Pastinya anda sudah tahu akan berita tentang mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang ditahan oleh SPRM lewat malam tadi. Walaupun kita masih lagi tidak pasti kesahihan berita bahawa Najib akan ditangkap, namun beliau sempat menyampaikan wakrah kepada rakyat menerusi akaun Twitternya dalam bentuk Voice Over.
Saya terima bahawa hari ini adalah hari saya dan keluarga menjalani dugaan dunia. pic.twitter.com/UbjGK9GBDb
Menerusi video voice over yang berdurasi 2 minit 20 saat itu jelas menunjukkan bahawa Najib Razak memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan sedar bahawa sebagai manusia biasa beliau tidak lepas dari berbuat kesilapan. Beliau menyatakan dalam video tersebut bahawa beliau menganggap ini sebagai dugaan buat dirinya dan keluarganya dan terus tabah menghadapi dugaan. Jika anda dengar, pasti anda akan berasa sebak, tambahan pula dengan backgrond muzik yang sayu.
Ads
Ini antara komen netizen di laman Twitter beliau
Ads
Ads
Apa-apa pun kita masih lagi menunggu keputusan dari pihak berkenaan mengenai kes penangkapan Najib Razak. Sama-sama kita nantikan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memang trend bila nak raya mesti ramai designer yang akan mengeluarkan cetusan kreatif idea mereka. Seorang pereka fesyen dikritik gara-gara baju Melayu yang dihasilkannya kelihatan begitu ketat, sehingga menjadi bahan tular di media sosial. Segelintir netizen melabelkan baju Melayu rekaan Amir Kadir itu seperti ‘swimsuit’ kerana menampakkan susuk badan.
“Nak tanya, ni baju Melayu ke swim ke sarung nangka? Aduhai rekaan baju Melayu trend sekarang,” luah seorang netizen.
Perekanya, Amir Kadir atau nama sebenarnya Amir Abdul Kadir tampil menjelaskan baju tersebut bukanlah sendat dan mahu sengaja memperlekehkan budaya Melayu.
“Pengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia fesyen ini telah membuatkan saya sedar erti nilai budaya berfesyen dan etika berpakaian.
“Perkara ini (baju Melayu ketat) terjadi ketika sesi penggambaran yang menggunakan khidmat salah seorang model yang sado dan saiz baju agak kecil untuk dia.
“Effect (kesan) nya ia kelihatan sendat sehingga mengundang spekulasi yang agak berlainan sedangkan jika dilihat pada gambar dimana dua model yang berlainan kesannya adalah normal,” katanya menerusi status di Facebook.
Baju Melayu yang tular menggunakan model yang berlainan.
Malahan di ruangan komen, Amir turut menjelaskan bahawa baju Melayu yang kelihatan sendat itu disebabkan kakitangannya memakaikan pin bagi menampakkan kesan yang berlainan menyebabkan ia kelihatan ketat keterlaluan.
“Lagi satu, masa penggambaran tu staf saya pin kat bahagian seluar… effect gambar over (keterlaluan),” tambahnya.
Posting Amir Kadir tersebut turut dimuat naik tiga gambar model berlainan yang memakai baju Melayu yang mendapat kritikan ramai itu.
Sekeping gambar adalah baju Melayu yang tular, manakala dua lagi merupakan pemakaian yang lebih longgar tanpa menunjukkan susuk badan.
Baju Melayu ‘Zebra by Amir Kadir’ laris dijual berikutan tular di media sosial.
Sehubungan itu, Amir berharap penjelasannya dapat melegakan hati netizen berhubung perkara sebenar.
“Maaf jika pihak saya menimbulkan keadaan yang negatif tanpa usul periksa terlebih dahulu,” katanya sambil menambah meminta semua pihak supaya bersangka baik.
Dalam pada itu, Amir berkata, beberapa rekaan baju Melayu ‘Zebra by Amir Kadir’ laris dijual berikutan tular di media sosial.
“Baju viral (tular) dan habis dijual. Terima kasih para pelanggan yang disayangi! Semua ‘bawangs’ terima kasih juga tau,” ujarnya.
Sumber : mstaronline
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
‘Aku Bukan Dewa’ ini saya anggap sangat dekat dengan diri saya kerana ia menceritakan tentang semangat juang saya dalam industri muzik ini. Dari hari pertama saya bertapak dalam industri, pelbagai ranjau dan onak duri terpaksa saya tempuhi sebelum saya berada di sini; pada hari ini. Lagu ini sangat istimewa kerana muzik yang dipersembahkan seolah-olah memberi gambaran akan penceritaan dan ‘mood’ atau suasana yang ingin disampaikan.
Menariknya lagi, pendekatan genre muzik yang saya ambil pada kali ini iaitu progresif pop rock, berlainan dari konsep pop balada yang saya bawa selama ini. Saya ingin lari dari ruangan selesa saya dan menampilkan kelainan dengan tampil menyampaikan lagu rancak. Ini sebenarnya adalah jiwa saya dan pada kali ini, saya akan membawa peminat menyelami aliran sebenar muzik, dalam dunia saya.”- Hazama.
Lagu yang mengangkat genre muzik progresif pop rock ini merupakan single kedua Hazama untuk tahun ini selepas ‘Aku Yang Sebenar’ yang dilancarkan pada bulan April lalu. Sama seperti ‘Aku Yang Sebenar’, single kedua Hazama ‘Aku Bukan Dewa’ ini turut mendapat sentuhan dari Ad Samad selaku penulis lirik, Hazama sendiri bersama Taja pula bertindak sebagai komposer. Istimewanya lagi, Hazama turut bekerjasama dengan penyanyi rap tersohor tanah air, Altimet dalam menjayakan single ini.
Buah tangan terbaharu daripada Hazama ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan akan mula menemui peminat menerusi corong-corong stesen radio tempatan bermula pada hari ini. Selain dari itu, single ini turut boleh didengari di landasan penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Muzik video lagu ini pula dijangka bakal menemui peminat dalam jangka masa terdekat ini di saluran Youtube Rocketfuel Network.
Mengulas mengenai edisi terbaharu beliau ini, Hazama menjelaskan, “Saya sangat teruja kerana sekali lagi berpeluang untuk bekerjasama dengan nama-nama hebat di sebalik tabir penghasilan ‘Aku Bukan Dewa’ ini. Segah tajuk yang diberi, karya ini sekali lagi mempamerkan kehebatan Ad Samad dalam menghasilkan sebuah lirik yang cukup bermakna dan memiliki maksud yang begitu mendalam, diulit pula dengan keindahan muzik hasil sentuhan kerjasama saya dan Taja, dan pada masa yang sama rakan baik saya sendiri, Altimet, hadir menyumbangkan gegaran rap kreatif beliau bagi melengkapkan nukilan ini. Hasilnya, sempurnalah ‘Aku Bukan Dewa’, istimewa untuk peminat-peminat saya di luar sana.
Lagu ‘Aku Bukan Dewa’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan. Layari saluran Youtube Rocketfuel Network untuk maklumat lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Latihan kecergasan yang menggunakan tenaga dan stamina tubuh secara maksima bagi menghasilkan kesan sangat efektif buat otot dan tubuh secara berkesan.
DEADLIFT
Efektif dengan melakukan pergerakan pantas pada keseluruhan otot tubuh nyata memberikan kesan secara menyeluruh. Lakukan deadlift dengan mengangkat bebanan yang anda mampu lakukan bergantung kepada kekuatan tubuh dan stamina yang dimiliki.
BURPEE OVER BAR
Lakukan burpee over bar secara berselang dengan deadlift dengan kiraan 5-4-3-2-1 . Turunkan tubuh anda ke permukaan lantai dengan kaki menjurus ke belakang di sebelah deadlift. Lakukan push up lantas berdiri semula dan melompat ke bahagian lain deadlift dengan mengulangi pergerakan yang sama.
KETTLEBELL SWING
Kettlebell mempunyai beberapa jenis bebanan dan pilih berat yang mampu anda lakukan. Hayunan kettlebell mampu memberi rengan kepada keseluruhan otot utama tubuh anda. Lakukan dengan mengangkat kettlebell dengan kedua belah tangan dan mulakan hayunan hingga ke posisi 70 darjah. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
GOBLET SQUAT
Kekal menggunakan kettlebell dengan mengaplikasikan sifat fizikal bebanan yang dimiliki. Lakukan squat sambil memegang kettlebell dengan menggunakan kedua belah tangan dan bawa kettebell ke paras dada. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Keris & Co cipta kejayaan luar biasa apabila pengasasnya, Hanzat Azmi, bangkit daripada kegagalan dan pernah memandu Grab sebelum membina jenama fesyen lelaki tempatan yang kini menembusi pasaran luar negara.