Ads

Tragedi Baiki Lampu, Mangsa Di Temui Tidak Sedarkan Diri & Ada Kesan Lecur Kehitaman Di Paha Kiri

Gara-gara ingin membaiki lampu, seorang lelaki di Kampung Melayu, Kulai, Johor Bahru bertukar menjadi mimpi ngeri apabila maut terkena renjatan elektrik.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata mangsa berumur 39 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring kaku oleh isterinya pada 6 pagi. Mangsa ditemukan terbaring kesorangan sebelum di sahkan tidak sedarkan diri.

Siasatan awal mendapati kesan lecur kehitaman di paha kiri mangsa yang dipercayai akibat renjatan elektrik.

Ads

“Menurut isteri mangsa, suaminya membaiki lampu meja berseorangan sebelum ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital yang tiba di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Ads

Tragedi Baiki Lampu, Mangsa Di Temui Tidak Sedarkan Diri & Ada Kesan Lecur Kehitaman Di Paha KiriSementara itu, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata pihak mereka telah memeriksa dan mendapati renjatan elektrik itu berpunca daripada pendawaian dalaman yang digunakan mangsa dan tidak melibatkan pemasangan pihak TNB.

Malah Tok memberitahu kes telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Ads

Note: So hati-hati ya kepada semua lelaki di luar sana lagi-lagi bila melibatkan elektrik. Jangan ‘bega’ sebarangan hingga tidak mengikut spek dan sebagainya!

Sumber: Astro Awani

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
kanser prostat

Hidup Dengan Kanser Prostat, Beban Emosi Tersembunyi Penjaga Keluarga Yang Jarang...

Kanser prostat bukan hanya memberi kesan kepada pesakit, tetapi turut membebankan penjaga keluarga dari segi emosi, fizikal dan mental sepanjang rawatan.