Tragedi pesawat Beechcraft Premier 1 yang berlaku di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos tahun lalu masih menjadi perbincangan.
Ini terutama dengan laporan akhir daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) yang dikeluarkan baru-baru ini.
Menerusi laporan tersebut telah mendedahkan beberapa faktor penting yang menyebabkan nahas ini.
Berikut adalah beberapa poin utama yang merangkumi kesimpulan daripada laporan tersebut:
Tindakan Tidak Sengaja
Nahas berlaku akibat tindakan peluasan tidak sengaja ‘lift dump spoiler’ yang dilakukan semasa pemeriksaan sebelum pendaratan.
Lift dump spoiler adalah komponen penting yang mengurangkan daya angkat sayap pesawat ketika mendarat, tetapi kesilapan pengendalian ini menyebabkan pesawat kehilangan daya angkat secara mendadak.
Ads
Kehilangan Kawalan
Akibat pengaktifan tidak sengaja tersebut, pesawat mengalami kehilangan kawalan yang dahsyat, lantas membawa kepada tragedi yang meragut nyawa kesemua penumpang dan kru, serta dua individu di darat.
Kurangnya Latihan dan Kesedaran
Laporan BSKU turut menekankan kekurangan latihan kru penerbangan serta kurangnya kesedaran mengenai operasi sistem ‘lift dump’ sebagai faktor penyumbang utama.
Pembantu juruterbang tidak mempunyai pengetahuan mencukupi tentang risiko yang berkaitan dengan sistem ini, yang menyebabkan kesilapan operasi berlaku.
Penyusunan Tempat Duduk Tidak Ikut Protokol
Laporan juga mendapati susunan tempat duduk kru yang bertentangan dengan protokol, di mana juruterbang utama berada di kerusi kanan manakala pembantu juruterbang di kerusi kiri.
Ads
Penyimpangan ini dipercayai menyumbang kepada komunikasi yang tidak berkesan serta pengurusan sumber kru yang lemah.
Fokus Kepada Pencegahan
Laporan siasatan ini menekankan bahawa tujuan utamanya adalah untuk mencegah kemalangan serupa daripada berulang, bukan untuk menuding kesalahan.
Pihak berkepentingan digesa untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang disyorkan bagi meningkatkan keselamatan penerbangan dan mengurangkan risiko berkaitan kesilapan operasi.
Ads
Pengajaran dari Tragedi
Tragedi ini adalah peringatan pahit tentang pentingnya latihan yang mencukupi dan pematuhan kepada prosedur operasi dalam memastikan keselamatan penerbangan.
Setiap individu dalam industri penerbangan perlu memikul tanggungjawab ini dengan serius untuk mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan.
Nahas ini, selain menjadi detik sedih untuk mengenang mereka yang terkorban, juga harus menjadi dorongan kepada industri penerbangan untuk memperbaiki aspek keselamatan dan latihan, demi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: Sinar Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Wang amat penting dalam memenuhi keperluan untuk terus hidup. Namun ramai yang masih berhutang. Bagi mereka yang menetap di bandar kos kehidupan yang tinggi akan menjadi bebanan buat mereka berbanding mereka yang memilih untuk hidup di luar bandar.
Tiada cara bebas hutang yang efisien. Kehendak sentiasa seiring dengan keperluan. Terdapat sesetengah pihak yang cuba memenuhi kehendak mereka dengan berhutang. Hutang sentiasa membelenggu manusia dalam kehidupan serba moden ini walaupun di mana anda berada. Oleh itu, panduan bebas hutang perlu dipelajari.
Tentu ada antara kita yang bingung dengan hutang kad kredit, ‘personal loan’ mahupun pinjaman perumahan. Setiap bulan ada saja pendapatan yang diperolehi ditolak untuk membayar hutang-hutang yang telah dibuat samaada melalui institusi perbankkan atau pun orang perseorangan. Bagi anda yang mungkin telah dibebani hutang anda akan sentiasa mencari jalan keluar untuk menangani masalah hutang ini.
Biar apapun cara anda gunakan untuk melangsaikan hutang, pastikan anda memilih jalan terbaik untuk mengelakkan anda lebih terbeban dengan masalah hutang. Jadikan tips di bawah sebagai panduan untuk anda menyelesaikan hutang anda.
ANTARA TIPS TERBAIK UNTUK BEBAS HUTANG
1. BELI SECARA TUNAI
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, beli dulu bayar kemudian atau skim bayaran mudah. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. jadi, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Biar kita bersabar dalam mengumpul wang untuk memiliki sesuatu untuk mengelakkan kita berhutang yang mana akan membebankan kewangan kita pada masa akan datang
2. BERBELANJA IKUT KEMAMPUAN
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Gunakan pendapatan yang diperolehi untuk keperluan dan bukan kehendak semata-mata. Sebagai contoh sekiranya gaji anda sebulan RM 2,000. Bahagikan ia mengikut keperluan dahulu dan simpanlah sedikit untuk simpanan masa hadapan.
Selepas itu barulah digunakan untuk perkara-perkara yang sepatutnya. Biarlah hidup di bawah kemampuan kerana langkah ini lebih selamat berbanding hidup mengikut kemampuan atau kelebihan.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual jer dulu. Downgrade life style yang berlebihan buat sementara waktu. Kalau sekarang ni langgan Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, downgrade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
3. MENABUNG
Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Mulakan tabiat menabung seawal yang mungkin. Biar kita menyimpan untuk masa hadapan dan kecemasan yang tidak terjangka.
Didik semua ahli keluarga kita untuk menabung setiap hari. Kelebihan menabung amat baik untuk keluarga. Asingkan pendapatan yang diperolehi setiap kali mendapat gaji. Potong 20 % daripada gaji anda untuk tabungan masa depan anda.
Asingkan tabungan anda daripada akaun gaji anda. Anda boleh menabung di dalam Tabung Haji atau ASB, selain menabung anda juga akan mendapat bonus dan pendapatan di atas tabungan anda itu.
4. BUAT DUIT SAMPINGAN
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim cepat kaya. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan bebas dari hutang. Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan.
Bagi anda yang memiliki kemahiran tertentu, gunakan kemahiran anda untuk mencari pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mempunyai kemahiran, berusahalah untuk belajar dari orang yang sudah berjaya.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknologi masa kini untuk menambahkan pendapatan anda. Gunakan IT untuk memulakan bisness di FB, Instagram, blog dan sebagainya . Ini adalah cara yang mudah untuk memulakan bisness sebagai pendapatan sampingan
5. BERSEDEKAH & BERZAKAT
Berzakatlah kerana zakat itu menyucikan harta. Bersedekahlah kerana sesungguhnya sedekah tidak mengurangkan harta. Kedua-duanya amalan ini sangat diberkati.
Mulakanlah sedekah anda bermula dari sekarang. Orang yang bersedekah tidak akan mengalami kemiskinan malah hartanya akan bertambah. Sedekahlah mengikut kemampuan anda. Ingat setiap pendapatan yang kita perolehi ada hak orang lain.
Bertindaklah sekarang untuk menjemput rezeki dengan hanya bersedekah.
STRATEGI UNTUK BEBAS HUTANG
6. JANGAN BERHUTANG LAGI
Gali lubang tutup lubang..Ini merupakan lagu yang selalu dinyayikan pada zaman 80-an. Banyak nasihat yang kita perolehi dari lagu tersebut. Penting untuk tidak memulakan hutang baru untuk menyelesaikan hutang lama.
Berilah tempoh bertenang untuk diri sendiri untuk menimbang baik dan buruk memulakan hutang yang baru. Langsaikan semua hutang anda untuk mengelakkan masalah dalam kehidupan anda. Berfikir dahulu sebelum berhutang.
Buatlah kira-kira untuk melihat kemampuan anda sebelum berhutang. Berbaloikah anda menanggung bebanan hutang selama bertahun-tahun hanya untuk memiliki sesuatu yang bukan keperluan dalam hidup anda ?
7. LANGSAIKAN HUTANG YANG INTEREST RATENYA PALING TINGGI DAHULU
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!
8. BUKA DANA “FULL-SETTLEMENT HUTANG”
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, tapi dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut.
Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan.
9. SIMPAN DUIT LEBIHAN SELEPAS SELESAI BAYAR HUTANG
Contohnya, bila dah bayar full-settlement loan lereta yang ansurannya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi.
Jangan sesekali anggap duit tu sebagai duit berjoli, apatah lagi untuk tukar kereta baru! Jauhkan pepatah biar papa asal bergaya dari kehidupan anda. Bersabarlah menabung untuk memiliki sesuatu yang diimpikan.
Biar lambat asalkan kita tidak berhutang. Tidak salah untuk kita berhutang namun pastikan kita mampu untuk melangsaikan hutang sebelum anda membuat keputusan untuk berhutang.
Semoga tips di atas berguna untuk membantu anda melunaskan hutang-hutang anda!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Koleksi Denim oleh camel active menawarkan pandangan lengkap untuk pengguna muda yang
berumur 25-35 tahun.
Imej-imej seorang lelaki muda berfikiran moden dengan personaliti yang kuat dan ciri-ciri unik
melambangkan identiti Koleksi Denim Camel Active. Hidup dalam masyarakat pasca-moden, segala-galanya tidak boleh diramal, terutamanya sifat duniam fesyen yang sentiasa berubah. Musim baru Koleksi Denim 2017 – Satu Permulaan Baru “Kekal Di
Landasan” keseluruhannya tentang warna-warna lembut, monokrom, pencucian ringan dan bayangbayang
serba putih.
Wajah keseluruhan Koleksi Denim yang boleh diasingkan dan versatil menghadapi pergolakan, namun, ianya juga ekspresif apabila dikaitkan dengan personaliti individu. Kemeja jersi yang dicelup kainnya, denim dibasuh dengan garam, dan jaket peluh “Bomber” adalah
kemuncak koleksi ini, dan menjadi keperluan dalam mana-mana almari pakaian. Jaket “Bomber” berkontras dengan zip-up boleh dimuatkan dengan mudah di bawah bentuk yang paling padat. Jeans denim yang sangat anjal sentiasa kekal santai dan sahih, dan juga membenarkan seseorang itu kekal selesa ketika bergerak.
Pencucian ringan memberi koleksi ini rupa yang bersih, yang melambangkan keadaan santai yang sebenar. Produk camel active kesemuanya tentang keselesaan dan ketahanan yang mengatasi segalagalanya, dan juga boleh disesuaikan dalam gayanya. Bahan-bahan kasut menarik perhatian kepada butir-butirnya, dengan campuran tekstil dan lapisan kulit untuk ketahanan, dan tapak dalam selesa menjadikannya kasut yang sempurna untuk hari berjalan jauh. Julat warna merangkumi terutamanya warna-warna kelabu, coklat, beige dan hijau tentera.
Adunan gaya dan bahan yang berbeza telah menghasilkan beg dan barang-barang kulit kecil yang menarik perhatian. Dengan mutu kerja berkualiti dan rekabentuk berasaskan bumi, beg dan barang barang kulit kecil menunjukkan kualiti dan kesahihan. Bahan yang digunakan terdiri daripada denim mentah, suede, nilon dan kanvas siri dan beberapa dengan perhiasan kulit. Beg galas mempunyai
pemegang yang mudah dicapai, bahagian tali dan belakang yang empuk untuk keselesaan, poket yang banyak bersama dengan ruang komputer riba yang berlapis.
Koleksi Denim camel active juga termasuk kasut, beg dan aksesori. Anda boleh mencari produk camel active di kedai-kedai pakar retail dan lebih daripada 50 buah negara. Di Malaysia, camel active dijual di kedai-kedai camel active yang exclusif di Kuala Lumpur, Putrajaya, Petaling Jaya, Kajang, Seri Kembangan, Shah Alam, Klang, Ipoh, Penang, Kuantan, Melaka, Johor dan di cawangan Camel Active dalam semua gedung serbaneka terkemuka dan kedai fesyen yang utama.
Haier Cup 2026 kini lebih besar dengan Sabah rasmi jadi lokasi baharu kejohanan. Fokus bukan sekadar pertandingan, tetapi pembangunan bakat badminton generasi muda.