Jangan biarkan orang ‘potong’ motivasi kita untuk kurus bermula dengan buang lemak pada bahagian perut secara konsisten.
Ramai yang tersilap cara namun jika anda berpegang pada 10 cara ini, insya’Allah segala apa yang anda impikan boleh jadi kenyataan.
1. Sentiasa membawa air mineral
Untuk kekal bertenaga, ia adalah idea yang baik sekiranya anda sentiasa membawa sebotol air mineral bersama anda tidak kira dimana jua. Anda akan rasa lebih bertenaga dan lama kelamaan anda akan kurangkan minuman soda dan air gula yang berlebihan. Ini adalah salah satu jalan pintas untuk hilangkan lemak di perut, ayuhlah kita cuba dalam masa seminggu dan lihat perubahannya!
2. Tidak mengambil makanan segera (Fast Food)
Makanan segera merupakan penyumbang utama kepada lemak di perut. Ia memang sangat menyelerakan namun makanan segera mengandungi banyak kalori dan lemak yang menyebabkan lemak di perut dan pinggul. Katakan tidak kepada makanan segera atau sekurang-kurangya untuk makanan segera cara yang sihat, contohnya salad tanpa ayam goreng atau kalori yang tidak tinggi. Tetapi sekiranya anda benar benar mahu hilangkan lemak di perut, elakkan pengambilan makanan segera.
Ads
3. Tidak mengambil soda
Soda mempunyai kalori yang sangat tinggi berbanding dengan pengambilan pisang yang banyak, yang tidak ada nutrisi. Kebanyak kalori dari soda datagnya dari fruktosa air gula yang sangat tinggi dimana badan kita tidak dapat memproses dan kemudiannya berakhir menjadi lemak perut. Buangkan soda dalam hidup dan selamatkan kalori-kalori dengan perkara yang lebih baik untuk membakar lemak perut.
4. Kurangkan berat badan dengan melakukan senaman
Dalam jumlah yang sederhana, anda perlu melakukan pelbagai jenis senaman contohnya senaman berjalan pantas, joging, berenang dan lain-lain. Ingat, keseluruhan senaman dan nutrisi merupakan kunci untuk hilangkan lemak di perut!
Ads
5. Melakukan senaman dengan penuh kenikmatan
Ia adalah sangat penting untuk anda memilih jenis senaman yang anda suka dan jadikan ia sebagai rutin hidup. Sekiranya anda gemar menari, anda boleh mencuba untuk ke kelas Zumba pada hujung minggu termasuk juga dengan senaman aerobik.
6. Jangan sampai kebulurkan diri
Kebulurkan diri tidak akan langsung membantu anda untuk membakar lemak perut. Hilangkan kalori tidak semestinya dengan tidak menyentuh makanan tetapi dengan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang. Membiarkan diri anda kebuluran merupakan perkara yang sangat bahaya dan tidak sihat, malah ia alangsung tidak membantu! Ia boleh merosakkan metabolisma lalu membawa kepada banyak masalah kesihatan. Jangan buat kesilapan dengan menganggap tidak makan waktu pagi dan waktu yang lain boleh menyebabkan berat badan turun.
Ads
7. Matlamat untuk hilangkan lemak perut dengan cepat
Selepas beberapa minggu anda mendapati berat badan masih lagi tidak turun. Jangan berputus asa! Itu adalah salah satu tanda badan anda sedang berusaha untuk mencapai hasil positif yang selama ini ada usahakan. Teruskan perjuangan anda! Anda hampir mencapai matlamat anda untuk menghilangkan lemak di perut.
8. Minum segelas air putih sebelum makan
Kebiasaanya kalau anda dahaga, anda akan makan. Pelik tapi benar. Oleh itu, sebelum anda makan, anda disyorkan untuk minum segelas air sejuk beberapa minit sebelum menikmati hidangan anda. Anda akan terkejut melihat perubahnnya. Jom cuba!
9. Makan 5 hidangan yang sikit setiap sehari
Lebih baik anda mengambil lima hidangan yang sikit setiap hari daripada mengambil tiga hidangan yang banyak setiap hari. Contohnya, sarapan pagi yang ringan, snek untuk pagi, makanan tengahari yang ringan, snek petang dan makan malam yang seimbang. Untuk peringatan, snek tidak semestinya makanan yang tidak sihat, cari yang berkhasiat! Oleh itu, rancanglah pemakanan anda lima kali sehari dengan bijak dan lama-kelamaan ia akan menjadi rutin hidup yang sihat.
10. Abaikan komersial produk hilangkan lemak perut
Jangan terpedaya dengan komesial produk yang menjanjikan pil diet, alatan senaman dan yang menggunakan selebriti untuk meyakinkan anda. Semua itu adalah tipu daya sahaja. Cara yang paling berkesan hanyalah dengan tukarkan pemakanan yang sihat dan bersenam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah dengar, berus gigi tetapi masih lagi ada kesan mulut berbau. Ini kerana mungkin terdapat kesilapan ketika memberus gigi. Selain itu, ada juga orang yang memberus gigi tidak berus sepenuhnya kerana selalu tertinggal untuk memberus bahagian yang sukar seperti bahagian belakang gigi geraham.
Terdapat juga mitos yang tidak benar bahawa tertelan flourida yang ada dalam ubat gigi boleh buat anda sakit perut. Disebabkan itu, seorang Doktor Gigi iaitu Dr. Ibrahim Syah berkongsi melalui twitter thread miliknya cara betul menjaga kesihatan gigi.
Ikuti perkongsiannya melalui thread ini:
Penjelasan sebenar konsep ‘Spit Dont Rinse’
Ia sebenarnya bertujuan untuk menggalakkan lebih lama ion flourida berada di permukaan gigi
Ion flourida membantu menyekat bakteria dari membiak dan merosakkan gigi
Jika berkumur dengan air yang banyak selepas memberus gigi dapat mengurangkan kebaikan ion flourida dari ubat gigi
Terdapat cara lain untuk memberus gigi dengan betul
Tunjuk cara betul guna ubat gigi pada berus gigi
Jika guna ubat gigi dengan jumlah yang betul & kalau tertelan tidak mencapai taraf toksik
Berus gigi guna ubat gigi flourida dan tidak perlu kumur dengan banyak kerana mahu kebaikan ion fluorida kekal lama di gigi
Cuba ubah cara lama secara perlahan-lahan untuk jaga kesihatan gigi
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sedih juga bila memikirkan Hugh Jackman sudah tidak lagi membawa watak adiwira rebel kegemaran ramai, Wolverine.
Malah francais X-Men juga dikatakan sudah berkakhir buat seketika selepas pemilikan 20th Fox Century oleh Disney. Namun sinar di sebaliknya kita mungkin akan lihat francais ini akan melalui proses reboot. Sebab itulah nama pelakon baru Taron Egerton disebut sebagai pengganti Hugh Jackman.
Watak Wolverine merupakan antara watak yang paling dikenali dan diminati di dalam skuad X-Men. Jadi tidak hairanlah mengapa ramai lelaki suka dengan karakter ini – dia seorang yang rebel, bersifat penuh maskulin, rugged dan paling penting sekali mempunyai fizikal yang sado dan berotot.
Antara bahagian badan Wolverine yang sering mendapat perhatian ialah lengan serta tangannya yang dilengkapi 3 bilah besi tajam.
Anda juga sebenarnya boleh mendapatkan lengan sado seperti Wolverine dengan syarat melakukan 4 jeni senaman uipper body berikut:
Sebanyak empat latihan yang anda bpoleh lakukan secara rutin untuk membantu anda untuk membentuk otot lengan. Dan nada juga tak harus pandang remah akan diet pemakananan, pastikan ambil makanan bergizi untuk mempercepatkan pembentukan otot lengan.
Berikut merupakan cara untuk anda mampu membentuk dan membesarkan otot lengan anda agar kelihatan tegap dan kekal seksi.
1. Latihan ringan arm circle
Siapa kata latihan membentuk otot lengan hanyalah dengan mengangkat beban berat? Padahal kamu boleh juga berlatih arm circle sebagai latihan asas. Caranya adalah berdiri tegak dan merentangkan tangan lurus ke sisi. Setelah itu pusingkan lengan membentuk huruf o dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali mengikut empat set.
2. Lakukan push up secara rutin
Push up juga adalah sangat baik untuk membentuk otot lengan agar semakin kekar. Lakukan push up asas dengan telapak tangan menempel di lantai. Setelah itu naikkan dan turunkan badan anda dalam posisi lurus. Jadi bukan hanya bahagian pinggul yang akan menaik dan menurun. Lakukan secara bertahap misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30, hingga 50 kali sehari jika sudah terbiasa.
3. Lakukan gerakan concentration curl
Latihan penting lain yang perlu kamu lakukan adalah concentration curl. Tentu anda ingin tahu bukan? Concentration curl adalah latihan angkat beban. Caranya kamu duduk dan merentangkan kaki. Setelah itu lengan diletakkan di depan paha. Lalu angkat dumbell yang ada di hadapan anda. Untuk lebih jelas, kamu boleh melihat gerakannya di Youtube.
4. Lakukan pull up dengan betul
Satu lagi bentuk latihan yang sangat baik untuk membentuk otot lengan adalah pull up. Caranya adalah kamu bergantung pada palang datar. Tangan tegak lurus selaras dengan bahu. Setelah itu angkat tubuh ke atas hingga dada lurus palang yang anda pegang. Latihan ini agak berat. Untuk latihan awal, lakukan 5 kali dulu. Tapi bila sudah biasa teruskan hingga 10 kali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Aktiviti dan kalori yang dibakar / kCal (senaman selama 30 minit)
Lelaki (64 kilogram) Wanita (55 kilogram)
Lelaki Wanita
Berbasikal ( bersiang) 324 279
Berlari (8 km sejam) 280 252
Berlari-lari anak 215 185
Badminton 186 160
Jalan pantas 142 120
Berbasikal (riadah) 123 106
Mop lantai 119 102
Kerja rumah 115 99
Memasak 86 74
Seterika pakaian 63 54
Panduan Kuruskan Badan
1. Cuba elakkan daripada makan secara bufet.
2. Cuba makan perlahanlahan dan ambil masa untuk mengunyah makanan agar cepat kenyang.
3. Jangan makan ketika menonton televisyen.
4. Cuba mulakan makan dengan meminum segelas air atau sup dan makan banyak sayur-sayuran supaya cepat kenyang.
5. Lebihkan minum air jarang jika haus.
Ingatlah air jarang tidak mengandungi kalori dan dengan hanya menggantikan minuman berperisa dengan air jarang kita dapat mengurangkan sekurang-kurangnya 200 hingga 300 kCal sehari.
6. Sediakan makanan ringan berkalori rendah di rumah atau di tempat kerja khusus jika anda perlu menghilangkan rasa lapar.
7. Tingkatkan aktiviti seharian anda dengan menggunakan tangga dan berjalan. Kurangkan penggunaan lif, tangga bergerak dan kenderaan.
Jika tempat pekerjaan anda dekat dengan rumah, anda boleh cuba berjalan atau berbasikal ke tempat kerja.
8. Luangkan masa dengan keluarga pada hujung minggu, cubalah kegiatan sihat seperti menunggang basikal, berlari-lari anak, bermain badminton atau berenang.
9. Anda masih boleh menikmati hidangan makanan kesukaan anda walau ia berkalori tinggi tetapi pastikan anda dapat membakar kalorinya kemudian dengan bersenam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penjagaan yang baik terhadap coolant radiator bukan hanya penting untuk mengelakkan masalah karat pada enjin tetapi juga memastikan prestasi enjin yang optimum dan memperpanjang...