
Bagi kebanyakan lelaki, rutin penjagaan diri tidak lagi terhad kepada rambut yang kemas atau deodoran sebelum keluar rumah. Wangian kini menjadi sebahagian daripada identiti, sama pentingnya dengan pakaian, gaya rambut dan cara seseorang membawa diri. Atas dasar itu, Ubermen memperkenalkan rangkaian baharu Aura Eau De Parfum (EDP), terdiri daripada empat pilihan haruman yang direka untuk lelaki dengan karakter dan gaya berbeza.
Dilancarkan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kampus Putrajaya, koleksi baharu ini menjadi sebahagian daripada usaha Ubermen memperluaskan rangkaian penjagaan diri lelaki kepada segmen wangian yang lebih lengkap. Ubermen sendiri merupakan jenama tempatan di bawah Tohtonku yang telah berada dalam pasaran sejak 2008.

Konsep utama Ubermen Aura berteraskan idea bahawa keyakinan tidak semestinya perlu ditonjolkan secara berlebihan. Sebaliknya, ia boleh hadir secara lebih bersahaja melalui cara seseorang menjaga diri, memilih gaya dan membawa personaliti sendiri.
Wangian Sebagai Sebahagian Daripada Identiti Lelaki
Bagi sesetengah lelaki, minyak wangi mungkin dianggap sekadar pelengkap sebelum keluar rumah. Namun dalam rutin harian moden, wangian memainkan peranan lebih besar sebagai satu bentuk ekspresi diri.
Ubermen menerapkan pendekatan ini menerusi Aura EDP dengan menampilkan rekaan ringkas serta profil haruman maskulin yang berbeza mengikut personaliti.
Koleksi baharu tersebut turut melengkapkan rangkaian Aura Deodorant Roll-On, yang mempunyai lima varian, serta produk penggayaan rambut Ubermen.
Menurut kenyataan media itu, Aura Deodorant Roll-On menawarkan perlindungan bau badan sehingga 96 jam manakala empat varian Aura EDP pula menawarkan keharuman sehingga 72 jam.
Keseluruhan rangkaian ini dibangunkan di bawah mesej jenama “Janji Wangi, Baru Konfiden”, yang menghubungkan penjagaan diri dengan rasa lebih bersedia untuk menjalani rutin harian.

Ketua Pemasaran Tohtonku Malaysia, Lim Bee Gaik, berkata, “Apabila kita wangi, kita berasa lebih bersedia. Dan apabila kita bersedia, kita berasa lebih yakin. Hari ini, kami bukan sekadar melancarkan rangkaian wangian baharu. Kami turut memperkenalkan cara baharu untuk lelaki Malaysia mengekspresikan keperibadian dan keyakinan mereka setiap hari.”
Empat Haruman, Empat Karakter Berbeza

Salah satu perkara menarik tentang koleksi Aura EDP ialah setiap varian cuba membawa personaliti tertentu.
Heartbreaker
Heartbreaker dibina untuk karakter lelaki yang lebih berani, konfiden dan karismatik.
Haruman ini menggabungkan kesegaran beri juniper dan lemon dengan sage serta cashmeran, sebelum diakhiri dengan nota kasturi, vetiver dan ambar.
Secara keseluruhan, profilnya lebih maskulin dan berani, sesuai untuk mereka yang mahukan wangian dengan karakter yang lebih kuat.
Dreamer
Untuk lelaki yang lebih santai dan tidak terlalu suka menonjol, Dreamer membawa pendekatan lebih ringan.
Ia menggabungkan sitrus dan pudina dengan nota herba serta bunga, sebelum ditutup dengan sentuhan lembut ambar.
Karakter haruman ini digambarkan sebagai moden, kasual dan bebas, sesuai untuk kegunaan harian atau situasi yang lebih santai.
Mr Gentleman
Nama Mr Gentleman sendiri sudah memberi gambaran mengenai arah harumannya.
Ia dibina untuk lelaki yang mahu tampil segak dan berkarisma tanpa perlu terlalu mencuba.
Gabungan sitrus dan raspberi memberikan pembukaan yang segar, sebelum melur, nota kayuan, biji tonka dan gaharu memberi lapisan yang lebih matang serta elegan.
The Executive
The Executive pula membawa karakter paling formal dalam rangkaian tersebut.
Ia menggunakan bergamot, oren dan nota hijau berempah sebelum digabungkan dengan bunga oren, ambar, nilam serta nota kayuan.
Profil ini ditujukan kepada lelaki yang mahu tampil lebih yakin, matang dan berautoriti, khususnya dalam suasana profesional atau formal.
Bukan Sekadar Minyak Wangi
Pelancaran Aura EDP turut diadakan bersempena kempen tahunan Ubermen Jom Lepak Mamak, yang menggunakan bola sepak, persahabatan dan budaya lepak sebagai medium untuk mendekati lelaki muda Malaysia.
Pendekatan ini menarik kerana ia cuba meletakkan penjagaan diri dalam konteks yang lebih dekat dengan gaya hidup sebenar lelaki tempatan.

Bagi ramai lelaki, penjagaan diri tidak perlu menjadi sesuatu yang terlalu kompleks. Ia boleh bermula daripada perkara mudah seperti rambut yang terurus, deodoran, pakaian bersih dan satu haruman yang sesuai dengan personaliti sendiri.
Kempen tersebut cuba menghubungkan elemen ini dengan rutin sosial yang sudah biasa seperti menonton bola bersama rakan, lepak selepas kerja atau keluar hujung minggu.
Lengkap Dengan Lima Pilihan Deodoran
Selain empat EDP baharu, rangkaian Ubermen Aura turut mempunyai lima pilihan deodoran.
Dark Force menggunakan haruman kayuan dan ambar, manakala Ocean Cool membawa profil marin yang lebih segar.

Cool Leaf pula menggabungkan elemen hijau dan sitrus, Stormwood mengetengahkan haruman kayuan yang lebih matang, manakala Icy Alloy hadir dengan karakter metalik, bersih dan moden.
Pilihan ini membolehkan pengguna menyesuaikan rutin penjagaan diri berdasarkan gaya atau mood masing-masing tanpa perlu bergantung kepada satu profil haruman sahaja.
Harga Masih Dalam Kategori Mudah Akses
Satu lagi elemen yang mungkin menjadi tarikan kepada pengguna muda ialah harga.
Ubermen Aura Eau De Parfum bersaiz 100 ml dijual pada harga RM42.90 dan boleh didapati di 350 cawangan Watsons.
Sementara itu, Aura Deodorant Roll-On bersaiz 50 ml dijual pada harga RM13.50 di 433 cawangan Watsons.
Kedua-duanya turut tersedia melalui platform dalam talian seperti Shopee dan Lazada.
Dengan harga tersebut, Ubermen jelas meletakkan Aura sebagai rangkaian yang mudah dicapai oleh pengguna lelaki muda yang mahu mula membina rutin penjagaan diri tanpa perlu berbelanja terlalu tinggi.
Wangian Kini Sebahagian Daripada Grooming Harian
Perubahan budaya penjagaan diri lelaki sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan bahawa aspek grooming semakin diterima sebagai sebahagian daripada rutin biasa.
Ia bukan lagi sesuatu yang hanya diberi perhatian ketika menghadiri majlis penting.
Bau yang menyenangkan, rambut yang kemas dan penampilan yang terurus boleh mempengaruhi cara seseorang melihat dirinya sendiri sebelum berhadapan dengan orang lain.
Di situlah Ubermen cuba meletakkan Aura EDP. Bukan sebagai wangian yang perlu menonjol secara berlebihan, tetapi sebagai satu lapisan kecil dalam rutin yang membantu seseorang berasa lebih bersedia.

Dengan empat karakter haruman yang berbeza, koleksi ini juga memberi ruang kepada lelaki memilih wangian berdasarkan personaliti sendiri, sama ada lebih santai, matang, berani atau profesional.
Kadangkala keyakinan tidak perlu bermula dengan perubahan besar.
Ia boleh bermula dengan perkara kecil, termasuk bagaimana seseorang memilih untuk hadir dan meninggalkan kesan apabila memasuki sesuatu ruang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

je senang
