Bola sepak moden pada masa kini pertama kali lahir di bumi England pada tahun 1863. Sejak dari tarikh itu, bola sepak berkembang menjadi sukan paling popular di dunia.
Malah, di negara kita sendiri bole sepak merupakan sukan yang paling popular. Sama ada di peringkat kanak-kanak, remaja, liga amatur dan juga liga profesional ia terus menjadi sukan nombor satu di Malaysia.
Lebih daripada sekadar sukan, bola sepak membentuk komuniti. Setiap pasukan mempunyai penyokong yang berjiwa setia dan bersemangat tinggi, mencipta kelompok sosial yang unik.
Di Eropah, bola sepak bukan hanya satu hiburan hujung minggu – ia menjadi tunjang kepada aktiviti sosial, terutamanya dalam kalangan lelaki. Ia menjadi tempat meluah rasa, membina kepercayaan, dan paling penting, merapatkan brotherhood sesama rakan.
Di tanah air kita, Piala Malaysia merupakan antara kejohanan yang membawa nilai sejarah dan sentimental cukup kuat – bukan sahaja untuk pemain, tetapi juga kepada penyokong. Bahkan, Piala Malaysia adalah kejohanan bola sepak yang tertua di Asia!
Sejarah Piala Malaysia di kalangan peminat bola sepak khususnya mempunyai ikatan yang cukup istimewa. Dan tidak lama lagi, perlawanan akhir yang menemukan dua pasukan handalan iaitu JDT FC dan Sri Pahang FC akan berlangsung bagi merebut kejuaraan edisi yang ke-98!
Kedua-dua pasukan mempunyai perjalanan yang cukup menarik untuk sampai hingga ke peringkat final. Dalam perlawanan akhir seperti Piala Malaysia segala kelebihan yang ada pada kertas tidak lagi menjadi penentu segala.
Buat penyokong kedua-dua pasukan, brotherhood di kalangan setiap genap kelab penyokong mahupun peringkat umur akan teruji untuk memberikan sokongan terbaik buat pasukan masing-masing.
Semestinya final pada kali ini memberikan satu momen cukup bersejarah buat kedua-dua kelab jagoan seperti JDT dan Sri Pahang FC!
Berikut MASKULIN kongsikan 10 sebab mengapa perlawanan bola sepak seperti Final Piala Malaysia boleh menjadi penguat ikatan brotherhood lelaki jadi lebih mantap!
Ads
1. Emosi Yang Dikongsi Bersama
Ketika pasukan kesayangan menjaringkan gol kemenangan atau mengalami kekalahan menyakitkan, emosi yang dialami itu dirasai bersama. Tangisan, sorakan dan pelukan spontan, semua ini menjadi pengikat emosi yang merapatkan hubungan brotherhood.
2. Topik Perbualan Tanpa Henti
Bola sepak memberi lelaki satu topik yang tak akan habis dibahaskan. Bermula dari strategi pengurus, prestasi pemain hingga sejarah kelab. Ia membuka ruang perbualan yang sentiasa hidup, tidak kira usia atau latar belakang.
3. Aktiviti Bersama Yang Konsisten
Menonton perlawanan setiap minggu, bermain futsal selepas kerja atau mengikuti liga fantasi. Kesemua aktiviti semua ini aktiviti konsisten yang secara tidak langsung memperkukuhkan semangat setia kawan.
4. Semangat Kesetiaan
Lelaki yang menyokong sesebuah pasukan akan setia dengan pasukan tersebut seumur hidup. Semangat kesetiaan ini juga wujud dalam persahabatan yang terbina daripada sokongan terhadap pasukan yang sama.
Ads
5. Rivalry Yang Sihat
Persaingan antara penyokong dua pasukan berbeza sering mencetuskan banter dan usikan yang akhirnya menjadikan hubungan lebih erat. Asalkan ia sentiasa ada sempadan dan mutual respect atau hormat.
6. Saling Melindungi Dalam Komuniti Penyokong
Dalam komuniti penyokong, ada semangat ‘kita jaga kita’. Sama ada di stadium atau di kedai mamak, lelaki saling melindungi dan memastikan keselamatan satu sama lain. Ini juga salah satu bentuk brotherhood yang nyata.
7. Tradisi Dan Nostalgia
Bola sepak merupakan sukan yang sentiasa ada nostalgia tersendiri. Setiap lelaki pasti ada momen kenangan saat kecil seperti bermain dengan ayah atau abang, hingga ke saat remaja menonton perlawanan akhir Piala Malaysia dengan rakan-rakan. Nostalgia ini mengikat hati-hati lelaki dalam satu cerita kolektif.
8. Peluang Berkerjasama
Dalam pasukan bola sepak, sama ada secara profesional atau sosial lelaki belajar untuk bekerjasama, mempercayai satu sama lain dan bergantung pada kekuatan sesama pemain. Tidak kiralah pasukan amatur atau profesional!
Ads
9. Ekspresi Maskuliniti Sihat
Bola sepak membenarkan lelaki mengekspresikan emosi. Sama ada marah, gembira, bangga, kecewa boleh diserlahkan dalam suasana yang diterima oleh masyarakat. Ini membantu dalam membina hubungan yang lebih terbuka dan jujur.
10. Kebersamaan Dalam Perjuangan
Menyokong pasukan yang sering kalah tetapi tetap setia – itulah simbolik struggle yang dikongsi. Ia membina nilai perjuangan bersama dan mencipta hubungan yang lebih mendalam berbanding hanya berkongsi kegembiraan.
Jadi, tidak hairanlah jika bola sepak menjadi nadi dalam kehidupan sosial lelaki – bukan hanya di Eropah tetapi juga di Malaysia. Ia bukan sekadar permainan, tetapi satu pengalaman hidup yang menyatukan jiwa-jiwa lelaki dari pelbagai latar belakang.
Jangan lupa saksikan Final Piala Malaysia pada 26 April 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 9 malam.
Perlawanan epic di antara dua pasukan, JDT vs Sri Pahang FC. Saksikan di Astro Arena CH801, Astro Arena Bola CH803 atau muat turun aplikasi sooka.
Pasukan manakah yang bakal menjulang piala penuh prestij, Piala Malaysia? Nantikan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.
Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat.
Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
ANTARA 3 cara menjadi “magnet” rezeki:
1. Solat Sunat Dhuha
Solat sunat Dhuha termasuk dalam kandungan Hadith Rasulullah s.a.w sebagai amalan yang digalakkan untuk diamalkan. Mengikut kajian, Solat Sunat Dhuha yang dilakukan pada awal pagi hari mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri.
Individu yang sentiasa mengamalkan Solat sunat Dhuha akan lebih cenderung dan berkebolehan berkomunikasi dengan hebat dan mampu menjadi “magnet rezeki.” Rezeki akan lebih mudah mendekati mereka (dengan izin Allah).
2. Banyakkan Bersedekah
Percayalah bahawa semakin banyak kita bersedekah, semakin Allah menambahkan rezeki kita. Sedekah dan zakat mempunyai rahsia tersendiri di mana ia dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima. Maka, jangan takut atau kedekut untuk bersedekah (mengikut kemampuan).
Lagipun, belum pernah kita terdengar orang muflis sebab bersedekah.
Pegang prinsip bersedekah umpama menabung untuk saham akhirat nanti. Pahala yang terhasil dari amalan sedekah semakin hari semakin subur dan berpanjangan tanpa henti. Bersedekahlah dengan tulus ikhlas tanpa mengungkit-ungkit dan jauhkan diri dari bersedekah untuk mendapat nama. Peganglah prinsip “tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.”
Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap amalan dan usaha yang telah dilakukan haruslah diiringi dengan doa dan kemudiannya bertawakal kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah agar memurahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki kita seluas-luasnya. Terdapat masa dan ketika di mana ia dikatakan waktu yang amat mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah:
Doa orang yang teraniaya
Doa selepas solat 5 waktu
Doa waktu antara 2 khutbah Jumaat
Doa waktu solat dhuha
Doa diwaktu berjemaah
Doa seorang ibu
Doa ketika sedang sujud
Gunakanlah sebaik-baiknya senjata orang Mukmin ini. Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan setiap doa kita supaya hidup lebih diberkati. Apabila hidup kita diberkati, maka mudahlah rezeki mengalir kepada kita. Insya-Allah.
Ebenezer Place adalah antara jalan yang paling unik di dunia memandangkan ia merupakan laluan yang terpendek dengan panjangnya hanya kira-kira dua meter sahaja.
Lokasi Ebenezer Place terletak di bahagian utara Scotland serta bersebelahan dengan Sungai Wick.
Selain daripada itu, Ebenezer Place juga turut mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Record pada 7 Mac 2014 lalu berikutan memiliki laluan hanya sepanjang 6.9 kaki atau kira-kira 2.06 meter.
Sebelum ini, jalan paling pendek di dunia terletak di Elgin Street dengan panjangnya sekitar 5.2 meter sahaja.
Apa yang menarik mengenai jalan ini adalah hanya terdapat satu alamat yang berdaftar di bawah laluan tersebut iaitu sebuah bistro yang merupakan sebahagian daripada Mackays Hotel yang dibangunkan sejak tahun 1883.
Menurut sejarah, nama Ebenezer di ambil bersempena dengan nama pemilik hotel tersebut dan dijadikan nama rasmi laluan berkenaan sejak tahun 1887.
Difahamkan, orang ramai hanya mengambil masa kira-kira lima saat untuk melalui jalan tersebut. – amusingplanet.com
Isu mencampurkan bahan pencuci dan juga peluntur sebenarnya sudah lama diperkatakan. Risiko yang dibawa jika terhidu dalam jangka masa lama hasil gabungan dua bahan ini boleh membawa maut.
Namun masih ramai yang sama ada tidak tahu atau tidak cakna akan risiko yang bahaya ini. Malah kita kerap kali membaca berita tentang individu yang mengalami sesak nafas sehingga dikejarkan ke wad kecemasan akibat terhidu bahan tersebut.
Tindakan mencampurkan bahan peluntur (seperti Clorox) dan bahan pencuci lain (stain remover) merupakan kombinasi yang cukup bahaya. Campuran dua bahan ini boleh menyebabkan terhasilnya gas yang sangat bahaya.
Selain bahan pencuci seperti stain remover, peluntur juga tidak boleh dicampurkan dengan beberapa jenis cecair pencuci lain seperti pernah dinyatakan oleh Public Health Malaysia.
Berikut merupakan beberapa kombinasi campuran yang sangat bahaya.
Cacair Peluntur + Ammonia = Gas Kloramin Terhidu gas kloramin boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan radang paru-paru.
Cecair Peluntur+ Cuka = Gas Klorin Pendedahan kepada gas klorin menyebabkan sakit dada, muntah, dan juga kematian.
Cecair Peluntur + Alkohol = gas kloroform Bernafas dalam kloroform boleh menyebabkan keletihan, pening, dan pengsan.
Foto: Public Health Malaysia
Apatah lagi tidak lama lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Ramai yang sudah merancang untuk membersihkan segenap ruang di dalam dan luar rumah. Jadi elakkan melakukan campuran bahan-bahan ini demi keselamatan anda.
Bagaimana nak kenal pasti sama ada anda keracunan gas atau tidak? Kebiasaannya mereka yang terhidu gas bahaya seperti ini akan menunjukkan simptom seperti:
Batuk-batuk
Sesak Nafas
Sakit dada
Pedih bahagian dalam tekak
Loya
Muntah
Pening kepala
Berwaspadalah dalam melakukan sebaran campuran. Jika tiada kemahiran khusus atau tidak tahu janganlah memandai buat ya. Nanti tak tentu fasal pula anda kena beraya di hospital!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ingin larian jarak jauh terasa lebih mudah dan efisien? Ketahui 10 langkah strategi long run yang membantu pelari beginner dan profesional berlari lebih jauh tanpa cepat penat.