Sempena perayaan Hari Krismas 2024, Kerajaan Malaysia sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyantuni rakyat dengan menawarkan tol percuma untuk kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian).
Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan aspirasi “MADANI di hati, Rakyat Disantuni” tetapi juga menonjolkan semangat perpaduan antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya, dan agama.
Foto: Sinar Harian
Pengecualian tol ini bermula tepat jam 12:01 tengah malam, 23 Disember 2024 (Isnin) dan berakhir pada 11:59 malam, 24 Disember 2024 (Selasa). Ia bertujuan memberi peluang kepada semua rakyat untuk merayakan Krismas dengan lebih gembira, terutamanya mereka yang beragama Kristian.
Foto: RTM
Dengan anggaran implikasi kewangan RM38 juta untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi tol, langkah ini jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan keselesaan dan kebahagiaan rakyat menjadi keutamaan.
Perancangan Perjalanan Pintar
Bagi memastikan pengalaman perjalanan lancar dan selamat, berikut adalah beberapa tips penting untuk dimanfaatkan semasa tempoh tol percuma ini:
Ads
Rancang Perjalanan Awal
Semak travel time advisory (TTA) yang disyorkan oleh syarikat konsesi lebuh raya seperti KLK dan LPT 1. Dengan mengikut jadual perjalanan yang dicadangkan, anda dapat mengurangkan risiko kesesakan lalu lintas yang sering berlaku semasa musim perayaan.
Keselamatan Kenderaan dan Pemandu
Periksa keadaan kenderaan, termasuk tayar dan brek.
Pastikan baki kad Touch ‘n Go atau eWallet mencukupi.
Jangan lupa untuk menjaga kesihatan diri bagi mengelakkan keletihan semasa memandu.
Ikut Arahan dan Papan Tanda
Sentiasa peka dengan arahan papan tanda dan Variable Message System (VMS). Jika menggunakan lorong Smart Lane, beri isyarat awal, patuhi had laju, dan kekalkan fokus pada keadaan sekitar.
Gunakan Saluran Rasmi untuk Maklumat Trafik
Facebook: Lembaga Lebuhraya Malaysia
X (Twitter): @LLMtrafik
TikTok: @llmtrafik
Laman Web: www.llm.gov.my
Anda juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini.
Foto: LPT
Pesanan Khas untuk Penunggang Motosikal
Penunggang motosikal diingatkan untuk berhenti rehat di tempat teduhan yang telah disediakan di sepanjang lebuh raya.
Keselamatan perlu diutamakan, terutama semasa trafik tinggi dan ketika menghampiri laluan Smart Lane yang diaktifkan.
Tol percuma sempena Hari Krismas ini bukan sahaja memudahkan perjalanan, tetapi juga mengeratkan hubungan antara keluarga dan rakan taulan.
Selamat memanfaatkan pemberian tol percuma ini. Pandu dengan cermat, patuhi undang-undang jalan raya, dan semoga anda selamat tiba ke destinasi dengan penuh keceriaan Krismas.
Ads
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: RTM, Lebuhraya Pantai Timur
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam tempoh kira-kira seminggu lagi lebuh raya di seluruh negara bakal meriah dengan jutaan kenderaan yang menuju ke segenap pelosok lokasi. Malah menurut laporan dianggarkan kira-kira 14 juta kenderaan dijangka akan memenuhi lebih raya dan jalan raya untuk balik kampung meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Selepas dua tahun tidak dapat meraikannya bersama orang tercinta akibat pandemik Covid-19, Hari Raya pada kali ini cukup dinanti-nantikan oleh ramai orang. Pastinya kemeriahan itu akan lebih dirasai berlipat kali ganda.
Namun dalam pada masa itu kita semua haruslah mainkan peranan untuk sentiasa menjaga SOP. Lakukan ujian kendiri dari semasa ke semasa. Jika tidak sihat elak daripada berkunjung ke rumah sanak-saudara dan lakukan ujian kendiri dengan segera.
Balik kampung merupakan saat yang cukup mengujakan terutamanya untuk meraikan lebaran. Namun perjalanan tidak akan menjadi sesuatu perkara yang menyeronokkan jika anda atau ahli keluarga yang menaiki kenderaan bersama-sama ‘mabuk kenderaan’ dan boleh menyebabkan muntah.
‘Mabuk kenderaan’ sebenarnya dikenali sebagai ‘motion sickness’. Ia kebiasannya berlaku kepada penumpang kenderaan seperti kereta, bas, keretapi dan juga kapal terbang. Namun kali ini MASKULIN ingin tumpukan kepada ‘mabuk kereta’.
Foto: familydoctor.org
SIMPTOM
Sebelum mengikuti apakah tip terbaik untuk mengatasi masalah ‘mabuk kereta’ terlebih dahulu jom kita kenali simptom yang boleh dialami. Berikut simptom mereka yang alami ‘mabuk kereta’.
Peluh sejuk (cold sweats)
Pening kepala
Lemah
Sakit kepala
Tidak selesa
Tak boleh tumpukan perhatian
Air liur berkumpul di dalam mulut
Muntah
Pucat
TIP ATASI MABUK KERETA
Berdepan ‘mabuk kereta’ bukan sahaja membuatkan diri berasa tidak selesa tetapi boleh merencatkan perjalanan itu sendiri. Jadi untuk elak perkara ini berlaku terdapat beberapa tip yang boleh membantu anda.
Jika mula rasa mual dan ‘mabuk’ bukalah tingkap buat seketika dan dapatkan udara luar
Buat mereka yang mudah ‘mabuk kereta’ elak membaca atau menggunakan telefon pintar dalam masa yang lama ketika kereta bergerak
Jika bertolak pada waktu pagi, pilihlah makanan sesuai ketika bersahur. Elak makanan yang mudah membuatkan anda loya dan mual
Untuk elak rasa loya anda boleh sediakan makanan seperti asam, makanan berhalia, gula-gulapudina dan gula-gula getah
Sepanjang perjalanan berhentilah dengan kerap untuk berehat seketika
Jangan guna pewangi kereta yang baunya terlalu kuat
Tidur sepanjang perjalanan
Jangan brek mengejut dengan terlalu kerap
Buat mereka mudah ‘mabuk kereta’ duduklah di bahagian penumpang jadapan
Pandang secara lurus sentiasa
Jika terlalu teruk boleh sediakan ubat seperti antihistamin atau scopolamines seperti yang dipreskripsi oleh doktor
Semoga beberapa tip ini dapat membantu anda dah keluarga mengelak daripada berdepan masalah ‘mabuk kereta’ untuk perjalanan yang lebih selesa. Berhati-hati di jalan raya!
Tesla sudah menjadi jenama kenderaan elektrik yang terulung dan cukup disegani di dunia. Namun, jenama kenderaan elektrik (EV) pelbagai ciri keselamatan canggih ini telah dinobatkan sebagai jenama kereta paling bahaya di Amerika Syarikat.
Tesla Model 2018-2022
Kajian oleh iSeeCars, ini menggunakan data kemalangan maut daripada Sistem Pelaporan Analisis Kemalangan Maut (FARS) oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya Nasional AS (NHTSA).
Tesla
Data ini melibatkan model kereta tahun 2018-2022 dengan kemalangan yang mengakibatkan sekurang-kurangnya satu kematian penumpang.
Hasil kajian menunjukkan bahawa Tesla mencatatkan kadar kemalangan maut tertinggi berbanding jenama lain di Amerika Syarikat, dengan kadar 5.6 kemalangan maut bagi setiap bilion batu perjalanan.
Dua Model TESLA Paling Bahaya
Dalam senarai lain, dua model Tesla turut berada dalam senarai model kereta paling berbahaya di Amerika Syarikat ialah Tesla Model Y dan Tesla Model S.
Selain Tesla, beberapa jenama lain seperti Kia, Buick, Dodge, dan Hyundai turut mencatatkan kadar kemalangan maut yang tinggi.
Walaupun Tesla sering mempromosikan teknologi bantuan pemandu canggih seperti Autopilot, data ini menunjukkan bahawa teknologi tersebut mungkin tidak cukup untuk mengurangkan risiko kemalangan maut.
Beberapa faktor yang mungkin menyumbang termasuk, kecepatan tinggi yang mampu dicapai oleh kereta Tesla dan pengguna yang terlalu bergantung kepada sistem bantuan pemandu tanpa perhatian penuh.
Di kalangan anak muda, terutamanya yang gila modifikasi kereta, istilah “potong spring” bukanlah perkara asing. Tujuannya? Mahu kereta nampak lebih “low”, lebih “stance”, dan bagi yang gemar gaya agresif ia lebih “jantan”.
Tapi realitinya, ramai yang tidak tahu bahawa aksi memotong spring ini bukan sekadar menggadai keselesaan, tapi juga merisikokan nyawa.
Bayangkan anda memandu laju di lebuh raya, lalu tiba-tiba perlu membrek kecemasan. Sistem suspensi yang diubah suai secara tidak sah boleh menjadi punca kereta hilang kawalan. Ini bukan filem aksi — ini realiti di atas jalan raya Malaysia!
Kenapa Orang Potong Spring?
Kos Rendah: Tak mampu beli coilover atau sport spring asli? Potong spring OEM nampak macam jalan pintas yang murah dan “mudah”.
Nak ‘Look’ Gempak: Bagi sesetengah lelaki, kereta adalah ego kedua. Bila kereta nampak rendah, lebih ‘tight fit’, lebih ‘seksi’ bagi mereka.
Pengaruh Rakan Sebaya: “Bro semua dah buat, aku pun nak buatlah.” – tekanan sosial yang akhirnya menjurus ke arah keputusan berisiko.
Risiko Yang Ramai Pandang Remeh
1. Pengendalian Tak Stabil
Spring asal direka ikut nisbah berat dan tinggi kereta. Bila dipotong, keseimbangan berubah. Cornering jadi bahaya. Kereta mudah melambung bila lalu bonggol.
2. Komponen Lain Tersiksa
Absorber cepat rosak kerana bebanan tidak sekata. Bush, arm, dan tayar juga jadi mangsa. Lebih kerap kena servis, lebih tinggi kos jangka panjang.
3. Breking Kurang Efisien
Sistem brek banyak bergantung pada kestabilan suspensi. Bila spring tak lagi bekerja secara optimum, kuasa brek juga terjejas. Bahaya ketika kecemasan!
4. Lulus Puspakom? Lupakan Sahaja
Kereta dengan spring dipotong tidak akan lulus pemeriksaan Puspakom. Apatah lagi jika berlaku kemalangan, tuntutan insurans pun boleh terbatal.
Alternatif Yang Lebih Selamat
Gunakan Sport Spring Asli – Banyak jenama di pasaran dengan harga mampu milik. Direka khas untuk keselesaan dan prestasi.
Coilover Boleh Laras – Untuk yang serius dalam dunia permotoran. Boleh laras tinggi dan kekerasan ikut citarasa.
Spacer & Lowering Kit OEM – Ada sesetengah pengeluar sediakan aksesori rasmi untuk turunkan kereta tanpa jejaskan keselamatan.
Maskulin Bijak Pilih Gaya, Bukan Ikut Trend Membabi Buta
Menjadi lelaki maskulin bukan sekadar nampak bergaya, tapi juga bijak membuat keputusan. Kalau anda benar-benar cintakan jentera, jagalah ia dengan cara yang betul. Jangan kerana nak nampak ‘stylo’, nyawa sendiri dan orang lain jadi taruhan.
Fikir dulu sebelum bertindak. Gaya boleh dikejar, tapi keselamatan jangan dibiar. Itu baru betul-betul maskulin!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.