Jendela perpindahan bagi liga-liga di Eropah akhirnya di tutup semalam dengan tumpuan pastinya lebih ke aras Premier League. Antara nama yang paling disebut akan beprindah ialah pemain Newcastle United, Alexander Isak ke pasukan juara bertahan liga, Liverpool.
Pertama sekali, nama Alexander Isak sememangnya cukup sinonim di kalangan peminat bola sepak Inggeris. Dia bukan sekadar penyerang moden dengan rekod klinikal di hadapan gawang, tetapi juga figura yang mencipta pelbagai naratif menarik sepanjang kariernya.
Foto: LFC
Perpindahan dramatik ke Liverpool semalam menjadi puncak kepada sebuah perjalanan yang penuh dengan pencapaian, liku-liku dan momen yang mengukuhkan reputasinya sebagai salah seorang penyerang paling berpengaruh di generasi ini.
Drama sebelum perpindahannya ke Anfield mendapat perhatian global. Isak dilaporkan enggan menyertai sesi latihan pramusim bersama Newcastle United, satu tindakan yang cukup kontroversi.
Desas-desus mengenai janji yang tidak ditunaikan mula tersebar, sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa pintu keluar semakin hampir. Akhirnya, Liverpool tampil dengan tawaran berani bernilai £125 juta, sekali gus memecahkan rekod perpindahan British.
Ads
Foto: LFC
Dengan kontrak enam tahun dan jersi nombor 9 yang ikonik, Isak kini sah bergelar tonggak utama The Reds.
Berikut adalah 10 fakta menarik tentang Alexander Isak:
Ads
Digelar “Swedish Zlatan” – Gaya permainan dan fizikalnya sering dibandingkan dengan Zlatan Ibrahimović.
Debut profesional pada Usia 16 Tahun – Menjadi penjaring termuda dalam sejarah Allsvenskan bersama AIK.
Cabaran di Borussia Dortmund – Pindah ke Bundesliga pada 2017, namun gagal menyerlah di Jerman.
Bangkit di Real Sociedad – Menjadi penjaring utama kelab dan membantu meraih trofi Copa del Rey.
Rekod cemerlang di Newcastle United – Menjaringkan 62 gol dalam 109 penampilan antara 2022 hingga 2025.
Bawa trofi ke St. James’ Park – Menyumbang gol penting untuk kejayaan EFL Cup 2025, menamatkan kemarau 70 tahun.
Rekod gol pantas – Pernah mencatat salah satu gol terpantas dalam sejarah Newcastle United.
Identiti Eritrea-Sweden – Lahir di Solna kepada ibu bapa Eritrea, menjadikannya simbol kejayaan diaspora.
Perpindahan rekod ke Liverpool – Pada 1 September 2025, sah berpindah ke Anfield dengan nilai £125 juta, menjadikannya sebagai pemain termahal Premier League.
Pemain Antarabangsa Sweden – Sejak 2017, menjadi pemain tetap skuad kebangsaan dan muncul dalam PFA Team of the Year musim 2024/25.
Foto: LFC
Kini bersama Liverpool, cabaran baharu menanti. Isak bukan sahaja perlu membuktikan nilai rekod perpindahannya, tetapi juga menggalas tanggungjawab sebagai wajah baharu serangan The Reds.
Dengan profilnya sebagai penyerang moden serba boleh, gabungan fizikal 1.92 meter, teknik halus, serta visi taktikal, Alexander Isak dilihat sebagai pelaburan masa depan yang mampu memberi impak besar di Anfield.
Perjalanannya dari Solna ke Merseyside adalah bukti bahawa disiplin, keberanian, dan keinginan untuk terus maju mampu membawa seorang pemain ke puncak dunia bola sepak.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Optimum dengan melaksanakan latihan ‘bodyweight’ nyata memberi signifikan pada peratusan kecergasan dan keupayaan kendiri. Pergerakan yang minimal namun memberi impak momentum yang maksima pada struktur tubuh agar lebih kental dan berstamina tinggi.
Push up
Latihan yang melatih otot lengan, bahu, dada serta otot di bahagian perut dengan menggunakan tekanan berat badan sendiri. Ringkas dan mudah untuk dilakukan dengan beberapa siri tersendiri dengan kapasiti ruang yang terhad. Latihan ini nyata cukup efektif untuk menghasilkan ruang dada yang bidang lantaran turut cepat membakar sejumlah kalori yang tinggi. Pastikan postur badan adalah betul ketika melakukan tekan tubi ini untuk mendapatkan hasil yang efektif. Letakkan telapak tangan di lantai lantaran rentangkan tubuh ke belakang. Gunakan hujung kaki sebagai fokus untuk menahan tubuh. Turunkan tangan hingga ke paras siku dengan membentuk sudut 90 darjah dan kembali ke posisi awal. Lakukan dalam kadar 15 kali dalam beberapa repitasi.
Crunch
Perut ternyata menjadi bahagian paling sukar untuk diberi fokus kala berhadapan dengan situasi berat badan berlebihan. Adaptasi gerakan crunch dalam setiap latihan kecergasan meskipun ketika berada di rumah mampu untuk memberi tekanan kepada otot perut lantas membakar lemak yang terkumpul. Lakukan dengan gerakan ringkas dengan berbaring lantaran kaki yang dibengokkan diangkat hingga ke paras dada. Lakukan serentak degan mengangkat bahagian dada ke atas sehingga mencecah paras 30 darjah.
Plank
Latihan keseimbangan yang memfokus pada tekanan di bahagian pusat tubuh. Plank melatih otot lengan, bahu, perut dan paha agar memperoleh regangan namun cukup efektif untuk membakar lemak perut dan menghasilkan ‘six pax’. Lakukan dengan membengkokkan kedua tangan di lantai pada paras 90 darjah lantas rentangkan tubuh dengan menggunakan hujung kaki sebagai fokus. Bertahan dalam posisi ‘freeze’ ini selama yang termampu.
Burpees
Struktur pergerakan minimal namun dilakukan dalam momentum tekanan yang tinggi. Garapan kombinasi push up dan melompat yang mencipta fokus pada seluruh otot bahagian tubuh. Efektif dalam membakar kalori dan lemak berlebihan lantas meningkatkan stamina. Bermula dengan melakukan gerakan push up dan diikuti dengan lompatan. Ulang pergerakan yang sama dengan beberapa repitasi.
Squat jump
Fokus terhadap pemusatan pembentukan otot kaki terutama otot pada bahagian betis. Pergerakan ringkas dan minimal namun cukup efektif untuk menghasilkan tenaga dan otot yang kuat. Lakukan dengan hanya berdiri lantas turunkan bahagian pinggul pada paras 90 darjah hingga selari dengan paras bahagian peha. Kemudian berdiri semula sambil melompat secara serentak. Tahan posisi 90 darjah beberapa saat sebelum berdiri semula untuk kesan yang lebih maksima. Ulangi pergerakan ini dalam beberapa repitasi mengikut kemampuan sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Penyakit show off” demikian tulis seorang pengguna Twitter juga memuat naik tweet Hafiz Hamidun berkata penyakit suka menunjuk-nunjuk semakin membarah dalam masyarakat kita.
Malah, Pinot (@_miyaarsad) juga menyertakan beberapa gambar yang dipernah dimuat naik oleh Hafiz bersama dengan ‘harta kemewahan’.
Tweet Pinot yang dimuat naik sejak jam 5.31 petang Rabu telah dikicau 11,155 kali dan disukai 4,593 pengguna laman berkenaan yang juga memberikan pelbagai reaksi terhadap tweet tersebut.
Tidak kurang juga, ada yang mengecam Pinot kerana menimbulkan fitnah dan memalukan dirinya sendiri.
“Maaf cik atau puan, fikir dulu sebelum tweet. Sekarang awak sendiri dah memalukan diri awak sendiri,” kata Dham (@nordhamira).
“Yang aku tak faham sekarang ni, individu yang post ini tak dengki pun. Hahaha! Dia just nak tunjuk balik ciri-ciri orang munafik ini apabila dia berkata dia berdusta. Hahaha! Rata-rata pekomen sekarang cakap individu ini hasad jeles apa semua. Hahaha! Meleis sangat,” kata Fxdz.lie (@jxmbonix).
Bagaimanapun, tampil seorang individu menjelaskan dua gambar yang dikongsikan Pinot itu merupakan gambar ELshape di Melaka, bukannya harta Hafiz seperti yang didakwa.
Sementara itu dalam tweet balas Hafiz berkata, “Alhamdulillah. Semoga hidup awak bahagia dan jiwa awak senang.
“Kalau posting itu buat awak puas hati, I hope you juga sedia tanggung benda fitnah yang orang mengata pasal saya. Assalamualaikum,” katanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pembuat barangan aksesori motorsikal terkemuka dunia berasal dari Itali, GIVI telah memperkenalkan boks terbaru untuk pasaran tempatan, Monolock B32 Bold.
Monolock adalah sistem yang dipatenkan oleh GIVI khusus bagi boks bersaiz kecil dan sederhana yang digunakan untuk motorsikal yang berkapasiti lebih rendah terutamanya 250cc kebawah.
Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee berkata, reka bentuk B32 Bold berkapasiti 32liter ini menginspirasikan gaya terbaru didalam pembuatan produk terbaru ini.
“Sebahagian besar boks GIVI sebelum ini, ‘Polypropylena (PP)’ ialah bahan komponen utama yang digunakan kerana terbukti ianya sangat kukuh dan tahan lama didalam keadaan cuaca terutamanya di Malaysia.
Menggunakan system kunci ‘clack’, ianya memudahkan pengguna dengan hanya sekali ‘klik’ untuk menutup boks tanpa perlu menggunakan kunci. Gabungan pemegang dengan penutup bahagian atas juga memberi kemudahan membuka/ menutup boks.
‘Reka bentuk kotak bersegi sengaja dipilih untuk B32 Bold ini setelah kajian dalaman kami mendapati ianya lebih diminati pengguna sebagai trend terkini berbanding bentuk bujur seperti kebiasaan. Namun ini bukan bermakna bentuk bujur langsung tidak diminati,” katanya pada sidang media memperkenalkan B32 Bold sempena acara ‘Tunggangan Perhargaan Media’ yang bermula dari GIVI Point di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ke Hotel Thistle, Port Dickson.
Seramai 30 pengamal media cetak dan elektronik dan portal telah menyertai konvoi yang julung-julung kali dianjurkan pihak GIVI Asia Sdn Bhd.
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.