
Cuaca panas yang melampau bukan sahaja menguji tahap keselesaan fizikal, malah turut memberi kesan kepada tenaga, emosi dan produktiviti harian.
Bagi lelaki yang sentiasa aktif sama ada di tapak kerja, dalam studio, mahupun di gim, penghidratan dan penjagaan dalaman adalah keutamaan.
Musim panas bukan masanya untuk bergantung semata-mata kepada minuman bergula atau air berkarbonat.
Terdapat banyak pilihan semula jadi yang bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga menyumbang kepada kesihatan jangka panjang.
Air Kelapa Menghidrat & Pulihkan Elektrolit
Air kelapa merupakan sumber semula jadi elektrolit yang sangat baik, khususnya potassium dan magnesium.
Ia membantu menggantikan kehilangan cecair akibat peluh berlebihan, serta mencegah keletihan.
Sesuai diminum selepas aktiviti fizikal atau ketika berada di luar dalam tempoh yang lama.
Tembikai Iaitu Sumber Air & Tenaga Segera

Dengan kandungan air mencecah 92%, tembikai bukan sahaja menghilangkan dahaga, malah membekalkan vitamin A dan C serta antioksidan lycopene yang melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari.
Sangat sesuai untuk dijadikan snek tengah hari atau pencuci mulut selepas makan tengah hari.
Timun Dapat Menyejukkan Badan Secara Semula Jadi

Timun membantu menurunkan suhu badan dari dalam.
Ia juga tinggi dengan silica dan antioksidan yang membantu mengekalkan kesihatan kulit.
Lelaki yang mengalami kulit berminyak atau cepat berjerawat akan mendapati timun sangat membantu dalam mengawal masalah tersebut ketika cuaca panas.
Air Pudina Menyegarkan Nafas & Minda
Pudina mempunyai kesan penyejukan dan memberi rasa segar pada sistem pernafasan serta penghadaman.
Air rendaman daun pudina boleh diminum pada waktu tengah hari atau petang untuk membantu melegakan keletihan dan tekanan akibat cuaca panas.

Air Lemon Dapat Menentang Dehidrasi & Toksin
Air lemon berfungsi sebagai agen detoks semula jadi yang berkesan.
Ia membantu penghidratan dan menyokong sistem imun badan.
Pengambilan air lemon secara konsisten juga dipercayai dapat membantu mengawal bau badan dan memberikan kesegaran dari dalam.
Menjadi lelaki yang aktif dan bergaya bukan hanya tentang penampilan luaran, tetapi juga bagaimana anda menjaga kesejahteraan dalaman.
Dengan memilih alternatif semula jadi untuk menyejukkan badan, anda bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kesihatan akibat cuaca panas, malah meningkatkan fokus, mood dan stamina harian.
Musim panas mungkin tidak boleh dikawal, tetapi bagaimana anda menanganinya mencerminkan tahap kesedaran dan gaya hidup anda.
BACA LAGI : Air Kosong Sihat, Tapi Bukan Penyelamat Makanan Manis Anda
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang








