Satu perkara yang perlu kita ingat ialah berpuasa menuntut kita untuk menahan lapar dan dahaga. Serta menahan diri daripada melakukan perkara-perkara tidak baik dan perlu banyak bersabar.
Melakukan aktiviti fizikal seperti mana yang kita tahu adalah satu perkara yang mencabar. Disebabkan itulah jika ingin melakukan senaman, ia perlulah dilakukan dengan baik dan terancang. Bersenam pada bulan Ramadan bukanlah semudah seperti kebiasaan hari-hari yang lain.
Juru latih dan pakar kecergasan terkenal, Kevin Zahri berkongsi beberapa tip menarik untuk orang ramau (bukan atlet) melakukan senaman dengan baik pada bulan puasa. Berikut merupakan beberapa perkongsian menarik daripada beliau.
MASA TERBAIK BAKAR LEMAK
Senaman berintensiti rendah seperti brisk walk atau slow jog boleh dilakukan kira-kira 45 minit sebelum waktu berbuka. Kedua-dua aktiviti dinyatakan di atas merupakan antara bentuk senaman terbaik boleh dilakukan pada bulan puasa.
Ads
HIIT & TABATA
Bagi anda yang ingin melakukan senaman berintensiti tinggi seperti HITT atau tabata, ia lebih sesuai untuk dilakukan selepas waktu berbuka. Malahan senaman berimpak tinggi ini lebih selamat dilakukan pada waktu selepas berbuka.
BADMINTON & SUKAN ELIT
Melakukan latihan atau perlawanan sukan yang agak kompetitif dan bukanlah santai seperti badminton, tenis atau squash boleh dilakukan selepas waktu berbuka. Elakkan lakukan pada waktu berpuasa kerana ia memerlukan tenaga yang banyak.
SUKAN SANTAI
Bermain badminton di hadapan rumah secara santai boleh dilakukan bersama ahli keluarga sambil menunggu waktu berbuka. Asalkan ia tidak dilakukan dengan intensiti yang tinggi. Boleh dilakukan kira-kira 45 minit atau 1 jam sebelum waktu berbuka.
Ads
ANGKAT BERAT
Ini persoalan yang biasa ditanya di kalangan penggemar senaman di gimnasium. Senaman anaerobik seperti angkat betrat ini lebih sesuai dilakukan selepas waktu berbuka puasa.
SUKAN TARUNG
Sukan tarung seperti Muay Thai seeloknya dilakukan selepas waktu berbuka. Melainkan jika ia hanyalah latihan shadow bxong yang tidaklah terlalu tinggi tahap intensitinya.
YOGA
Aktiviti senaman yoga boleh dilakukan sebelum atau selepas waktu berbuka puasa.
Ads
ZUMBA
Kebanyakan rutin senaman zumba memerlukan intensitiyang agak tinggi. Melainkan ia dilakukan dalam tempoh yang singkaty dengan rutin yang santai, maka boleh dilakukan sebelum waktu berbuka puasa.
Semoga perkongsian daripada Kevin Zahri ini dapat membantu anda mendapatkan kecergasan badan dan terus sihat sepanjang bulan Ramadan. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video work out menarik seperti di bawah!
Jika anda ingin kulit anda menjadi sedikit putih, menggunakan bahan semula jadi boleh memutihkannya kepada beberapa tahap kecerahan tanpa kesan sampingan yang buruk yang terdapat pada produk pemutih kulit kimia. Amalan mudah dengan tidak berada di bawah matahari juga akan mengelakkan kulit anda menjadi lebih gelap. Tidak ada ubat magis yang boleh mencerahkan kulit anda lebih daripada satu atau dua tahap kecerahan, jadi pastikan harapan anda realistik – dan yang paling penting, ingatlah yang kulit gelap juga adalah cantik.
Cara 1: Sapukan larutan jus lemon
Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semula jadi. Ia mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap. Oleh kerana jus lemon tulen boleh merengsakan kulit, buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil bebola kapas dan sapu larutan pada kulit anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam.
Hadkan penggunaan larutan jus lemon kepada hanya satu hingga dua kali seminggu. Menggunakannya terlalu kerap boleh membawa kepada kerengsaan kulit. Sapukan pelembap selepas membilas jus lemon kerana jus boleh mengeringkan kulit anda.
Anda sepatutnya boleh melihat hasilnya selepas tiga hingga empat minggu penggunaan larutan tersebut untuk beberapa kali seminggu. Walaupun jus lemon tidak memberikan kesan sepantas kilat, ia adalah larutan semula jadi paling berkesan yang boleh anda dapati.
Berhati-hati jika anda ingin menyapu sebarang jenis jus sitrus pada muka anda. Fitofotodermatitis boleh disebabkan oleh tindak balas di antara cahaya UV dan bahan kimia yang memfotosintesis yang didapati dalam buah sitrus. Walaupun anda boleh menggunakan jus lemon pada kulit anda, anda perlu bersihkan jus tersebut secukupnya sebelum keluar dan berada di bawah cahaya matahari.
Cara 2: Cuba rendaman susu lemon
Untuk rawatan pencerahan seluruh tubuh yang melegakan, mulakan dengan memenuhkan tab mandi dengan air panas. Tuang satu cawan susu penuh krim dan perah jus daripada sebiji lemon ke dalam tab. Kacau campuran supaya susu dan lemon terserak rata ke seluruh tab. Berendam di dalam tab selama 20 minit, kemudian bilas tubuh anda dengan air bersih.
Susu dalam rendaman ini mempunyai enzim yang mencerahkan kulit dengan lembut. Ia juga melembapkan kulit, mengimbangi ciri-ciri pengering kulit pada jus lemon.
Cubalah rendaman susu sekali seminggu dan anda boleh melihat hasilnya selepas lebih kurang satu bulan.
Cara 3: Buat masker madu dan yogurt
Seperti susu, yogurt mengandungi enzim yang boleh memutihkan kulit dengan lembut. Madu mempunyai ciri-ciri pelembapan dan anti bakteria. Bersama, kedua-dua bahan ini menghasilkan masker yang menyihatkan. Campurkan satu bahagian madu dan satu bahagian yogurt, kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh muka dan tubuh anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.
Pastikan anda guna yogurt biasa tanpa gula. Yogurt yang bergula atau berperisa akan menjadi terlalu melekit.
Sebagai ganti madu, cuba lenyek avocado atau gunakan aloe. Kedua-dua ramuan ini juga mempunyai kesan pelembapan yang bagus.
Cara 4: Lakukan pengelupasan kulit
Timbunan sel kulit mati di permukaan kulit anda boleh membuat kulit anda kelihatan sedikit kusam. Untuk mencerahkan kulit anda, adalah penting untuk sering melakukan pengelupasan. Satu cara bagus untuk mengelupas kulit adalah dengan menggunakan skrub tubuh yang terdiri daripada gula atau garam. Semasa mandi, basahkan kulit anda dan gosokkan skrub dengan gerakan lembut secara membulat ke seluruh tubuh anda. Dengan cara ini, anda boleh ‘menggilap’ kulit anda sehingga ia ‘bersinar’ sihat.
Untuk mengelupas kulit anda, gunakan skrub muka yang lebih lembut. Oatmil atau badam kisar mempunyai ciri-ciri pengelupasan yang baik yang tidak akan merosakkan kulit muka anda yang lembut.
Menggunakan berus kering untuk menyapu sel kulit mati daripada tubuh anda juga satu lagi kaedah pengelupasan yang bagus. Cari berus yang diperbuat daripada serat semula jadi dan beruskan tubuh anda sebelum anda mandi.
Cara 5: Pastikan kulit sentiasa lembap
Memastikan kulit anda sentiasa lembap akan mencegah sel kulit mati daripada bertimbun dan bersalin dengan cepat. Untuk kulit yang lebih cerah, gunakan pelembap harian selepas anda selesai mandi. Pilih pelembap berkrim yang tidak mengandungi alkohol kerana alkohol sebenarnya boleh mengeringkan kulit anda.
Minyak kelapa ialah satu lagi pelembap yang bagus yang mengekalkan kulit kelihatan berseri dan muda remaja. Sapukan minyak kelapa pada lengan dan kaki selepas selesai mandi. Tunggu selama sepuluh minit untuk ia menyerap ke dalam kulit sebelum anda memakai pakaian anda.
Minyak jojoba juga mempunyai ciri-ciri pelembapan dan bagus untuk kulit. Minyak zaitun atau minyak badam juga boleh memberikan hasil yang baik.
Cara 7: Hadkan pendedahan anda kepada cahaya matahari
Adalah sukar untuk mengelak daripada berada di bawah cahaya matahari setiap hari tetapi pendedahan kepada matahari akan menggelapkan kulit. Namun begitu, anda tidak perlu berkurung di dalam rumah – hanya luangkan sedikit masa menyediakan kulit anda untuk terdedah kepada matahari sebelum anda keluar pada hari tersebut. Untuk mengelakkan kulit anda menjadi terlalu gelap, ambil langkah-langkah berikut:
Gunakan krim pelindung matahari dengan SPF yang tinggi. SPF 30 atau lebih adalah yang terbaik kerana pelindung matahari dengan SPF lebih rendah masih membenarkan sinaran matahari untuk menggelapkan kulit anda. Sapu semula krim pelindung matahari sepanjang hari apabila perlu..
Pakai topi bertepi lebar. Ini akan menghadang cahaya matahari daripada mengenai muka, leher dan bahu anda..
Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang. Dalam musim panas, pilih fabrik yang sejuk dan mudah dikibas-kibas supaya anda tidak akan merasa terlalu panas.
Berhati-hati untuk tidak mengelak daripada cahaya matahari sama sekali. Tubuh anda bergantung kepada sedikit pendedahan kepada cahaya matahari untuk menghasilkan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang dan lain-lain fungsi penting.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda berasa sakit atau pedih ketika ingin membuang air kecil? Jika itu yang anda alami, berhati-hatilah kerana mungkin ada jangkitan pada saluran kencing anda atau sering dipanggil ‘kencing kotor’. Bukan hanya wanita, lelaki juga tidak terlepas mengalami masalah kencing kotor ini.
Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan manusia untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.
Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. Sebanyak 80 peratus daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)
Bakteria ini boleh menyebabkan:
Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
Keradangan uretra atau uretritis.
Sebenarnya wanita lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek daripada lelaki. Ini menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.
Tanda dan gejala
Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
Terasa sakit ketika melakukan hubungan intim.
Demam dan seram sejuk.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu boleh mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Komplikasi
Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.
Penyebab dan faktor penyumbang
Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur, faraj atau lubang dubur. Kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi kencing dan ia membiak terus ke buah pinggang.
Penyebab UTI yang paling lazim adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Ini akan menggalakkan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.
Hubungan intim juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau kemaluan lelaki yang kotor.
Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
Pengurusan sendiri
Dapatkan rawatan segera jika anda disyaki menjangkiti UTI.
Jika terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
Elak mengambil alkohol, kafein dan makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpalah doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan).
Larutkan satu sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap enam jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.
Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?
Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian, ia akan menyukarkan diagnosis).
Mengecualikan anda daripada penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
Memberi antibiotik tertentu.
Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.
Pencegahan
Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
Mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing menggalakkan pembiakan bakteria.
Amalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
Elak daripada melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI. Misalnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
Memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stoking nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
Elakkan daripada mandian berbuih, sabun wangi.
Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan intim.
Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
Kurangkan minuman manis dan berkafein.
Jadi waspadalah selalu. Bakteria atau kuman berada di mana-mana. Jika ada kesan kepada kesihatan, segeralah bertindak.
Petua Kencing Kotor
Kepada yang tidak pernah kena atau yang baru pertama kali kena, ini ada petua yang boleh anda ikuti.
1. Mula-mula basuh dahulu biji barli macam anda membasuh beras.
2. Selepas itu, rebus dalam periuk yang berisi air.
3. Rebus lama sedikit, biar biji barli itu betul-betul lembut supaya mudah untuk dimakan.
4. Untuk menambahkan kesedapan, masukkan sedikit gula sebagai perasa.
5. Perahkan jus lemon atau masukkan daun pandan untuk membangkitkan rasa serta keharumannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Zumba, rutin ‘workout’ dikatakan mempunyai banyak kebaikan. Apa seronoknya Zumba selain menjadikan tubuh badan langsing dan ‘fit’?
Turun Berat Badan
Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular di mana ia membantu melawan ‘kewujudan’ lemak-lemak yang tidak diingini. Zumba mampu membakar kalori sekitar 600 hingga 1000 kalori.
Badan Lebih Tegap
Jika anda terus berzumba setiap hari secara berdisiplin, anda boleh mendapatkan tubuh badan yang lebih tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat tanpa anda sedari.
Memperoleh Rakan Baru
Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baru yang ‘gila-gila’ menari! Bayangkan jika anda menghadiri kelas Zumba dua atau tiga kali seminggu, lebih ramai rakan anda kenali malah Zumba boleh mengawal sikap pemalu anda.
Lebih Bertenaga & Seronok
Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar tetapi menari seolah-olah anda berada pertandingan menari!
Lepas Tekanan
Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik dari terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin.
Sesuai Semua Usia
Tentunya Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.