Proton Iriz baharu yang diperkenalkan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton).
Iriz baharu yang tampil lebih sporty dan bergaya ini hadir dalam empat varian iaitu 1.3 Standard MT, 1.3 Standard CVT, 1.3 Executive CVT dan 1.6 Premium CVT.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata, model Iriz baru akan memasuki pasaran Jun ini dan harga terkini diumumkan dalam masa terdekat.
“Iriz baharu telah dipertontonkan kepada orang ramai ketika acara DRB-Hicom Autofest 2017, minggu lalu dan telah mendapat tempahan kira-kira 20 unit pada hari pertama Autofest,” ujarnya ketika memperkenalkan Iriz versi baharu kepada media di Pusat Kecermerlangan Proton, Shah Alam, petang tadi.
Iriz diberi penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (NCAP) juga ditawarkan dalam lima pilihan warna termasuk dua yang baru iaitu merah Ruby serta coklat Carnelian.
Dalam dunia serba pantas hari ini, masa adalah aset paling berharga bagi seorang lelaki. Lelaki sejati tidak suka urusan yang renyah, berbelit, dan memakan masa—terutamanya apabila ia melibatkan hal-hal teknikal seperti kereta, bayaran, atau mencari alat ganti. Efisiensi dan kawalan adalah dua ciri utama yang membezakan lelaki high-value dengan yang lain.
Inilah sebabnya mengapa pelancaran Perodua P-Circle Super App baru-baru ini bukan sekadar berita automotif, tetapi satu upgrade gaya hidup untuk setiap lelaki yang mengutamakan masa.
Aplikasi ini direka untuk menjadikan urusan harian anda, yang sebelum ini berterabur dalam pelbagai aplikasi, kini berpusat dalam satu hub pintar.
Antara ciri terbaik Perodua P-Circle Super App ialah kebolehannya memusatkan semua kemudahan dalam satu platform.
Ia bukan hanya untuk pemilik Perodua; aplikasi ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia. Ini menunjukkan visi yang lebih besar—ia mahu menjadi penyelesaian gaya hidup, bukan sekadar alat jenama.
Zaman membawa pelbagai kad atau aplikasi e-wallet berbeza sudah berakhir. P-Duit ialah dompet digital dalam P-Circle Super App yang memudahkan pembayaran bagi hampir semua transaksi harian anda.
Lebih strategik lagi, Perodua memastikan P-Duit bekerjasama dengan semua pengendali pengecasan EV. Ini isyarat jelas bahawa anda, sebagai lelaki yang bersedia untuk masa hadapan, tidak akan menghadapi masalah logistik apabila memasuki era kenderaan elektrik. Ia tentang kemudahan dan persediaan untuk dunia automotif baharu.
Tiada yang lebih menjengkelkan bagi seorang lelaki selain membeli alat ganti yang salah atau tiruan. Dengan P-Marketplace dalam Perodua P-Circle Super App, anda mendapat platform rasmi untuk membeli alat ganti dan aksesori tulen Perodua. Pada fasa awal, pengguna berurusan terus dengan Perodua, menjamin ketulenan dan keaslian produk.
Apabila tiba masanya untuk membaiki atau upgrade kereta, segalanya boleh diselesaikan dengan pantas dan yakin. Dalam masa terdekat, platform ini akan diperluaskan untuk menampung penjual lain seperti Unifi dan perniagaan kecil, menjadikannya satu marketplace automotif yang holistik.
Perodua P-Circle Super App bukan sekadar aplikasi untuk pemilik kenderaan. Ia turut menyajikan ciri seperti P-Map (navigasi pintar yang akan diperluaskan ke luar negara) dan P-Entertainment (platform OTT untuk hiburan tempatan). Semua ini bertujuan menyingkirkan mental clutter agar pengguna dapat memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting—kerjaya, kesihatan fizikal, dan hubungan peribadi.
Lelaki yang bijak menggunakan teknologi sebagai alat untuk memperkemas hidup, bukan sebagai satu lagi sumber kerumitan. Dengan kemudahan Perodua P-Circle Super App, segalanya berada di hujung jari anda.
Perodua P-Circle Super App, yang kini boleh dimuat turun secara percuma (dan mungkin mempunyai langganan premium pada masa depan), ialah peluang untuk memulakan transformasi gaya hidup moden.
Ia memberi anda kawalan penuh ke atas kewangan, kenderaan, dan masa anda—tiga elemen utama lelaki produktif.
Muat turun sekarang, kuasai fungsinya, dan nikmati kebebasan masa untuk menjadi lelaki yang lebih produktif, efisien, dan berwibawa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.