
Zul Ariffin, 39, berjaya turunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa dua bulan, daripada 101kg ke 81kg, demi persiapan untuk filem terbaharu, Furious. Tapi perjalanan dia bukan biasa-biasa.
Malah, ramai lelaki kagum dengan fizikal pelakon filem aksi ni, tapi tak ramai tahu harga sebenar yang dia bayar untuk capai tahap tu.

“Dua kali blackout, hidung berdarah, migrain, pening kepala. Diet semua rendah; karbo, gula… semua rendah. Latihan pula dua hingga tiga jam setiap hari.”
LATIHAN & DIET EKSTREM
Bagi pelakon aksi, komitmen terhadap watak bukan setakat lakonan, tapi keseluruhan fizikal kena ‘on point’. Zul akui, proses kali ini jauh lebih mencabar berbanding sebelum ini.
View this post on Instagram
Sembilan tahun lalu, dia pernah turunkan berat 13kg untuk filem Tombiruo, tapi kali ini, dia perlu ‘push’ diri lebih ekstrem untuk capai sasaran.
Diet ketat rendah karbohidrat dan gula, ditambah pula dengan rutin latihan intensif hampir setiap hari menyebabkan badan cepat lemah, migrain berpanjangan, malah dua kali dia pengsan dan hidung berdarah.
KESIHATAN VS ESTETIK
Zul Ariffin tak sorokkan realiti — perjalanan transformasi badan bukan sekadar soal rupa atau otot besar. Tanpa persediaan mental dan ilmu yang betul, ia boleh bawa risiko kesihatan serius.
View this post on Instagram
MASKULIN nak ingatkan, nak sado macam mana sekali pun, jangan abaikan:
✅ Pemantauan pakar atau jurulatih profesional
✅ Pengambilan nutrisi seimbang
✅ Cukup waktu rehat dan pemulihan badan
✅ Elakkan diet melampau yang boleh jejaskan kesihatan dalaman
BADAN FIT, MINDA KUAT
Bukan semua orang sanggup lalui proses ekstrem macam Zul. Tapi bagi lelaki yang nak miliki tubuh ideal, stamina tinggi dan keyakinan diri, ia perlukan:
💥 Disiplin Besi
💥 Ilmu Pemakanan Yang Betul
💥 Konsistensi Latihan
💥 Kesedaran Jaga Kesihatan Dalaman
Nak capai tahap fit? Buat cara yang bijak, konsisten dan selamat macam Zul Ariffin ni!
BACA LAGI : Turun 40KG Dengan IF 12:12, Pemuda Ini Jadi Inspirasi Ramai Lelaki!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang



















