Antara kesan yang akan dialami oleh pesakit diabetes adalah dipotong anggota badan bermula daripada kaki. Di Malaysia kesnya agak banyak.
Ini terjadi kerana kita tidak menjaga pemakanan seharian. Walaupun kerajaan sudah banyak menggesa kita untuk menjaga makan, namun masih ada lagi orang yang akan dipotong anggota badan untuk mengawal virus tersebut.
Disebabkan itu, ia telah menyedarkan seorang pemuda bernama Ammar Shauqi. Dia berkongsi antara sebab yang menyedarkannya untuk menguruskan badan adalah kerana takut apa yang ditontonnya melalui video potong kaki berlaku kepada dirinya sendiri.
Ikuti perkongsiannya bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 85Kg dalam masa setahun. Dia membuat perkongsian tersebut melalui twitter thread miliknya.
Diet pemakanan dan senaman masing-masing mempunyai tujuan dalam menurunkan berat badan.
Diet dan senaman adalah dua tonggak kuat dalam skema gaya hidup sihat. Namun kedua-duanya mempunyai peratusan yang berbeza dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan atau menjaga kesihatan.
Dalam satu penyelidikan menunjukkan bahawa apa yang kita makan biasanya akan mengalahkan aktiviti fizikal kita. “Bahkan, jika anda tidak bersenam, namun anda makan dengan baik, maka tubuh anda boleh dilihat seperti atlet dan sihat,” kata Todd Astorino, ahli sukan dari University of California. Sebaliknya, jika diet yang kita jalani buruk, maka tidak ada satu jenis latihan pun yang boleh membantu kita untuk memperbaiki tubuh.
Itulah sebabnya, bila ‘cita-cita’ kita adalah menurunkan berat badan, maka mulakan dengan mengawal dan mengatur suapan makanan. Mengurangkan pengambilan kalori lebih efektif untuk melawan kegemukan dibanding meningkatkan frekuensi senaman. Kunci melawan kegemukan pada dasarnya adalah jumlah kalori yang dibakar harus lebih besar daripada yang diambil. Sebagai gambaran 3,500 kilo kalori sama dengan 0.45 kg lemak. Jadi, bila anda ingin mengurangkan lemak 0.45 kg setiap minggu, maka anda perlu mengurangkan 500 kilo kalori daripada menu makanan anda setiap hari.
Meskipun demikian, bukan bererti senaman tidak ada dalam kamus menurunkan berat badan. Sebab, diet bermati-matian tanpa diiringi dengan aktiviti fizikal maka tidak akan mendapatkan hasil yang optimum. Dengan bersenam, lebihan lemak yang tidak boleh dikurangkan daripada diet boleh dibakar dengan kegiatan yang positif. Selain itu, senaman rutin juga akan membuat berat badan lebih stabil dan tubuh lebih bugar. Senaman tubuh yang dilakukan juga akan menyihatkan jantung, melancarkan peredaran darah, dan memperbaiki mood. Penelitian terbaru juga menyebutkan banyak bergerak boleh mengurang nafsu makan.
Bukan itu sahaja, penyelidikan juga menunjukkan orang yang kerap bersenam mempunyai berat badan lebih stabil. Sementara itu, mereka yang hanya mengharapkan diet saja memang boleh menurunkan badan secara drastik, tetapi setelah dietnya berhenti, tubuh pun boleh kembali gemuk. Idealnya, perbaiki pola makan anda terlebih dulu. Anda perlu disiplin pada diri sendiri dan memilih makanan yang tepat untuk tubuh anda. Setelahnya baru gabungkan dengan melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang teratur.
TIDAK SEMUA KAUM LELAKI MENYUKAI PERUT BUNCIT. SELAIN MEROSAKKAN PENAMPILAN, LEMAK YANG BERTIMBUN DI DALAM PERUT JUGA SANGAT BERBAHAYA PADA KESIHATAN. UNTUK ITU SEGALA CARA DILAKUKAN UNTUK MENJAGA BENTUK TUBUH KEKAL RAMPING. LANGKAH APA YANG HARUS DILAKUKAN SUPAYA TERHINDAR DARIPADA MASALAH PERUT BUNCIT?
Hindari minuman bersoda
Selain tinggi kalori, minuman bersoda juga tidak memberikan rasa kenyang, sehingga anda akan terdorong untuk terus meminumnya. Hal ini juga berlaku untuk soda diet, meskipun ada tambahan label diet, tetapi kandungan gula dan kalori di dalamnya tetap tidak baik terutama untuk penghidap diabetes.
Pengambilan walnut
Masukkan kacang walnut atau almond ke dalam menu diet anda. Selain rendah kolestrol, walnut juga mengandungi lemak tak tepu, yang akan membantu mengurangkan pengeluaran lemak jahat (LDL) dalam tubuh. Walnut juga boleh diambil untuk mengatasi masalah sembelit. Tapi jangan diambil secara berlebihan, minimum satu genggam kacang sahaja pada menu diet anda.
Tambahkan cili pada makanan
Cili dapat membantu tubuh membakar jumlah kalori yang setara dengan berjalan kaki selama 20 minit. Cili juga memiliki kemampuan untuk meningkatkan pencernaan dan meningkatkan penyerapan nutrisi daripada makanan. Lapisan luar biji cili juga mengandung fitonutrien yang memecahkan sel-sel lemak.
Rutin bersenam
Lakukanlah latihan fizikal secara rutin untuk membakar lemak tubuh. Anda dapat melakukan latihan seperti kardio, tekan tubi atau berenang. Acara senaman tersebut dapat membakar lemak perut dengan cepat. Sangat disarankan untuk melakukan tekan tubi ketika bangun dan sebelum tidur, agar hasilnya lebih maksimum.
Makan sedikit tapi kerap
Makanlah lebih kerap tetapi dalam jumlah yang kecil atau sedikit. Dengan makan sedikit tapi kerap maka perut anda tidak akan sempat merasakan lapar. Makan lebih kerap juga efektif untuk meningkatkan metabolisme tubuh sehingga anda boleh membakar kalori lebih banyak sepanjang hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sukan bowling di Malaysia agak terkenal hinggakan kita mempunyai juara dunia yang tersendiri iaitu Rafiq Ismail. Selain itu, kita juga banyak melihat di mana-mana pusat membeli belah utama di Malaysia pasti mempunyai pusat bowling yang disediakan untuk orang ramai.
Sukan ini banyak menggunakan otot dari bahu hingga pergelangan tangan kerana anda perlu menggenggam bola seberat dari 6 hingga 16 paun.
Apabila anda menyertai sesuatu pertandingan, anda perlu kekal bertenaga seharian untuk kekal bertanding tanpa membuatkan badan rasa penat.
Disebabkan itu, MASKULIN mengumpulkan beberapa workout serta regangan yang anda boleh buat untuk pastikan anda terus steady melontar bola untuk menjatuhkan pin dan mendapat skor bowling yang tinggi.
Senamannya terbahagi kepada dua iaitu regangan serta senaman biasa yang harus anda buat sebelum menyertai sesuatu oertandingan bowling.
Senaman ini penting untuk membina stamina anda. Walaupun hakikatnya anda hanya menggunakan tangan. Namun ketika membaling bola, anda turut menggunakan otot lain seperti kaki serta hayunan bola bersama nafas yang betul untuk pastikan bola tersebut meluncur laju dan lurus ke arah pin. Anda boleh buat jogging serta berenang untuk membina stamina.
Pucuk ubi adalah sejenis ulam kampung yang segar. Jika anda tergolong dalam kalangan penggemar pucuk ubi masti anda sering menjadikan pucuk ibu ini sebagai ulam-ulaman sewaktu makan bersama nasi panas.
Dalam pada rasanya yang pahit, rupanya banyak khasiat ingin terkandung dalam pucuk ubi. Pucuk ubi merupakan sejenis sayur-sayuran organik 100 peratus menerusi cara pertumbuhannya.
Selain itu, ubi kayu boleh ditanam di merata-rata tempat dan boleh membesar tanpa penjagaan khusus, dibaja mahupun disembur dengan racun.
Selain mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid amino dan protein yang sangat diperlukan badan, ini adalah rahsia khasiat yang terkandung dalam pucuk ubi.
Protein sayuran yang terkandung dalam pucuk ubi berfungsi sebagai unsur-unsur yang membina sel-sel badan dan merupakan komponen sistem enzim.
Di samping itu kandungan asid amino dalam dedaun hijau berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga.
Kandungan protein dalam daun pucuk ubi ini disebut-sebut setara dengan protein pada telur, dan mengandungi lebih dari 60% asid amino esensial.
Disebabkan oleh kelebihannya ini, pucuk ubi sangat baik untuk mencegah sembelit, menjaga kesihatan mata dan mampu meningkatkan kekebalan tubuh.
Asid amino dalam pucuk ubi berguna untuk pemulihan luka dan kulit yang bermasalah serta rosak.
Selain berfungsi untuk menggantikan sel-sel yang rosak, pucuk ubi boleh menguatkan tulang dan membantu daya ingatan yang baik.
Klorofil dalam daun juga berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser.
Daun ubi kayu sangat rendah kalori dan amat sesuai sebagai makanan yang dapat menurunkan berat badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dibintangi oleh Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, musim baharu 'Andai Itu Takdirnya 2' ini hadir dengan cerita yang jauh lebih matang, lebih realistik dan penuh tekanan emosi.