Sudah sekian lama, otot lengan yang berfokus pada bisep dan trisep dianggap sebagai lambang kekuatan dan kejantanan lelaki. Tak hairanlah, pelbagai produk dan alat senaman diperkenalkan untuk membantu membentuk otot-otot ini. Step workout pun dicipta untuk membantu lelaki mencapai impian memiliki bisep dan trisep yang padu.
Kalau anda impikan lengan yang berotot dan ‘sado’, kali ini MASKULIN kongsikan 5 step workout khusus untuk memperkuat dan menonjolkan lagi bisep dan trisep anda!
Curls
Nak tahu cara buat gerakan ni? Jangan risau, gerakan curls ni memang senang nak ikut dan sangat berkesan untuk bentuk otot lengan. Anda boleh guna barbel atau dumbel, tapi kalau baru nak mula, pilih beban yang ringan dulu.
Caranya mudah je. Pegang barbel di kedua-dua sisi tubuh, dan angkat beban ke arah dada. Ingat, jangan gerakkan siku anda! Pastikan siku tetap di sisi tubuh sepanjang gerakan. Ulang gerakan ni sebanyak 12 kali.
Kalau nak variasikan, cuba buat curls lain dengan menekuk siku dan tarik beban ke dada. Ulang juga sebanyak 12 kali. Gerakan simple, tapi hasilnya padu!
Ads
One-Leg Rear-delt Raise
Pilih barbel dengan berat antara 2 hingga 3 kilogram. Berdiri dengan kedua tangan mendepakan barbel di setiap sisi. Sambil angkat satu kaki ke belakang, condongkan tubuh sedikit ke depan.
Pastikan badan anda berada dalam posisi sejajar dan lurus dari kepala hingga kaki. Kemudian, lakukan gerakan seperti burung mengepakkan sayap, ulangi sebanyak 10 hingga 15 kali. Gerakan ini bukan saja menguatkan lengan, tapi juga membantu keseimbangan dan postur tubuh anda!
Foto: Pexels/Andrea Piacquadio
Push Up
Senaman ini mungkin nampak asas, tapi impaknya luar biasa! Bukan sahaja membantu membakar kalori dengan cepat, ia juga merupakan salah satu cara paling efektif untuk membesarkan otot lengan anda. Dengan konsistensi, anda akan mula nampak hasilnya dalam masa yang singkat!
Ads
Lengan dan kaki pada arah berlawanan
Mulakan dalam posisi berlutut dengan kedua-dua tangan menyentuh lantai, pastikan tangan sejajar dengan bahu dan lutut sejajar dengan pinggul. Angkat kaki kiri lurus ke belakang sambil gerakkan lengan kanan lurus ke depan.
Tahan posisi ini selama lima saat. Kemudian, ulang gerakan yang sama dengan kaki kanan dan lengan kiri. Lakukan senaman ini sekitar 15 kali untuk setiap sisi. Senaman ni bukan saja bantu tingkatkan keseimbangan, tapi juga kuatkan otot teras badan anda!
Triceps down dog
Mulakan dengan posisi plank, di mana kedua telapak tangan dan jari kaki menyentuh lantai, memastikan badan dalam garis lurus. Kemudian, tekuk kedua siku untuk menahan tubuh.
Dari posisi ini, naikkan sedikit pinggul ke atas sambil meluruskan lengan. Pastikan tapak kaki masih menyentuh lantai semasa anda menaikkan pinggul. Tahan posisi ini beberapa saat, kemudian kembali ke posisi plank asal. Ulang gerakan ini sebanyak 10 kali untuk kesan yang lebih baik pada otot teras dan bahagian belakang badan anda.
Ads
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap orang mempunyai sebab berbeza-beza bila ke gimnasium. Ada yang ingin menurunkan berat badan dan ada juga yang datang dengan misi ingin memantapkan otot.
Walau apa jua alasan atau sebab anda ke gimnasium ia terpulang kepada diri sendiri. Namun ada beberapa kesalahan besar sering dilakukan terutamanya oleh golongan lelaki bila mereka berada di gimnasium.
Kesalahan ini bukanlah terlalu besar namun ia boleh memberi impak kepada keberkesanan dan objektif anda bila berada di gimnasium.
Tak dinafikan antara tarikan utama mengapa orang pergi ke gimnasium ialah hubungan interaksi sosial yang boleh anda lakukan. Kenalan baru atau lama membuatkan anda lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti senaman. Malah lebih teruk jika ada yang ambil kesempatan untuk mengorat atau menggoda mana-mana ahli gym yang lain. Kurangkan berborak dan fokuskan lebih kepada senaman.
Sesetengah orang meletakkan sasaran yang tak realisitik. Sebagai contoh meletakkan sasaran untuk turun 10 kilogram dalam tempoh seminggu. Bila sasaran tinggi begitu diletakkan ia hanya beri tekanan kepada anda sendiri. Lalu membuatkan anda bersenam tanpa henti dan boleh menyebabkan kecederaan. Ambil masa dan pacing diri sendiri. Usah terlalu gopoh untuk buat perubahan.
Ini merupakan antara punca utama mengapa kecederaan otot boleh berlaku. Keengganan anda melakukan warm up atau regangan sebelum memulakan senaman boleh menyebabkan badan anda tak bersedia. Malah jika melakukan warm up anda akan manmpu melakukan senaman lebih lama dan berkesan.
Tak salah jika anda ingin fokuskan sesetengah senaman pada bahagian otot tertentu. Namun lebih elok jika anda melakukan senaman secara menyeluruh. Memberi fokus pada satu kawasan sahaja boleh menyebabkan berat badan naik dan pembentukan otot tak sekata. Imbangi senaman untuk stamina, otot dan juga kardio.
Ya, memang anda patut berasa bangga bila merasakan kondisi tubuh semakin baik. Tapi bila perkara ini berlaku ada sesetengah orang mudah berpuas hati lalu mengurangkan aktiviti senaman mereka. Walhal ia perlu diteruskan bagi memastikan kondisi baik itu kekal lama.
Satu perkara anda perlu ingat setiap orang memiliki bentuk fizikal, metabolisme dan pertumubhan otot yang berbeza. Jadi usahlah anda membandingkan pencapaian diri sendiri dengan orang lain. Itu hanya melemahkan semangat anda jika orang yang dibandingkan jauh lebih baik pencapaian mereka. Anda hanya perlu fokus untuk diri sendiri dan jadikan pencapaian orang lain sebagai motivasi diri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mengantuk dan tidak cukup tidur menjadi wabak global yang mengancam kesihatan serta kualiti hidup masyarakat ketika ini. Bagaimanapun, ramai daripada kita tidak sedar waktu tidur tidak berkualiti boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti angin ahmar, kegagalan jantung, diabetes dan buah pinggang. Gangguan lain termasuk kegagalan jantung, asma dan apnea tidur atau gangguan pernafasan sewaktu tidur. Sebenarnya ia boleh diatasi dan dicegah.
Gangguan tidur adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dan dirawat di setiap negara di dunia bermula dengan kesedaran orang awam terhadap kepentingan waktu tidur yang cukup.
Ada hampir 100 jenis gangguan tidur tetapi ia sebenarnya boleh diatasi dengan bantuan pakar. Individu yang mendapat tidur sepanjang malam tanpa sebarang gangguan mengalami kadar yang lebih rendah mendapat tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan penyakit kronik lain. Meskipun ia boleh dirawat, kurang satu pertiga daripada pesakit yang berjumpa pakar bagi mendapatkan rawatan. Ia menjadi ‘wabak’ yang mengancam kesihatan serta kualiti hidup kira-kira 45 peratus penduduk dunia. Kajian menunjukkan bahawa kita menghabiskan sehingga satu pertiga daripada kehidupan untuk tidur.
Tidur adalah keperluan asas manusia, sama seperti makan dan minum, dan adalah penting untuk kesihatan secara keseluruhan. Tidur juga seperti senaman dan pemakanan yang penting untuk mengawal metabolisme pada kanak-kanak. Ada bukti yang menunjukkan kaitan antara tempoh tidur dan obesiti kanak-kanak. Hasil kajian ini lebih ketara kepada perempuan. Pernafasan kerap sewaktu tidur adalah penting untuk mengekalkan kesihatan.
Kurang tidur atau tidur yang tidak berkualiti mempunyai kesan negatif yang besar ke atas kesihatan kita dalam jangka masa panjang dan pendek. Antara kesan tidak cukup tidur ialah kesan negatif terhadap tumpuan, ingatan dan pembelajaran. Kesan jangka panjang pula seperti masalah kesihatan yang ketara misalnya obesiti, kencing manis, sistem imun yang lemah juga kanser.
KUAT BERDENGKUR!
Dengkuran boleh menjadi masalah sosial terutama apabila membabitkan pasangan yang terjejas kerana bunyi bising daripada dengkuran itu menyebabkan waktu tidur mereka diganggu sehingga tidak cukup tidur dan mengantuk ketika bekerja. Daripada sudut perubatan, tidur yang terganggu akibat dengkuran juga menyebabkan seseorang tidak cukup rehat, malah ia sebahagian daripada spektrum penyakit berhenti nafas sewaktu tidur akibat salur pernafasan terhalang (OSA) yang menyebabkan masalah kesihatan lebih buruk dalam jangka panjang.
Kesan kesihatan buruk yang biasa dikaitkan dengan masalah dengkuran dan gangguan pernafasan ketika tidur adalah rutin terjejas pada sebelah siang dan penyakit kardiovaskular. Akibat kurang tidur, seseorang jadi mengantuk sepanjang siang dan tertidur tanpa sengaja ketika melakukan aktiviti rutin seperti memandu, menonton televisyen atau bekerja.
Masalah lain kurang tidur seperti tidak segar sebaik bangun tidur, memori merosot dan kurang penumpuan, sakit kepala pada waktu pagi, mood berubah, sistem imun terjejas, demam dan halusinasi. Jika anda diberitahu selalu berdengkur dengan sangat kuat ketika tidur hingga mengganggu orang lain, segeralah berjumpa doktor atau pakar bagi menjalani pemeriksaan.
Ujian dijalankan akan mengenal pasti masalah sebenar dihadapi sama ada dengkuran itu adalah simptom penyakit terhenti bernafas sewaktu tidur (apnea) yang sederhana atau serius. Ini kerana, tidak semua orang yang berdengkur menghadapi masalah apnea, sebaliknya semua orang yang mengalami apnea akan berdengkur. Ujian Skala Tidur Epworth juga boleh dilakukan sendiri bagi mengenal pasti tahap mengantuk pada waktu siang akibat tidak cukup tidur. Dalam skala ini, markah kosong hingga tiga diberi bagi setiap peluang untuk anda tertidur ketika melakukan aktiviti rutin seperti sedang duduk dan membaca, menonton televisyen, bermesyuarat, memandu kereta dan ketika berhenti di lampu isyarat.
Jika markah terkumpul kurang daripada 10, bermakna anda mendapat tidur yang cukup dan andainya markah anda lebih daripada 10, perlu berjumpa doktor atau pakar bagi menjalankan diagnosis seterusnya seperti ujian tidur (polysomnography). Penggunaan alat bantuan oral berbentuk pendakap gigi plastik juga boleh membantu mengatasi masalah dengkuran dan OSA tahap ringan serta sederhana dengan mengelakkan tisu lembut atau otot tekak jatuh ke dalam tekak dan mengganggu corak pernafasan normal.
Penahan ortodontik ini membantu membetulkan kedudukan rahang bawah, lidah, lelangit lembut dan tulang berbentuk U di leher yang menyokong lidah pada tempat yang sepatutnya. Matlamat alat bantuan oral ini adalah untuk menolak rahang bawah ke depan apabila pendakap gigi di bahagian bawah direka mempunyai penyangkut dan disangkut pada pendakap gigi bahagian atas. Dengan ini, alat bantuan oral itu akan menahan otot tekak jatuh ke belakang seterusnya mengekalkan laluan udara terbuka dengan kestabilan lidah dan rahang.
.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang