World #QuranHour 2025 kembali dengan tema #SavingTheUmmah yang berlandaskan Surah Al-Saff.
Acara yang berlangsung pada 25 Mac 2025 ini menekankan kepentingan kesatuan ummah dalam memperjuangkan agama ALLAH SWT.
Bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, program ini membawa semangat Hawariyyun sebagai model perjuangan.
Mengangkat Semangat Hawariyyun
World #QuranHour 2025 menyeru umat Islam untuk bersatu seperti satu barisan kukuh dalam mempertahankan agama.
Berlandaskan Surah Al-Saff, umat Islam digalakkan untuk mencontohi Hawariyyun, iaitu para pengikut setia Nabi Isa AS yang teguh dalam perjuangan mereka.
Matlamat utama program ini adalah untuk menjadikan al-Quran sebagai pedoman kehidupan, sekaligus mengajak umat Islam berjihad melalui harta dan jiwa bagi mempertahankan kebenaran (Surah Al-Saff, 61:11).
Lima tonggak utama #SavingTheUmmah yang ditekankan adalah :
Ads
1. Konsisten & integriti (61:2-3)
2. Kesatuan (61:4)
3. Kepimpinan & kepatuhan (61:5-6)
4. Komitmen harta & jiwa (61:11)
5. Kerjasama & saling membantu (61:14)
Inisiatif dan Aktiviti Menarik
Bagi menarik minat generasi muda, beberapa inisiatif diperkenalkan:
– Duit Raya #SaffChallenge – Pertandingan mengambil gambar dalam barisan saf bagi menyebarkan mesej Surah Al-Saff.
– Pasar Ummah Ikhlas – Inisiatif infak yang menggalakkan penyumbangan barangan preloved, keperluan asas, dan pakaian kepada mereka yang memerlukan. Semua hasil kutipan akan disalurkan ke Tabung Endowment UIAM.
– Cabaran Games Al-Saff – Peserta berpeluang memenangi hadiah melalui permainan berkonsepkan Surah Al-Saff.
Ads
Selain itu, sesi bacaan al-Quran dipimpin oleh para qari terkenal, termasuk Syeikh Mu’min Falah, Ustaz Shukri Ali dan beberapa tokoh lain.
Acara ini juga diserikan dengan kehadiran selebriti Fakhrul Radhi dan Daie Muda YADIM, Zaim serta diterjemahkan ke dalam bahasa isyarat.
World #QuranHour tahun ini turut disertai oleh tetamu kehormat termasuk Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, serta Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee.
Astro Oasis dan Bernama TV menjadi penyiar rasmi acara ini, dengan sokongan pelbagai media seperti TV AlHijrah, RTM, Astro Awani, Nu Ideaktiv, Sinar Harian, dan Media Prima.
Satu Dekad Mencetuskan Gelombang Al-Quran
Sejak penganjurannya, World #QuranHour telah berjaya menyebarkan nilai-nilai al-Quran ke seluruh dunia.
Sehingga 24 Mac 2025, sebanyak 1,370 lokasi di seluruh negara dan 25 lokasi di 19 negara telah berdaftar untuk menyertai acara ini.
Dengan capaian 7.72 bilion di media sosial dan lebih 313 lokasi di 76 negara, World #QuranHour membuktikan bahawa al-Quran terus menjadi cahaya dan panduan hidup umat Islam.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bulan kemerdekaan sentiasa menjadi momen yang menggamit rasa patriotik buat setiap rakyat Malaysia.
Dari Jalur Gemilang yang berkibar megah di setiap sudut kota, hingga laungan semangat cintakan negara yang bergema di pentas hiburan, ia adalah peringatan bahawa kemerdekaan bukan sekadar tarikh, tetapi jiwa yang menyatukan semua.
Seperti setiap tahun, wajah selebriti tempatan turut menjadi pencetus semangat itu. Kehadiran mereka di pentas perayaan dan program khusus bukan sahaja menghiburkan, malah memberi simbol bahawa seni, budaya dan hiburan juga mampu menjadi jambatan perpaduan.
Pada 23 dan 24 Ogos lalu, Pavilion Kuala Lumpur menjadi saksi bagaimana lebih 10,000 penonton membanjiri lokasi untuk memeriahkan kempen “Hello Inilah Kita, Sehati Bersama”.
Sepanjang dua hari, suasana penuh warna-warni itu diserikan oleh barisan artis terkenal seperti Hun Haqeem, Hael Husaini, Alpha, Reshmonu, Vince Chong, Arena Wan, Arabella Ellen dan ramai lagi.
Persembahan pentas tidak hanya diisi dengan muzik dan hiburan, tetapi juga diserikan dengan kemunculan khas daripada produksi drama Astro seperti “Thariq Ridzuwan: His Treasure” dan “Generasi: Perfect 10”.
Kehadiran ribuan penonton tempatan dan juga pelancong asing yang teruja jelas membuktikan bagaimana semangat cinta Malaysia boleh dirasai merentas budaya dan sempadan.
Sepanjang tempoh itu, Pavilion KL seolah-olah berubah wajah menjadi pusat tumpuan seni, fesyen dan patriotisme, dengan setiap persembahan menghidupkan lagi detik kebersamaan rakyat Malaysia.
Antara selebriti yang menarik perhatian pastinya bintang drama ‘Mandul Bukan Pilihan’, Hun Haqeem.
Ketika ditemui, Hun melahirkan keterujaannya melihat sambutan hangat penonton yang hadir, sambil mengimbas memori sambutan Hari Kebangsaan ketika di bangku sekolah.
“Pernah join perarakan Hari Kemerdekaan ketika di sekolah menengah. Masa tu jadi ahli KRS, pergi Dataran Merdeka untuk join parade. Bila tengok ramai orang di dataran rasa sangat teruja sebab ia menunjukkan semangat cintakan negara,” kongsinya penuh nostalgia.
Tambah Hun lagi, apa yang menjadikan Malaysia unik adalah keharmonian rakyatnya yang kini turut mendapat perhatian dunia.
“Keharmonian negara kita berdasarkan apa yang dilihat media sosial, kita dapat perhatian mata negara luar. Orang dapat lihat negara kita ini harmoni, aman, bijak dan dapat berkomunikasi dengan orang luar,” jelasnya.
Dengan penuh semangat, Hun juga menitipkan mesej ringkas tetapi sarat makna, “Inilah kita, sehari bersama… rakyat Malaysia!”
Tidak hairanlah peminat yang hadir tidak melepaskan peluang untuk menyapa dan bergambar bersama Hun serta artis-artis lain, menjadikan acara ini bukan sahaja sebuah persembahan, tetapi juga ruang interaksi yang penuh mesra.
Kempen “Inilah Kita, Sehati Bersama” ini hanyalah permulaan kepada deretan aktiviti sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Astro menjanjikan pelbagai kandungan menarik di televisyen, radio serta platform digitalnya, memastikan setiap lapisan masyarakat dapat meraikan semangat kebangsaan di mana sahaja mereka berada.
Ayuh raikan semangat kemerdekaan Inilah Kita, Sehati Bersama dengan Astro!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia bola sepak, menonton perlawanan bukan sekadar tentang apa yang berlaku di atas padang. Ia tentang emosi, sorakan, debaran dan momen yang lebih bermakna apabila dikongsi bersama.
Atas sebab itu, Astro BizOne tampil dengan inisiatif Watch Party, satu pengalaman tontonan bola sepak secara berkumpulan yang membawa suasana stadium terus ke dunia nyata.
Berbanding menonton bersendirian di rumah, Watch Party ini menawarkan sesuatu yang lebih hidup, lebih bertenaga dan jauh lebih menyeronokkan.
Bayangkan anda menonton perlawanan besar di skrin gergasi, dikelilingi peminat yang berkongsi minat sama, setiap jaringan disambut dengan sorakan, setiap peluang mencetuskan debaran bersama.
Dengan paparan skrin besar, sistem audio yang lebih imersif serta suasana penuh crowd energy, pengalaman menonton ini terasa lebih dekat dengan suasana stadium sebenar.
Edisi Watch Party kali ini menjadi lebih menarik dengan beberapa perlawanan besar yang berpotensi menentukan hala tuju musim Liga Perdana.
Tumpuan utama pastinya terarah kepada pertembungan antara Manchester City dan Arsenal yang dilihat sebagai perlawanan penentu kejuaraan.
Selepas Arsenal tewas kepada Bournemouth, kedudukan mereka kini semakin dihimpit Manchester City yang berada dalam momentum terbaik selepas kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Chelsea.
Tidak ketinggalan juga perlawanan sebelum itu menyaksikan Merseyside derby di antara Everton menentang Liverpool. Lebih menarik, Merseyside derby berlangsung pertama kali di stadium baharu Everton, Hill Dickinson Stadium.
Ahad lalu, MASKULIN berkesempatan ikut turut serta merasai kehangatan Astro BizOne Rewards Watch Party yang diadakan di COE Foodcourt, UNITEN di Kajang.
Selain pelajar-pelajar UNITEN, peminat bola sepak di kawasan sekitar memenuhi lokasi tayangan skrin gergasi untuk dua perlawanan epik yang berlangsung penuh drama.
Setiap pengunjung yang datang mendaftar diberikan nombor cabutan bertuah. Lebih menarik terdapat pelbagai makanan dan minuman disediakan oleh penganjur secara percuma.
Seperti dijangka hampir kesemua tempat duduk yang disediakan dipenuhi peminat-peminat bola sepak datang dari pelbagai pasukan seperti Arsenal, Liverpool dan Manchester City. Bahkan peminat pasukan yang tidak bermain seperti Manchester United dan Chelsea turut dilihat hadir sama.
Selain pengalaman tontonan bersama komuniti, inisiatif tayangan skrin gergasi ini turut memberi impak kepada perniagaan melalui peningkatan kehadiran pelanggan dan aktiviti ekonomi setempat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith yang turut hadir pada malam tersebut berkata pendekatan membawa pengalaman tontonan sukan secara langsung ke lapangan merupakan strategi untuk merapatkan hubungan dengan komuniti serta rakan strategik.
“Inisiatif ini mencerminkan keupayaan Astro untuk mengintegrasikan kandungan, komuniti dan perniagaan melalui pendekatan yang menyeluruh dan berkesan. Dengan memanfaatkan kandungan sukan secara langsung bertaraf premium, kerjasama strategik jangka panjang bersama rakan seperti UNITEN dan TNB, serta penyelesaian perniagaan melalui Astro BizOne Rewards, Astro berjaya menyampaikan pengalaman yang meningkatkan penglibatan khalayak di samping menjana impak perniagaan yang ketara.
“Selain memperkukuhkan hubungan strategik dan mempromosikan kepentingan sukan, inisiatif ini turut menyumbang kepada peningkatan kehadiran pengunjung, di samping jualan makanan dan minuman yang lebih tinggi serta sokongan berterusan kepada perniagaan tempatan. Sambutan yang positif mencerminkan keberkesanan ekosistem bersepadu Astro – merangkumi kandungan, platform dan kerjasama – dalam mewujudkan nilai bersama untuk rakan kongsi, komuniti dan perniagaan.”
Dalam perlawanan Merseyside derby, perlawanan berlangsung sengit dengan Liverpool mengalahkan Everton, 2-1. Perlawanan mendebarkan hingga ke saat akhir apabila kapten Liverpool, Virgil Van Dijk menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-10 masa tambahan.
Gol kemenangan itu menggearkan UNITEN dengan sorakan gemuruh dari majoriti penonton yang hadir berjersi merah. Sememangnya pengalaman menonton bersama-sama komuniti seperti ini memberikan adrenalin dan keghairahan cukup luar biasa.
Manakala perlawanan tumpuan yang dijangka mencorakkan kejuaraan Liga Perdana di antara Manchester City menentang Arsenal menyaksikan pasukan bergelar The Gunners berputih mata selepas tewas 1-2.
Arsenal masih medahului liga dengan tiga mata namun, Manchester City masih ada kurang satu perlawanan. Adakah kekalahan ini menandakan Arsenal bakal menamatkan liga sebagai naib juara buat kali keempat berturut-turut.
Rata-rata penyokong Arsenal di UNITEN pada malam tersebut ternyata terkejut dan kecewa dengan keputusan tersebut. Namun, masih ada yang menaruh harapan dengan baki lima perlawanan yang harus ditempuhi.
Selain tayangan di UNITEN, Astro BizOne Rewards Watch Party turut berlangsung di dua lagi lokasi berbeza iaitu di Restoran Habib, Johor Bahru dan Out of Arica, Petaling Jaya.
Seperti di UNITEN, kedua-dua lokasi cukup meriah dengan sokongan komuniti serta pelbagai program sampingan yang disediakan khusus untuk penyokong yang hadir.
Astro BizOne Rewards Watch Party bukan sekadar acara tontonan, tetapi platform yang menghubungkan peminat bola sepak dari pelbagai latar belakang.
Ia menjadi tempat untuk berkumpul, berkenalan dan berkongsi minat yang sama.
Sama ada datang bersama rakan atau komuniti, suasana di Watch Party menjadikan semua orang terasa sebahagian daripada satu crowd besar.
Konsep “lebih ramai, lebih meriah” benar benar terasa di setiap lokasi. Ini bukan sekadar menonton bola. Ini adalah cara sebenar untuk merasai bola sepak. Bersama komuniti, dalam suasana penuh bertenaga.
Kerana dalam bola sepak, pengalaman terbaik bukan hanya apa yang anda lihat. Tetapi apa yang anda rasa bersama orang lain.
Astro dijangka bakal menghangatkan lagi suasana perlawanan epik Liga Perdana, sekali gus memperkukuh ekosistem perniagaan dan memperkaya pengalaman pelanggan di seluruh negara dengan memperluaskan penganjuran Astro BizOne Rewards Watch Party ke lebih banyak lokasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Astro BizOne Rewards, layari laman sesawang rasmi di biz.astro.com.my dan jangan lepaskan peluang untuk turut serta!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Aries ( 21 Mac – 19 April)- Mudah kecewa dan mudah lupakan untuk cara yang lebih baik. Inginkan seorang ‘romeo’, lelaki yang kuat, tidak semestinya kuat fizikal, tetapi berkarakter, keinginan peribadi tinggi dan berwawasan.
Taurus (20 April 20 – 20 Mei)- Mengutamakan kebendaan. Mencari hubungan yang mendalam dan abadi, tetapi nalurinya mendorong tertarik kepada lelaki seksi yang bukan untuk hubungan jangka panjang. Dia mahukan seseorang yang dapat beri jaminan, memiliki kekayaan dan kekuasaan.
Gemini (21 Mei -20 Jun)- Sukar dijangka. Dia benar-benar cinta dan boleh bertukar kepada cinta lain pada masa yang sama. Cara terbaik untuk ‘menangkap’ Gemini adalah dengan melakukan sesuatu yang istimewa sehingga dia akan berkali-kali datang kepada anda, dan mulai menaruh cinta.
Cancer (21 Jun- 22 Julai)- Serius dalam cinta dan mencari hubungan jangka panjang. Seorang yang ‘marriage-minded’, mencari kestabilan dan kepercayaan pada lelaki dalam membina rumahtangga, Keluarga dan kehidupan bersama. Itu perkara yang sangat signifikan untuknya.
Leo (23 Julai-22 Ogos)- Hampir sama dengan Taurus, wanita Leo ingin menjalani kehidupan penuh glamor dan mewah. Lelaki yang suka dicarinya dalah seseorang yang glamor, menggambarkan kejayaan, kuasa dan bercita-cita.
Virgo ( 23 Ogos-22 September)- Sukar memenangi kepercayaan si Virgo. Mulakan pelahan-lahan sebagai kawan, dan sentiasa ciptakan suasana romantik apabila setiap kali bersamanya. Apabila anda dapat memenangi hatinya, anda akan dilayan bagai raja. Tetapi kepercayaan itu mengambil masa yang lama. Sentiasalah beri pujian kepadanya.
Libra ( 23 September- 22Oktober)- Wanita Libra banyak kali berkasih kerana dia tidak tahu siapa lelaki paling tepat untuknya, dan biasanya selalu bercinta dengan lelaki yang salah.Dia sentiasa mahu mencari pasangan cinta kerana takut bersendirian.
Scorpio ( 23 Oktober- 21 November)- Sering disebut sebagai tanda yang paling bersemangat dalam zodiac. Dia juga wanita yang paling dipengaruhi dengan perhubungan yang berisiko dan mendominasi. Wanita Scorpio amat tertarik dengan lelaki yang bersemangat.
Sagittarius (22 November- 21 Disember)-Jangan sekat kebebasannya. Jika tidak, wanita Sagittarius mudah hilang semangat hidup dan mudah kembali ‘sejuk’ emosinya tanpa berpaling ke belakang. Dengan kecederungan dia menjalani hubungan yang ‘haru-biru’, dia boleh menjalani hidup hanya untuk memuaskan ego tanpa fikir soal tanggungjawab dan tindakannya.
Capricorn (22 Disember- 19 Januari)- Walaupun wanita Capricorn menginginkan cinta, mahu dihargai dan merasakan dirinya diperlukan, dia lebih tertarik kepada lelaki yang melihat refleksi dirinya melalui luaran juga. Apabila dia merasakan dirinya sudah ‘ditangkap’, dia bersedia untuk melakukan apa sahaja demi kekasih hatinya itu.
Aquarius (20 Januari- 18 Februari)- Apabila wanita Aquarius, dia akan setia dan mencintai sepenuhnya pasangan walaupun menerusi hubungan jarak jauh. Itulah kekuatan yang ada dalam dirinya sepanjang tempoh percintaan. Dia memerlukan banyak kebebasan, ruang dan autonomi untuk melakukan halnya sendiri dan meminta pasangannya untuk melakukan hal yang sama.
Pisces (19 Februar7-20 Mac)- Wanita Pisces mahir dalam merasakan daya tarikan perasaan dan cinta.Dia mungkin kadang-kadang tertarik dengan lelaki penuh pesona dan memiliki aura misteri, tetapi biasanya kurang. Dia akan mudah jatuh cinta dengan lelaki yang perlukan kemesraan dan suka dimanja.
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.