“Memilih adalah hak dia. Menyebabkan pengangguran hingga tiada kerja itu salah kau!”
Itulah kata-kata ringkas dari Sir Hafiz Yusoff, President Angkatan Pemangkin Ekonomi Se-Malaysia dan Pengarah HJ Motors di sebuah video hasil MAU KERJA.
Menurutnya, dia mendapat peluang untuk sambung pelajaran di UTP, Petronas tetapi di tahun akhir, dirinya membuat keputusan untuk membuat bisnes.
Kongsinya, sejak 3 tahun lalu dia sering berkata dia ingin memakai kereta Mustang, hinggakan ramai rakan-rakannya memandang rendah padanya dan memikirkan pekara itu sesuatu yang mustahil untuk dirinya kecapi.
Ads
.
Namun dia tidak mengalah untuk miliki perniagaan hingga ke puncak kejayaan. Sangat positif menghadapi liku hidup, dia memesan supaya jangan berkira apabila memberi.
Ads
Menurutnya lagi, dalam hidup kena ada mentor untuk mempercepatkan kejayaan kita. Kalau tidak kita akan syok sendiri, tapi hasil tiada.
Ads
Jom tonton dan saksikan video yang penuh inspirasi ini, semoga kita semua dapat dapat menjadikanya sebagai contoh…
Detik manis terpahat di Velodrom Hua Mark, Bangkok apabila pelumba trek negara, Muhammad Ridwan Sahrom, menghadiahkan pingat emas acara keirin lelaki pada Sukan SEA 2025.
Kemenangan ini bukan sekadar kejayaan peribadi, tetapi sarat dengan makna pengorbanan dan ikatan kekeluargaan yang mendalam.
Muhammad Ridwan Sahrom muncul juara selepas menewaskan pelumba tuan rumah dan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018, Jai Angsuthasawit, dalam perlumbaan yang cukup mendebarkan.
Kemenangan itu diraih dengan kelebihan amat tipis, hanya 0.027 saat, manakala rakan sepasukan Jai, Norasetthada Bunma, melengkapkan podium di tempat ketiga.
Lebih menyentuh emosi, emas tersebut didedikasikan khas buat abang Ridwan, Muhammad Shah Firdaus, yang terpaksa menarik diri daripada Sukan SEA kali ini selepas mengalami kecederaan kira-kira dua bulan sebelum temasya bermula.
Menurut Muhammad Ridwan Sahrom, kemenangan itu membawa makna yang sangat mendalam kerana abangnyalah yang banyak berkorban dan menjadi sumber kekuatan sepanjang perjalanan kariernya dalam acara berbasikal trek.
“Saya dedikasikan pingat emas ini kepadanya kerana dia tidak dapat berada di sini bersama saya. Sebelum saya bertanding tadi, saya sempat membuat panggilan dengannya dan dia menasihatkan saya supaya melakukan yang terbaik,” kata Ridwan.
Ridwan turut menyifatkan kejayaan ini sebagai detik istimewa dalam kariernya memandangkan ia merupakan penampilan pertamanya di Sukan SEA.
“Alhamdulillah, saya berjaya memenangi pingat emas ini dalam penampilan pertama saya di Sukan SEA. Selepas ini, saya akan memberi fokus kepada acara pecut berpasukan,” katanya ketika ditemui selepas perlumbaan.
Selain kejayaan Muhammad Ridwan Sahrom, kem berbasikal trek negara turut mencipta satu lagi detik cemerlang apabila melengkapkan sasaran pingat ke-200 Malaysia di temasya tersebut.
Skuad pecut berpasukan lelaki yang dibarisi Abdul Aziz Alias, Muhammad Adam Hakimi Nuzud, Muhammad Hafiq Mohd Jafri, Muhammad Yusri Shardi dan New Joe Lo menghadiahkan pingat perak selepas tewas kepada pasukan tuan rumah Thailand, manakala Indonesia membawa pulang gangsa.
Ketua pasukan, Abdul Aziz Alias, mengakui sasaran pingat ke-200 itu bukan sesuatu yang bermain di fikiran mereka sebelum perlumbaan.
“Sejujurnya kami sendiri tidak tahu mengenai pingat ke-200 itu dan ia tidak langsung bermain di fikiran kami. Kami hanya fokus untuk berlumba sehabis baik,” katanya.
Beliau turut mengulas mengenai faktor yang membantu pasukan negara menaiki podium.
“Kami sendiri tidak menyangka pencabar utama dari Indonesia gagal menamatkan perlumbaan. Berbulan-bulan kami berlatih sebagai persiapan kerana mereka memang kuat dalam acara ini. Apa pun, ini rezeki buat kami,” jelas Abdul Aziz.
Dalam perkembangan lain, kem berbasikal trek negara turut menyerlah dalam acara wanita apabila Nur Aisyah Mohamad Zubir menyumbangkan pingat emas dalam acara scratch wanita. Dua pelumba Singapura masing-masing meraih pingat perak dan gangsa, melengkapkan satu lagi pencapaian manis buat kontinjen Malaysia.
Secara keseluruhan, kejayaan di Velodrom Hua Mark ini mencerminkan kematangan, disiplin serta kekuatan mental atlet trek negara. Pingat emas Muhammad Ridwan Sahrom bukan sekadar menambah koleksi kejayaan Malaysia, tetapi menjadi simbol pengorbanan keluarga, kecekalan atlet dan semangat juang yang tidak pernah luntur.
Ia adalah kemenangan yang lahir bukan sahaja daripada kayuhan di litar, tetapi daripada sokongan, kepercayaan dan pengorbanan di luar gelanggang — satu kisah sukan yang wajar dikenang.
Sumber: BERNAMA
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baru-baru ini tular gambar seorang atlet e-sukan professional Mobile Legends, Mohd Faris Zakaria atau lebih mesra di sepa sebagai Soloz mengunjung pusat pameran kenderaan mewah di Bangsar hangat diperkatakan.
Apa yang menjadi bualan ramai bukan kereta Ford Mustangnya berwarna merah itu, tetapi kerana penampilannya yang bersahaja itu menjadi highlight orang ramai.
Dia berpakaian dengan sweatshirt serta mengenakan selipar yang dipinjam oleh rakannya sahaja ketika mengujungi pameran kereta berharga setengah juta ringgit itu.
Maskulin difahamkan melalui laporan Harian Metro, ia sebenarnya ke pameran tersebut atas jemputan pihak tertentu untuk melihat kereta berkenaan secara lebih dekat lagi.
Malah kami difahamkan, bayaran yang diraih Soloz menerusi Mobile Legends tidak memberi masalah kepadanya untuk membeli atau membayar bulanan kenderaan terbabit.
Rata-rata memuji tindakan Soloz kerana walaupun dia mampu membeli kenderaan tersebut, tetapi gaya hidupnya yang sederhana dalam berfesyen itu mendapat pujian ramai.
Ini dia beberapa gambar yang sempat di ambil melalui Instagram miliknya
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.