Siapa menyangka selebriti popular kini dan bergelar superstar ini merupakan seorang atlet dahulunya. Patut la mereka-mereka ini tak kekok dan nampak ‘real’ kalau berlakon dalam filem aksi kan.
Sumber gambar: PicsOfCelebrities
#5 Jason Lee
Jason Michael Lee ialah pelakon dan pelawak Amerika yang terkenal dengan wataknya sebagai Dave Seville dalam filem Alvin and the Chipmunks. Beliau juga merupakan pengalih suara untuk watak Buddy “IncrediBoy” Pine dalam filem The Incredibles. Sebelum memasuki dunia lakonan, Jason Lee merupakan seorang pemain skateboard profesional. Reputasi terkemukanya adalah pada lewat 1980an dan awal 1990an. Beliau ialah antara pengasas Stereo Skateboards bersama Chris “Dune” Pastras pada tahun 1992.
#4 Terry Crews
Ads
Terry Alan Crew ialah pelakon Amerika yang berasal daripada Michigan. Beliau menjadi popular disebabkan watak dalam Everybody Hates Chris dan juga iklan komersial seperti Old Spice. Terry menerima diploma daripada Flint Southwestern High School di Interlochen Center for the Arts, Michigan yang berprestij dibiayai oleh Chrysler. Pencapaian ini diikuti dengan biasiswa Art Excellence dan biasiswa penuh sukan sebagai pemain bola sepak di Western Michigan University. Terry diberi penghargaan atas sumbangannya dalam pasukan WMU Broncos yang memenangi Mid-American Conference Championship pada tahun 1988.
#3 Dean Cain
Ads
Dean Cain dikenali dengan wataknya sebagai Superman dalam siri televisyen Amerika, Lois & Clark: The New Adventures of Superman. Sebelum aktiviti dalam siri Superman, beliau mula bermain besbol. Chad dan Rob Lowe dan Charlie Sheen, yang berada dalam satu pasukan dengannya ialah rakan sekolahnya. Sewaktu tamat sekolah pada tahun 1984, Dean ditawarkan bisiswa ke 17 univesiti, tetapi beliau memutuskan untuk ke Universiti Princeton. Kerjaya sukan profesional beliau terpaksa dihentikan selepas mengalamai kecederaan lutut. Cain kemudian menjadi hos untuk rancangan Ripley’s Believe It or Not.
Ads
#2 George Clooney
George Clooney membuat kejayaan ‘box office’ untuk filem Gravity. Selain kemahiran lakonan, beliau juga seorang pengarah, penerbit, dan penulis skrip yang memenangi tiga Golden Globe Award dan dua Academy Award. George Clooney juga tersenarai sebagai The Sexiest Man Alive. Sebelum berlakon, beliau cuba menjadi pemain besbol. Beliau ialah ‘pitcher’ di Augusta High School, Kentucky. George malangnya tidak ditawarkan kontrak dan terkeluar daripada kem selepas pusingan pertama penyingkiran. Beliau juga gagal menamatkan pelajaran di kolej. Sementara berlatih gigih untuk besbol, dan selepas beberapa watak sampingan, beliau akhirnya mencapai kemasyuran sebagai Dr. Doug Ross dalam ER, yang menjadikan beliau pemenang Emmy Award.
#1 Jason Statham
Jason Statham yang terkenal dalam filem Transporter sebagai lelaki jahat ialah pelakon dan penerbit Inggeris. Beliau juga merupakan seorang ahli martial arts. Sebelum terkenal sebagai pelakon, beliau ialah penyelam untuk pasukan kebangsaan England. Beliau pernah menyertai beberapa percubaan Olimpik dan pernah bertanding dalam Sukan Komanwel 1990 dan menamatkan Kejuaraan Dunia 1992 di tempat ke-12. Pertama kali menjadi perhatian media adalah apabila Statham menarik perhatian agensi Sports Promoter sewaktu sedang berlatih di Crystal Palace National Sports Centre, London. Selepas itu, Jason menjadi model jenama pakaian French Connection. Seperti bapanya, beliau pernah menjadi jurujual pasar gelap sebelum berjaya dalam uji bakat untuk watak debut sebagai Bacon dalam Lock, Stock and Two Smoking Barrels.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Syed Saddiq yang merupakan Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini menyelaskan pendiriannya mempertahankan atlet selepas kenyataan tentang ahli sukan Terengganu harus memakai pakaian patuh syariah mulai 2019 dikeluarkan oleh kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS.
Pemain-pemain di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan diwajibkan menutup aurat ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia bermula musim depan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dasar itu bagaimanapun hanya melibatkan pemain Muslim sahaja.
Syed Saddiq membuat kenyataan tidak bersetuju dengan dasar itu dan mengatakan pilihan atlet sepatutnya dihormati kerana mereka adalah hero dan heroin.
Tolong hormat pilihan hero dan heroin kita. Jangan kacau mereka! Sukan adalah untuk semua dan atlet kita adalah hero dan heroin. Saya rasa perlu untuk mempertahankan mereka kerana mereka adalah aset negara. Ini membimbangkan kerana masa depan sukan seperti gimnastik, terjun, renang dan bina badan akan turut terjejas.
Menurutnya lagi, ramai atlet yang sudah menyumbangkan pingat untuk negara dan memberi inspirasi kepada semua termasuk dirinya.
Ramai atlet Muslim yang telah menyumbangkan pingat kepada negara antaranya Farah Ann Hadi (gimnastik), Nur Dhabitah Sabri (terjun) dan Sazali Samad (bina badan). Mereka bukan hanya penyumbang pingat tetapi turut memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan saya sendiri.
Tegas menteri muda ini lagi, Pocket-Rocket Man, Azizul Hasni Awang juga berasal dari negeri itu dan berjaya di peringkat dunia. Syed Saddiq juga mempertahankan atlet dan menyokong pilihan pakaian mereka.
Hero kita, Azizul Hasni Awang yang juga atlet berbasikal terbaik dan diberi pengiktirafan antarabangsa juga berasal dari Terengganu, walau apa pun pilihan pakaiannya.
Saya akan mempertahankan mereka tanpa mempedulikan apa yang dipakai. Tolong jangan kacau mereka!
Sumber : Instagram Syed Saddiq
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar , menggariskan lima faktor pendorong untuk atlet negara menyempurnakan misi dalam acara masing-masing agar kontinjen negara muncul juara keseluruhan di Sukan Sea ke-29 bermula 19 Ogos ini.
Lakukan demi sukan yang diceburi, rakan sepasukan yang memberi laluan, wira yang tidak didendang, untuk ibu bapa yang memberikan sokongan dan demi diri sendiri.
Jelas Khairy Jamaluddin, faktor ini perlu disemat dalam hati kalangan atlet untuk memastikan sasaran juara keseluruhan temasya Sukan Sea 2017 menjadi milik Malaysia.
“Lakukannya demi sukan anda. Jika sukan anda dianggap kurang popular, inilah detik terbaik untuk menaikkan profil sukan anda. Anda berpeluang menjadi idola kepada jutaan rakyat Malaysia jika anda memenangi emas dalam sukan anda. Dedahkan mereka kepada sukan anda. Wujudkan kesedaran terhadap sukan anda.
“Kedua, lakukannya demi rakan-rakan sepasukan anda yang memberi laluan kepada atlet lebih muda, atau tidak dapat beraksi akibat kecederaan.
“Ketiga, untuk wira-wira yang tidak didendang. Mereka adalah tenaga di sebalik tabir. Anda akan menaiki podium berseorangan untuk menerima sanjungan tetapi jangan lupa pasukan yang memberi sokongan kepada anda.
“Jurulatih anda, pengurus pasukan, pengurus sukan, pegawai sains sukan, pakar fisioterapi, jurulatih kecergasan, semuanya komited menyumbang kepada kerjaya anda. Mereka juga berkorban mengikut cara masing-masing.
“Keempat, lakukannya untuk ibu bapa anda. Merekalah yang mengejutkan anda seawal pagi untuk menghantar anda ke sesi latihan dan sentiasa serta tidak putus-putus memberi sokongan,” kata Khairy dalam menyampaikan amanatnya kepada 700 atlet yang menghadiri perhimpunan akhir kontinjen negara di Hotel Renaissance, malam tadi.
Khairy turut memuji semangat berkobar-kobar atlet negara dan percaya mereka sudah bersedia untuk bertanding di gelanggang.
“Saya tahu kebolehan dan kemampuan para atlet. Saya ingatkan mereka supaya buat yang terbaik untuk diri, keluarga dan semua orang.
“Saya rasa mereka memahami hakikat ini dan bukan jadi tekanan, sebaliknya menjadi motivasi dan dorongan memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan,” katanya.
Pada sidang media selepas majlis tersebut, tiga juara dunia diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang sempena upacara pembukaan temasya Sukan Sea nanti.
“Tiga juara dunia itu ialah Cheong Jun Hoong dari acara terjun, Mohd Al Jufferi Jamari (silat) dan Azizulhasni Awang (keirin).
“Kita akan ada tiga pembawa bendera. Kesemua ketiga-tiga atlet ini adalah juara dunia. Kita bawa sedikit kelainan untuk upacara pembukaan nanti,” ujarnya.
Kalau nak pastikan kulit bersih dan badan mantap, anda wajib ambil makanan sihat ini. Makanan sihat yang mengandungi banyak fitokimia, serat dan vitamin akan bekerja bersama untuk tujuan kesihatan dan kecantikan kulit. Oleh itu, pengambilan makanan sihat yang kaya dengan nutrien bukan saja dapat menjadikan kulit bersih, malah membentuk badan yang sihat dan kekar sebagaimana yang lelaki inginkan.
Sayur dan buah-buahan diketahui sebagai makanan yang paling baik untuk mengekalkan kulit yang sihat. Namun, terdapat beberapa jenis makanan sihat yang khusus memberi manfaat untuk membersihkan wajah sekali gus menjaga kesihatan tubuh.
Berikut 10 makanan sihat yang sebaiknya lelaki ambil sebagai nutrien untuk kulit.
Sayur-sayuran mempunyai manfaat yang luar biasa bagi tubuh. Sebaiknya banyakkan pengambilan sayur-sayuran khususnya yang berwarna merah dan hijau untuk mendapatkan kulit yang cantik. Di dalam sayur-sayuran ini terdapat beta-karoten yang berfungsi sebagai antioksidan bagi kulit yang dapat menghasilkan sel kulit baru sekali gus membuatkan warna kulit lebih muda dan cerah. Antara sayur-sayuran yang baik untuk kulit adalah bayam, lobak merah dan brokoli.
Daging merah mengandungi banyak sumber zink dan protein yang sangat baik bagi kesihatan wajah. Ini kerana daging merah kaya protein untuk menghasilkan kolagen dan anti-radang semula jadi.
Ikan kaya dengan asid lemak Omega-3 yang berkhasiat untuk menjaga kulit supaya bersih dan tetap cerah. Dengan mengamalkan makan ikan seperti sardin, tuna dan salmon dapat melindungi kulit tubuh daripada pancaran sinar matahari dan pencemaran kerana protein yang terdapat pada ikan membantu penghasilan sel dan membuat kulit tubuh menjadi lebih bercahaya.
Kacang hijau adalah makanan yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit kerana dengan pengambilan kacang hijau sebanyak 10 miligram setiap hari dapat membuatkan rambut serta kuku menjadi lebih kuat dan sihat.
Di dalam gandum terdapat biotin yang berfungsi untuk menguatkan sel di dalam tubuh. Dengan mengamalkan makanan daripada gandum akan terhindar daripada penyebab kulit menajdi kering dan kusam.
Yoghurt sangat baik bagi kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan dapat menghilangkan kelemumur. Sebaik-baiknya pilihlah jenis yoghurt yang kurang lemak dan gula untuk menghindarkan masalah kesihatan lain. Selain itu, yogurt juga adalah antibiotik semula jadi yang dapat membantu menghasilkan bakteria baik dalam tubuh dan menjaga kesihatan pencernaan.
Ketika kekurangan tenaga, beras merah adalah pilihan makanan sihat yang terbaik untuk dimakan. Ini kerana beras merah akan membuatkan anda berasa lebih kenyang dalam jangka waktu yang lebih lama. Selain manfaat gizi, ia juga terdiri kaya dengan magnesium, protein, vitamin B kompleks dan antioksidan yang semuanya bermanfaat dalam menjadikan kulit halus dan bebas noda.
Fakta menunjukkan buah avokado sarat dengan lemak baik dan sangat popular dalam dunia diet. Buah ini juga mengandungi vitamin C dan E yang berguna untuk menjaga kulit yang cerah, sempurna dan indah.
Mengandungi bahan yang disebut allicin, sehingga bawang putih banyak dikenali kerana kemampuannya untuk melawan segala bakteria dan virus dalam tubuh. Bahan dari dapur ini juga anti-jerawat dan masalah kulit yang berkait rapat dengan bakteria dalam tubuh.
Tauhu atau tofu sangat umum dalam diet vegetarian kerana makanan ini terdiri daripada zat besi, kalsium, mangan, protein, dan lemak sihat. Rutin makan tauhu akan memberikan kesan magis pada kulit anda. Ini termasuk produk soya lain seperti susu soya dan tempe.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.