Bagi peminat bola sepak khsusnya English Premier League (EPL), pasukan Manchester City pastinya sudah tidak asing lagi. Dianggap sebagai ‘kuasa baharu’ dalam bola sepak Inggeris, Manchester City telah menjuarai 4 kejuaraan liga dalam tempoh 5 tahun.

Di bawah kendalian jurulatih yang dianggap ramai sebagai genius, Pep Guardiola pasukan ini yang mendapat suntikan dana besar dari Abu Dhabi United Group yang dikepalai oleh Sheikh Mansour. Telah banyak bintang-bintang bola sepak terkenal telah disunting dan menyarung pasukan ini.

10 Fakta Tentang Erling Haaland, Pemain Muda Paling Berbakat Di EPL

Terbaru, bintang sensasi yang dianggap sebagai antara pemain muda terbaik di dunia, Erling Haaland telah menyertai Manchester City. Dan kini selepas empat perlawanan liga berlangsung, Haaland sedang mendahului carta penjaring terbanyak dengan enam gol.

Siapakah bintang muda yang diramalkan bakal menjadi salah seorang pemain terbaik EPL dan juga persada dunia ini? Ikuti 10 fakta menarik tentang pemain yang turut menwakili pasukan kebangsaan Norway ini!

IKUT JEJAK AYAH

10 Fakta Tentang Erling Haaland, Pemain Muda Paling Berbakat Di EPL

IKLAN

Menyarung jersi Manchester City merupakan satu perkara yang cukup istimewa buat Haaland. APa tidaknya dia mengikuti jejak langkah bapanya, Alife atau Alf-Inge Haaland yang turut pernah menjadi pemain kelab tersebut.

KELUARGA SUKAN

Haaland datang dari sebuah keluarga yang mempunyai latar belakang sukan cukup kuat. Selain bapanya yang pernah bergelar pemain bola sepak profesional, ibunya Gry Marita Braut merupakan juara kebangsaan heptathlon. Manakala sepupunya, Albert Tjaland dan Jonatan Braut Brunes turut bermain bole sepak secara profesional.

BOLEH WAKILI ENGLAND

Lahir di England secara automatik melayakkan dirinya untuk mewakili pasukan kebangsaan negara tersebut. Namun, Haaland memilih negara kelahiran bapa dan ibunya, Norway diperingkat antarabangsa.

IKLAN

DIGELAR ‘MAN-CHILD’

Pernah mendapat gelaran ‘man-child’ disebabkan saiz fizikalnya yang cukup tinggi. Gelaran tersebut diberikan oleh rakan sepasukannya ketika bermain bola sepak pada zaman remajanya. Haaland kini mempunyai ketinggian 1.94 meter atau 6 kaki 4 inci.

MEMEGANG REKOD DUNIA

Pada usia seawal lima tahun, Haaland memecahkan rekod dunia dengan melakukan standing long jump pada ketinggian 1.63 meter. Menurut laporan International Age Records ia merupakan satu rekod dunia yang baru untuk kanak-kanak berusia lima tahun. Dan rekod itu masih kekal hingga ke hari ini.

JARINGAN KETIKA DEBUT UCL

Sehingga ke hari ini hanya tiga pemain yang menjaringkan gol dalam lima perlawanan pertama mereka dalam UEFA Champions League (UCL). Mereka adalah Alessandro Del Piero, Diego Costa dan Erling Haaland. Pada musim 2019/20 ketika mewakili Red Bull Salburg, Haaland menjringkan sebanyak 8 giol.

IKLAN

PEMAIN IDOLA

Setiap pemain pastinya mempunyai idola mereka tersediri. Bagi Haaland, legenda Sweden iaitu Zlatan Ibrahimovic merupakan pemain yang cukup dia segani.

MENGIKUTI DIET RONALDO

Walaupun mengidolan Zalatan Ibrahimovic, Haaland mengikuti diet seperti yang diambil oleh seorang lagi pemain bintang legenda, Ronaldo.

LAGU ‘RINGTONE’

Kerana begitu obses dengan pertandingan UCL, Haaland telah melakukan tetapan nada dering telefon pintarnya dengan lagu tema kejohanan tersebut.

9 GOL DALAM SATU PERLAWANAN

Pada kejohanan 2019 U20 World Cup, Haaland telah membantu pasukan muda Norway menewaskan Hondoras dengan jariangan 12-0. Dalam perlawanan tersebut Haaland menjaringkan sebanyak 9 gol.

https://www.youtube.com/watch?v=nJdGlV7pSkY

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI