Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi bulan yang mempertemukan jiwa-jiwa yang bersyukur, berkongsi dan berganding bahu. Tahun ini, Dataran Merdeka menyaksikan ‘RASA Bubur Lambuk Rewang Wira’ diadakan bukan hanya mengangkat nilai tradisi, tetapi juga mamaknai erti sebenar bulan mulia ini.
Bayangkan anggota Angkatan Tentera Malaysia – yang saban hari bertempur demi keamanan – kini menyingsing lengan, menyenduk bubur lambuk bersama rakyat. Ia bukan hanya simbolik, tetapi satu bentuk penghargaan yang tulus dan nyata.
“Kalau kita amati betul-betul, Bubur Lambuk adalah juadah berbuka puasa yang telah menjadi tradisi yang menghubungkan hati dan jiwa masyarakat.
“RASA berbangga menjadi antara penggerak utama tradisi ini,” kata Encik Syamil Fahim, CEO Nu Ideaktiv. Ungkapan ini menghidupkan semangat gotong-royong yang semakin dilupakan dalam kehidupan moden lelaki urban hari ini.
EDARAN MELUAS
Dengan lebih 8,000 pek bubur lambuk diagihkan ke lokasi strategik – dari hospital hingga ke bazar Ramadan – semangat ini menular jauh ke pelusuk ibu kota.
Ads
Dikuatkan lagi dengan tenaga lebih 60 anggota ATM, 50 sukarelawan dan 30 anggota DBKL, proses penyediaan 15 periuk gergasi bubur lambuk ini berlangsung penuh semangat maskulin sejati.
Kehadiran selebriti seperti Mila Jirin, Nana Mahazan dan Faizal Ismail memeriahkan suasana, tetapi tumpuan tetap kepada wira negara yang menjadi wajah utama acara ini.
“Rewang Wira membolehkan kita menyatukan dua elemen – tradisi gotong-royong dan penghargaan kepada mereka yang berkorban demi kita semua,” tegas Susi Emmarini Masri, Editor Pengurusan RASA.
Ads
Acara ini bukan sekadar tentang makanan – ia adalah tentang nilai. Tentang apa maknanya menjadi lelaki yang bukan sahaja kuat fizikal, tetapi punya hati yang besar untuk memberi, melindungi dan menyatu.
Dari sesi tazkirah hingga demonstrasi memasak oleh Chef Naem, semua ini membina pengalaman Ramadan yang lebih mendalam – bukan di restoran mewah, tetapi di jalanan, bersama rakyat, bersama wira.
Ads
Malam Tujuh Likur turut dilancarkan dengan replika pelita gergasi, memperindah Dataran Merdeka sebagai latar berbuka puasa yang menenangkan.
Bubur Lambuk Rewang Wira mengajar satu perkara penting, Ramadan bukan tentang siapa yang paling mewah menyambut, tetapi siapa yang paling ikhlas berkongsi.
Dalam dunia yang semakin sibuk dan individualistik, tradisi seperti ini menjadi ruang untuk lelaki kembali kepada akar – menjadi pelindung, penyumbang dan penggerak komuniti.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam satu langkah yang mengejutkan ramai pemerhati politik dan korporat, Elon Musk mengumumkan pengunduran dirinya daripada peranannya dalam pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sebagai figura ikonik dalam dunia teknologi dan automotif, tindakan Elon Musk ini membuka pelbagai persoalan sama ada ini strategi peribadi atau satu bentuk protes terbuka terhadap dasar kerajaan?
Elon Musk yang dikenali menerusi syarikat gergasinya seperti Tesla dan SpaceX. Sebelum ini, beliau mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan (Department of Government Efficiency atau DOGE), satu inisiatif di bawah pentadbiran Trump yang bertujuan untuk memotong perbelanjaan kerajaan persekutuan.
Pada awalnya, Elon Musk bercita-cita tinggi untuk mengurangkan birokrasi dan membanteras pembaziran dengan matlamat memotong sehingga $2 trilion (kira-kira RM9.4 trilion) daripada bajet kerajaan.
Namun, realiti politik tidak seindah perancangan awal. Dengan tekanan daripada pelbagai pihak termasuk dari dalam parti sendiri, angka itu akhirnya dikurangkan kepada hanya $150 bilion (kira-kira RM705 bilion).
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan baru-baru ini, Elon Musk meluahkan rasa kecewanya terhadap kelewatan proses reformasi dan dasar perbelanjaan besar-besaran yang dibawa oleh pentadbiran Trump.
Beliau menyifatkan rang undang-undang terbaru Trump sebagai “Big, Beautiful Bill”, satu sindiran terhadap apa yang dianggap sebagai pembaziran besar-besaran.
Apa yang menarik, pengunduran ini berlaku ketika Kongres sedang meneliti satu rang undang-undang baharu yang dijangka menambah $3.8 trilion (kira-kira RM17.86 trilion) kepada defisit negara dalam tempoh sedekad.
Beberapa ahli Senat Republikan turut berkongsi sentimen Elon Musk, menyatakan sokongan untuk rang undang-undang versi lebih konservatif dan berhemat.
Bagi Elon Musk, ini bukan pengunduran sepenuhnya daripada dunia politik, tetapi lebih kepada penstrukturan semula fokus peribadinya.
Beliau kini mahu memberi perhatian penuh terhadap pengembangan Tesla dan misi eksplorasi angkasa lepas SpaceX. Namun, beliau juga menyatakan bahawa misinya untuk meningkatkan kecekapan kerajaan akan diteruskan melalui saluran lain.
Tindakan Elon Musk ini memperlihatkan sisi lain figura tersebut, bukan sekadar CEO visionari, tetapi individu yang tidak teragak-agak untuk menentang status quo demi prinsip.
Dalam dunia yang semakin kompleks dan penuh ketidaktentuan, beliau membuktikan bahawa lelaki moden bukan hanya perlu bijak dalam bisnes, tetapi juga berani membuat keputusan yang sukar demi kepentingan jangka panjang.
Ini adalah peringatan bahawa kepimpinan sebenar bukan hanya diukur pada angka dan prestasi korporat, tetapi juga pada keupayaan untuk berpendirian tegas dalam menghadapi cabaran. Beliau mungkin telah melangkah keluar dari White House, tetapi impaknya terhadap landskap politik dan ekonomi global masih jauh dari selesai.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baru-baru ni kecoh dan viral di media sosial tentang wanita muda yang berjaya beli rumah sendiri di zaman ekonomi tak mementu. Ada netizen memuji dan tidak kurang juga yang mempertikaikan.
Untuk mendapatkan kehidupan yang selesa, kau orang mesti bermula di usia yang muda. Tangguhkan kehendak buat sementara waktu.
Antara perkara yang kau orang boleh buat ialah :
Peruntukan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan untuk simpanan masa depan. Tak mampu simpan 10%, simpan RM 50 sebulan dahulu pun tak apa. Janji simpan sedikit sebanyak.
Kau orang kena berbelanja di bawah pendapatan. Jika kau mampu beli baju berjenama apa salahnya kau orang sekadar beli baju murah tapi berkualiti. Pastikan perbelanjaan kau orang tak melebihi pendapatan yang kau orang dapat. Ini gaji RM2000, tapi nak pakai kereta Honda City. Sedar-sedarlah diri tu.
Cari dan belilah aset hartanah di usia yang muda. Dapat dijadikan sebagai pelaburan misalnya. Kau orang kena tahu apa itu aset, apa itu liabiliti. Ramai orang tak boleh membeli aset sebab banyak liabiliti. Cari aset yang sesuai dengan kemampuan diri dan mempunyai potensi untuk pelaburan.
Korang boleh juga melabur di instrument yang diyakini untuk kembangkan wang korang. Antaranya Pelaburan Hartanah, ASB, Tabung Haji, Emas, Amanah Hartanah Bumiputra.
Jika rasa diri tak pandai guna kad kredit, tak payah guna. Jangan pandai swipe je tapi tak pandai nak bayar. Hutang yang sedikit lama-lama semakin membukit. Diri sendiri juga yang sakit.
Kalau nak beli apa-apa, beli saja secara tunai. Kalau tak ada tunai, tak payah beli lagi.
Sediakan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji untuk tabung kecemasan. Tabung kecemasan ini penting. Jika berlaku apa-apa, tak adalah kau orang nak gelabah sangat hutang sana sini. Boleh juga kau gunakan manfaat pelindungan takaful.
Bagi yang banyak hutang tu, berusahalah untuk hapuskan hutang sedikit demi sedikit sebelum usia makin meningkat. Hutang jahat mesti dibayar dan diselesaikan dengan kadar yang segera.
Ilmu penyuluh hidup. Kalau kau ada wang berjuta tetapi tak ada ilmu pun tak guna jugak. Kalau ada ilmu tapi tak amal pun tiada gunanya. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.
Berusahalah untuk cari dan tambahkan ilmu. Laburkan sedikit duit untuk membeli bahan bacaan. Luangkan masa baca post-post berkaitan hartanah, kewangan atau apa sahaja yang dapat membantu kau orang untuk menambahkan ilmu.
***
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Pilihan di tangan kau orang. Kau orang yang tentukan hidup kau orang sendiri.
Mereka yang berjaya pada hari ini adalah kerana pengorbanan yang mereka lakukan pada masa lalu. Jangan hanya melihat pada kejayaan mereka tetapi lihatlah apa yang telah mereka lalui untuk mencapai kejayaan tersebut. Kah!
Perempuan ni perangai macam singa. Dalam kelas, duduk diam je. Tapi kalau ada lelaki cuit sikit, terus menggelepur macam singa. Tak cuit dengan tangan, cuit dengan mulut dah cukup untuk buat you girls marah kan? Dah tu mesti kenapa lelaki suka buat macam ni? Well, because ianya adalah fun. YA. Mengacau perempuan yang aggresive dan perempuan yang garang amatlah fun.
Mesti ramai tertanya-tanya. Kenapa lelaki suka kacau perempuan yang aggresive dan yang akan marah kat lelaki balik? Senang je. Kita ambil contoh kucing lah. Andai kata korang ada kucing Parsi yang gebu dan comel. Korang mesti suka usik-usik dia guna bola bertali or benang kan? Setiap kali korang hayunkan bola bertali kat kucing tu, kucing tu sure akan terai tangkap tapi tak dapat kan? Korang pun mesti rasa seronok gila buat macam tu kat kucing tu kan? Cuba kalau kucing tu tak layan korang bila korang dok hayunkan bola bertali tu kat dia, sure korang rasa malas nak main dengan kucing tu kan?
Sama la macam lelaki. Dia nampak korang duduk diam, dia rasa macam tak tenang. Dia rasa geram je. So, dia akan kacau korang. Semakin korang serang balas lelaki tu, semakin kuat la lelaki tu kacau. Dengan kata lain, lelaki akan terus kacau korang kalau korang layan dia.
COMEL / CANTIK / LAWA /
You are cute dan cantik. Lelaki suka kepada benda yang cantik. Dan bila korang marah, korang akan nampak makin comel. Semakin korang marah, semakin comel korang akan nampak. Dan gadis comel biasanya memang dapat banyak kelebihan .
Well, no offence kepada gadis yang tak comel dan yang tak cantik sekalian. Dunia memang berat sebelah. Yang cantik selalu mendapat perhatian. Dan bukan hanya perhatian, malah masalah. Ke mana-mana dia pergi pun, dia kena jaga penampilan dia. Kalau tak, sure kena ada orang bising cakap.
GEDIK
Kau simply gedik dan lelaki tu menyampah gila dengan kau. So, dia akan usik kau gila-gila supaya kau rasa geram. Bila kau rasa geram, dia akan puas hati sebab mampu buat perempuan yang dia paling menyampah berasa geram. Tapi korang jangan geram sangat dengan lelaki tu. Sebab most of the time, perempuan akan jatuh cinta dengan lelaki yang dia menyampah. Well, cinta memang boleh di explain secara saintifik.
KORANG BETUL-BETUL TAK NAK KENA KACAU DENGAN LELAKI GATAL? WELL, SELAIN PERLUKAN JEJAKA YANG BUDIMAN LAGI BAIK HATI SEPERTI SAYA, KORANG JUGA BOLEH APPLY BEBERAPA CARA UNTUK PREVENT DIRI ANDA DARI KENA MENGORAT. CONTOHNYA:
JANGAN LAYAN LELAKI
Korang tahu tak, lelaki ni mudah perasan tau. Selain mudah perasan, dieorang juga mudah judge. Contohnya kalau si lelaki tu buat bunyi “Suwiiittt. Suwiiiit” kat korang. And then korang pandang kat dia sambil tersenyum-senyum. Well, sekali korang senyum balik or layan balik, konfirm most of lelaki akan kata “Perh. Awek ni boleh dibuat lauk ni doe” Serious. Because you are too easy untuk di approach. Sebab tu lah ada orang menyebut
“Wanita solehah adalah wanita yang tak memandang dan tidak di pandang.”
Well, most of perempuan bila ada lelaki yang cute / kacak dan bergaya cuba bersweet, si perempuan mostly akan tersenyum dengan sendirinya. They loved it (At the first place, at lease). But not all of them. Sebagai contoh, pernah pergi ke 7E beberapa hari lepas. Ternampak abang casher tu tegur seorang awek
“Manis senyuman awak. Saya suka”
And then, sampai sudah si perempuan tu dok gelak and sengih-sengih dengan kawan dia. Bila dah kuar 7E pun still terkekek-kekek gelak. Tak tahu lah kot-kot selama ni dia tak pernah kena mengurat ke apa ke. Tapi memang ada case di mana perempuan memang suka di usha dan di main tarik-tarik tali bersama lelaki. Dan bila si lelaki nampak perempuan yang jenis macam ni, dioorang akan mengeluarkan statement stereotype yang berbicarakan tentang betapa mudahnya korang untuk dimakan dan dijadikan santapan untuk lelaki.
SENTIASA BERJALAN / KELUAR SECARA BERKUMPULAN. (LELAKI NI PENAKUT)
Korang tahu tak, kalau dalam satu situasi, bilangan lelaki lagi ramai dari bilangan perempuan, sure lelaki tu akan kacau perempuan comel tersebut kan? Contohnya, korang keluar berdua dengan kawan baik korang (Perempuan jugak). Then masa korang tengah dok sedap makan kepak ayam tu, korang perasan yang a group of 5 boys sedang usha dan mengusik-usik korang. Ianya normal kan? Tapi bayangkan kalau meja sebelah tepi korang tu, hanya ada seorang lelaki. Dia sure tak akan kacau korang punyalah kan? Begitu juga kalau korang ni a group of 5 dan lelaki tersebut hanya berdua.
Why? Sebab keberanian lelaki adalah bergantung kepada berapa ramai kawan-kawan dia di sekeliling dia. Most of lelaki, dia kecoh-kecoh masa ada kawan-kawan je, kalau dia sorang, sure korang akan nampak dia macam mamat tak reti nak bercakap yang forever alone.
AURAT DAN NIQAB
Korang tahu tak yang lelaki takut nak tackle perempuan yang fully tutup aurat? OPSS. Korang mungkin akan berkata:
“Eh, iye ke lelaki takut dengan perempuan yang tutup aurat. Aku pakai tudung apa semua. Selalu je kena mengurat. Apasal?”
Jangan salah faham ni. Bila kata tutup aurat, maksud aku tutup dengan lengkap. Setakat kau pakai tudung ketat Indon, tudung singkat Hana Tajima dan legging Yuna tu, memang tak ah dikira menutup aurat.
Tapi, andai kata korang pakai tudung labuh berserta dengan baju yang longgar bersama dengan niqab, sure chance untuk lelaki mengurat korang adalah kurang dari 5%.
Tapi, baru sekarang aku perasan yang lelaki sebenarnya, hanya boleh tertarik kat perempuan disebabkan kecantikan dan bukannya bentuk badan. Sebab itu lah ada gadis yang memakai niqab. Well, kecantikan muka seorang gadis dah cukup untuk menarik keimanan lelaki even gadis tu ada assets yang kecil. Sebab tu lah korang tak patut tanya
“Perempuan pakai tudung tutup dada dan pakai baju abaya pun boleh kena rogol. Kenapa?”
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.