Siku hitam dan berkerak bukanlah penyakit kronik kerana ia masalah biasa yang sering dialami masyarakat Asia. Ia berkait rapat dengan proses adaptasi kulit kepada cuaca dan kandungan melanin yang lebih tinggi pada kulit orang Asia berbanding orang Barat.
Jangan kata perempuan, lelaki pun akan rasa malu dan kurang keyakinan diri bila siku hitam dan berkerak. Pasti timbul rasa malu nak mengenakan pakaian berlengan pendek.
Jangan gusar kerana ada 4 cara alami yang boleh anda cuba. Paling penting, jimat dan mudah nak buat!
1. Jus lemon
Jus lemon mengandungi asid sitrik iaitu satu ejen peluntur. Oleh itu, anda boleh memanfaatkannya untuk tujuan menghilangkan siku hitam dan berkerak. Potong buah lemon atau limau kepada dua.
Gosok secara perlahan dan biarkan ia 5 ke 10 minit. Kemudian, bilas siku anda dengan air suam. Anda juga boleh melembapkan siku anda dengan pelembap kegemaran. Ulangi langkah tersebut setiap hari sehingga warna gelap itu berkurangan.
Ads
Anda boleh mendapat hasil selepas beberapa minggu mengamalkannya. Cara ini juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian badan yang lain seperti lutut. Lemon mengandungi vitamin C dan ia dapat memutihkan kawasan hitam dengan menghapuskan sel-sel kulit mati.
2. Susu dan baking soda
Cara alami membantu anda untuk mencerahkan siku dengan bantuan asid laktik di dalam susu seklai gus mengurangkan pigmentasi kulit. Manakala baking soda pula boleh exfoliate sel kulit mati.
Ads
Campurkan susu dengan baking soda sehingga menjadi pes. Sapukannya pada siku dan gosok secara perlahan-lahan. Amalkannya sehingga anda mendapat hasil yang mahukan.
3. Jus lemon dan yogurt
Jika ingin menggunakan cara alami ini, anda dikehendaki membersihkan sebarang kotoran pada siku anda sebelum menyapunya.
Ads
Gunakan tangan yang bersih, ambil sedikit pes campuran tersebut dan sapu pada siku yang hitam dan berkerak. Biarkannya selama 20 minit sehingga ia kering. Kemudian, bilas dan basuh dengan sabun.
4. Buah betik
Seperti buah lemon, buah betik juga mengandungi kandungan vitamin C, vitamin E dan lain-lain kandungan yang dapat mencerahkan kulit.
Gosokkan satu potongan kecil buah betik pada siku hitam secara konsisten setiap hari. Lakukan secara konsisten sehingga anda mendapat hasilnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki juga perlu memakai masker secara rutin untuk mendapatkan kulit yang sihat dan mulus. Namun lambakan produk masker di pasaran membuatkan anda keliru untuk memilih. Bimbang jika tersalah pilih boleh membuatkan kulit semakin rengsa dan kemerahan.
Jika takut tersalah pilih, anda boleh ikuti info lengkap yang dikongsikan Herry Rozular di laman Facebooknya tentang pengalaman dia menggunakan 11 jenis masker untuk wajah berserta dengan manfaatnya. Yang bestnya, masker-masker ini boleh dibeli di drugstore je dengan harga mampu milik.
Jom ikuti perkongsiannya.
Jenis Freeman Mask mengikut skin concern & penerangan tiap satu.
So far abam tahu korang pening kan nak pilih mana? Ada gel peel off, ada scrub + mask, ada claymask. Macam tak tahu je nak pick mana sebab banyak dia ada. Jangan risau, nah guide abam provide. Korang boleh click di gmbr tu n baca ye. Harga RM24 mcm tu yea. Boleh didapati di drugstore (Watson/Guardian)
Semoga bermanfaat!
1. Apple Cider Vinegar
Scrub + mask. Maksudnya sebelum pakai yg ni tak payah susah2 scrub dulu pakai apa2 scrub lain ye. Dia dah sekali dalam ni. Kiranya jimat masa lah. Cara nak pakai, basahkan dulu muka. Pastu apply gosok2 ke muka n biar 3 5 minit then bru bilas. This one all skin types boleh pakai ya. Yg ni dia cakap boleh purifies n matte kan skin.
2. Golden Grain Brightening Mask
This one if skin sunburn, ada dark spot, then ambik yang ni. Dia bentuk gel ye. Cuci muka bersih2 or lepas mandi, then keringkan muka. Pastu apply je ke muka then bilas lepas biarkan 5 – 10 minit kt muka. Yg ni ada vitamin C n boleh firmkn kulit jugak ye.
3. Green Tea + Orange Blossom Peel Off Mask
This one for normal n combination skin boleh pkai. Yg ni boleh refines kita punya pores n tolong improve kita punya dark spot. Yg ni jgk boleh cerahkan skin ye.
4. Cucumber + Pink Salt Clay Mask
Yang ni pulak clay mask n all skin boleh pakai. Bila ckp all skin types so tk kira la awk dry ke oily ke, mmg boleh pakai. Yang ni utk detox kan skin n pores kita utk renew kan skin.
5. Dead Sea Minerals Clay Mask
Yang ni pun sama dalam bentuk clay mask n boleh pakai utk semua jenis kulit. Yang ni katanya boleh balancekan kelembapan kulit kita n Lavender & Bergamot boleh lembutkn kulit. Yg kulit kasar tu ha this one.
6. Avocado + Oatmeal Clay Mask
Yang ni khas utk cuci jauh ke dalam pores ! Yg rasa pores tersumbat n tak sihat tu, ambik yang ni yea. Avocado, Oatmeal n Vitamin E dalam ni boleh buat skin lembap n lembut ?
7. Charcoal + Blacksugar Gel Mask + Scrub
Yg ni utk detox kan pores n exfoliate. So sama ye if dah pakai, takyah scrub dah. Dah include skali. Yg ni all skin types boleh pakai. Yg betul2 rasa pores dia kotor, ambik yg ni sbb charcoal ni mmg terkenal utk cuci pores ke dalam.
8. Cucumber Gel Mask
Yang ni utk normal n combination skin. Kalau skin kusam n kasar go with this one. Cucumber n Aloe dalam ni akan pastikan skin soft n smooth !
9. Mint + Lemon Clay Mask
Skin oily teruk ambik yang ni ! Breakout n open pores pun boleh yg ni. Skin type : Oily n breakout ! Digalakkan !
10. Pomegranate Peel Off Mask
Yg ni utk protect skin dari radikal bebas n gently cuci pores utk skin bersih. This one also all skin types boleh pakai. Tkde masalah apa jenis type pn ya.
11. Diamond Mineral Clay Mask + Scrub
If skin kusam, parut, ambik yg ni ya. Ni dah asa scrub n mask jugak. Cara pakai, cuci muka then keringkan pastu pakai je n biar 5 10 minit. Pastu bilas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap lelaki perlu tahu jenis kulit masing-masing sebelum nak beli produk wajah. Ia penting agar anda boleh memahami masalah yang timbul pada jenis kulit anda.
Bila dah tahu jenis kulit, tak adalah anda membazir duit kerana terbeli produk yang tidak sesuai dengan kulit wajah, malah boleh maintain kacak dan dapatkan kulit flawless.
Ini kerana epidermis jenis kulit lelaki mempunyai tekstur yang berbeza dengan wanita namun rejim penjagaan dan cara perapiannya perlulah selari.
Jadi tidak hairan kini lebih ramai lelaki gemar untuk menjaga kulit wajah seiring dengan munculnya pelbagai produk penjagaan kulit wajah khusus untuk lelaki.
Sebelum nak membeli produk, penting untuk anda tahu spesifikasi produk yang sesuai dengan jenis kulit. Ia penting untuk anda kenali jenis kulit anda sebelum mengaplikasikan apa-apa produk pada wajah.
Jadikan lima jenis kulit ini sebagai garis panduan untuk anda memahami produk apa yang anda perlukan untuk mengatasi masalah kulit anda.
Orang jenis kulit normal tidak memiliki sebarang masalah kulit yang dominan. Minyak atau sebum yang ada pada permukaan kulit wajah adalah lebih rendah, malah teksturnya lebih lembut dan liang pori-porinya agak kecil. Ini kerana kadar kandungan air yang diperlukan oleh kulit mencukupi dan menghasilkan kulit wajah yang lebih sihat.
Jenis kulit normal sangat jarang berdepan dengan masalah kulit jerawat, jeragat ataupun bintik hitam. Untuk penjagaan kulit wajah, cuci dengan pembersih sebanyak dua kali sehari dan lakukan rejim-rejim lain seperti memakai serum dan pelembap.
Jenis kulit berminyak kebanyakannya dialami lelaki sejak usia remaja, malah ia adalah jenis kulit yang paling tidak digemari. Jenis kulit ini akan mengalami wajah berminyak di keseluruhan muka dan menjadikan wajah anda berkilat.
Liang pori-pori terbuka sederhana besar dan ini akan memudahkan minyak dikeluarkan ke permukaan wajah, sekali gus berkumpul pada tekstur kulit. Kesannya akan mendedahkan anda dengan masalah jerawat dan bintik hitam.
Anda yang memiliki jenis kuit berminyak perlu mengatasi masalah ini dengan mengaplikasikan pembersih wajah anti minyak dan pelembap yang berasaskan kandungan air. Kertas anti minyak juga boleh anda gunakan untuk menyerap minyak yang terhasil pada permukaan kulit ketika anda menjalani aktiviti harian di luar.
Biarpun jenis kulit ini kurang menghasilkan minyak dan sebum, masalah yang anda hadapi adalah kekeringan kulit. Kekeringan yang ketara lebih jelas kelihatan pada bahagian bibir lantas memberi refleks kepada raut wajah yang kusam dan kelihatan kering.
Liang pori-pori ada ketikanya tidak kelihatan langsung. Kulit kering nyata akan memperlihatkan impak kulit mengelupas sehingga menimbulkan rasa tidak selesa pada kulit wajah.
Untuk rejim penjagaan kulit wajah, hindari produk pembersih wajah yang mengandungi banyak bahan kimia khususnya salicylic acid. Carilah pembersih wajah dengan kandungan minyak kelapa dan pelembap daripada bahan aloe vera atau minyak zaitun agar kulit anda tidak terlalu kering.
Elakkan mencuci wajah dengan air panas kerana ia akan menambahkan lagi kekeringan pada kulit anda. Jangan cuci wajah dengan pembersih lebih daripada sekali sehari. Waktu terbaik untuk anda mencuci wajah agar terhindar daripada kekeringan adalah pada waktu malam.
Jika anda miliki jenis kulit sensitif, cubalah sederhanakan rutin anda dengan produk yang lembut dan mudah. Kemudian, perlahan-lahan selitkan produk yang anda inginkan agar anda tahu dengan tepat jenis produk pembersih yang akan bertindak balas negatif dengan kulit anda.
Jika kulit anda sensitif, kemerahan atau mengelupas, cuba gunakan pelembap dengan bahan yang melegakan kulit. Ini kerana produk yang mengandungi zink oksida bertindak sebagai pelindung matahari yang boleh menenangkan kulit.
Ternyata jenis kulit ini adalah salah satu yang paling mengelirukan. Jenis kulit kombinasi akan menghasilkan tekstur berminyak sekitar hidung dan dagu, manakala mengalami kekeringan pada bahagian pipi.
Penjagaannya juga harus rapi kerana anda perlu mengawal sebahagian kulit yang akan menyebabkan masalah. Cara terbaik untuk mengatasinya adalah mencari produk pembersih wajah untuk kulit sensitif (tidak berminyak) namun bersihkan bahagian yang berminyak tadi.
Siapa yang lahir dengan wajah yang tampan dan susuk badan yang menarik sememangnya insan bertuah. Mereka ini cukup sekadar menjaga kebersihan diri dengan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Anda pula macam mana? Usahlah bandingkan dengan mereka ya. Tapi tak bermakna anda tidak boleh turut tampil kacak!
Bayangkan seharian anda sibuk dengan pelbagai tugasan kerja. Keluar pagi pulang senja. Andakah mandi sahaja sudah cukup untuk menjaga kesihatan kulit wajah?
Tahukah betapa berminyaknya kulit muka anda selepas sehari terdedah dengan pelbagai kondisi sekeliling?
Anda seharusnya tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah itu jika tak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah.
Inilah antara punca mengapa jerawat dan pelbagai kondisi masalah kulit wajah berlaku. Bayangkan senario seperti ini. Anda keluar bersama rakan-rakan lepak di kedai mamak menikmati teh tarik. Atau bermain futsal sampai satu badan berpeluh.
Jadi semestinya anda perlu mencuci wajah anda sebelum tidur, bukan?
BERSIHKAN WAJAH
Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
HALANG BAKTERIA
Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!
PROSES BAIK PULIH
Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
BANTU REGENERASI
Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
KEKALKAN KELEMBAPAN
Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Tip Ekstra MASKULIN:
Jika anda rasa terlalu penat letih untuk cuci wajah setiap malams ebelum tidur, anda boleh lakukannya lebih awal sekitar jam 7 hingga 8 malam. Lebih baik daripada langsung tidak buat langsung.
Jadi jomlah ubah diri untuk tampil lebih menarik dan kacak! Subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.