Walaupun kita kini kira berada di zaman serba moden, masih lagi ada hal-hal yang tidak sedap didengar dan melanggar perintah dariNya. Walaupun baru masuk ke pertengahan tahun, namun pelbagai khabar duka telah diterima oleh selebriti tanah air pada awal tahun ini. Selain kehilangan orang tersayang, terdapat beberapa selebriti yang sedang melawan penyakit misteri yang tidak diketahui punca nya.
Ada yang mendakwa terkena ‘perbuatan’ orang dan ada juga yang khabarnya kian pulih.
Ini 5 selebriti tempatan tersebut dan sama-sama kita titipkan doa supaya mereka pulih seperti sedia kala.
1. Cico Harahap
Siapa sangka, pelakon berbadan sasa yang juga anak kepada primadona Uji Rashid ini ditimpa penyakit misteri sejak sekian lama. Malah sehingga hari ini Cico Harahap atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin memerlukan perhatian dan bimbingan sepenuhnya.
Jika dahulu, Cico mengalami kesukaran untuk bercakap, kini pelakon ini menunjukkan reaksi yang positif berbanding keadaannya terdahulu.
Ads
“Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif” – Uji Rashid
2. Fendy Bakry
Namanya baru sahaja melonjak naik namun Fendy Bakry yang mula dikenali menerusi drama Mr Grey dilaporkan ditimpa penyakit misteri pada awal bulan lalu. Malah pelakon yang berasal daripada Perlis ini telah pulang ke kampung dan menjalani rawatan secara perubatan islam setelah dilaporkan keadaannya yang merosot dan tidak mampu bergerak.
Ads
Namun begitu beberapa hari yang lalu, pihak keluarganya memaklumkan bahawa Fendy beransur pulih dan dia turut memuat naik di Instagram ucapan terima kasih buat mereka yang mendoakan kesihatannya.
3. Aiman Tino
Ads
Umurnya baru setahun jagung namun Aiman Tino sudah ada yang membencinya. Tidak pasti dengan apakah yang terjadi padanya, namun penyanyi yang mencatat rekod sebagai tontonan muzik video paling tinggi di YouTube ini mengadu mengalami kesukaran untuk bernyanyi.
Bukan itu sahaja, suaranya juga sering kali dikatakan hilang setiap kali mahu membuat persembahan.
5. Rafly Rahamat
Baru-baru ini kami telah menulis sebuah artikel dimana bekas penyampai HotFM Terengganu, Rafly Rahamat kini ditempatkan di sebuah hospital kerana jatuh sakit. Jika dahulunya berbadan tegap, kini Rafly kelihatan begitu kurus sekali malah jika sekali imbas pasti sukar mengenalinya.
Namun begitu, Rafly memberitahu di Instagram nya, dia semakin pulih dan mahu kembali seperti asal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jangan salahkan genetik atau keturunan jika anda tergolong di dalam kelompok yang berkepala botak. Walaupun ramai yang mengaitkan masalah ini akibat keturunan, faktor lain juga boleh menyumbang kepada permasalahan ini. Terdapat kajian dari sekumpulan penyelidik Perancis yang diketuai oleh Dr Philippe Giraud, iaitu penyelidik Hospital European Georges Pompidon di Paris, bahawasanya lelaki yang mula botak diawal 20 tahun dikatakan berisiko atau petunjuk awal kanser prostat.
Berbanding lelaki yang mula botak di usia 30 ke atas, masalah botak adalah dianggap biasa kerana faktor genetik, pemakanan dan stres kerana pekerjaan. Walaupun tidak mempunyai bukti yang sahih, tetapi ia boleh dianggap satu masalah yang besar kerana jika tidak dibendung, selama-lamanya anda tidak mempunyai rambut. Selain faktor genetik, penggunaan bahan kimia di dalam produk seperti syampu dan pewarna rambut juga boleh menyumbang kepada keguguran rambut. Pemakanan yang tinggi MSG (monosodium glutamat), masalah kulit kuat berpeluh, berminyak dan banyak fikir turut menyumbang kepada keguguran rambut.
Botak seksi? Mungkin kenyataan itu ada kebenarannya. Ramai lelaki botak ternyata mempunyai tarikan yang luar biasa.
1. Lelaki botak lebih kemas
Memiliki rambut tetapi kalau gugur pun boleh menimbulkan masalah. Berbanding lelaki botak, mereka tidak perlu ‘serabut’ dengan masalah ini. Tidak perlu risau pada rambut yang gugur merata-rata sehingga mencetuskan rasa kurang senang orang keliling. Sebaliknya, mereka akan kelihatan lebih seksi dan kemas dengan apa juga penampilan. Ini kerana mereka tidak perlu ‘ribut’ dengan gel rambut dan sebagainya.
2. Lelaki botak kelihatan lebih sasa
Bruce Willis, Vin Diesel, Jason Statham, dan Samuel L. Jackson semua aktor Hollywood ini nampak lebih sasa setiap kali beraksi dengan gaya lelaki botak atau rambut pendek berbanding lelaki-lelaki yang mempunyai rambut panjang atau diikat. Pelakon botak sering diberi peranan hero dalam filem-filem aksi atau superhero.
3. Botak simbol kedewasaan
Kebanyakan lelaki botak menampakkan fikiran yang lebih matang seiring dengan kedewasaannya. Ini mungkin kerana semakin kurang rambut atau botak seorang lelaki itu, semakin jelas identiti gendernya dibandingkan lelaki berambut panjang atau kerinting. Memang secara logik sebenarnya tidak terlalu ada kaitan mengenai potongan rambut dengan kematangan, namun lelaki botak nampak tidak ‘main-main’ dan bertanggungjawab.
4. Lelaki botak tidak cerewet dengan penampilan
Biasakan melihat lelaki yang ‘pantang’ jumpa cermin asyik mahu membetulkan rambut sahaja? Sama juga seperti wanita, lelaki berambut akan terdorong untuk sentiasa memeriksa dan membetulkan rambutnya takut kusut. Beza dengan lelaki botak yang tidak perlu risau hal itu. Kebiasaan dengan kepala yang tidak banyak perawatan, mereka cenderung memilih hal yang ringkas dan tidak cerewet dengan penampilan.
5 . Rambut yang sedikit Menyerlahkan ‘Aset’ Yang Lain
Dengan rambut yang sedikit atau botak, anda lebih mudah melihat ekspresi mereka. Matanya, senyumnya, raut wajahnya, sehingga mampu dilihat dengan jelas bahasa tubuh dan apa yang dia bicarakan.
6. lelaki Botak Lebih Percaya Diri
Dengan kepala yang tanpa beban, gaya dandan yang ringkas dan personaliti yang lebih dewasa, mereka tampak lebih percaya diri. Lelaki botak punya percaya diri yang tinggi dan itulah yang membuat mereka nampak lebih seksi!
RAWATAN
Terpulang pada anda jika anda sanggup untuk berhabis wang ketika mengunjungi pusat pakar rawatan rambut. Setakat ini, Malaysia ada menyediakan rawatan menanam rambut (hair transplant) di mana teknik pembedahan kecil dilakukan. Doktor akan membedah sedikit kulit di bahagian belakang kepala untuk mengambil rambut dan kemudian dijahit semula. Rambut yang diambil tadi akan diproses sebelum ditanam di kulit yang tiada rambut.
Namun, jika anda mahukan rawatan yang lebih selesa dan tidak menyakitkan, anda perlu rajin menjaga kesihatan kulit kepala. Guna syampu yang bersesuaian dengan jenis rambut. Pengambilan makanan yang berkhasiat juga perlu diambil kira kerana sumber makanan membantu kulit kepala mendapat protein. Kaedah mengurut kulit kepala dan mengelakkan stres juga boleh membantu anda dari terus keguguran rambut.
PETUA
Tidak ada salahnya jika anda mahu mengikuti petua orang dulu-dulu untuk menyubur dan melebatkan rambut. Air bawang merah, bawang putih atau halia boleh disapu ke kawasan kulit kepala dan dibiarkan semalam untuk menyuburkan rambut. Daun bunga raya yang ditumbuk hancur pula boleh melebat dan menghitamkan rambut secara semula jadi. Daun inai juga dikatakan boleh menguatkan akar rambut di samping melebatkan rambut yang nipis.
Biar apa pun punca dan kaedah rawatan yang anda ikuti, semuanya terpulang kepada tahap kerajinan anda. Jika anda bersungguh-sungguh mengikuti rawatan dan petua yang diberikan, ia mungkin membawa berita baik. Percaya atau tidak, lelaki berkepala botak kini bukan lagi insan tersisih sebaliknya semakin laris ‘di pasaran’!
Punca Masalah Lelaki Cepat!
1. Tekanan
Tekanan fizikal yang teruk (seperti pembedahan) atau tekanan psikologi yang teruk (seperti kematian dalam keluarga) boleh memberi kesan yang pelik pada badan manusia. Tekanan yang teruk biasanya membuatkan badan berapa dalam keadaan terkejut. Ini boleh membawa kepada Telogen effluvium, yang boleh membawa kepada keguguran rambut. Cuma apa yang tidak begitu jelas adalah bagaimana tekanan kronik atau tekanan jangka panjang memberi kesan kepada keguguran rambut.
2. Corak kebotakan rambut lelaki
Walaupun ada banyak sebab berbeza mengenai keguguran rambut, tetapi ada juga faktor yang kita tidak boleh kawal. Corak kebotakan rambut lelaki, atau lebih dikenali dalam perubatan sebagai androgenetik alopecia, merujuk kepada penipisan rambut berbentuk M iaitu corak yang biasanya disebut apabila bercakap tentang lelaki yang botak. Lama-kelamaan, folikel rambut akan berubah dan mengecut, yang membawa kepada penipisan rambut. Walaupun banyak rawatan yang sedia ada, ia tidak menampakkan kesan 100% pertumbuhan rambut dan mungkin boleh menyebabkan pertumbuhan rambut yang perlahan. Ia juga bukan penyelesaian kekal untuk keguguran rambut.
3. Ikat rambut terlalu ketat
Ada lelaki yang gemar menggayakan fesyen rambut tocang yang diikat ketat (seperti dreadlocks atau cornrows) atau seperti fesyen ekor kuda yang sebenarnya boleh membawa kepada keguguran rambut ( daya tarikan alopecia ) . Ia adalah disebabkan oleh tarikan rambut yang terlalu ketat yang membawa kepada kehilangan rambut secara beransur-ansur.
4. Trichotillomania
Trichotillomania adalah nama yang diberikan kepada kebiasaan mencabut atau menarik rambut dari kepala atau bahagian badan yang lain. Walaupun masih tidak jelas sama ada Trichotillomania perlu diklasifikasikan sebagai satu tabiat atau sebagai gangguan obsesif-kompulsif, tetapi hasil akhir adalah sama. Lama kelamaan, banyak kawasan yang menjadi botak akibat tabiat buruk ini. Jika tabiat dihentikan, rambut biasanya akan tumbuh semula, tetapi dengan tabiat Trichotillomania yang berlebihan dan dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan parut pada kulit kepala yang membawa kepada kehilangan rambut kekal.
5. Hipotiroidisme
Tiroid adalah kelenjar kecil yang terletak di bahagian hadapan leher di bawah kotak suara. Ia memainkan peranan penting dalam mengawal metabolisme badan melalui pengeluaran pelbagai hormon. Hipotiroidisme adalah kurangnya pengeluaran hormon tertentu dan adalah punca yang paling biasa kehilangan rambut di sesetengah kawasan badan yang dikenali sebagai alopecia areata (yang boleh menjejaskan seluruh badan dan bukan hanya kepala). Hipotiroidisme adalah disebabkan oleh kecacatan semasa kelahiran, penyakit autoimun atau pembedahan yang melibatkan pembuangan tiroid.
6. Penyakit autoimun
Jika anda mempunyai diabetes atau mempunyai artritis, anda mungkin berhadapan dengan penyakit autoimun yang timbul apabila sistem imun badan sendiri tersilap menyerang dan memusnahkan tisu badan yang sihat. Apabila sistem imun badan menyerang folikel rambut atau sel-sel atau tisu penting untuk pertumbuhan rambut dan penyelenggaraan yang lain, ia boleh menyebabkan kehilangan rambut pelbagai jenis, termasuk cicatricial alopecia (satu bentuk keguguran rambut yang berkekalan) danTelogen (yang berlaku apabila kitaran pertumbuhan rambut terganggu).
7. Jangkitan kuman
Walaupun beberapa jenis jangkitan boleh membawa kepada keguguran rambut, jangkitan yang paling biasa yang memberi kesan kepada kulit kepala dan rambut adalah kurap. Kurap sebenarnya disebabkan oleh kulat. Tinea capitis, adalah disebabkan oleh kulat dipanggil dermatophytes yang hidup di dalam keadaan yang panas, lembap dan biasanya muncul di tempat yang kotor. Jika anda suka memakai topi atau menutup rambut anda, pastikan rambut dicuci dengan kering dan jangan dibiarkan lembap kerana kulat/kuman boleh menyebabkan keguguran rambut.
8. Kemoterapi
Sel-sel kanser biasanya membahagi dan berkembang lebih cepat daripada sel-sel sihat dalam badan. Apa yang menyebabkan kemoterapi begitu berkesan dalam menghentikan kanser adalah bahawa ia menghentikan sel-sel yang berkembang pesat. Malangnya, terdapat sel-sel lain dalam badan yang berkembang pesat juga seperti di folikel rambut. Walaupun terdapat mitos kanser di luar sana, keguguran rambut secara kekal selepas kemoterapi adalah tidak tepat. Kehilangan rambut boleh berlaku secara beransur-ansur atau dengan cepat, bergantung kepada jenis ubat yang diambil.
9. Kurang zat/vitamin
Kekurangan zat makanan umum atau beberapa kecacatan genetik atau biologi dan kekurangan dalam pengambilan nutrien tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut. Mungkin kekurangan yang paling biasa dianggap menyumbang kepada keguguran rambut adalah zat besi. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada kekurangan zat besi / anemia, satu keadaan yangmenyebabkan badan tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup . Sel-sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen ke hampir setiap sel dalam badan, membantu sel-sel mengekalkan fungsi normal. Kekurangan zat besi dalam nutrien lain – seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein – dianggap menyumbang kepada keguguran rambut juga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap lelaki punya teknik memikat tersendiri, ceduk satu dua cara mungkin anda akan bertuah nanti.
Lelaki yang confident akan terus menegur dan mengambil langkah pertama seperti bertukar nombor telefon. Terus terang saja, tidak perlu membuang masa memberi isyarat-isyarat yang mungkin tidak berbalas nanti. Sesetengah wanita suka pada lelaki yang tahu apa yang mereka mahukan.
Ramai wanita sudah lali dengan taktik yang cheesy ini. Mungkin taktik ini boleh dikitar semula kepada wanita idaman anda. Ini merupakan cara paling mudah untuk menarik perhatian si dia, dalam masa sama menunjukan sisi kasual anda. Mudah saja, jangan lakukan cara ini dengan serius. Jika taktik ini berjaya menarik perhatian si dia, sudah tentu dia akan mengingati anda.
Pernah menonton karaktor lakonan Ryan Gosling dalam filem ‘Crazy, Stupid, Love’? Teknik flirting lelaki untuk kenali wanita adalah dengan bertanya soalan-soalan asas. Jangan hanya berdiam diri. Mulakan perbualan dengan topik seperti kerjaya, hobi dan impian. Dari situ anda dapat ketahui serba sedikit tentang latar belakang si dia dan tahap keserasian antara anda berdua.
Pernahkah anda alami pengalaman si dia tiba-tiba berubah 180 darjah? Ataupun dia tidak lagi menunjukkan minat seperti minggu sebelumnya? Tiru dan lakukan perkara yanga sama. Cari alasan untuk menguji dia, tetapi anda harus berhati-hati supaya ia tidak dilakukan secara melampau. Hembuskan aura misteri, si dia pasti akan mengejar untuk menangkap anda kembali.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain mencuci dalaman badan, ia juga membantu menurunkan berat, menghasilkan toksin secara semula jadi dan tidak berbahaya, merehatkan tubuh serta memperbaiki sistem penghadaman.
ANTARA KESAN YANG BOLEH BERLAKU DISEBABKAN KEHADIRAN TOKSIN BERBAHAYA DI DALAM BADAN:
Secara amnya, proses ‘pembersihan’ toksin dalam badan membantu memperbaiki sistem imun, penyerapan nutrien dan meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.
Proses penyingkiran toksin berbahaya ini boleh dilakukan menerusi amalan menikmati jus yang diambil daripada gabungan beberapa jenis sayur dan buah yang mempunyai banyak manfaat.
Buah dan sayur boleh membantu membersihkan dalaman badan kerana ia mengandungi enzim yang berfungsi menguraikan toksin berbahaya.
Selain itu, ia juga mengandungi sumber vitamin, mineral, antioksidan, bioflavonoid dan fitonutrien. Bagi yang mahu menghasilkan sendiri jus untuk mencuci dalaman badan daripada toksin berbahaya, Kathryn ada berkongsi resipi mudah membuat teh herba.
Lakukan sebulan sekali untuk membantu mencuci badan menggunakan gabungan kebaikan herba yang mudah didapati di dapur seperti serai dan pelbagai jenis dedaun – pudina, selasih serta mulberi.
Minuman teh herba berkenaan baik untuk mengimbangi jumlah kandungan asid atau alkali dalam badan terutama ketika musim jerebu.
CARA PENYEDIAANNYA:
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang