










Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang











Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

Jerawat adalah masalah kulit yang biasa dihadapi oleh ramai individu, terutamanya remaja. Walaupun banyak maklumat yang beredar mengenai punca dan cara mengatasi jerawat, tidak semuanya tepat. Dalam satu video temu bual dengan Maskulin, seorang doktor pakar kulit terkenal, Dr. Lim Ing Kien atau lebih dikenali sebagai Dr. Ingky telah menjelaskan beberapa mitos yang sering dikaitkan dengan masalah jerawat.
Salah satu mitos yang sering kita dengar ialah jerawat disebabkan oleh darah kotor. Menurut Dr. Ingky, kenyataan ini tidak benar sama sekali. Beliau menjelaskan bahawa tiada kuman di dalam darah kita yang boleh menyebabkan jerawat.
Sebaliknya, jerawat berpunca dari permukaan kulit kita yang tercemar oleh kuman. Kuman ini biasanya wujud disebabkan oleh minyak berlebihan pada kulit atau akibat daripada penjagaan kulit yang tidak betul dan rapi.
Apabila pori-pori tersumbat oleh minyak dan kotoran, kuman mudah membiak dan seterusnya mencetuskan jerawat.
Ramai yang berpendapat bahawa pengambilan makanan bergoreng boleh mencetuskan jerawat. Namun, Dr. Ingky memberitahu yang terdapat sebuah kajian klinikal yang mengesahkan makanan bergoreng tidak mempunyai kaitan langsung dengan pembentukan jerawat.
Sebaliknya, makanan yang lebih berpotensi mencetuskan jerawat ialah makanan yang manis dan bergula.
Gula boleh menyebabkan peningkatan kadar insulin dalam badan yang seterusnya merangsang pengeluaran minyak berlebihan pada kulit, lalu mencetuskan jerawat.
Oleh itu, pencinta makanan manis dan hidangan pencuci mulut perlulah mengawal keinginan mereka terhadap makanan tersebut jika enggan berhadapan dengan masalah jerawat yang teruk.
Ramai yang percaya bahawa dengan kerap mencuci muka, mereka boleh mencegah pertumbuhan jerawat.
Dr. Ingky menjelaskan bahawa walaupun rutin penjagaan kulit wajah yang rapi boleh mengurangkan kebarangkalian pertumbuhan jerawat, kebarangkalian itu masih tetap ada.
Hal ini kerana jerawat bukan sahaja disebabkan oleh kebersihan kulit, tetapi juga oleh pelbagai faktor lain seperti genetik, hormon, dan persekitaran.
Faktor-faktor ini memainkan peranan besar dalam menentukan kesihatan kulit seseorang. Oleh itu, walaupun penjagaan kulit yang baik adalah penting, ia tidak menjamin kulit bebas jerawat sepenuhnya.
Pengetahuan mengenai mitos dan fakta sebenar tentang jerawat adalah penting untuk mengelakkan salah faham dan mengamalkan penjagaan kulit yang lebih efektif.
Dr. Ingky menekankan bahawa pemahaman yang tepat tentang punca jerawat dapat membantu individu mengambil langkah yang lebih bijak dalam merawat dan mencegah masalah kulit ini.
Oleh itu, penting untuk kita mendapatkan maklumat yang sahih dan berdasarkan kajian sebelum mempercayai sesuatu mitos mengenai jerawat.
BACA: Rutin Penjagaan Kulit Wajah Untuk Pemalas
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

Jenama fesyen ikonik dari Amerika Syarikat, Cole Haan telah mengumumkan pelancaran koleksi terbaru dalam ‘keluarga’ GrandPrø iaitu GrandPro Rally.
Koleksi terbaru ini merupakan koleksi kasut yang direka khas buat mereka yang inginkan gaya, keselesaan dan juga sifat vrsatality pada sneakers sama ada untuk lelaki atau perempuan.
GrandPrø Rally merupakan rekaan yang cukup laid back yang menggunakan bahan sangat ringan. Koleksi GrandPrø Rally menampilkan ciri-ciri seperti material breathable, upper dengan potongan laser dan kemasa yang berkualiti.
Gaya rekaan diseimbangi pula dengan binaan ringan yang bila dipakai tidak menggangu pergerakan kaki. Ia juga dilengkapi dengan tapak kasut yang cukup responsif serta lembut.
Ini sekali gus menjadikan koleksi GrandPrø Rally sebagai kasut yang selesa digunakan untuk sepanjang hari dalam apa jua keadaan dan aktiviti.
Jelas Ketua Pegawai Kreatif Cole Haan, Scott Patt, koleksi GrandPrø Rally menginovasikan semula kasut sukan klasik menjadi sepatu berprestasi tinggi baghi memenuhi gaya hidup aktif moden.
Koleksi ini kini boleh didapati di semua outlet Cole Haan seluruh negara dan juga di website rasminya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

Apabila sebut pasal lemang, pasti kita akan terfikir sejenis makanan diperbuat daripada pulut dan santan, dibakar dalam buluh, serta menjadi buruan menjelang Aidilfitri serta Aidiladha. Namun, apabila disebut akan lemang periuk kera, pasti ramai yang berasa pelik dan tertanya-tanya rupa bentuk serta rasa lemang berkenaan.
Perbezaan Lemang Periuk Kera ini dari lemang biasa adalah dari segi rasanya yang sangat enak. Pada bahagian dalam lemang ini ianya ada rasa sedikit manis dan berlemak. Berbeza dengan Lemang Buluh, Lemang Periuk Kera seolah-olah dimasak sempurna dan mempunyai rasa yang sekata kerana faktor saiz pokoknya.
Pernah dengar mengenai lemang tepung? Buat mereka yang terpinga-pinga dan tidak pernah dengar tentangnya, lemang tepung adalah makanan tradisi orang perak. Ianya seakan bengkang atau bingka tetapi cara masak adalah hampir sama dengan lemang pulut dengan menggunakan buluh cuma bahan untuk memasak sahaja yang lain.
Lemang tepung sangat mudah basi menyebabkan ia tidak boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak kerana tidak boleh disimpan lama. Kalau korang beraya kat Perak, boleh la try cari lemang tepung ni.
Klau biasa korang dengar bubur pulut hitam, tapi jangan tak tahu yang terdapat juga lemang pulut hitam.
Lemang pulut hitam mempunyai resepi yang sama dengan lemang biasa, cuma perbezaannya ialah jenis beras pulut yang digunakan ialah beras pulut hitam.
Apabila dimasak, warna lemang akan menjadi hitam tetapi rasanya tidak lah begitu ketara dengan rasa lemang yang biasa.
Kalau diikutkan siapa saja yang tidak menggemari durian. Disebabkan itu, pengusaha lemang mengambil langkah yang sangat bijak dengan mengolah resepi lemang. Lemang durian ni tidak begitu mendapat permintaan yang tinggi disebabkan ianya tidak boleh disimpan lama.
Selain itu juga, lemang durian mempunyai harga yang sedikit tinggi dari jenis-jenis lemang yang lain kerana isi durian itu sendiri yang mahal. Tapi kalau dapat makan lemang durian ni memang tak tinggal untuk orang lain punya lah!
Lemang jagung juga lebih kurang sama macam lemang pulut hitam dan lemang jangung juga menggunakan bahan yang sama seperti lemang biasa. Tapi terdapat perbezaan dari segi rasa, kerana apabila ditambah jagung ianya secara tidak langsung menambahkan rasa manis di dalam lemang.
Warna dan tekstur lemang juga akan kelihatan sedikit berbeza kerana beras pulut dicampur dengan jagung.
Selain jagung, anda juga boleh menggantikan jagung dengan bahan lain mengikut kesukaan anda.
Sumber : Oh hangat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
