
Kalau dulu, inovasi dalam dunia makanan jadi tarikan pelanggan, tapi kini ia berubah menjadi kebimbangan baru. Tular di TikTok, trend Koktail Jellyball Cheese mencetuskan perdebatan hangat bukan kerana rasanya, tapi kandungan bahan yang boleh menjejaskan kesihatan.
Dalam video tular itu, kelihatan peniaga dengan selamba menabur keju parut tebal di atas koktail buah yang sudah pun dipenuhi bebola jeli dan susu manis.
Bagi peniaga, ini strategi untuk mencuri perhatian pembeli. Tapi bagi mereka yang faham tentang nutrisi, trend seperti ini ibarat perangkap yang menggoda mata namun merosakkan tubuh. Keju memang sedap, tapi tidak semua hidangan sesuai digabungkan dengannya. Malah, masyarakat luar negara sendiri pernah mengkritik budaya ‘banjir keju’ yang melampau, kerana ia bukan lagi tentang rasa — tapi keterlaluan.
Coach Tareq Tegur Trend Koktail Jellyball Cheese
Jurulatih kecergasan terkenal, Coach Tareq (@tareqfit), tampil memberi teguran keras terhadap trend ini. Dalam satu hantaran di TikTok, beliau menyifatkan minuman sebegini sebagai “punca utama rakyat Malaysia semakin tidak sihat”.
Katanya, “Ini yang buatkan ramai craving gula dan minuman tidak sihat. Janji viral, tapi isi dalamnya mengarut — cheese pun masuk sekali dalam minuman!”
@tareqfit #malaysiatiktok🇲🇾 #malaysiatiktok🇲🇾❤️✌️ #malaysiatiktok ♬ original sound – TAREQ FIT
Menurut Coach Tareq, satu cawan minuman seperti Koktail Jellyball Cheese boleh mengandungi ribu-ribu kalori, tinggi gula, lemak tepu, tapi kosong dari segi khasiat. “Mulut kita bukan tong sampah. Jangan jadikan benda ni kebiasaan,” tegasnya.
Beliau turut mengingatkan bahawa tabiat ini boleh membawa kepada penyakit kronik seperti diabetes, kolesterol tinggi dan kanser.
Seruan Kepada Peniaga & Food Blogger
Dalam masa sama, beliau menyeru para food blogger agar lebih bertanggungjawab. “Allah cipta makanan untuk kita sihat, bukan untuk dijadikan konten mengarut. Kalau tiada yang berani tegur, lama-lama rakyat sendiri yang sakit,” ujarnya.
Reaksi warganet juga senada — ramai bersetuju bahawa trend makanan manis dan berkeju ini perlu dihentikan. “Kesian budak-budak kecil ikut suka minuman macam tu,” tulis seorang pengguna. Seorang lagi berkata, “Dulu saya pun penggemar minuman cheese. Tapi bila mula minum air kosong, baru tahu itu sebenarnya paling sedap.”
Statistik Obesiti Malaysia Kian Membimbangkan
Statistik semasa turut membuktikan kebimbangan Coach Tareq berasas. Lebih 50% rakyat Malaysia kini mengalami berat badan berlebihan atau obesiti, meningkat daripada 44.5% pada 2011 kepada 54.4% pada 2023. Paling tinggi dicatatkan dalam kalangan kaum India (63.9%) dan wanita (54.7%).

Kajian juga mendapati 95.1% rakyat Malaysia tidak mengambil buah dan sayur secukupnya, hanya dua hidangan sehari berbanding lima yang disarankan. Fenomena ini menunjukkan bagaimana gaya hidup tidak sihat semakin menjadi kebiasaan, dan trend seperti Koktail Jellyball Cheese hanya menambah risiko.
BACA DI SINI: Cara Tingkatkan Pace Larian Dalam Tempoh Sebulan
Hidup Sihat Adalah Pelaburan Diri
Sebagai lelaki moden yang mementingkan kesihatan, ini masanya untuk kita lebih peka dengan apa yang masuk ke dalam badan. Tak salah nak nikmati minuman viral, tapi biarlah berpada-pada.
Ingat, gaya hidup sihat bukan sekadar untuk nampak fit, tapi untuk kekal kuat, fokus dan bertenaga sebab tubuh yang sihat adalah pelaburan jangka panjang seorang lelaki sejati.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
















