Siapa excited untuk tonton The Avengers April ini?
Sebelum anda menonton filem gabungan superhero itu nanti, anda perlu menonton movie-movie berikut bagi memahami penceritaan The Avengers: Infinity War yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Ingin diingatkan bahawa semua filem yang disusun tidak berdasarkan tarikh tayangan, ia lebih kepada susunan jalan penceritaan.
1) Captain America: The First Avengers
Filem ini belatarbelakangkan tahun 1941 yang menceritakan bagaimana Captain America mendapat nama dan kuasanya. Jadi tidaklah anda tertanya-tanya tentang sejarah Captain America nanti.
2) Iron Man
Filem ini tidak begitu banyak unsur Captain America, namun sewajarnya anda menonton filem ini selepas Captain America demi mengelak sebarang persoalan. Filem ini ditayangkan pada 2008.
3) Iron Man 2
Jangan pula anda menonton filem ini dahulu, mahu pecah kepala anda.
4) The incredible hulk
“HULK! SMASH! Filem ini ditayangkan pada tahun 2008. Filem ini dibintangi oleh Edward Norton, namun watak Hulk telah digantikan kepada Mark Rufalo dalam siri The Avengers.
5) Thor
Ads
Siapa yang tak kenal dengan jejaka yang membawa penukulnya kemana-mana sahaja kan? Kisah pergelutan tahta adik-beradik ini ditayangkan pada tahun 2011 seangkatan dengan Captain America: The First Avengers.
6) The Avengers
Pasti ramai yang terlepas scene ini ketika di pawagam bukan? The Avengers menggabungkan hampir kesemua superhero Marvel untuk melawan musuh. Biasanya, kepada yang bukan fanatik Siri Marvel pasti akan menonton filem ini dahulu. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan filem ini, sila rujuk pada filem yang telah disenaraikan terdahulu.
7) Iron Man 3
Iron Man 3 ditayangkan pada tahun 2013 selepas The Avengers. Namun filem ini berunsurkan kesinambungan Iron Man 1&2. Jika anda masih belum tonton dua filem awal, maka “haram” bagi anda untuk menonton Iron Man 3.
8) Thor (The Dark World)
Walaupun filem ini mendapat review negatif, namun peminat setia Siri Marvel masih mengikuti perkembangan Thor. Kepada peminat setia Natalie Portman yang memengang watak Jane Foster, ini kali terakhir anda menonton beliau kerana wataknya telah dimatikan.
9) Captain America : Winter Soldier
Ads
Winter Soldier merupakan kesinambungan Captain America. Penting untuk anda menonton filem ini, kerana ia menceritakan tentang kemusnahan S.H.I.E.L.D dan diserahkan 100% kepada Stark Industries.
10) Guardian Of The Galaxy
Filem wajib tengok! Anda akan terpinga-pinga jika anda terlepas Guardian Of The Galaxy. Ini kerana, watak jahat di dalam The Avengers: Infinity War lahir dari filem ini.
11) Guardian Of The Galaxy Vol. 2
Dah tengok Guardian of the Galaxy, tak kan tak tengok Vol. 2 kan? Ini kesinambungan filem pertama.
12) The Avengers Age Of Ultron
Filem ini menceritakan sikit kesinambungan Captain America: Winter Soldier, dan Iron Man.
13) Ant Man
Ads
Superhero baru Marvel diperkenalkan ke Industri perfileman. Tiada paksaan untuk menonton filem ini, tapi jangan tanya rakan sebelah pula jika anda tak faham ketika menonton The Avengers: Infinity War nanti.
14) Captain America: Civil War
Filem ini PALING PENTING! Filem ini menggabungkan Captain America dan Iron Man. Filem ini juga pengenalan bagi Spider Man yang ketika ini masih belum ditayangkan.
15) Black Panther
Filem ini baru saja ditayangkan di pawagam. Wataknya diperkenalkan ketika di dalam Captain America: Civil War. Dijangkakan ia akan turut muncul di dalam The Avengers: Infinity War.
16) Spider Man: Homecoming
Filem ini berbentuk santai. Seperti yang kita tahu, watak Spider Man yang nakal, filem ini diubahsuai kepada keadaan semasa, dimana Peter Parker bercita-cita untuk menyertai pasukan The Avengers dengan bantuan Tony Stark.
17) Doctor stranger
Namanya disebut-sebut dalam filem Captain America: Winter Soldier. Wataknya juga penting di dalam The Avengers: Infinity War. Jangan terlepas filem ini pula ye.
18) Thor Ragnarok
Filem ini ditanyangkan sebelum Black Panther. Bagi yang belum menonton filem ini, diharapkan anda dapat mengikut urutan yang telah disenaraikan. Sekali lagi adik-beradik Planet Asgard ini, bergelut demi merebut tahta. Jika anda peminat Bruce Banner aka Hulk, ini merupakan platform untuk anda mengenali raksaksa hijau ini dengan lebih dekat.
Berikut merupakan sususan filem-filem terbitan Marvel. Tak sabarkan nak tunggu semua superhero ini berlawan dengan kuasa masing-masing April ini kan? Masih sempat lagi kalau anda nak tonton kesemuanya.
Selamat menonton.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tuah badan lelaki bernama Ramzan Miah, 25 ni baru je tiga bulan sertai agensi peragaan berasa sangat bertuah bila terpilih dalam acara yang prestij ini. Katanya, dia mula berjinak dalam bidang modelling ni semenjak usia 17 tahun lagi dan pernah jadi model untuk jenama ternama seperti John Lewish di Norwich Fashion Week.
Viral di media sosial mengenai seorang model yang dikatakan telah mencipta sejarah apabila dia menjadi model pertama berketurunan British-Bangladesh yang muncul julung kalinya di pentas peragaan London Fashion Week.
Komen Netizen
Tapi biasalah kan, dah nama netizen dan netizen tu pulak datang dari Malaysia. Sedikit sebanyak Ramzan yang tak ada kena mengena ni terkenalah tempias membawangnya sikit-sikit.
Tak kurang juga yang memberi sokongan
Semoga terus sukses! Kejayaan tak diukur dengan siapa atau apa bangsa dan latar belakang anda. Yang penting kena ada usaha!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dunia fesyen jalanan dan sukan sekali lagi digegarkan dengan kolaborasi terkini antara ikon gaya dan muzik A$AP Rocky bersama jenama sukan global, PUMA.
Koleksi ini bukan sekadar satu usaha kolaboratif, tetapi turut membawa erti penting dalam mengukuhkan pengaruh budaya pop terhadap gaya hidup fesyen jalanan premium masa kini.
Koleksi kapsul baharu ini bukan hanya mengenai estetika. Ia merupakan satu manifestasi jitu yang menggabungkan reka bentuk klasik PUMA dengan pendekatan teknologi moden serta semangat perlumbaan yang liar.
Pendekatan ini bukan sahaja menambah nilai pada rekaan, malah memberikan nafas segar kepada gaya streetwear masa kini.
Mengambil inspirasi dari budaya automobil dan kelajuan, koleksi ini menyerlahkan elemen reflektif dan teknikal yang sering dilihat dalam dunia perlumbaan.
REAKTIF & AGRESIF
Ini jelas diterjemahkan melalui permukaan kasut yang berkilau seperti lampu kereta di malam hari dan potongan pakaian yang reaktif serta agresif. Menurut Rocky, dia benar-benar menyelami arkib rekaan PUMA dan memperkenalkan gaya tersendiri dengan sentuhan berani dan futuristik.
Antara yang paling menonjol dalam koleksi ini ialah kasut Mostro Gabbia, diinspirasikan daripada gabungan reka bentuk klasik Mostro OG dan inovasi moden.
Nama ‘Gabbia’ yang bermaksud sangkar dalam bahasa Itali menggambarkan sifat perlindungan dan struktur unik kasut ini.
Direka dengan sangkar boleh tanggal, ia menampilkan ciri-ciri armor moden yang adaptif serta futuristik, menjadikan setiap langkah satu kenyataan gaya dan keberanian.
FUNGSI & EKSPRESI DIRI
Koleksi ini merangkumi bukan sahaja kasut tetapi juga pelbagai pakaian dan aksesori seperti t-shirt, topi, beg, seluar pendek denim dan banyak lagi. Antaranya termasuk:
Mostro OG – Versi hitam kelabu dengan kemasan reflektif 3M, menyerlahkan sisi maskulin dan agresif.
Inhale Reflective – Direka dengan kontur dinamik dan branding merah yang memberikan rasa kelajuan.
Flacko Smile Baby Tee & Tee – T-shirt dengan cetakan senyuman ikonik Flacko, menambah elemen playful dalam koleksi ini.
Denim Short & Racing Hat – Gaya jalanan yang digabung dengan unsur perlumbaan, sesuai untuk gaya harian.
Toolbox Bag – Beg berstruktur logam dengan reka bentuk seperti kotak alat, membawakan estetika utilitarian yang mewah.
Melalui kolaborasi ini, A$AP Rocky membuktikan dirinya bukan sekadar ikon muzik, tetapi juga seorang kurator gaya yang memahami elemen fungsi, seni dan budaya.
Anugerah Juara Lagu. Siapa yang tak excited untuk menonton anugerah yang sememangnya ‘berhantu’ sejak dulu lagi. Seperti yang kita sedia maklum, Anugerah Juara Lagu (AJL) mempertandingkan barisan artis yang dipilih berdasarkan sistem penjurian di Separuh Akhir Muzik-Muzik. Lagu-lagu yang dipertandingkan mempunyai keistimewaan masing-masing termasuklah dari segi susunan muzik, lirik lagu ataupun persembahannya.
Persembahan lagu tidak semestinya dinyanyikan oleh penyanyi asal dalam peringkat akhir Juara Lagu. Sekiranya penyanyi asal tidak boleh menyanyikannya, pencipta lagu perlu mencari pengganti jika tidak mahu menarik diri. Menariknya, ada peserta gantian yang berjaya memenangi mana-mana kategori dan pada tahun 2012, Aizat Amdan yang menggantikan Yuna Zarai menerusi lagu “Terukir Di Bintang” menjadi penyanyi gantian pertama yang memenangi anugerah utama AJL. Sempena meraikan AJL 32 yang bakal berlangsung pada Januari 2018 ini, jom kita tengok sama ada penyanyi original lagi best atau pun penggantinya dalam mendendangkan lagu yang berjaya ke AJL!
1986 – “Perjalananku” – Penyanyi asal Jamal Abdillah – Dinyanyikan Azman Abu Hassan
Berbeza. Bagi admin, sudah pasti penyanyi originalnya lebih ‘power’! Jamal Abdillah sendiri merupakan seorang penyanyi yang hebat dari lontaran vokalnya. Setiap kali Jamal membuat persembahan, pasti bisa memukau mata yang menonton. Mungkin lagu ini sudah sebati dengan telinga kita mendengar alunan merdu vokal Jamal dan susunan muzik indah dari lagu ini,Perjalananku. Namun persembahan Azman Abu Hassan tidak menghampakan, cumanya tidak menyengit seperti penyanyi asalnya.
1995 – “Kau dan Aku” – Penyanyi asal Ning Baizura -Dinyanyikan Kumpulan Kool
Menarik! Siapa yang tidak mengenali kumpulan Kool ini? Lincah dengan gaya tarian yang unik, menjadikan persembahan mereka ketika mendendangkan lagu ini tampil berbeza. Lagu Kau Dan Aku sangat popular pada era ini tambahan pula dengan lontaran suara soprano Ning Baizura, sangat cemerlang dalam menjadikan lagu pop balada ini hits! Namun, kumpulan Kool bijak dalam mempersembahkan lagu ini pada Anugerah Juara Lagu 95 dengan menukar sedikit rentak lagu ini ke melodi yang lebih rancak dan catchy! Di tambah pula dengan gaya tarian ala backstreet boys mereka yang sememangnya menjadi trademark kumpulan ini, sungguh sempurna! Jadi tidak hairanlah kenapa persembahan mereka diangkat sebagai pemenang pada AJL tahun 1995.
2007 – “Mahakarya Cinta” – Penyanyi asal Faizal Tahir – Dinyanyikan Fiq
Bagi admin, dua-dua punya aura tersendiri saat mendendangkan lagu ini. Kita pun tahu Faizal Tahir adalah seorang artis yang memiliki gaya nyanyian tersendiri. Bold dan sharp! Namakan satu lagu Faizal yang tidak pernah mengecewakan? Tiada! Sudah tentu ramai orang ingin melihat Faizal Tahir beraksi di pentas AJL kerana Faizal sendiri memang popular dengan gimik persembahan yang berbeza dan pastinya brilliant! Namun, memilih Fiq Mentor sebagai pengganti bukanlah pilihan yang salah. Malah, mencipta dua dimensi yang berbeza dalam corak lagu Maharkarya Cinta. Jika Faizal Tahir terkenal dengan suara rocknya serta bijak dalam menghasilkan struktur suara genre pop, Fiq pula hebat dalam menjadikan lagu ini versi heavy rock di mana ianya sangat sedap didengar! Fiq memang terkenal dengan lontaran suara yang tinggi. Jadi lagu ini bukanlah masalah untuk Fiq mencantikkan lagi bahasa melodi lagu ini.
2007 – “Kasih Tercipta” – Penyanyi asal Faizal Tahir – Dinyanyikan Bob
Untuk persembahan ini, admin lebih suka kepada penyanyi asalnya, Faizal Tahir kerana mungkin lagu ini sudah sebati dengan kelunakan vokal jantan Faizal Tahir itu sendiri. Vokal Faizal Tahir lebih kena dengan unsur misteri lagu ini. Namun, admin tidak pula mengatakan bahawa Bob membawanya dengan gagal. Tidak! Bob adalah artis yang versatil. Bagi saja lagu apa yang kamu mahu, pasti Bob menyanyikannya dengan cemerlang. Cumanya, suara lunak Bob mungkin tidak kena dengan susun atur lagu ini. Original penyanyinya, vokal Faizal Tahir lebih kasar dan punya elemen rock itu sendiri. Sementara itu pula Bob mempersembahkannya dengan nada pop yang lebih balada. Jadi terpulang kepada pendengar mahu memilih yang mana satu.
2011 – “Sedetik Lebih” – Penyanyi asal Anuar Zain – Dinyanyikan oleh Jaclyn Victor
Nyanyian Jac untuk persembahan ini mendapat pujian netizen. Nah! Kalau bercakap mengenai penyanyi yang memiliki vokal setinggi awan ini, pastinya semuanya positif! Siapa yang bisa mengatakan vokal Jaclyn Victor ini kurang sempurna? Check dahulu pendengaran kamu. Untuk lagu ini, sudah pasti Jaclyn Victor membawanya dengan baik dan mungkin lebih hebat dari penyanyi asalnya sendiri, Anuar Zain. Sorry Anuar! Tetapi, admin lebih merasakan bahawa rentak melodi ini memang ‘makanan’ Jac!
2012 – “Terukir Di Bintang” – Penyanyi asal Yuna Zarai – Dinyanyikan oleh Aizat Amdan
Lagu ini sendiri sudah ‘berhantu’. Susunan muzik yang indah, persis di Paris, juga lirik ringkas yang mudah difahami namun bererti, semuanya lengkap! Suara gemersik Yuna dalam menyampaikan lagu ini bisa membawa kamu ke alam percintaan di kota Paris. Majoriti rakyat kita sukakan lagu ini, especially kepada mereka yang tengah hangat bercinta. Namun, sayangnya, pada masa ini Yuna ada tugas yang harus dilakukan di US. Tidak mengapa Yuna. Kami faham! Pemilihan penyanyi Aizat sebagai pengganti untuk menyanyikan lagu ini adalah tepat berbanding dengan pilihan mereka sebelum itu. Namun, persembahan Aizat pada malam AJL ketika itu tidaklah WOW! cumanya baik sahaja. Namun, juri melihatkan gerak gaya Aizat yang bersahaja dengan iringan muzik yang indah mencantikkan lagi lenggok persembahan lagu Terukir Di Bintang ini. Siapa sangka, persembahan Aizat ini menjulang kemenangan dengan memenangi anugerah keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke 27! Well done Aizat and The Palauans!
2014 – “Lelaki” – Penyanyi asal Yuna Zarai – Dinyanyikan oleh Najwa Mahiaddin & The Palauans
Seperti tahun yang sebelumnya, Yuna tidak bisa bertanding untuk AJL ke 29 atas sebab urusan kerjanya di US. Namun, lagu Lelaki yang tengah hits pada masa itu tidak mati begitu sahaja apabila penyanyi hebat Najwa Mahiaddin dipilih sebagai penggantinya. Penyanyi bergenre jazz dan soul ini bijak dalam mengemudi lagu ini untuk jadi lebih agresif dalam penyampaian single Lelaki ini. Biarpun rentak melodinya lebih ‘ganas’ dan punya elemen rock sedikit berbanding dengan melodi asalnya, Najwa kelihatan selesa dalam menyampaikan lagu ini versinya sendiri. Nah! Rata-rata penonton ketika itu terpukau dan memuji kehebatan vokal Najwa! Ada yang menyifatkan bahawa nyanyian Najwa lebih baik daripada penyanyi asalnya Yuna. Namun, bagi admin, dua-dua memiliki gaya tersendiri dalam mendendangkan lagu Lelaki ini. Bukan mudah sebenarnya dalam menyusun atur corak suara untuk lagu ini. Jadi, dua-duanya hebat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.