ambil perhatian ukur lilit
Foto: drobotdean - www.freepik.com

Mungkin bagi sesetengah orang bercakap tentang masalah obesiti atau kegemukan merupakan satu perkara yang sudah muak mereka dengar. Namun ia bukanlah perkara yang harus sesiapa pun ambil ringan. Obesiti boleh mengundang pelbagai jenis penyakit kronik.

Tahukah anda bahawa kadar obesiti Malaysia merupakan paling tinggi di Asia Tenggara. Menurut laporan World Population Review 2019, kadar obesiti di Malaysia mencatatkan angka 15.6 peratus. Ia diikuti oleh Bruneri (14.1), Thailand (10.0) dan Indonesia (6.9).

Masalah obesiti ini juga dikaitkan dengan perut boroi. Tapi ramai yang ambil ringan akan keadaan atau kondisi perut boroi seperti. Sedangkan ia bukanlah hanya boroi semata-mata.

Buat anda yang memiliki ukur lilit pinggang melebihi 40 inci bagi lelaki dan 35 inci bagi wanita terdapat beberapa perkara yang harus diberikan perhatian sangat serius.

MASALAH BOROI

MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh Public Health Malaysia mengenai masalah perut boroi.

IKLAN

Menurut perkongsian yang dilakukan di laman media sosial mereka, terdapat uda jenis lemak yang wujud di tubuh manusia iaitu lemak bawah kulit dan lemak di perut.

Lemak subcutaneous – terletak di bawah permukaan kulit adalah lemak yang di temui di bawah lengan, kaki dan dapat di rasa dengan sentuhan.

IKLAN

Lemak yang terkumpul di perut boroi – terdiri dari lemak di bawah lapisan kulit serta lemak yang berhimpun di dalam ruang abdomen yang di kenali sebagai lemak viceral.

Ikuti perkongsian lanjut dari PHM tentang masalah ini di bawah;

IKLAN

Mengapa Perlu Bimbang Mengenai Lemak Di Perut?

  • Lemak yang terkumpul di perut yang boroi akan menyelaputi organ yang terdapat di sekitar kawasan abdomen.
  • Antara organ yang terjejas akibat pengumpulan lemak di perut yang boroi adalah usus, pankreas ( organ untuk merembes insulin), hati, usus dan jantung.
  • Lemak di perut yang boroi juga merupakan lemak “aktif” di mana ia boleh mempengaruhi hormon dan fungsi organ.
  • Lapisan lemak aktif ini akan menjejaskan sensitiviti organ kepada hormon insulin lalu menyebabkan penyakit kencing manis.

Penyakit lain yang berkaitan dengan perut boroi adalah

  • Serangan jantung
  • Kanser payudara
  • Kanser usus
  • Alzheimeir (nyanyuk)
  • Kencing manis

Cara Hapuskan Lemak Perut Boroi

  • Bengkung tidak mampu menghapuskan lemak jahat di perut!
  • Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis
  • Tingkatkan pengambilan protein
  • Kurangkan pengambilan karbohidrat
  • Senaman secara berkala (penting)
  • Pemakanan sihat dan seimbang
  • Tidur yang mencukupi
  • Kurangkan stress
  • Berhenti merokok
    * stress akan menyebabkan rembesan hormon kortisol yng merupakan punca pengumpulan lemak diperut

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video-video menarik gaya hidup lelaki terkini!

Ambil Perhatian Serius Jika Ukur Lilit Pinggang Mencecah 40 Inci

Kredit: Public Health Malaysia

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI