Kalau selalu kita dengar orang bela kucing, anjing, hamster dan paling pelik orang bela ular la kot. Tapi dekat Nigiria ni betul-betul rare. Sekumpulan lelaki yang dikenali sebagai Gadawan Kura di kalangan penduduk tempatan turut memelihara haiwan liar sebagai bintang peliharaan mereka.
Tujuan mereka membela dubuk-dubuk ini adalah sebagai haiwan peliharaan adalah sebagai suatu simbolik kekuatan kumpulan mereka kepada masyarakat dan pihak lawan mereka di sana.
Dubuk merupakan sejenis haiwan liar yang ganas yang banyak terdapat di negara-negara di Afrika. Haiwan ini terkenal dengan jeritannya yang seperti suara orang ketawa. Suara ketawa ini boleh kedengaran sehingga jarak 5 km.
BERDENGKUR MEMANG SINONIM DENGAN LELAKI.RATA-RATA BERPENDAPAT KEPENATAN BEKERJA JADI PENYEBAB MEREKA BERDENGKUR
Ada yang beranggapan berdengkur bukan satu masalah ataupun pekara besar,apatah lagi dianggap sebagai penyakit. Malah melalui kajian yang pernah dijalankan,1:3 orang dewasa berdengkur dan kebanyakannya ialah golongan lelaki dari usia pertengahan ke atas dan individu bersaiz besar.
Dengkur ialah bunyi pernafasan yang terhasil daripada aliran udara ke atas tisu dalam kerongkong yang sedang berehat.Ia menyebabkan tisu dalam kerongkong tisu bergetar dan menghasil kan bunyi yang kuat dan kasar ketika tidur.
Ini disebabkan ketika tidur, otot pada lelangit lembut, iaitu bahagian lembut di hujung lelangit berhampiran tekak mempunyai tisu lembut yang kelihatan tergantung dipanggil uvula.
Apabila tisu dalam kerongkong ini berada dalam keadaan rehat,ia bergetar dan boleh menghalang laluan udara.Manakala keadaan lelangit lembut yang tebal dan rendah serta pembesaran tonsil boleh manyebabkan laluan udara menjadi sempit.
Semakin sempit laluan udara ini, ia menjadi semakin sukar dan membentuk tekanan yang tinggi mangakibatkan getaran akan bertambah dan menyebabkan bunyi dengkuran yang kuat.
Antara punca berdengkur yang dikenal pasti ialah bentuk mulut. Ini kerana jika seseorang itu memiliki lelangit lembut yang terlalu rendah, ia merupakan faktor yang menghalang saluran udara.
Selain itu ada yang berpendapat berdengkur disebabkan oleh faktor keturunan, gaya hidup, kesihatan dan juga persekitaran.
Walaupun masalah ini tidak begitu ketara (kecuali pada waktu tidur), berdengkur boleh menjejaskan mutu hidup terutamanya dengkuran berbunyi lebih kerap dan kuat.Masalah bardengkur jika tidak di rawat, dikhuatiri akan membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti diabetis,tekanan darah tinggi,penyakit jantung dan strok
Lebih membimbangkan jika dengkuran anda merupakan gejala apnea gangguan tidur yang boleh membawa maut jika tidak dirawat.Dengkuran akibat masalah pernafasan terhenti seketika 10 saat.
Apabila badan mengalami masalah kekurangan oksigen dan berlebihan karbon dioksida ia akan menyebabkan dengkuran kuat mempunyai rentak tertentu.Dalam keadaan serius, tisu kerongkong yang melendut akan menutup saluran udara dan secara tidak langsung ia memberhentikan pernafasan.
Berdengkur setiap malam apa pun kedudukan sedang tidur, memerlukan pemeriksaan doktor yang boleh mencadangkan rawatan yang bersesuaian. Rawatan yang betul dapat menhalan dan memperbaiki (reverse) kesan Apnea.
Jenis rawatan bergantung kepada tahap dengkuran seseorang.Ia dikelaskan megikut pandangan pasangan seperti:
Jika anda antara ribuan yang berhadapan dengan masalah dengkuran, anda boleh menghentikan kebiasaan ini dengan melakukan beberapa perubahan. Ini termasuklah:
Kurangkan berat badan jika anda termasuk dalam golongan obes. Dalam kebanyakan kes, kegemukan adalah punca paling lazim menyebabkan orang berdengkur.Ini kerana mereka yang obes memiliki jaringan leher yang tebal, menyebabkan munculnya risiko berdengkur.
Tidur secara mengiring. Bunyi dengkur terjadi ketika lelangit, tekak, tonsil dan otot saling bersentuhan sehingga menimbulkan bunyi getar. Tidur telentang juga manyebabkan lidah tergelincir, menyepit dan menghalang laluan udara.
Elakkan memakan ubat tidur atau minum beralkohol sebelum tidur. Ini kerana alkohol bertindak sebagai sedatif yang merehatkan otot kerongkong. Kesesakan saluran pernafasan yang kronik juga boleh memburukkan keadaan.
Secara alternatifnya, anda boleh mengurangkan dengkuran dengan menyedut wap air sebelum tidur. Ini kerana hidung tersumbat juga antara faktor yang menyebabkan individu berdengkur. Menyedup wap juga berupaya menghilangkan lendir yang menyebabkan tersumbat.
Mengubah gaya hidup dapat membantu mengurangkan masalah berdengkur. Jika ia masih tidak berjaya, doktor akan mencadangkan beberapa kaedah lain iaitu pembedahan pada kerongkong secara tradisional atau laser untuk meluaskan laluan udara dan mengurangkan getaran tisu. Alat bantuan pergigian juga boleh digunakan bagi membetulkan kedudukan lidah dan langit-langit supaya laluan udara terbuka, sekali gus membantu mengelakkan masalah berdengkur
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
ANAK SULUNG SANGAT DIPERCAYAI Dalam kehidupan, anak sulung ni ibarat pengalaman pertama buat mereka yang mendirikan rumah tangga. Jadi, banyak perkara yang hendak dilakukan atau dihadapi oleh anak sulung, turut menjadi satu kerisauan buat para ibu bapa. Sama ada dalam hal memandu kenderaan, atau masuk ke alam universiti, atau ke alam pekerjaan mahupun perkahwinan, kebanyakan ibu bapa sangat berhati-hati.
Naluri mereka sebagai anak sulung dalam keluarga telah membuatkan mereka yakin mereka mampu untuk menjadi ‘leader’. Hatta, kadangkala dalam pergaulan sekalipun, biarpun dalam kelompok yang lebih berusia, mereka mampu didominasi oleh karakter anak sulung tadi. Kebanyakan anak sulung YAKIN mereka boleh berdikari dan melakukan banyak perkara tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Mereka pasti suka jika diberikan ayat seperti, “Abang, boleh tolong bank in kan bla..bla..”, “Kakak, tolong mama sekian sekian…”. Mereka akan cuba untuk buktikan merekalah yang terbaik.
Jadi, kadangkala apabila ibu bapa mahupun insan lain yang cuba untuk mengatur itu dan ini, dan jika perkara itu kelihatan tidak diberikan kepercayaan, mereka akan menjadi tertekan. Sebagai contoh, pengalaman pertama mereka memandu kenderaan. Ada sesetengah yang tidak suka dikritik sebelum melihat terlebih dahulu mereka memandu. Oleh itu, BERIKAN KEPERCAYAAN. Kurangkan sedikit perasaan ragu-ragu dan terlalu bimbang. Mereka boleh lakukannya! Percayalah.
PENTINGKAN ORANG SEKELILING Sebagai anak sulung, mereka ibarat menyambung HARAPAN ibu dan ayah yang perlu direalisasikan. Ibarat cerita dongeng yang sudah siap 80%, 20 % bakinya mereka merasakan merekalah yang perlu menyudahkannya. Biarpun kadangkala perkara itu terpaksa untuk menyebabkan beberapa harapan sendiri terkorban. Seringkali dalam hidup mereka, keputusan yang bakal dilakukan itu mengambil kira 360 darjah insan terpenting dalam hidup mereka. Jika insan terpenting ialah ahli keluarga dan ibu bapa, maka kepentingan untuk mengutamakan ibu bapa dan keluarga lah yang akan mendominasi keputusan anak sulung tadi.
Bukan apa, mereka cuma tidak mahu menyusahkan insan terpenting dalam hidup mereka. Menyusahkan ini dalam erti kata menyebabkan orang lain menjadi terbeban dengan keputusan yang bakal diambil. Banyak perkara yang dibuat perlu mengambil kira kebahagiaan insan terpenting sebelum diri sendiri. Biarpun terluka, namun kebahagiaan itu ialah apabila melihat insan terpenting dalam hidup mereka bahagia.
TIDAK DILIHAT LEMAH Rata-rata karakter anak sulung kelihatan seperti ceria dan suka menghiburkan orang lain. Namun, dia menyimpan sejuta satu rahsia yang hanya akan diceritakan hanya kepada insan-insan terpilih sahaja. Banyak kisah privasi sendiri yang dipendam; tidak diceritakan kepada sesiapapun hatta ibu dan bapa sendiri. Kadangkala nampak seperti kayu atau batu kerana tidak pandai untuk mempamerkan perasaan kasih sayang. Ada masa mereka akan menjadi keanak-anakan.
Apa yang paling penting, mereka tidak mahu dilihat lemah oleh ibu bapa, dan adik-beradik yang lain. Luaran nampak macho, tapi dalam hati ada taman. Mereka sebenarnya cuba untuk melakukan sesuatu yang boleh membahagiakan insan sekeliling, namun mungkin disebabkan ego mereka ini, mereka dilihat kurang romantis dalam perhubungan. Jadi kepada yang ada abang atau kakak yang tak reti nak bermanja-manja, mereka bukan tak suka atau tak sayang. Tapi, control macho gitu. Haha. Hakikatnya, mereka sangat sayangkan korang. Cubalah sesiapa menyentuh sensitiviti berkenaan keluarga, memang berapilah. Dan, mereka sangat protective keluarga sendiri.
SANGAT BERTANGGUNGJAWAB Semakin membesar, anak-anak sulung sebenarnya sedang menggalas expectations daripada insan sekeliling terutama ibu dan bapa. Semasa proses membesar, mereka kerap diceritakan dengan kisah-kisah kesusahan ibu bapa, kisah-kisah kejayaan orang lain, mungkin juga kisah-kisah kejayaan ibu bapa sendiri. Perkara-perkara ini menjadi suatu motivasi untuk mereka berusaha meraih apa yang dihasratkan. Namun begitu, kadangkala kita sebagai insan terdekat kurang memberi sokongan.
Kadangkala apabila kita terlalu meletakkan expectation semata-mata, sedangkan tidak mampu digalas pun oleh anak sulung tadi, maka ia boleh menjadi penyebab kepada tekanan dalam diri. Mereka akan berfikir bahawa mereka telah mengecewakan perasaan orang lain seterusnya merasakan kekurangan dalam diri mereka. Sebaliknya, jika kita kurang untuk meletakkan expectation, namun banyakkan sokongan, mereka pasti akan berasa sedikit kebebasan dalam membuat sebarang pilihan dalam hidup. Ingatlah, bahawa KITA BUKAN TUHAN yang berhak mengaturkan itu dan ini. Sebaliknya, kita hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja. Selebihnya, TAWAKKAL kepada TUHAN. Perkara inilah yang seringkali kita tersilap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berdiri dan melakukan senaman bicep curl adalah ubat terbaik untuk mereka yang demamkan bicep yang besar! Senaman asas ini mengaktifkan semua gentian otot biceps anda supaya bekerja untuk menaikkan beban yang anda gunakan.
Form terbaik adalah apabila anda tidak menghayun badan. Statikkan kedudukan siku, dan hanya gunakan bicep apabila mengangkat barbell. Tahan di atas untuk seketika supaya dapatkan peak contraction, dan turunkan perlahan-lahan sehingga anda dapat keraskan tricep anda!’
2- DUMBBELL CURL
Dumbbell curl menggabungkan pergerakan hammer curl dan standard curl. Gabungan ini memberi satu gerakan tambahan iaitu supination, dan gerakan ini akan memberi lebih impak pada otot biceps anda! Fungsi biceps bukan sekadar untuk membengkokkan siku, tetapi untuk memusingkan tapak tangan sekali.
Cuba angkat selang seli kiri-kanan-kiri-kanan. Gunakan beban yang anda tidak perlu hayun untuk menaikkannya. Mulakan dengan dumbbell berada di sisi dan menghala ke arah sisi peha, angkat dan pusingkan tangan anda supaya dumbbell menghala ke arah belakang!
3- HAMMER CURL
Mereka yang inginkan kekuatan cengkaman yang kuat harus lakukan senaman ini! Bukan sahaja itu, malah biceps anda akan kelihatan lebih besar dan flow cantik daripada tumbesaran otot brachialis dan brachioradialis daripada forearm.
Variasi ini lebih kurang seperti dumbbell curl biasa, cuma tiada pusingan tapak tangan. Fokus untuk mengangkatkan beban straight sahaja dengan menggunakan pergerakan pada siku. Tanpa perlu menghayun badan, cuba habiskan 10 rep 4 set dan rasa macam mana burn pada tangan anda!
4- SUPINATED BARBELL ROW
Barbell row biasa, anda akan grip double overhand. Dengan menukar grip kepada underhand ataupun supinated, anda mampu memberi lebih kesan pada biceps. Disebabkan anda boleh overload banyak beban dalam senaman ini, biceps anda akan terkesan sangat effective!
Genggam barbell sejarak luas bahu, bongkokkan badan seperti dalam barbell row dan angkat beban sehingga ia sentuh perut anda. Pastikan form anda betul tanpa bengkokkan lower back kerana ia akan bawa pada injury!
5- CHIN UPS
Jika anda penggemar bar, chin ups sepatutnya adalah makanan anda. Ahli gym turut harus lakukan senaman ini untuk meningkatkan kekuatan biceps mereka! Close grip chin ups antara ubat mustajab bagi mereka yang sukakan bodyweight exercises tapi masih mahukan biceps yang besar seperti bodybuilder lain.
Pegang bar dengan menghala tapak tangan ke arah belakang (kalau pullup ke depan), lipatkan kaki (silang) kalau terlalu tinggi, dan angkatkan badan anda sehingga dagu melepasi tiang bar. Turun perlahan-lahan sehingga tangan anda straight dan teruskan dengan rep seterusnya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
inDrive bekerjasama dengan JPOKU bagi memperkasakan pengalaman e-hailing yang lebih mesra OKU menerusi latihan khas kepada pemandu dan penambahbaikan ciri aksesibiliti dalam aplikasi.