Tukar minyak hitam, jangan terus isi baru, tolong tengok ‘oil pan.’ Ramai antara kita bila tukar minyak hitam, terus fokus pada tuang minyak baru saja. Tapi tahu tak, ada satu tempat yang boleh bagi gambaran jelas tentang keadaan enjin kereta kita — oil pan, iaitu bahagian bawah enjin tempat minyak lama dikumpulkan.

Tukar Minyak hitam, Jangan Terus Isi Baru, Tolong Tengok ‘Oil Pan’

Sambil mekanik tengah keluarkan minyak hitam, cuba jeling sikit kat situ. Banyak ‘rahsia’ enjin boleh terbongkar dari situ.

Tukar Minyak Hitam, Jangan Terus Isi Baru, Tolong Tengok ‘Oil Pan’

Berikut antara perkara penting yang boleh diperhatikan:

1. Warna Minyak Hitam

Perhatikan warna minyak yang keluar. Kalau warnanya hitam pekat macam kopi O kaw, itu tandanya enjin dah bekerja keras atau minyak dah terlalu lama tak tukar. Tapi kalau minyak masih kelihatan jernih dan bersih, itu petanda baik, menunjukkan enjin dijaga dengan baik dan tidak terlalu terbeban.

2. Kehadiran Serpihan Besi

Kadangkala akan nampak serpihan besi halus pada dasar oil pan. Ini biasanya berpunca daripada komponen dalam enjin yang bergeser akibat haus. Kalau jumlahnya sedikit mungkin masih boleh diterima, tapi kalau banyak, elok bersedia sebab ini mungkin amaran awal enjin mula mengalami kerosakan serius.

Ads

3. Minyak Bocor Atau Kesan Basah

Kalau kawasan sekitar oil pan nampak basah atau ada kesan tompok minyak, itu mungkin tanda gasket bocor atau skru pengikat dah longgar. Jangan ambil mudah kalau minyak hitam terus-menerus bocor, risiko enjin jem akibat kekurangan pelinciran sangat tinggi.

Tukar Minyak Hitam, Jangan Terus Isi Baru, Tolong Tengok ‘Oil Pan’
Kredit foto: Sinar Harian

4. Bau Hangit Yang Tidak Menyenangkan

Bau hangit daripada minyak yang keluar juga patut diambil kira. Bau ni biasanya muncul bila minyak terlalu lama berada dalam enjin hingga dah hilang kualiti pelinciran. Bila ditukar dengan minyak baru, biasanya pemanduan terasa lebih lancar dan enjin terasa ‘ringan’.

5. Kesan Karat Dan Kotoran

Kadang-kadang akan kelihatan kotoran berkarat melekat di bahagian oil pan. Ini boleh jadi tanda enjin terdedah kepada kelembapan, atau minyak tak pernah ditukar dalam tempoh lama. Ini juga isyarat bahawa servis berkala tak dilakukan dengan konsisten.

Ads

Kesimpulannya oil pan mungkin nampak macam bahagian kecil yang tak penting, tapi sebenarnya jadi ‘cermin’ kepada keadaan dalaman enjin. Jadi setiap kali tukar minyak hitam, ambil sedikit masa untuk tengok apa yang ada di situ.

Pemerhatian yang ringkas ni boleh bantu kesan awal sebarang masalah dan jimatkan banyak kos pembaikan jangka panjang. Jaga elok, enjin tahan lama, poket pun selamat.

Sumber: ZAM Auto Accessories

Ads

BACA: Cara Mudah Tukar Minyak Hitam Motosikal Sendiri

 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI