
Trend Makanan ‘Portion’ Berlimpah-Ruah, Kevin Zahri Kongsi Tip Kekal Sihat



“Makanan viral bagi saya tidak ada masalah, pilih atau makanlah bila-bila pun, cuma cukuplah dengan menghadkan jumlah pengambilan,” ujarnya.
Kevin turut menitipkan pesanan supaya memilih makanan secara bermaruah sekali gus membeli sekadar untuk merasa dan tidak mahu ketinggalan trend.
Tambah beliau lagi, dalam urusan pengambilan makanan dan penjagaan kesihatan kena seimbang supaya boleh makan apa sahaja tetapi tetap sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

Bau badan sering menjadi topik perbualan dalam masyarakat dan malangnya, individu berbadan besar sering dikaitkan dengan isu ini.
Namun, sejauh mana kebenaran persepsi ini? Adakah ia berdasarkan fakta saintifik atau sekadar stereotaip yang tidak berasas?
Bau badan sebenarnya berpunca daripada peluh yang bercampur dengan bakteria di permukaan kulit.
Peluh itu sendiri tidak berbau, tetapi bakteria memecahkan protein di dalam peluh, menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.
Faktor lain yang menyumbang kepada bau badan termasuk:
Kebersihan diri. Kurang menjaga kebersihan boleh menyebabkan bau badan.
Pemakanan. Makanan tertentu, seperti bawang putih dan rempah, boleh mempengaruhi bau badan.
Hormon. Perubahan hormon, seperti semasa akil baligh, boleh meningkatkan bau badan.
Keadaan kesihatan. Sesetengah penyakit atau gangguan kulit juga boleh menyebabkan bau badan lebih kuat.
Yang penting, punca-punca ini tidak ada kaitan langsung dengan saiz badan seseorang.
Salah faham ini mungkin timbul daripada stereotaip sosial dan stigma terhadap golongan berbadan besar.
Individu berbadan besar sering dianggap kurang aktif atau tidak menjaga kebersihan diri, walaupun kenyataan ini tidak benar bagi kebanyakan mereka.
Selain itu, orang berbadan besar mungkin lebih banyak berpeluh kerana saiz tubuh mereka yang memerlukan lebih banyak tenaga untuk bergerak.
Namun, seperti yang dinyatakan, peluh tidak berbau melainkan terdapat bakteria atau faktor lain yang mempengaruhi.
BACA LAGI : 5 Gaya Hidup Sihat Mampu Bantu Turunkan Kadar Kolesterol
Masyarakat perlu berhenti mengaitkan bau badan dengan saiz tubuh seseorang.
Bau badan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira saiz badan.
Langkah penting yang perlu diambil ialah mendidik masyarakat tentang punca sebenar bau badan dan menghapuskan stereotaip yang tidak berasas ini.
Menghakimi seseorang berdasarkan saiz badan mereka hanya akan menyumbang kepada diskriminasi dan stigma yang tidak perlu.
Sebaliknya, kita harus fokus pada pemahaman fakta dan menghormati setiap individu tanpa prasangka.
Bau badan adalah isu universal yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja.
Ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk memperlekeh atau memandang rendah golongan berbadan besar.
Dengan memahami fakta dan menangani salah faham, kita boleh membina masyarakat yang lebih inklusif dan bebas daripada stigma.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
A post shared by MASKULIN (@maskulinmag)
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

Masalah kegagalan ereksi, ancaman senyap yang ramai lelaki tak sedar. Tahukah anda bahawa hampir 90% kes mati pucuk dalam kalangan lelaki berpunca daripada penyakit kencing manis dan juga masalah jantung? Dua penyakit kronik ini memberi kesan besar terhadap fungsi seksual lelaki tanpa disedari.
Selain itu, tekanan emosi seperti kemurungan turut memberi impak negatif kepada kesihatan seksual. Berat badan yang berlebihan pula boleh menyebabkan aliran darah ke zakar menjadi tidak lancar, sekali gus mengganggu keupayaan ereksi.
Kandungan gula yang tinggi dalam badan bukan sahaja merosakkan saraf, malah turut mengganggu keseimbangan hormon lelaki. Gabungan faktor-faktor ini boleh menyumbang kepada masalah mati pucuk, satu isu yang sering dipandang remeh.
Masalah mati pucuk atau Erectile Dysfunction (ED) bukanlah isu yang asing dalam kalangan lelaki, namun ia sering tidak dilaporkan kerana kurangnya pemeriksaan kesihatan secara berkala. Statistik menunjukkan bahawa masalah ini semakin meningkat mengikut pertambahan usia.
Berdasarkan data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, berikut ialah kadar ED yang direkodkan mengikut kumpulan umur:
9% lelaki berumur 40-44 tahun
12% bagi umur 45-49 tahun
18% di kalangan lelaki 50-54 tahun
29% melibatkan mereka yang berumur 50-59 tahun
38% bagi kumpulan umur 60-64 tahun
54% lelaki berusia 65-70 tahun
Peningkatan ketara ini menunjukkan bahawa faktor usia memainkan peranan besar dalam masalah ED.
Masalah ED ini bukan hanya berkait dengan faktor usia, tetapi juga sangat rapat dengan pelbagai isu kesihatan seperti:
Diabetes dan penyakit jantung – sebanyak 89.2% penghidap ED turut menghidap salah satu atau kedua-dua masalah ini.
Tekanan darah tinggi – 80.4% daripada mereka yang mengalami ED juga menghadapi masalah ini.
Hiperkolesterolemia (kolesterol tinggi) – turut dikesan dalam 78.9% kes ED.
Selain itu, kemurungan dan masalah kesihatan mental juga menyumbang kepada gangguan fungsi seksual lelaki. Penyakit-penyakit ini memberi kesan kepada aliran darah, fungsi saraf, dan keseimbangan hormon, yang kesemuanya penting dalam mencapai dan mengekalkan ereksi.
Memandangkan kaitan rapat ED dengan pelbagai penyakit kronik, amat penting bagi lelaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala, terutama selepas usia 40 tahun. Gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan, bersenam, mengurus stres dan mengawal berat badan boleh membantu mengurangkan risiko ED dan masalah kesihatan lain.
Langkah pencegahan boleh dimulakan dengan menjaga berat badan ideal dan memastikan paras gula dalam darah sentiasa terkawal. Amalan gaya hidup sihat seperti bersenam secara konsisten, menjaga pemakanan dan mendapatkan tidur yang cukup boleh membantu menstabilkan hormon serta meningkatkan kesihatan keseluruhan.
Hargai diri anda dan pasangan. Jangan biarkan keinginan dan kemampuan hilang sebelum masanya. Bertindak sekarang untuk kesihatan yang lebih baik, luar dan dalam.
Sumber: Dr Samhan
BACA: Makanan Yang Menambah Tenaga Kelakian
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

Kim Woo Bin berkongsi kisah pahit perjuangannya melawan kanser selama tujuh tahun. Aktor kacak dari Korea Selatan yang popular melalui drama “Uncontrollably Fond” ini pernah mendapat berita mengejutkan apabila doktor meramalkan dia hanya mempunyai masa enam bulan sahaja untuk hidup setelah didiagnosis dengan penyakit kanser Nasofaring pada tahun 2017.
Kata Woo Bin, kenyataan itu memberikan tamparan hebat buat dirinya dan merasakan seperti berada dalam sebuah babak drama.
“Saya seorang yang positif dan sentiasa cuba untuk mencari kelebihan diri dalam apa juga keadaan.
“Ia umpama adegan dalam drama apabila doktor tiba-tiba kata saya mungkin hanya ada enam bulan untuk hidup.
“Saya terkejut, takut dan berharap ia hanyalah mimpi. Tapi walaupun takut saya tidak pernah terfikir bagaimana sekiranya saya tidak dapat mengatasi masalah ini. Ia tak langsung terlintas dalam fikiran saya,” katanya.
Dalam pada itu, Woo Bin meluahkan rasa syukur kerana menerima sokongan ramai sebagai kekuatan untuk dia melawan penyakit tersebut.
Pelakon drama Black Night ini turut mengucapkan terima kasih buat semua yang selama ini tidak putus-putus mendoakan agar dia kembali pulih.
“Ramai yang mengenali saya memberikan doa dan sokongan kepada saya. Saya percaya dengan sokongan itu yang memberikan kekuatan buat saya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang selama ini mendoakan untuk kesihatan saya.
Pada 2017, agensi Woo Bin mengesahkan pelakon itu menghidap kanser Nasopharyngeal iaitu sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak.
Bagaimanapun, Woo Bin bernasib baik kerana kanser tersebut dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke tempat lain dan disahkan bebas kanser pada 2019.
Fakta Mengenai Kanser Nasofaring (Nasopharyngeal)
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
