Bertubuh muscular pastinya jadi idaman buat lelaki. Namun, bagi wanita pula jika tubuh mereka seakan-akan tegap, berketul malah lebih menonjol dari lelaki, pastinya akan menimbulkan persepsi yang berbeza.
Seperti gadis ini, wajahnya yang feminin dengan rambutnya yang panjang mengurai sudah pasti dapat menawan hati ramai jejaka bila pertama kali melihatnya.
Ditambah pula dengan kulitnya yang gebu, bibirnya yang mungil dan senyumannya yang manis, sudah cukup menggoda.
Ads
Tetapi, ramai lelaki yang bakal patah hati setelah melihat lengannya yang sasa itu.
Wanita yang berasal dari Korea Selatan ini dikenali sebagai Yeon Woo Jhi ini sebenarnya merupakan seorang jurulatih peribadi yang cukup terkenal di sana.
Ads
Bagi sesetegah lelaki, wajah cantik yang dipadankan dengan otot-otot lengannya yang besar itu sudah cukup memadai.
Tetapi apa yang lebih menghampakan apabila Yeon sebenarnya sudah pun mendirikan rumah tangganya.
Ads
Seperti dirinya, suami Yeon merupakan seorang lelaki sado yang turut memiliki saiz otot yang besar dan mereka gemar menghabiskan masa bersenam di gimnasium setiap hari bersama-sama.
Jika di luar negara, pertandingan bina badan wanita tidak asing lagi (dengan gelaran Binaragawati). Malah, ada dari mereka yang bertubuh lebih maskulin dari lelaki. Jika di pasaran tempatan, wanita muscular kebanyakkanya terdiri dari jurulatih kecergasan mahupun ahli sukan. Namun, benarkah wanita kategori ini bukan dambaan lelaki?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki kacak selalunya kelakar, pakej lengkap jadi idaman wanita. Pernah tak perasan, dalam mana-mana kumpulan lelaki kacak, mesti ada sekurang-kurangnya seorang yang bukan sekadar enak dipandang, tapi juga lawaknya boleh buat orang ketawa tak henti?
Seolah-olah rupa yang segak itu datang sekali dengan pakej humor yang luar biasa. Tapi, benarkah lelaki kacak selalunya kelakar, atau ini sekadar mitos semata-mata?
Sebenarnya, ada teori psikologi yang menyokong idea bahawa lelaki yang berpenampilan menarik lebih cenderung untuk bersikap santai dan berani bergurau. Kenapa? Sebab mereka lebih yakin dengan diri sendiri. Keyakinan inilah yang membolehkan mereka bersikap selamba, berjenaka tanpa rasa malu, dan tak kisah jika lawak mereka menjadi atau tidak.
Dalam dunia sosial, orang yang kacak sering mendapat layanan lebih mesra, sama ada secara sedar atau tidak. Jadi, mereka tak perlu terlalu risau kalau lawak mereka ‘cringe’ sekali pun, orang tetap akan ketawa atau sekurang-kurangnya senyum. Berbanding mereka yang kurang menarik, lelaki kacak mungkin kurang mengalami ketakutan untuk dimalukan atau ditolak, sebab mereka dah biasa mendapat perhatian positif.
Walaupun rupa paras boleh menarik perhatian orang sekeliling, ia bukanlah faktor utama yang membuatkan seseorang kekal menarik dalam jangka panjang. Sebab itulah ramai lelaki kacak yang sedar bahawa hanya bergantung kepada rupa sahaja tidak mencukupi. Mereka perlukan ‘X factor’ lain untuk menyerlah.
Humor ialah senjata ampuh. Seorang lelaki yang tahu membuat orang ketawa akan lebih mudah disenangi dan diingati. Malah, ramai wanita mengakui bahawa mereka lebih tertarik kepada lelaki yang kelakar daripada lelaki yang sekadar bergantung pada rupa semata-mata. Jadi, tidak hairanlah ramai lelaki kacak ‘mengasah’ bakat lawak mereka supaya menjadi lebih memikat!
Lelaki kacak sering kali dikaitkan dengan stereotaip tertentu—antaranya dianggap sombong, sukar didekati, atau terlalu serius. Oleh itu, ramai lelaki yang mempunyai wajah menarik memilih untuk menjadi kelakar sebagai cara untuk mencairkan persepsi ini.
Dengan bersikap lucu dan bersahaja, mereka dapat menunjukkan bahawa mereka bukan sekadar ‘muka hensem’ tetapi juga seorang yang mesra dan mudah didekati. Humor menjadi satu bentuk ‘damage control’ bagi memastikan mereka tidak dilabel sebagai seseorang yang membosankan atau terlalu serius.
Sudah tentu, tidak semua lelaki kacak mempunyai bakat melawak. Ada juga yang lebih pemalu, pendiam, atau memilih untuk menjaga imej ‘cool’ mereka daripada cuba membuat orang ketawa.
Malah, dalam sesetengah kes, lelaki yang kurang menarik lebih cenderung untuk menggunakan humor sebagai cara untuk menonjol. Mereka mungkin lebih berusaha menjadi kelakar kerana menyedari mereka tidak boleh bergantung kepada rupa semata-mata untuk menarik perhatian.
Jadi, benarkah lelaki kacak itu selalunya kelakar? Jawapannya, tidak semestinya, tetapi memang ada kecenderungan untuk mereka menjadi lebih santai dan yakin dalam berjenaka kerana faktor keyakinan diri dan penerimaan sosial yang lebih positif.
Namun, hakikatnya, kelakar atau tidak bukanlah sesuatu yang bergantung pada rupa semata-mata. Humor adalah satu bakat dan seni yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, sama ada kacak atau biasa-biasa. Yang penting, keyakinan dan keikhlasan dalam berkomunikasi—itulah yang menjadikan seseorang benar-benar menarik!
Ibadah haji adalah salah satu rukun Islam yang memerlukan persiapan fizikal dan mental yang rapi. Melakukan ibadah ini bukan sahaja memerlukan keimanan yang teguh, tetapi juga kekuatan fizikal yang optimum.
Berikut adalah beberapa langkah persiapan fizikal yang boleh diambil untuk memastikan anda berada dalam keadaan terbaik sebelum berangkat menunaikan haji.
Langkah pertama adalah menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh. Ini termasuk ujian darah, ECG, dan pemeriksaan lain yang mungkin diperlukan berdasarkan usia dan sejarah perubatan. Doktor akan memberi nasihat mengenai sebarang keadaan kesihatan yang perlu diberi perhatian serta vaksinasi yang diperlukan, seperti vaksin meningitis yang wajib.
Menunaikan haji memerlukan stamina yang tinggi kerana aktiviti seperti tawaf, sa’i, dan melontar jamrah memerlukan banyak berjalan dan berdiri lama. Oleh itu, mulakan program senaman sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum berangkat. Fokus pada senaman kardiovaskular seperti berjalan, berjoging, dan berlari. Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu selama 30 minit hingga satu jam. Tambahkan juga senaman kekuatan seperti angkat beban ringan untuk memperkuat otot-otot utama.
Selain daripada senaman kardiovaskular, latihan jalan kaki adalah amat penting. Cuba biasakan diri berjalan dalam jarak jauh kerana ini akan membantu meningkatkan ketahanan fizikal. Mulakan dengan jarak yang lebih pendek dan tingkatkan jarak secara beransur-ansur. Ini juga akan membantu anda menyesuaikan diri dengan memakai kasut yang akan digunakan semasa haji, untuk mengelakkan ketidakselesaan dan melecet.
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, adalah penting untuk mengurangkannya sebelum berangkat. Berat badan yang ideal akan memudahkan pergerakan dan mengurangkan tekanan pada sendi. Amalkan diet seimbang yang kaya dengan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, dan protein tanpa lemak. Elakkan makanan yang tinggi gula dan lemak tepu.
Penjagaan kaki adalah aspek yang sering diabaikan tetapi sangat penting. Gunakan kasut yang selesa dan sesuai dengan bentuk kaki anda. Berlatih berjalan dengan kasut tersebut untuk memastikan tiada masalah. Selain itu, lakukan regangan kaki setiap hari untuk mengelakkan kekejangan dan ketegangan otot.
Semasa persiapan dan sepanjang ibadah haji, pastikan anda sentiasa terhidrat. Minum air yang mencukupi setiap hari, terutama dalam cuaca panas. Bawa botol air ketika berjalan atau beribadah. Selain itu, makan makanan yang seimbang dan cukup kalori untuk menyokong aktiviti fizikal yang intensif.
Latihan pernafasan boleh membantu dalam mengekalkan ketenangan dan mengurangkan tekanan. Lakukan teknik pernafasan dalam untuk membantu menenangkan minda dan badan. Ini penting kerana ibadah haji juga memerlukan kesabaran dan ketenangan mental yang tinggi.
Dengan persiapan fizikal yang rapi, anda bukan sahaja dapat menunaikan ibadah haji dengan lebih lancar, tetapi juga dapat menikmati pengalaman rohani ini dengan lebih mendalam. Ingatlah bahawa kesihatan adalah amanah yang perlu dijaga, dan persiapan fizikal yang baik adalah sebahagian daripada ibadah itu sendiri. Semoga persiapan anda dipermudahkan dan ibadah haji diterima Allah SWT.
Desas-desus tentang hala tuju dan masa depan jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon akhirnya terjawab pada hari ini.
Selepas mula membimbing pasukan negara pada Januari 2022, Kim Pan Gon hari ini menyatakan peletakan jawatannya alam satu siding media yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Ia merupakan satu tamparan yang cukup hebat terutamanya buat penyokong skuad Harimau Malaya yang MASKULIN lihat di laman media social masih mempercayai sentuhannya.
“Today I have a sad and sorry message to share with everyone. Today, I have decided to step down as head coach of the Malaysian National Football Team due to my personal commitments. I apologise for any disappointment this may have caused everyone.”
“Kepada penyokong bola sepak malaysia, hari ini saya ada mesej sedih untuk diberitahu. Hari ini saya memutuskan untuk meletakkan jawatan
“Ia atas alasan komitmen peribadi. Saya minta maaf,” jelasnya yang kelihatan agak sugul mengumumkan berita yang cukup berat tersebut.
Difahamkan sebelum ini beliau pernah menyatakan hasrat untuk terus membimbing pasukan kebangsaan dalam misi melayakkan diri ke Piala Asia 2027.
Namun ternyata Hasrat itu terhenti di tengah jalan. Pasukan negara akan diambil alih oleh penolong jurulatih dari Sepanyol, Pau Marti yang bertindak sebagai pengendali sementara.
Di antara sumbangan terbesar Kim Pan Gon terhadap bola sepak negara ialah membantu Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia 2022 yang berlangsung pada Januari lalu.
Kenangan paling epic yang peminat dan penyokong bola sepak Malaysia pasti akan kenang sampai bila-bila ialah Ketika kita mengikat pasukan jaguh Asia, Korea Selatan dengan jaringan 3-3.
Selain itu, kebangkitan dramatik pasukan negara ketinggalan 1-3 kepada Kyrgyzstan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan kemenangan 4-3 juga pasti mekar di hati peminat.
Di bawah kepimpinannya juga pasukan bola sepak negara Berjaya memperbaiki sedikit demi sedikit kedudukan ranking FIFA sepanjang dua tahun ini.
Sepanjang Bersama Harimau Malaya, beliau mancatatkan rekod dengan 20 kemenangan di dalam 34 aksi perlawanan antarabangsa.
Selamat maju jaya buat Kim Pan Gon dari team MASKULIN.
Teringat satu ketika dahulu ada penyokong Harimau Malaya melaungkan nyanyian ‘Pertahankan Kepimpinan Kim Pan Gon’.
All the best coach!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.