Dalam dunia yang penuh dengan budaya menunjuk dan kemewahan palsu, seorang lelaki bernama Izzat yang tampil dengan tindakan yang patut dipuji dan inspirasi kepada ramai lelaki hari ini. Momen yang dikongsikan olehnya di TikTok nyata telah membuka mata ramai — bahawa untuk jadi maskulin, ia bukan sekadar soal fizikal dan gaya hidup, tapi juga sejauh mana kita memberi makna kepada hidup orang lain.

Birthday Bukan Untuk Diraikan, Tapi Untuk Memberi

Melalui video yang tular, kelihatan Izzat sedang membeli barangan keperluan asas di sebuah kedai runcit — sabun pencuci tangan, tisu, dan selipar tandas — semua ini bukan untuk kegunaan peribadi, tetapi untuk diwakafkan kepada sebuah masjid. Tiada kek, tiada sambutan besar. Hanya niat yang ikhlas dan satu doa:

“POV: Kau perlukan doa semasa hari jadi kau,” tulis Izzat.

Barang-barang tersebut kemudian disusun rapi di dalam tandas masjid dan kawasan pintu masuk. Dengan penuh kesedaran, Izzat juga menulis label “WAKAF” pada setiap item bagi mengelakkan sebarang rasa was-was daripada para jemaah.

Satu Tindakan Kecil, Seribu Kesan Positif

Apa yang dilakukan Izzat sebenarnya memberi mesej jelas — lelaki hebat tak tunggu kaya untuk memberi, dan mereka tak menunggu sorakan ramai untuk berbuat baik. Dalam suasana masyarakat yang kian individualistik, tindakan seperti ini menjadi satu bentuk wake-up call untuk kita semua: sudahkah kita memberi sesuatu kembali kepada masyarakat, walau sekecil mana pun?

Wakaf Barang Keperluan Masjid Semasa Hari Jadi, Lelaki Ini Jadi Inspirasi

Ads

Dalam Islam, wakaf adalah satu bentuk sedekah yang amat digalakkan. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, tetapi juga ganjaran berterusan kepada pemberi — selagi mana barangan itu digunakan.

@izzatltfi Makin bertambah usia, tiada lain hanya perlukan doa !🚶🏻‍♂️ #fypシ #4u #birthday ♬ suara asli – NayakaaBaMa

Respon Positif Orang Ramai, Bukti Kebaikan Masih Dihargai

Ruangan komen di TikTok dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa buat Izzat. Ada yang turut berkongsi pengalaman menyumbang semasa hari jadi mereka, ada juga yang berkata tindakan ini menyedarkan mereka tentang pentingnya memberi. Malah, seorang pengguna bukan Islam turut menyuarakan rasa terinspirasi untuk melakukan perkara sama.

Ads

“Saya non-Muslim, tapi teringin juga nak buat macam ni…” – Tanda kebaikan itu tak kenal sempadan agama.

Lebih menarik, kisah Izzat turut menggerakkan gelombang kebaikan. Tular juga kisah dua sahabat yang mewakafkan barangan seperti tisu, selipar dan makeup wipes di surau-surau stesen MRT sekitar Selangor — satu trend sedekah moden yang wajar diberi pujian.

Jati Diri 

Kisah Izzat bukan sekadar viral, tapi satu peringatan penting kepada kita semua. Bahawa kekuatan sebenar seorang lelaki bukan terletak pada apa yang dia miliki, tetapi pada apa yang sanggup dia berikan tanpa mengharapkan balasan.

Ads

Dan kadangkala, cukup dengan satu doa dari orang yang tidak kita kenali… itu lebih bermakna dari seribu likes di media sosial.

BACA LAGI : Anggota Tentera Korea Selatan Pecah Rekod Dunia, Lakukan 11,707 Senaman Mendagu Dalam 24 Jam

Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads