Anda lelaki dengan ketinggian bawah 5’8″ dan rasa pakai apa sahaja tak kena? Entri ini memang untuk anda. Kami akan ajar anda berfesyen cara mudah untuk tampil konfiden depan orang ramai.
KESALAHAN:
Ads
Pakai baju dengan corak melintang. Memang ‘pantang’ untuk lelaki pendek. Corak melintang membuatkan anda nampak bertambah ‘katik.’
Pakai kasut tapak tinggi atau tebal untuk ‘acah-acah’ jadi tinggi.Ia tak membantu langsung, malah orang mungkin lebih fokus kepada kasut anda daripada diri anda sendiri.
Pakaian besar dan longgar is a definite no-no. Ada dua keburukan: Ia akan buatkan anda kelihatan seperti kanak-kanak pakai baju orang dewasa atau pemain bola sepak liga semi pro awal 90-an!
‘Bela’ rambut panjang. Lelaki pendek sangat tak sesuai berambut panjang.
Pakaian warna terang-ia menampakkan fizikal yang yang pendek dengan lebih ketara.
Pakai jaket dua lapis untuk kelihatan cool.
YANG BETUL:
Ads
Pilih saiz yang ‘ngam-ngam’ dan rasa selesa bila dipakai. Jangan pakai baju terlampau ketat sebab anda akan nampak lebih ‘halus.’ Dahla pendek halus pulak tu.
Sut tak menjamin anda kelihatan segak. Tapi kalau nak pakai juga pastikan anda pilih corak yang menegak dan bersaiz kecil.
Hati-hati dengan aksesori yang dipakai. Kalau pakai tali leher, pilih tali leher yang kecil dan ringkas macam skinny tie.
Bila keluar berjalan pakai jaket, pastikan jaket itu mempunyai satu atau dua butang sahaja. Nampak lebih steady. Jaket banyak butang hanya sesuai dengan mereka yang tinggi.
Bila pakai baju T, pilih yang leher berbentuk V.
‘Berkawan’ dengan butik atau kedai pakaian yang tak kedekut beri nasihat dan lakukan sedikit perubahan pada pakaian anda. Antaranya Gap, Banana Republic, Levi’s dan H&M. Pergi tempat-tempat macam ni-mereka boleh nasihatkan apa fesyen yang sesuai untuk susuk tubuh anda.
Ads
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada sesetengah lelaki rasa kurang selesa mengenakan kemeja lengan panjang kerana berdepan dengan kesukaran untuk melipat lengan kemeja.
Jika tersalah melipat lengan kemeja boleh menampakkan penampilan diri yang tidak kemas dan serabai.
Sebenarnya teknik melipat lengan kemeja panjang bukan sahaja boleh menonjolkan kekemasan pada penampilan diri seorang lelaki, sebaliknya ia juga boleh menambahkan keyakinan diri apabila berdepan dengan orang sekeliling.
Di sini ada empat teknik melipat lengan kemeja panjang yang boleh anda praktikkan agar penampilan anda lebih terjaga.
Jika anda ingin tampil kasual dan santai, gaya lipatan lengan kemeja ini boleh dijadikan pilihan. Ciri utama gaya lipatan ini tidak terlalu tinggi dan hanya sebaris atau setengah lengan sahaja. Lipatannya lebih kemas kerana ia tidak mudah turun setelah dilipat 2-3 kali.
1. Buka semua butang yang ada di pergelangan tangan kemeja dan longgarkan.
2. Balikkan cuff (bahagian keras di hujung lengan kemeja) hingga bahagian yang dalam berada di luar. Lipat cuff hingga tersembunyi di sebalik kain lengan kemeja.
3. Pastikan lipatan yang dibuat sama rata sehingga lipatannya tidak terlalu besar atau terlalu kecil.
4. Ulangi langkah ini sehingga mendapat batas ketinggian lipatan lengan yang anda inginkan. Umumnya had maksimum untuk gaya lipatan ini adalah pada hujung siku.
Gaya lipatan lengan yang ini sering digunapakai oleh ramai lelaki dan boleh membuatkan penampilan lebih santai. Selain kemeja, lipatan ini juga boleh digunakan ketika anda memakai sweater.
1. Buka butang pada lengan kemeja.
2. Lipat cuff lengan ke bahagian luar sehingga bahagian dalam lengan terlihat dan pastikan lipatan berada di mana jahitan cuff lengan bertemu dengan lengan kemeja.
3. Kemudian, teruskan lipatan mengikut kelebaran yang pertama hingga lipatan tersebut melepasi siku. Kemaskan lipatan agar ia tidak terbuka dan jatuh ke bawah.
Bagi yang ingin tampil dengan gaya yang lebih menarik dan stylish, sesuai menggunakan gaya lipatan lengan ini. Caranya lebih ringkas dan mudah untuk dilakukan.
1. Buka butang lengan kemeja.
2. Tarik lengan kemeja yang agak panjang hingga berada di atas siku.
3. Lipat lebihan lengan kemeja, namun jangan sampai menutupi cuff lengan kemeja. Biarkan lebihan ⅓ cuff.
Gaya lipatan ini selalu digunapakai untuk pakaian seragam Marine yang menampakkan gaya lebih segak dan rapi.
1. Ratakan lengan kemeja yang sudah diseterika di atas permukaan yang mendatar.
2. Lipat panjang lengan kemeja hingga pertengahan antara siku dan bahu.
3. Lipat 2-3 kali dan jarakkan agar cuff menutupi lipatan terakhir.
4. Lipat cuff hingga menunjukkan bahagian luar dan menutupi lipatan terakhir.
5. Gaya lipatan ini haruslah berada jauh di atas siku.
Kasut bola keranjang kini menjadi sebahagian daripada material trendy bagi penggemar sukan dan fesyen. Antara jenama yang sentiasa menampilkan rekaan-rekaan dengan teknologi hebat ialah Under Armour.
Menerusi kolaborasi bersama pemain bola keranjang terkenal iaitu Stephen Curry, Under Armour menyerlahkan rekaan hebat menerusi koleksi ‘Curry’. Ia kini sudah memasuki edisi ketujuh dengan Curry 7.
Terbaru, Under Armour memperkenalkan Curry 7 Chinese New Year. Ia merupakan koleksi istimewa penghargaan mereka sempena kemunculan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.
Dari segi rekaan luaran ia sama seperti model Curry 7 yang lain. Apa yang membezakannya ialah inspirasi kemasa lukisan serta warna pilihan. Koleksi ini menyerlahkan pengaruh daripada lukisan tradisional Cina dikenali sebagai guóhuà.
Colourway terbaru Curry 7 kali ini menampilkan kombinasi tona warna kelabu dan juga gabungan elemen peony blooms.
Ia juga memberi penghormatan kepada populariti sukan bola keranjang yang berkembang dengan sangat pesat di China.
Selain itu Curry 7 dilengkapi dengan teknologi UA HOVR dan Micro G Cushioning yang bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi meningkatkan kualiti permainan di atas gelanggang. Koleksi edisi istimewa ini boleh didapati di semua outlet Under Armour bermula pada 20 Januari 2020.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dia adalah penghidup trend terbaru dalam gelanggang seni fotografi juga seni fesyen. Hadirnya nama TTFGA dalam industri bagai memberi nafas moden serta wajah baru khususnya industri fotografi fesyen itu sendiri. Meluaskan lagi seni estetik foto fesyen jalanan, Ridduan Ismail ataupun TTFGA antara figura berpengaruh masa kini.
RIDDUAN ISMAIL
“Pasti ramai yang menganggap saya seorang yang sombong apabila melihat koleksi foto saya di akaun Instagram. Mungkin kerana wajah saya begini, jadi secara tidak langsung memaparkan wajah saya seorang yang ego. Jauh sekali tidak. Saya mudah ramah dan friendly. Straight forward. Tidak berpura-pura.”
TUKANG TANGKAP FOTO GEMBIRA ANDA
“Trademark TTFGA, semestinya simple dan minimalis. Saya tidak meminati perkara mahupun konsep yang agak serabut atau heavy. Lebih kepada plain and clean background. Setakat ini, mereka yang pernah menggunakan khidmat saya sudah arif dan memahami tentang gaya seni saya. Jadi tiada masalah dalam menentukan konsep sesuatu gambar. Cumanya, jika ada client yang mahukan konsep yang heavy, saya tidaklah menolak, namun saya berusaha untuk memberikan yang terbaik.”
BY TTFGA
“Segala-galanya harus ada cerita di sebaliknya kalau tidak ia akan kosong. Saya bukanlah seorang jurufoto yang hanya mengambil gambar yang “asal boleh”. Sebagai contoh Top Boi, Dramadhan, The Blanket dan sebagainya, semua karya saya ini memiliki cerita di sebaliknya. Semuanya dekat dengan corak masyarakat dan persekitaran kita semua.”
“Bagi saya definisi kesempurnaan itu ialah ketidaksempurnaan. Sebagai contoh, barisan model yang saya pilih, semuanya tidak memiliki rupa paras model yang selalu kita lihat. Bagi saya, saya mahu pecahkan benteng pemikiran masyarakat kita yang sering kali melihat kesempurnaan itu adalah segalanya.”
PERSPEKTIF
“Menjadi seorang jurufoto yang baik, bukan sahaja memiliki daya minda yang kreatif malah ia juga melibatkan identiti jurufoto itu sendiri. Selain itu, mereka harus bijak dalam berkomunikasi dengan orang ramai. Jika tidak bijak dalam berkomunikasi, bagaimana mahu memberi direction kepada subjek ketika dalam sesi photoshoot? Apa yang penting, mereka harus sentiasa rasa humble dan usah henti mencari inspirasi yang baru. Rasai masa yang ada dan go crazy!”
INTERPRETASI FESYEN
“Seluar high waist, kemeja putih, sut dan seluar senteng adalah hasil idea inspirasi dari seorang pereka fesyen Amerika, Thow Browne. Pereka ini banyak memberi idea dalam menghasilkan gaya fesyen saya sendiri. Dari segi pemakaian aksesori, warna dan sebagainya, semua hasil cetusan dari gaya fesyennya. Fesyen untuk saya lebih minimal. Jarang untuk saya sarungkan corak cetakan bunga mahupun warna-warna yang kuat dan terang. Warna seperti black, grey dan navy blue antara warna pilihan saya. Sedikit bosan dan moody namun ia melambangkan personaliti saya.”
“Berdiskusi mengenai fesyen, semua sedia maklum tentang t-shirt TTFGA yang saya jual untuk menghasilkan merchandise milik brand TTFGA itu sendiri. Hasil kerjasama dengan Wild Mile, ia mengilhamkan idea untuk menghasilkan sesuatu yang bisa dimiliki oleh mereka yang tidak putus memberi sokongan kepada saya. Kami bakal menghasilkan sesuatu yang baru. Kali ini ia melibatkan segala hasil kerja saya dan diabadikan dalam sehelai t-shirt.”
PLAN?
“Saya terfikir untuk keluar dari Kuala Lumpur dan mengembara ke negara Eropah. Ini bukanlah sebuah metafora untuk saya melupakan Malaysia, kerana Malaysia sentiasa menjadi ‘rumah” dalam hati saya. Cuma, apabila berbicara mengenai karier, bagi saya, hasil karya yang saya hasilkan mungkin lebih dihargai di luar negara. Ada juga yang memberitahu bahawa segala kerja seni saya tidak sesuai untuk masyarakat di sini. Sukar untuk mencari mereka yang benar-benar memahami sudut inovasi seni yang saya ingin tonjolkan. Mungkin ada ,tetapi masih bisa dikira bilangannya. Januari hadapan saya akan ke London untuk berjumpa dengan kenalan di sana untuk membincangkan sesuatu. Langkah ini saya ambil untuk mengembangkan lagi arus karier saya dalam bidang ini.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.