Gambar hiasan: Vedanti, Pexels

Seseorang yang batuk akan menyemburkan 3,000 titisan air halus dari mulut lalu melekat di pakaian, permukaan barangan atau terkena pada individu yang berhampiran.

Bayangkan jika individu yang batuk tersebut positif virus COVID-19, pasti virus ini akan mudah tersebar ke individu yang lain.

Ini kerana menurut World Health Organization (WHO), virus COVID-19 boleh tersebar menerusi titisan air daripada individu positif kepada individu yang lain.

Kita semua sedia maklum, bermula hari ini kedai makan dan restoran telah diberi kebenaran untuk memulakan operasi.

Jadi sebagai langkah pencegahan untuk mengelak jangkitan virus COVID-19, pastikan pemilik kedai makan, restoran dan pembeli mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

IKLAN

Public Health Malaysia berkongsi satu kejadian kluster di sebuah restoran di Guangzhau, China yang menunjukkan bagaimana kesan pengudaraan yang tidak baik dan penggunaan penghawa dingin boleh menyebabkan penyebaran virus corona lebih jauh dari yang disangka.

Jangkiti 9 pelanggan

Dalam kejadian tersebut, seorang individu yang telah dijangktii Covid 19 tetapi TIDAK BERGEJALA telah menyebabkan jangkitan pada 9 pelanggan restoran yang lain.

Kajian mendapati, tiupan penghawa dingin telah menyebabkan titisan air yang mengandungi virus terbang dari meja C ke meja A dan kemudiannya ke meja B

Semasa sedang makan, pelanggan perlu membuka topeng muka dan biasanya akan berbual. Ini menjadikan restoran satu tempat yang berisko untuk berlaku penyebaran virus.

Kejadian kluster ini menunjukkan

✔️ Kepentingan pengudaraan dalam restoran
✔️ Kepentingan pelanggan restoran untuk memberi maklumat peribadi kpd restoran
✔️ Risiko untuk makan di dalam restoran yang berhawa dingin.

Pilihlah untuk bawa pulang makanan, menggunakan perkhidmatan e hailing, atau masak sendiri di rumah.

Sumber
Lu J, Gu J, Li K, Xu C, Su W, Lai Z, et al. COVID-19 outbreak associated with air conditioning in restaurant, Guangzhou, China, 2020. Emerg Infect Dis. 2020 Jul