Sama ada anda meminati K-pop atau tidak satu perkara yang tidak boleh kita semua nafikan ialah populariti luar biasa yang dibawa oleh mereka. Ramai yang menjangkakan ‘demam’ K-pop dan Korea ini akan semakin reda namun ternyata ia jangkaan meleset.
Tahun demi tahun kedudukan serta nilai pasaran global industri hiburan Korea terus naik mencanak menjadikan mereka sebagai hub hiburan paling bernilai di Asia dan mungkin juga dunia.
Salah satu tarikan muzkm K-pop ialah kemunculan bintangnya yang kacak dan juga cantik. Bagi lelaki pula tumpuan pastinya terarah kepada K-pop idol yang jelita dan menawan.
Berikut MASKULIN kongsikan 10 artis K-pop wanita yang rata-rata dianggap paling cantik. Ingat ini adalah senarai yang subjektif dari MASKULIN ya!
Jennie (BLACKPINK)
Bintang K-pop yang tersohor di serata dunia. Digelar sebagai ‘Human Chanel’, Jennie merupakan the it girl yang mampu mengubah trend fesyen dalam sekelip mata. Dengan gaya yang berani dan kecantikan yang menawan menjadikan Jennie sebagai bintang K-pop yang diminati bintang K-pop yang lain!
Irene (Red Velvet)
Dia merupakan ahli kupulan Red Velvet dan bertindak sebagai ketua mereka. Irene merupakan bintang yang sejak awal kemunculannya dikenali dengan kecantikan semula jadinya yang mempesonakan.
Tzuyu (TWICE)
Ads
Berasal dari Taiwan, ahli paling muda TWICE ini sering mendapat perhatian kerana kecantikan semula jadinya!
Jisoo (Blackpink)
Jisoo mempunyai wajah tradisional Korea yang cantik dan sering dianggap sebagai visual kumpulannya secara tidak rasmi. Senyumannya sahaja dikatakan cukup bernilai tinggi dari segi pasaran komersial.
Suzy (bekas ahli Miss A)
Suzy dikenali sebagai ‘Nation’s First Love’ di Korea dan mempunyai kecantikan yang sangat memikat hati.
Ads
Yoona (Girls’ Generation)
Ahli Girls’ Generation yang sering dianggap sebagai salah satu visual terbaik di industri K-pop.
Krystal (f(x))
Krystal, adik kepada Jessica (bekas ahli Girls’ Generation), mempunyai kecantikan yang elegan.
Nana (After School)
Ads
Nana dikenali dengan wajahnya yang sempurna dan sering menduduki tangga pertama dalam senarai kecantikan global.
Joy (Red Velvet)
Joy mempunyai kecantikan yang segar dan sering mendapat perhatian kerana senyumannya yang menawan.
Sana (TWICE)
Sana dari Jepun mempunyai kecantikan yang mempesonakan dan sering mendapat perhatian kerana pesonanya yang manis.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ya, jangan gosok mata anda yang tak gatal itu. Apa yang anda baca pada headline di atas memang bukan salah eja atau silap tulis.
Percaya atau tidak kini ada sebuah pasukan e-sport Mobile Legends yang aktif menggunakan nama Team Bosskurr.
Lebih menarik, team yang bersaing ecara aktif dalam Mobile Legends ini turut ditaja oleh sebuah syarikat e-dagang terkenal di Malaysia iaitu Shopee.
Dengan penajaan ini pasukam tersebut secara rasmi dikenali dengan nama baru iaitu Shopee Bosskurr. Seperti mana yang anda tahu istilah ‘Bosskurr’ telah tular sejak tahun lalu gara-gara ia turut digunakan oleh bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razal di laman media sosial.
Antara individu yang membuatkan istilah ‘bossku’ jadi tular, Dato’ Seri Najib Razak
Malah istilah lebih kurang sama itu turut digunakan oleh pelumba MotoGp negara, Hafiz Syahrin yang mempatenkan cap dagang perkataan BO55KU.
Untuk pasukan e-sport ini pula mereka terlebih dahulu dikenali dengan nama Team Saiyan. Mereka sebenarnya bukanlah nama baru dalam industri e-sport malah cukup popular di kalangan peminat tempatan.
Pasukan ini dianggotai seramai 6 orang ahli iaitu Faris Zakaria, Abdul Wandi, Andi Alfian, Herwin Baharuddin, Sofian Sultan dan Ahmad Fuad Razali.
Pihak Shopee turut mengumumkan mereka akan mengadakan beberapa pertandingan Mobile Legends berbentuk mini pada masa akan datang.
Produk eksklusif pasukan ini ditawarkan oleh Shopee.
Bersempena penajaan Shopee kepada pasukan ini, Shopee turut menawarkan barangan eksklusif Shopee Bosskurr menerusi platform mereka seperti jersi dan kabel Bosskurr Gaming.
Selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada Team Shopee Bosskurr!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak lengkap kiranya di bulan puasa, rancangan tv dipenuhi dengan sorotan drama/telefilem raya yang sedih dan menyayat hati. Apatah lagi kalau lakonan itu dimainkan oleh pelakon yang betul-betul pandai menjiwai watak, memang bikin hati kita cair dan menangis! Masih ingat lagi impak besar barisan drama-drama raya ini? Sampai merah hidung dibuatnya akibat menangis tak henti-henti.
KETUPAT TERAKHIR
Mak Nen sentiasa mengingati saat-saat bahagia dia bersama satu-satunya anak tunggalnya, Rahim. Namun setelah berkahwin, sikap Rahim mula berubah. Mak Nen nekad tahun ini dia mahu beraya dengan Rahim. Pada malam raya, Rahim dan isterinya, Dira akan berangkat ke Paris. Dengan pertolongan Wahid anak muda yang selalu membantunya, Mak Nen telah pergi ke KL dengan menaiki kereta lama Wahid. Orang gaji memberitahu yang mereka telah pergi keluar negara. Hancur hati Mak Nen. Dia membawa ketupat dan Wahid mengajak Mak Nen pulang semula ke kampung. Rahim pula telah bertengkar dengan Dira di tepi jalan hampir ke KLIA. Dia rasa berdosa pada ibunya dan mahu kali ini bertemu dengan ibunya. Sepanjang jalan pulang Rahim mengingati semua kesilapannya dan betapa derhakanya pada ibu yang terlalu menyayanginya. Adakah Rahim berjaya bertemu dengan ibunya?
Pelakon : Azhan Rani, Nabila Huda, Fauziah Nawi, Norlia Ghani, Haeryanto Hasan, Sheera Iskandar, Wan Sharmila
SINAR PENGHUJUNG TAKBIR
Mengisahkan tentang Senah, seorang ibu yang cacat penglihatan berharap agar dapat ditemukan dengan anak lelakinya sendiri. Semuanya gara-gara suami Senah yang mengambil anaknya semenjak dia lahir dan berjanji untuk memulangkan semula anaknya pada Hari Raya pertama.
Drama ini mengisahkan seorang ibu dengan 5 orang anak, seorang menantu dan seorang anak angkat. Semasa si ibu sedang menunggu kepulangan anak-anaknya, satu tragedi menyedihkan telah berlaku di mana keempat-empat orang anaknya meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya (berlanggar dengan treler). Menantu si ibu terselamat, tetapi meninggal dunia selepas melahirkan anak.
Pada pagi Syawal yang mulia, tiada apa yang lebih bermakna bagi ibu dan ayah melainkan kunjungan anak-anak tersayang. Menerima kehadiran anak-anak dan cucu-cucu untuk meraikan keceriaan selepas sebulan berpuasa menjadi keinginan dalam kehidupan mereka. Tetapi berbeza dengan kehidupan Mak Jah dan Pak Mat yang hidup dalam serba kekurangan. Sudahlah makan dan minum seharian tidak menentu, rumah mereka pula hanya menunggu masa untuk roboh. Tidak cukup itu, dugaan menjadi lebih berat apabila kedua-dua kaki Pak Mat terpaksa dipotong kerana penyakit kencing manis. Mak Jah turut berkongsi penyakit yang serupa dengan suaminya. Namun, segala kesengsaraan dan kepayahan itu tidak pernah mengikis kasih sayang mereka. Demikian singkapan makna kasih sayang sempena Syawal daripada kaca mata pengarah Rashid Sibir menerusi telefilem Pondok Buruk. Telefilem yang menghiris perasaan ini akan disiarkan di Astro Ria sempena Aidilfitri. Pondok Buruk juga dijangka meninggalkan kesan cukup pahit dan pedih buat mereka yang menyisihkan diri daripada keluarga khususnya ibu dan bapa.
Marina merupakan seorang menantu yang sentiasa dibenci oleh mertuanya kerana kurang cantik berbanding dengan menantunya yang lain. Namun Marina tetap taat pada mertuanya memandangkan Marina seorang anak yatim piatu. Walaupun Marina menunjukkan kasih sayang terhadap kedua mertuanya, sikapnya sering disalah ertikan oleh semua orang termasuk ipar duanya.
Pelakon: Fazura, Wan Maimunah, Ezany, Arash Mohd, Aida Aris
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mata adalah salah satu deria paling penting pada tubuh kita. Dengan mata kita mampu menikmati kehidupan yang sihat serta keindahan alam yang sangat bernilai ini. Oleh itu sangat penting untuk kita menjaga kesihatan mata agar terhindar dari pelbagai jenis penyakit mata. Menjaga mata dengan baik adalah salah satu cara kita mensyukuri nikmat yang diberikan.
Apakah Faktor Yang Menyebabkan Kerosakan Mata?
1. Merokok
Rokok mengandungi bahan kimia atau toksik yang tinggi. Ia mampu merosakkan sensitiviti pada retina dan menyebabkan sel-sel pada retina mati. Hal ini akan menyebabkan kerosakan mata.
2. Sinaran Matahari
Sinaran ultra violet dari cahaya matahari amat merbahaya kepada mata. Sinarannya yang menyengat mampu membakar kornea, merosakkan lensa mata dan retina.Selain itu, dedahan berlebihan kepada sinaran UV mampu meningkatkan risiko katarak.
3. Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah yang tinggi mampu merosakkan pembuluh darah pada retina iaitu kawasan belakang mata yang berfungsi untuk memfokuskan gambar. Penyakit mata akibat tekanan darah tinggi ini dikenali sebagai Retinopati Hipertensi.
4. Kencing manis atau diabetis
Pesakit diabetis mempunyai risiko mengalami masalah penglihatan yang dikenali sebagai glukoma. Keadaan ini juga disebut sebagai retinopati diabetis iaitu berlaku kerosakan teruk pada retina. Glukoma merupakan faktor utama menyebabkan penglihatan menjadi kabur atau buta.
5. Pengambilan alkohol
Mengambilan alcohol yang berlebihan mampu mengganggu penglihatan sekaligus menyebabkan kerosakan mata secara keseluruhan. Antara kesan sampingan pengambilan alkohal ialah penurunan prestasi visual, tindakbalas anak mata yang lambat, sering migraine mata mata kemerahan.
6. Diet yang tidak sihat
Pengambilan makanan segera bukan mampu membawa risiko kerosakan mata, malah mampu menjejaskan kesihatan tubuh keseluruhannya. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan buta, rabun malam dan mata mongering. Selain itu, kekurangan vitamin B12 juga menyebabkan penglihatan menjadi kabur.
7. Penggunaan Komputer
Penggunaan computer yang terlalu lama sebenarnya membuatkan urat mata menjadi tegang, keletihan, iritasi dan kurang kepekaan kepada cahaya. Tekanan berlebihan membuatkan otot-otot sekitar mata juga menjadi rosak.
Tips Penjagaan Mata
Setelah mengetahui punca-punca yang menyebabkan kerosakan mata, perlulah kita tahu langkah penjagaan seterusnya selain dari mengelak perkara-perkara di atas. Antara tips yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan mata agar sentiasa nampak cantik dan bercahaya ialah:
1. Elakkan menggosok mata menggunakan tangan dengan kuat. Gunakan kain bersih untuk menggosok mata bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Menggosok mata dengan kuat mampu merosakkan sel-sel serta saraf pada mata.
2. Jaga jarak penglihatan anda. Sebaik-baiknya 50cm – 100cm sari skrin komputer atau televisyen.
3. Merehatkan mata. Jangan memaksa mata anda untuk mengadap buku atau skrin komputer dengan terlalu lama. Rehatkan sebentar bagi mengurangkan ketegangan mata.
4. Makan makanan yang tinggi kandungan Vitamin A.
5. Memakai alat pelindung mata. Kini banyak telah dicipta cermin mata gelap pelindung UV untuk kesihatan mata. Amalkan penggunaan cermin mata gelap untuk aktiviti harian anda seperti memandu, bermain golf, berjogging dan sebagainya.
6. Membuat pemeriksaan mata. Lakukan pemeriksaan mata secara rutin bagi mengelak sebarang penyakit yang tidak diingini. Sekiranya anda ada merasakan kelainan pada penglihatan anda, segera berjumpa doktor untuk khidmat nasihat.
7. Berhenti merokok. Bagi perokok tegar, mulakan usaha anda untuk berhenti merokok kerana ia mampu merosakkan saraf pada mata sekaligus menjejaskan kesihatan mata.
Apakah Makanan Yang Terbaik Untuk kesihatan Mata?
Menjaga mata dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang mudah termasuklah menjaga pemakanan. Beberapa makanan berikut dapat membantu menjaga kesihatan mata secara umum disamping melindungi mata dari pelbagai masalah kesihatan mata seperti katarak, rabun, glukoma dan sebagainya. Antaranya ialah :
Ikan Salmon – Kaya dengan asid lemak omega 3 yangh mampu memelihata kesihatan badan keseluruhannya termasuk mata. Selain itu salmon juga mengandungi asid folik, vitamin A, vitamin D, vitamin B6 dan vitamin B12
Brokoli – Mengandungi tinggi kalsium, vitamin C, lutein, zeaxanthin dan sulforaphane.
Bayam – Kaya dengan vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan mata.
Kobis – Kobis juga mengandungi vitamin A, lutein, dan zeaxanthin
Tomato – Mengandungi vitamin C dan lycopene yang tinggi dan sangat penting untuk kesihatan mata.
Telur – Mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan mata seperti vitamin A, zinc, lutein, lecithin, vitamin B12, Vitamin D dan juga cysteine.
Bawang Putih – Mengandungi selenium, vitamin C dan guercetin yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh keseluruhannya.
Lobak – Seperti yang kita sedia maklum, lobak sangat kaya dengan vitamin A dan beta carotene yang baik unutk kesihatan mata.
Biji Bunga Matahari – Mengandungi tinggi kandungan selenium dan mampu mencegah kataraks dan gangguan lain pada mata.
Ubi Keledek – Salah satu makanan yang mengandungi sumber vitamin C serta beta karoten. Kedua kandungan zat dari ubi keledek tersebut sangat baik untuk kesihatan organ penglihatan anda.
sumber: healthyvitagarden.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.