Pengimport dan pengedar utama motosikal, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. baru sahaja melancarkan dua model terbaharu iaitu Kawasaki Z250 ABS dan Z400 SE ABS.
Motosikal segmen ‘super naked’ ringan dengan casis inspirasi rekaan Sugomi model segmen Z ini bukan sahaja diadun daripada model Z650.
Malah rekaan yang ditampilkan begitu agresif dan maskulin serta tampak hebat jika meluncur menyusuri jalan raya di negara ini.
Ads
Kekuatan enjin
Model Z250 dikuasakan dengan enjin 249cc DOHC sejukan cecair silinder berkembar selari dengan kuasa 37 PS pada 12,500rpm dan 23Nm pada 10,000 rpm.
Manakala Z400 pula dilengkapi enjin 399cc DOHC sejukan cecair silinder berkembar selari menjana kuasa 45 PS pada 10,000 rpm dan tork 38Nm pada 8,000 rpm.
Ads
Persamaan rekaan
Dari segi persamaan rekaan pula, kedua-dua model dibina di atas kerangka trelis berketahanan tinggi dengan suspensi hadapan fork teleskopik.
Selain itu, kedua-dua model ini juga memiliki penyerap hentakan belakang jenis ‘gas-charged’ dengan ‘Bottom-Link Uni-Track’ serta larasan pra-beban.
Lampu hadapan dan belakang LED, panel meter pelbagai fungsi dan rekaan tangki bahan api lebih tirus untuk keselesaan kepada penunggang antara pembaharuan bagi model ini.
Harga bawah RM30k
Bagi pasaran Malaysia, Kawasaki Z250 ABS dijual dengan harga RM21,988 dan Z400 SE ABS pada harga RM28,755 (atas jalan tanpa insurans).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam tempoh beberapa hari ini nama Tesla kembali tular di negara kita. Ini mungkin berkait rapat dengan pertemuan dan perbincangan secara virtual oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.
Pertemuan secara virtual itu dilihat menunjukkan perkembangan positif dari segi kerjasama dua hala di antara negara kita dan jenama gergasi dari Amerika Syarikat tersebut.
Lebih menarik lagi, PM Anwar Ibrahim turut mengumumkan bahawa Tesla bakal membuka ibu pejabatnya di Selangor pada tahun ini.
Petemuan selama 25 minit itu juga dilihat telah membuka lembaran baharu buat industri automotif di Malaysia. Tesla yang merupakan pembikin kereta elektrik terkemuka dilihat seiring dengan hasrat kerajaan mengukuhkan dan menggalakkan penggunaannya.
Malah dilaporkan usaha untuk membina stesen Tesla Superchargers sedang giat dijalankan dengan 10 lokasi diumumkan di seluruh negara. Selain itu, Tesla turut mengumumkan harga rasmi Model Y untuk pasaran Malaysia pada iaitu RM199,000.
Buat anda yang berkira-kira untuk membeli kereta elektrik Tesla berikut MASKULIN senaraikan 10 perkara penting yang perlu anda tahu! Sebelum beli baca artikel ini dulu ya.
Pastikan anda mempunyai akses kepada stesen pengecasan bateri Tesla atau Tesla Supercharges berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Ini kerana melakukan pengecasan di rumah memerlukan pemasangan soket atau stesen pengisian dinding, jadi perlu pertimbangkan kemudahan ini sebelum membeli.
Pastikan semak dahulu harga model Tesla yang anda ingin beli Sebagi contohnya lakukan perbandingan harga di pengedar kereta terpakai dan juga laman sesawang rasminya.
Pilihlah dengan berdasarkan kesesuaia penggunaan harian anda. Ingat bahawa harga kereta dan anggaran pemilikan boleh berbeza berdasarkan model dan ciri yang dipilih.
Anda perlu fahami prestasi dan jarak pemanduan kereta Tesla ingin anda beli. Beberapa model menawarkan pemanduan yang lebih jauh dengan satu cas bateri, sementara model lain mungkin menawarkan prestasi yang lebih tinggi.
Tesla dikenali dengan teknologi keselamatan yang canggih ini terutamanya ‘Autopilot’. Pastikan anda telah faham dengan jelas bagaimana ciri-ciri ini berfungsi dan melakukan tindakan yang sesuai semasa memandu.
Sebagai kereta elektrik, Tesla memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan yang cukup khusus. Jadi sangat penting anda betul-betul faham akan keperluan penjagaan bateri dan komponen elektrik lain untuk memastikan prestasi optimum kereta.
Pastikan anda memahami pelbagai ciri dan pilihan tambahan yang tersedia untuk model Tesla yang anda pertimbangkan. Beberapa ciri mungkin diperlukan untuk keperluan harian anda.
Lakukan sedikit ‘homework’ tentang insurans untuk kereta Tesla dan ketahui potensi faedah cukai atau insentif yang boleh anda dapatkan sebagai pemilik kereta elektrik.
Pastikan terdapat pusat servis Tesla yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Ini penting untuk urusan penyelenggaraan dan pembaikan.
Pastikan anda mempunyai ruang yang sesuai untuk meletakkan kereta Tesla anda terutamanya di kediaman.
Sama seperti kereta lain jika anda mahu rasa sendiri pengalaman memandunya sebelum dibeli buatlah janji temu untuk pandu uji. Ketika inilah anda boleh sedikit sebanyak uji prestasi, keselesaan dan ciri-ciri untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan anda.
Ingat! Sebagai pelanggan adalah penting untuk melakukan penyelidikan yang mendalam sebelum membeli kereta Tesla atau mana-mana kereta lain.
Pastikan anda memahami sepenuhnya kelebihan dan kekurangan kereta elektrik dan mempertimbangkan keperluan dan gaya hidup anda sebelum membuat keputusan pembelian.
Semoga membantu!
Jangan lupa subscribe YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Spark plug atau palam pencucuh merupakan komponen penting dalam sistem enjin kenderaan. Ia berfungsi menyalakan campuran bahan api dan udara di ruang pembakaran bagi memastikan enjin beroperasi dengan lancar. Jika spark plug rosak, pembakaran tidak dapat berlaku dengan sempurna lalu menyebabkan kereta gagal bergerak.
Oleh itu, amat penting untuk mengesan kerosakan spark plug lebih awal supaya kelancaran pergerakan silinder enjin tidak terjejas prestasinya.
Pembakaran bahan api yang optimum akan menghasilkan kuasa maksimum dan menjimatkan penggunaan petrol. Jadi, pastikan anda sentiasa peka terhadap jadual penukaran spark plug serta simptom-simptom awal kerosakan komponen ini.
Secara umumnya, spark plug boleh bertahan sehingga 45,000 kilometer, bergantung pada jenis dan model kenderaan.
Sementara itu, kabel palam pencucuh biasanya mampu bertahan hampir dua kali ganda tempoh tersebut. Namun begitu, faktor seperti gaya pemanduan dan tahap penyelenggaraan turut mempengaruhi ketahanan sebenar spark plug.
Berikut ialah beberapa tanda utama yang menunjukkan kemungkinan spark plug rosak dan perlu diganti:
Jika anda mendapati kereta sukar memecut walaupun pedal minyak ditekan habis, ini mungkin berpunca daripada spark plug yang diselaputi minyak atau enapan karbon. Masalah ini menghalang percikan api sempurna dan menjejaskan prestasi enjin.
Salah satu simptom biasa spark plug bermasalah ialah enjin sukar dihidupkan, terutama pada waktu pagi ketika suhu enjin masih sejuk. Kadangkala, anda perlu memulas kunci beberapa kali sebelum enjin benar-benar hidup.
Jika terdapat enapan karbon menyelaputi elektrod spark plug, percikan api akan menjadi tidak sempurna. Akibatnya, pembakaran bahan api tidak sekata dan menyebabkan kuasa enjin berkurangan serta prestasi keseluruhan menurun.
Pembakaran yang tidak sempurna boleh meningkatkan penggunaan bahan api sehingga 20–30% lebih tinggi daripada biasa. Spark plug yang kotor atau rosak menyebabkan sistem pembakaran tidak efisien dan petrol dibazirkan.
Bunyi bising yang ketara ketika enjin dihidupkan mungkin tanda spark plug bermasalah. Kadangkala bunyi ini lebih jelas pada waktu pagi atau ketika enjin baru dihidupkan.
Jika pembakaran bahan api tidak sempurna, enjin akan terasa bergegar. Keadaan ini berlaku apabila salah satu silinder gagal menghasilkan pembakaran sepenuhnya, lalu menyebabkan gegaran kecil yang berulang.
Apabila enjin terasa lemah dan mudah ‘semput’, itu mungkin tanda spark plug telah mencapai tempoh penggantian. Kotoran pada elektrod boleh menjejaskan percikan api dan seterusnya mengurangkan kuasa enjin.
Untuk memastikan spark plug tahan lama, lakukan pemeriksaan berkala setiap kali servis. Bersihkan palam pencucuh daripada karbon dan gantikan jika terdapat tanda hakisan atau kotoran degil. Gunakan jenis spark plug yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan bagi memastikan keserasian dan prestasi optimum.
Selain itu, elakkan memandu secara agresif atau menekan pedal minyak secara tiba-tiba kerana ia meningkatkan suhu enjin dan mempercepatkan kehausan spark plug. Penjagaan konsisten bukan sahaja menjimatkan minyak, malah memanjangkan jangka hayat enjin anda.
Semoga panduan ini membantu anda memahami fungsi serta tanda-tanda awal kerosakan. Jangan abaikan penyelenggaraan kerana spark plug yang baik menjamin enjin sentiasa bertenaga dan efisien sepanjang masa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bateri kereta adalah komponen yang paling penting. Walaupun minyak kereta anda penuh setangki tapi kalau bateri kereta dah kong atau flat, ia tetap tak boleh bergerak.
Selalunya kalau bateri kereta kong atau flat, kita pasang kabel jumpstart dengan kereta lain. Tapi bagaimana kalau ketika kejadian itu tiada kereta lain?
Tak perlu panik kerana ada cara lain yang boleh anda gunakan untuk menghidupkan bateri kereta yang kong atau flat itu menggunakan battery charger portable. Cara mudah ini telah dikongsikan Salehudin Hawari di laman Facebooknya.
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.