Penyanyi Zayn Malik baru-baru ini menarik perhatian netizen selepas berkongsi rahsia menjaga suaranya agar tetap lunak dan merdu.
Dalam sebuah video wawancara dengan British Vogue, Zayn mendedahkan bahawa dia selalu membawa sirap ubat batuk Cap Ibu dan Anak, yang juga popular di Asia terutamanya Malaysia.
Dalam satu video tular di TikTok, bekas ahli One Direction ini berkongsi rahsia dia mengamalkan minuman yang dirasai seperti madu.
Dalam video 15 saat itu, Zayn Malik tunjukkan minuman yang dia guna dan sebut ia sebagai ‘eliksir istimewa’.
Ads
“Ini macam madu dari China, sangat bagus untuk penjagaan pita suara. Saya panggilnya eliksir istimewa.
“Saya bawa ni ke mana saja, terutama bila nak bernyanyi… campur dengan sedikit air…,” kata Zayn.
Perkongsian Zayn Malik ini menarik perhatian netizen Malaysia sebab minuman yang dia guna tu rupanya ubat batuk jenama popular yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia.
Tinjau ruangan komen, ramai netizen geli hati dan tak sangka ubat batuk jenama tu juga jadi ‘senjata rahsia’ untuk jaga pita suara oleh penyanyi antarabangsa ni.
Wajah suami isteri makin lama makin seiras lepas kahwin. Pernahkah anda perasan bahawa ada pasangan suami isteri yang kelihatan seperti memiliki wajah yang seiras? Terutamanya bagi mereka yang telah lama mendirikan rumah tangga.
Meskipun tidak serupa sepenuhnya, namun ada persamaan dalam bentuk wajah, ekspresi dan aura yang mereka bawa, sehingga kadangkala nampak seperti adik-beradik. Kebetulan semata-mata atau ada sebab di sebaliknya?
Menurut kepercayaan ramai, pasangan yang mempunyai wajah mirip cenderung lebih serasi dan berpotensi memiliki hubungan yang berkekalan. Dari sudut psikologi, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan pasangan suami isteri kelihatan seiras. Berikut adalah empat sebab utama yang menjelaskan fenomena ini.
Menurut kajian psikologi yang dikongsikan oleh Newheathadvisor(dot)com, pasangan yang sering meluangkan masa bersama akan mula menyerupai antara satu sama lain. Ini kerana gaya hidup mereka telah sebati dan saling mempengaruhi.
Dalam kehidupan berumah tangga, banyak pengalaman dan aktiviti dilakukan bersama – daripada rutin harian hinggalah aktiviti khas yang mencipta kenangan. Tanpa disedari, pengalaman ini sedikit demi sedikit membentuk perubahan pada diri mereka, termasuk ekspresi wajah dan gerak-geri.
Ahli psikologi sosial, Robert Zajonc, telah mengemukakan teori Social Facilitation pada tahun 1965 yang menjelaskan bagaimana emosi dan ekspresi wajah boleh berubah berdasarkan interaksi sosial seseorang.
Teori ini menunjukkan bahawa individu akan menunjukkan reaksi yang berbeza ketika bersendirian berbanding ketika bersama orang lain. Ini kerana manusia secara semula jadi memiliki empati, dan ekspresi wajah mereka sering dipengaruhi oleh individu yang dekat dengan mereka.
Selain itu, otot wajah yang sering digunakan akan berkembang dan membentuk struktur tertentu. Contohnya, jika pasangan sering ketawa bersama, mereka cenderung memiliki kedutan di tempat yang sama. Begitu juga jika mereka kerap berbual dan tersenyum, bentuk pipi mereka boleh berubah secara serupa.
Kajian dari Yale University menunjukkan bahawa suami isteri secara tidak sedar akan meniru tabiat dan kegemaran pasangan mereka. Ini termasuk cara bercakap, gaya ketawa, serta pilihan pakaian atau makanan. Akibatnya, mereka bukan sahaja semakin memahami antara satu sama lain tetapi juga mulai kelihatan serupa.
Hal ini boleh dilihat dalam gambar pasangan yang telah bersama selama lebih dari dua dekad, di mana wajah mereka kelihatan hampir sama. Ini berlaku kerana mereka telah berkongsi begitu banyak pengalaman dan kebiasaan dalam tempoh yang lama.
Tanpa kita sedari, kita cenderung tertarik kepada individu yang mempunyai ciri yang hampir sama dengan diri kita. Sama ada dari segi gaya berpakaian, minat, hobi, atau bahkan bentuk wajah, manusia secara semula jadi merasa lebih selesa dengan sesuatu yang sudah dikenali.
Malah, sesetengah wanita mencari pasangan yang memiliki ciri-ciri yang serupa dengan ayah mereka. Jika sejak awal pasangan sudah kelihatan mirip, perbezaan kecil yang wujud akan semakin pudar dengan masa, menjadikan mereka kelihatan lebih serupa.
Kesimpulannya, faktor psikologi dan interaksi sosial memainkan peranan besar dalam bagaimana pasangan suami isteri boleh menjadi semakin seiras dari segi wajah. Sama ada disebabkan oleh kebiasaan bersama, pengaruh emosi, atau daya tarikan sejak awal, fenomena ini membuktikan betapa rapatnya hubungan antara dua insan yang berkongsi kehidupan sebagai pasangan.
Jenama telefon pintar yang terkenal dengan kecanggihan kameranya, OPPO Malaysia melancarkan siri Reno11 terbaharunya, menampilkan Reno11 Pro dan Reno11. Siri ini menggabungkan keanggunan dan gaya bersama Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas, yang menawarkan prestasi dan pengalaman yang terunggul. Bukan itu sahaja, jangka hayat bateri sepanjang hari yang turut beserta kelajuan cas terbaik dalam julatan harga pasaran ini turut dapat mewujudkan telefon pintar yang berkelas dunia.
“Gaya, prestasi, dan Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas dalam siri OPPO Reno11 adalah luar biasa. Berciri ringan, nipis dan mudah guna, ia sesuai dipegang tapak tangan, disimpan dalam poket, dan juga diintegrasikan dalam gaya hidup semua. Dengan kemampuan fotografi potret berkualiti studio, ia juga menjadi suatu sumber kuasa kreatif. Secara ringkasnya, kedua-dua model ini direka untuk menonjol dalam setiap aspek,” kata Presiden Pemasaran, Jualan, dan Perkhidmatan Luar Negara OPPO, Billy Zhang.
Merayakan gaya dengan lapisan yang berbeza dan elegan, siri OPPO Reno11 direka untuk pegangan yang sempurna, menghasilkan siluet ramping pada sisi dan berkilau dengan penyudah yang cantik. Dengan Reka Bentuk 3D yang memukau, telefon pintar ini selesa digenggam di dalam tangan, setebal hanya 7.59mm dan berat 181g untuk Reno11 Pro, manakala OPPO Reno11 setebal 7.99mm dan berat 182g.
Reno11 Pro memperkenalkan Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas baharu daripada OPPO dan dilengkapi dengan algoritma fotografi komputasi unggulan, membuka peluang untuk mendapatkan potret manusia dan karya-karya seni yang tak disengaja yang dinamik, tanpa mengira cahaya sekeliling.
Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas dalam siri OPPO Reno11 menonjol dengan kamera telefoto setara 47mm, 32MP, 2x, yang mengambil dengan pandangan klasik untuk potret, serupa dengan perspektif mata manusia. Sensor Sony IMX709 yang memacu pengalaman 2x ini tidak hanya mengambil foto yang tajam dan terperinci, tetapi juga mempunyai susunan piksel RGBW untuk peningkatan 60% dalam fotosensitiviti dan 35% kurang kebisingan berbanding dengan sensor tradisional yang sebanding.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di zaman sekarang, tatu bukan lagi sesuatu yang pelik. Ramai lelaki menganggap ia sebagai seni, simbol keberanian, atau lambang identiti diri.
Tapi bagaimana pula dari sudut pandangan Islam, terutamanya jika seorang wanita Muslim berhasrat untuk berkahwin dengan lelaki yang memiliki tatu?
Dalam Islam, hukum membuat tatu adalah haram secara jelas dan tegas.
Tatu termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah, dan ianya dilaknat berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW:
“Allah melaknat orang-orang yang bertatu dan yang meminta untuk ditatu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Perbuatan ini bukan sahaja dilarang, malah mereka yang melakukannya menerima laknat daripada Allah SWT.
Namun begitu, Islam juga agama yang penuh dengan rahmat dan pengampunan.
Jika seorang lelaki yang memiliki tatu bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha), maka dia bagaikan tidak pernah melakukan dosa tersebut.
Jawapan ringkasnya adalah ya, sah.
Islam tidak melarang pernikahan dengan lelaki bertatu, selagi lelaki itu seorang Muslim, memenuhi syarat sah perkahwinan seperti baligh, berakal, dan menikah dengan rela.
Tatu bukanlah faktor yang membatalkan akad nikah. Maka jika seorang wanita memilih untuk bernikah dengan lelaki bertatu, nikah tersebut tetap sah di sisi syarak.
Ini persoalan penting, dan jawapannya bergantung kepada beberapa situasi. Menurut panduan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menghilangkan tatu dibahagikan kepada beberapa kategori:
Jika lelaki tersebut bertatu secara sukarela dan ada kaedah untuk membuang tatu tanpa mudarat yang besar, maka dia wajib menghilangkannya.
Namun jika pembuangan tatu boleh mendatangkan mudarat serius seperti cacat anggota, risiko kesihatan atau kerosakan kekal pada tubuh, tidaklah diwajibkan untuk dia membuang tatu tersebut.
Kanak-kanak, orang kurang waras, atau mereka yang dipaksa bertatu tidak dipertanggungjawabkan dan tidak diwajibkan menghilangkan tatu mereka.
Jika seorang lelaki non-Muslim memeluk Islam dan memiliki tatu dari masa silamnya, maka dia wajib menghilangkannya jika mampu dan tidak memudaratkan kesihatannya.
Walaupun hukum bernikah dengan lelaki bertatu itu sah, namun adalah sangat digalakkan untuk melakukan solat istikharah terlebih dahulu.