Stres boleh dialami apabila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.
Jika anda fikir stres hanya menyerang orang dewasa, tanggapan anda silap kerana stres juga boleh dialami oleh kanak-kanak, golongan remaja dan warga emas.
Secara umumnya, tahap stres seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.
Begitu juga dengan tanda-tanda stres, ia juga tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain.
Ads
Jadi untuk mengenalpasti sama ada anda sedang mengalami fizikal stres, semak 10 tanda-tanda yang dikongsikan Public Health Malaysia ini.
Jika ada tanda-tanda, tiba masanya untuk anda tenangkan diri dan berehat!
Pada permulaan, stress membantu anda untuk fokus, lebih bertenaga dan lebih alert. Contohnya semasa menghadapi peperiksaan, stress membantu untuk anda lebih belajar dengan lebih tekun.
Tetapi dalam keadaan yang berterusan, ia bukanlah sesuatu yang baik untuk tubuh anda. Sekiranya stress berpanjangan, anda akan mula mengalami gejala gejala fizikal seperti sakit kepala, sakit tengkuk dan bahu, tegang otot dan sakit pinggang.
Siapa kata kesibukan di tempat kerja menjadi faktor kekangan masa untuk anda bersenam? Banyak teknik senaman mudah dan memerlukan ruang serta masa yang singkat boleh anda lakukan selepas pulang. Senaman tanpa menggunakan beban iaitu hanya dengan pergerakan mengangkat beban diri sendiri antara yang boleh anda amalkan selalu.
Senaman ini boleh dilakukan di mana –mana, baik di rumah, luar rumah atau jika di gim semua mesin dan alatan telah digunakan orang lain. Senaman tanpa menggunakan beban asalnya digunakan untuk initialstage atau permulaan asas bagi ke peringkat seterusnya dalam latihan kekuatan (strengthtraining). Selain itu, latihan tanpa bebanan juga digunakan untuk tujuan rehabilitasi oleh atlet-atlet sebelum ke peringkat seterusnya.
Terdapat beribu-ribu senaman tanpa menggunakan beban. Jadi anda tidak ada alasan untuk tidak bersenam sekiranya anda sibuk dan tidak ada masa untuk ke gim. Jawapan terletak di tangan anda. Pilihlah senaman yang sesuai dengan keupayaan anda, objektif dan misi anda.
Senaman Tekan Tubi
Otot utama yang berfungsi semasa senaman tekan tubi adalah petrolis major, walaupun nampak mudah tetapi sekiranya dilakukan mengikut ulangan dan pergerakan yang betul, ia satu senaman yang berkesan.
Otot lain yang turut berfungsi semasa senaman ini adalah front deltoids dan juga tricep. Selain itu juga, absdominal anda turut berfungsi untuk mengekalkan kestabilan tubuh anda. Tahukah anda, semasa anda membuat tekan tubi, anda telah mengangkat 75% daripada keseluruhan berat anda berdasarkan kajian daripada National Strength and Conditioning Association.
Tip untuk tekan tubi
-Tubuh anda sepatutnya lurus daripada tumit sehingga kepala
-Rapatkan kaki anda tanpa menjarakkan.
-Keraskan abdominal dengan kuat seolah-olah anda akan di tumbuk
-Tangan anda lurus semasa posisi permulaan dan tapak tangan anda selebar bahu anda.
-Rendahkan badan anda perlahan-lahan sehingga dada anda hampir mencecah permukaan lantai dengan menarik nafas.
-Tolak tubuh anda ke posisi permulaan dengan menghembus nafas.
-Pastikan anda sentiasa keraskan (contract) abdominal anda, oleh itu tubuh anda akan sentiasa lurus.
-Kepala anda sepatutnya lurus sama seperti posisi permulaan sehingga posisi akhir.
Tahap Tekan Tubi
1-Modified pushup
2-Incline pushup
3-Pushup
4-Stacked feet pushup
5-Decline pushup
6-Push up with feet on swiss ball
7-Single leg decline pushup
8-Bosu pushup
9-Swiss ball pushup
10-Weighted pushup
Senaman Inverted row
Otot utama yang berfungsi semasa senaman ini adalah middle and lower traps, rhomboid major dan rhomboids minor. Selain itu, upper traps, deltoids dan rotator curf adalah otot yang akan membantu dalam pergerakan senaman ini.
Tip senaman Inverted Row
-Pastikan tubuh anda lurus dari kaki sehinggalah kepala
-Bergantung kepada bar dengan tangan lurus.
-Jika tangan anda bengkok semasa menarik badan anda ke atas, itu adalah tanda upper back dan biseps anda lemah.
-Cuba untuk menstabilkan tubuh anda dengan lurus semasa menarik tubuh anda ke atas.
-Hembus nafas anda semasa menarik tubuh anda ke atas dan tarik nafas anda semasa melepaskan tubuh anda ke bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Amalan bersahur sangat penting bagi membekalkan kita tenaga ketika berpuasa. Kita disarankan mengambil makanan dan minuman yang terbaik ketika bersahur bagi mengelakkan kita lapar di siang hari.
Ketika bersahur, ada juga yang gemar minum kopi dan mengambil makanan manis. Namun pengambilan makanan dan minuman ini masa bersahur boleh menyebabkan kita cepat haus dan penat sepanjang berpuasa.
Agar kita sentiasa bertenaga, pastikan anda elak dua pengambilan makanan dan minuman ini masa bersahur. Penjelasannya boleh anda baca menerusi perkongsian Doktor Kamarul Ariffin ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penjagaan makanan yang sihat dan seimbang penting agar setiap lelaki dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Bila badan sihat, akan terpancarlah wajah yang ceria.
Namun jika pemakanan tidak dijaga rapi, penampilan diri akan nampak lesu dan tidak bermaya.
Untuk mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang, ada sembilan jenis makanan dan minuman yang perlu anda elak dalam diet harian.
Percayalah jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan di kemudian hari.
Seperti yang kita semua tahu, minuman berkarbonat adalah sejuk, segar, manis dan boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin tidak sedar yang anda telah mencetuskan kebergantungan dan ketagih terhadap minuman berkarbonat.
Minuman berkarbonat ini hampir tidak mempunyai khasiat. Oleh itu, ia perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian anda. Tambahkan pengambilan air putih, teh hijau serta jus buah-buahan dalam diet harian anda.
Seperti minuman berkarbonat, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Sama ada kopi O atau kopi susu rendah kalori. Kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesan kopi O tanpa menambah susu, krimer atau gula.
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di bleached dan kehilangan khasiat berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
Roti keju yang besar dan mufin bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan baik untuk diet harian. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi. Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa sama ada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak.
Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Makanan dan minuman jenis ini yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu, anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi adakah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi?.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan. Pengambilan makanan dan minuman jenis ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini atau lebih baik cuba elak kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori tinggi.
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
Setiap makanan goreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu atau makanan digoreng dengan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepsi.
Siapa yang tidak suka burger dan kentang goreng bukan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak dan jarang mempunyai vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada satu hingga dua kali sahaja setiap bulan.
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah buah semula jadi dan segar daripada buah-buahan yang diproses seperti ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dibintangi oleh Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, musim baharu 'Andai Itu Takdirnya 2' ini hadir dengan cerita yang jauh lebih matang, lebih realistik dan penuh tekanan emosi.