Ads

Untuk Jimat Masa Ke Tempat Kerja, Lelaki Ini Berenang Elak “Traffic Jam”.

Tidak tahan dengan kesesakan lalu lintas, seorang lelaki mengambil keputusan untuk berenang ke tempat kerjanya.

Lelaki yang dikenali sebagai Benjamin David, 40, itu berasal dari Munich, Jerman dan sanggup berenang sejauh dua kilometer untuk mengelak kesesakan lalu lintas.
David mengambil masa 30 minit berenang merentasi Isar River untuk ke pejabatnya yang terletak di Kulturstrand.

David memasukkan kelengkapan pejabat serta pakaiannya ke dalam beg kalis air sebelum berenang merentasi Isar River.

Ads

Sebelum ini, David pernah mencari alternatif lain dengan berbasikal untuk ke pejabat tetapi cara itu tidak bertahan lama dan David mula mencuba untuk berenang ke tempat kerja.

Ads

Menerusi cara tersebut, David jimat banyak masa kerana jika memandu pada waktu puncak di Munich, pemandu mungkin boleh tersekat dalam kesesakan lalu lintas selama lebih satu jam.

Ads

Kredit: Astro Awani

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
Mercedes-Benz

Mercedes-Benz Kini Boleh Dimiliki Dari RM1,988 Sebulan Menerusi Agility+

Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.