Program realiti paling ikonik Malaysia, Dewi Remaja kembali dengan edisi ulang tahun ke-40 memperkenalkan 12 finalis baharu.

Dengan tema Pesonakan Bintangmu, musim kali ini menjanjikan pengalaman tontonan lebih segar, sarat inspirasi dan dekat di hati penonton Malaysia.

Program utama Dewi Remaja 2025 akan mula bersiaran pada 10 Oktober 2025, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) serta strim di Astro GO dan sooka, manakala malam finale akan berlangsung pada 28 November 2025.

Selain itu, penonton turut dihidangkan dengan kandungan eksklusif seperti Diari Dewi Remaja (6 Oktober – 24 November, setiap Isnin, 11 malam) yang memaparkan sisi peribadi finalis serta Kapsul Dewi Remaja (9 Oktober – 27 November, setiap Khamis, 10.55 malam) yang memberi sorotan momen mingguan.

12 Finalis Baharu Sedia Serlah Pesona di Dewi Remaja 2025

Format baharu ini menjadikan tontonan lebih menyeluruh merentasi kaca TV, digital dan media sosial.

Barisan Juri Tetap & Jemputan

Barisan juri tetap tahun ini terdiri daripada dua nama besar dalam industri hiburan tanah air.

Nabila Huda, pelakon prolifik dengan gelaran Ratu Versatil Malaysia, membawa ketelitian dalam menilai keaslian, karisma dan daya tahan finalis.

Sementara itu, Kamal Adli, pelakon popular yang berpengalaman luas, melengkapkan barisan juri tetap dengan perspektif maskulin, sekali gus bertindak sebagai mentor semula jadi buat para peserta.

Menambah keunikan, musim ini turut menampilkan juri jemputan daripada barisan alumni Dewi Remaja, memberikan inspirasi terus kepada finalis.

Ads

Menurut Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria, edisi kali ini lebih daripada sekadar hiburan kerana turut menekankan pembangunan diri dan nilai inspirasi.

12 Finalis Baharu Sedia Serlah Pesona di Dewi Remaja 2025

“Apa yang penting bukan sekadar angka tontonan, tetapi bagaimana program ini memberi kesan positif kepada generasi muda,” jelasnya.

Beliau turut menambah bahawa finalis akan diuji dari segi mental, emosi dan kreativiti supaya mereka berani keluar dari zon selesa dan membentuk identiti unik masing-masing.

12 Finalis Dewi Remaja 2025

Finalis kali ini hadir dengan latar belakang pelbagai yang mencerminkan wajah sebenar remaja Malaysia.

Antara mereka ialah Dheper, 23 (Pulau Pinang), seorang pelajar psikologi dan ratu cantik antarabangsa, Nylea, 23 (Selangor), penari etnik Sabah & Sarawak, Camelia, 24 (Kuala Lumpur), pelakon muda sejak usia 18 tahun dan Marisa, 20 (Kuching), finalis termuda dengan cita-cita menjadi usahawan fesyen.

Ads

Turut bersaing ialah Elisa Chew, 21 (Pulau Pinang) yang tabah menyara keluarga, Teya, 25 (Kuala Lumpur) seorang model bebas, Suhaila, 24 (Selangor) berpengalaman dalam teater, serta Ariana, 23 (Kuala Lumpur) bekas pemain bola sepak kebangsaan dan penyanyi jazz.

Melengkapkan senarai ialah Ellysa Ramlee, 19 (Selangor) dengan bakat seni peragaan dan lukisan, Sharmaine, 25 (Sabah) graduan undang-undang, Nelysa Kay, 22 (Selangor) penyanyi dan penerbit muzik, serta Fittri, 24 (Selangor) yang membawa semangat daya tahan luar biasa.

12 Finalis Baharu Sedia Serlah Pesona di Dewi Remaja 2025

Menurut Fiezreen Ahmad, Ketua Bahagian New Gen & Men’s merangkap Editor Pengurusan Remaja, edisi kali ini membuktikan keutuhan jenama Dewi Remaja yang terus berkembang.

“Lebih empat dekad lalu, Dewi Remaja menjadi titik mula ramai nama besar. Tahun ini, kami meraikan legasi itu dengan format baharu yang lebih dinamik,” jelasnya.

Beliau menegaskan finalis kali ini bukan sekadar cantik, tetapi juga memiliki kisah hidup, bakat dan nilai inspirasi yang membanggakan.

Ads

Sokongan Rakan Telco Rasmi

12 Finalis Baharu Sedia Serlah Pesona di Dewi Remaja 2025

Edisi ulang tahun ke-40 ini turut mendapat sokongan redONE Mobile sebagai rakan telco rasmi.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen mereka untuk mendekati generasi muda, selaras dengan usaha memperkasa bakat baharu tanah air.

Sejak edisi pertama, Dewi Remaja telah melahirkan ramai bintang besar antaranya Scha Al-Yahya (2005/06), Noor Neelofa (2009/10), Raysha Rizrose (2014/15), Shaza Bae (2019), Tracie Sinidol (2022) dan Nurel Baharin (2023).

Dengan format baharu, barisan juri berwibawa dan finalis serba boleh, Dewi Remaja 2025 bakal menandakan era baharu dalam pencarian wanita muda paling berprestij di Malaysia.

Jangan lepaskan episod pertama pada 10 Oktober 2025, jam 10 malam hanya di Astro Ria (saluran 104), Astro GO dan sooka.

BACA LAGI : Bukan Sekadar Drama, ‘Generasi: Perfect 10’ Angkat Semangat Atlet Malaysia

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads