Tidak dapat dinafikan di kalangan anda yang tinggal di bandar-bandar besar bangun awal pada waktu pagi sememangnya satu perkara sukar. Maksud awal yang MASKULIN maksudkan di sini ialah seawal di antara jam 4 hingga 5 pagi.
Dengan kesibukan aktiviti harian terutamanya buat anda yang sudah berkeluarga bangun awal pagi seperti ini merupakan satu cabaran yang cukup hebat. Rata-rata paling awal pun bangun jam 6:30 pagi, bukan?
Tapi apakah bezanya sangat bangun awal beberapa jam? Penulis telah cuba melakukan eksperimen sendiri dan bangun seawal jam 5 pagi setiap hari selama seminggu. Dan hasilnya memang cukup mengejutkan.
Berikut 5 perkara menarik yang berlaku bukan sahaja pada fizikal tetapi mental apabila bangun awal pagi!
Ads
TUKAR ‘BODY CLOCK’ BUKANLAH SENANG
Hari pertama memang paling sukar. Malam sebelumnya cuba tidur pada jam 9:30 malam namun hanya berjaya lelap kira-kira satu jam kemudian. Satu perkara perlu ingat, elak gunakan telefon pintar sebelum nak tidur. Itu hanya menyukarkan anda tidur.
Membiasakan diri dengan ‘body clock’ baharu bukanlah senang. Secara tidak sedar akan terus tekan ‘snooze’ pada alarm. Namun mujur ada beberapa set alarm telah dipasang. Bolehlah bangun walaupun agak berlawan dengan nafsu tidur.
Tak sangka bangun awal sebenarnya boleh membuatkan badan terasa amat segar. Selepas mandi badan akan terus rasa bersedia untuk lakukan aktiviti harian. Satu perkara lagi, diri terasa telah capai sesuatu yang sangat baik dan positif. Nak bersiap untuk pergi kerja pun tidak perlu kalut. Dan ini boleh mengurangkan stres yang tidak perlu.
Ads
LEBIH BERSEDIA
Bangun awal pagi juga memberikan lebih banyak masa untuk kita bersedia menghadapi hari yang panjang. Selain itu, kita juga boleh lakukan beberapa aktiviti lain seperti senaman ringkas.
Makan pagi pun akan jadi lebih teratur dan lebih nikmat. Setiap hari bermula jauh lebih positif dari kebiasaan.
Waktu pagi merupakan salah satu tempoh di mana otak akan jadi sangat segar dan mampu menjana idea kreatif. Jika anda seorang penulis, inilah tempoh masa di mana idea tanpa sedar itu boleh muncul. ‘Jus’ kreatif akan lebih banyak mencurah-curah pada waktu ini!
TEMPOH REFLEKSI DIRI
Setiap hari kita sangat sibuk. Kadang-kadang tiada masa untuk diri sendiri. Bila bangun awal, anda akan berasa masa itu lebih panjang. Inilah masa terbaik untuk melakukan refleksi diri. Bangun awal sambil minum kopi merenung dan berfikir tentang masa depan dengan tenaga lebih positif!
Kesimpulannya bangun awal pagi memberikan banyak manfaat kepada diri. Itu belum lagi kita sentuh tentang kelebihannya untuk kesihatan. Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa cakap makan bawang boleh menyebabkan badan berbau sehingga mengganggu keselesaan orang lain? Terdapat banyak khasiat bawang yang kadangkala kita terlepas pandang. Jangan ingat bawang hanya buat mulut berbau, khasiat bawang terlalu banyak.
Tidakkah anda tahu bahawa bawang sebenarnya bukan sekadar boleh digunakan untuk menyedapkan rasa dalam makanan malah ia memiliki banyak khasiatnya, jom usha kompilasinya di bawah ini, MASKULIN tulis khas untuk anda :
1. Mengekalkan kesihatan jantung
Dengan memakan bawang besar sebenarnya dapat menurunkan kolestrol yang tidak baik dengan cara pemakanan yang betul. Makan secara mentah dan teratur memberi impak keberkesanan yang baik.
2. Mengawal gula dalam darah
Mineral penting didalam bawang besar dapat membantu sel-sel untuk bertindak balas dalam mengawal paras gula dalam badan.
3. Mencegah asma
Memudahkan pengeluaran kahak dalam dada pesakit asma yang mengalami batuk teruk
4. Memudahkan penghadaman
Bawang besar mempunyai serat yang dapat membantu dan mengekalkan kesihatan dalam sistem penghadaman. Serat yang ada membantu penyakit daripada mengalami sembelit misalnya.
Protein sangat penting untuk pembinaan otot, pilih makanan tinggi protein tapi rendah lemak antaranya seperti telur, dada ayam, susu rendah lemak,susu soya non-GMO dan sebagainya. Sumber dari karbohidrat sangat penting untuk membekalkan sumber tenaga berpanjangan. Sayur dan buah-buahan adalah sumber serat yang membekalkan vitamin dan mineral untuk badan. Buah-buahan kering seperti kismis, kurma sangat membantu tambah berat badan. Makan di antara selingan waktu makan utama.
Pastikan mengambil makanan yang tinggi kalori dan makan makanan yang dimasak dengan cara yang dikukus, direbus atau dibakar lebih baik daripada digoreng kerana makanan bergoreng mengandungi lebih banyak lemak (dari minyak yang digoreng).
Banyak minum air atau jus buah-buahan segar, susu organik atau serbuk protein sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan konsisten, ia penting untuk tambah jisim otot dan elak kehilangan tisu-tisu penting. Ini cara terbaik untuk tambah berat badan.
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu selama 10- 15 minit sahaja. Untuk senaman tambah berat badan disarankan lebih kepada latihan kardio untuk meningkatkan otot secara tepat. Aktiviti yang sesuai seperti berenang, joging atau boleh dilakukan di mana saja seperti aktiviti squat, sit up, push up, pull up atau senamrobik.
Pastikan dapat rehat sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari untuk membantu pembentukan otot dan proses pemulihan badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun ia tidak jelas sejauh mana genetik kita mempengaruhi berat badan kita, ia diterima bahawa genetik memang memainkan peranan dalam indeks jisim badan (BMI). Berikut adalah beberapa cara bagaimana genetik mempengaruhi berat badan.
Sindrom Genetik
Beberapa keadaan genetik secara langsung boleh menjejaskan tahap berat badan seperti dalam kes mereka yang mempunyai sindrom Prader-Willi,sindrom Bardet-Biedl, sindrom Cohen, sindrom Ayazi atau sindrom MOMO. Walau bagaimanapun, keadaan ini amat jarang berlaku dan ia hanya sebahagian kecil kes obesiti di Amerika Syarikat.
‘Gen Obesiti’
Walau bagaimanapun, terdapat sebab lain, yang lebih biasa, iaitu ciri-ciri genetik seseorang individu itu sendiri yang boleh dikaitkan dengan obesiti.
Pada tahun 2007, penyelidik mengenal pasti genetik berkaitan obesiti dikenali sebagai FTO, yang dikatakan “perkara biasa”. Mereka yang mempunyai genetik ini berisiko sebanyak 20% ke 30% lebih tinggi untuk obesiti berbanding orang yang tidak mempunyai genetik tersebut.
Harus diingat bahawa 40% daripada orang Eropah dan 42% daripada penduduk Asia Tenggara membawa genetik obesiti yang berisiko, manakala hanya 5% daripada Afrika. Jelas sekali, terdapat beberapa perbezaan antara mereka yang membawa genetik dan mereka yang sebenarnya obes.
Ia seolah-olah bahawa tidak semua mereka yang mempunyai genetik obesiti akan menjadi gemuk, dan bahawa banyak kes obesiti dipengaruhi oleh persekitaran (atau lain-lain) origin, bukannya genetik semata-mata.
Hormon dan Obesiti
Hormon memainkan peranan yang besar dalam kesihatan kita, yang mana ia adalah begitu penting untuk memastikan tubuh anda seimbang. Hormon kita bertanggungjawab untuk mengawal selia banyak perkara contohnya selera makan, tidur, penghadaman, mood, kesuburan dan banyak lagi.
Kekurangan leptin dalam badan akan menyebabkan selera makan anda meningkat jadi berat badan anda juga akan bertambah, dan ia juga akan menyebabkan ketidakupayaan untuk mengurangkan berat badan. Mengembalikan tahap leptin dalam badan boleh menyelesaikan masalah-masalah ini.
Genetik yang diwarisi ini dikenali sebagai kekurangan leptin yang wujud sejak lahir – di mana badan yang mempunyai hormon ini pada tahap rendah, akan membawa kepada obesiti di kalangan kanak-kanak.
Malah, satu kajian tahun 2015, pemerhatian ke atas dua adik-beradik – seorang gadis yang berumur 9 tahun dan adik beliau berumur 6 tahun obes tahap kritikal – mendapati bahawa kekurangan leptin sejak lahir adalah sebab utama.
Merawat kedua-dua kanak-kanak tersebut dengan leptin akan membawa kepada “penambahbaikan yang cepat terhadap cara pemakanan dan kehilangan berat badan”. Masalah kekurangan leptin sejak lahir biasanya didiagnosis beberapa bulan pertama dalam kandungan dan ia adalah gangguan yang amat jarang berlaku di mana hanya beberapa kes yang dilaporkan dalam sejarah perubatan.
Adakah Saya Ditakdirkan untuk Menjadi gemuk?
Jika anda salah seorang daripada orang-orang yang secara genetik terdedah kepada penambahan berat badan, anda mungkin akan berasa sukar untuk melakukan perubahan.
Tetapi anda perlu tahu bahawa, hanya kerana anda mempunyai genetik tersebut, anda tidak semestinya ditakdirkan untuk turut mendapat berat badan berlebihan.
Perhatikan kes dua kanak-kanak tadi, para penyelidik mendapati bahawa alam sekitar dan pilihan gaya hidup memainkan peranan yang jauh lebih besar dalam pengurusan berat badan berbanding genetik.
Diet
Sama seperti orang lain yang sedang berusaha untuk mendapat berat ideal, diet seimbang yang bebas daripada makanan segera, makanan berlemak, gula dan garam berlebihan adalah satu kemestian.
Kajian tahun 2014 yang mana dijalankan satu pemerhatian tentang cara pemakanan dan berat badan terhadap 37,000 orang, mendapati bahawa makanan berlemak dan makanan yang digoreng boleh berkait dengan genetik obesiti, dan akan meningkatkan risiko berat badan.
Diet anda hendaklah yang berasaskan biji-bijian, sayur-sayuran hijau dan sayur-sayuran lain, buah-buahan, protein tanpa lemak dan lemak yang baik. Jumlah makanan yang dimakan juga mempengaruhi. Ia kini lebih mudah jika dibanding sebelum ini untuk mendapat makanan ringan atau hidangan drive-thru tidak kira di mana kita berada bukan? Sedangkan kadang-kadang kita sebenarnya tidak memerlukannya pun.
Jadi beri lebih perhatian kepada makanan dan pengambilan kalori anda dan anda akan mendapati ia akan lebih mudah untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Senaman
Untuk setiap orang, tanpa mengira matlamat berat badan anda, anda sebenarnya memang perlukan senaman untuk kesihatan jantung dan tulang anda, serta mengurangkan risiko kemurungan, kanser dan kencing manis.
Kami mencadangkan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu anda lakukan aktiviti aerobik secara sederhana atau 75 minit aktiviti aerobik yang lasak, di selangi dengan senaman latihan kekuatan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Apabila fokus anda kepada proses penurunan berat badan, anda mungkin perlu melakukan lebih daripada ini … tetapi percayalah ia akan menjadi satu usaha yang berbaloi untuk anda!
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa dengan melakukan senaman yang cukup boleh mengatasi beberapa risiko obesiti yang berkaitan genetik. Satu kajian pada tahun 2008 terhadap lebih daripada 17,000 orang, mendapati bahawa orang yang tidak aktif dan mempunyai genetik obesiti mempunyai BMI lebih besar daripada orang yang tidak aktif tanpa genetik tersebut.
Tetapi, orang yang mempunyai genetik tersebut yang kerap membuat senaman mempunyai BMI yang sama dengan mereka yang tidak mempunyai genetik tersebut.
Tambahan lagi, analisis ke atas 54 kajian, pada hampir 240,000 orang, mendapati bahawa mereka yang mempunyai genetik FTO mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk obesiti, tetapi senaman yang dilakukan adalah satu-satunya cara mereka untuk mengurangkan risiko obes.
Orang dewasa yang aktif dan mempunyai genetik obesiti berisiko 30% lebih rendah daripada orang dewasa yang tidak aktif yang mempunyai genetik tesebut.
Sumber : Diarikurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.